INSTITUSI HISBAH: MEKANISME CEGAH MAKSIAT

PRINSIP usul fikah iaitu ‘Matlamat tidak menghalalkan cara’ merupakan suatu prinsip yang digunapakai sebagai paksi memelihara maruah serta kesucian agama Islam dan penganutnya. Pada zaman Khalifah Umar Al-Khattab, seorang sahabat pernah menegur khalifah sendiri yang dikatakan cuba mengintip ke dalam rumah seseorang bagi mengetahui sama ada penghuninya berbuat maksiat atau tidak.

Mungkin kerana itu, Mufti baharu Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin tidak menyetujui tindakan pegawai pihak berkuasa agama mengintip, seterusnya menyerbu pasangan yang disyaki melakukan maksiat. Apatah lagi andai serbuan tersebut dilakukan berdasarkan maklumat yang tidak jelas dan kemudian bertindak mengaibkan pasangan terbabit yang boleh memalukan dan menjejaskan imej Islam.

Dari satu sudut, usaha pencegahan maksiat itu seakan tidak serius. Putik-putik kepada zina itu sendiri tidak dibasmi habis-habisan. Kadang-kadang usahanya lebih ditonjolkan kepada aspek tangkapan daripada faktor pencegahannya. Lihat sahaja berita-berita tentang hasil tangkapan kes-kes khalwat. Angka-angka tangkapan, siapa, di mana dan bagaimana itulah yang sering sangat diberi keutamaan. Maka tidak hairan berita-berita seperti ini menjadi pelaris kepada akhbar-akhbar dan tabloid arus perdana.

Bukankahkah pencegahan kepada zina atau khalwat itu sepatutnya diberikan lebih perhatian dan difikirkan jalan penyelesaiannya! Di sinilah wajarnya insitusi Hisbah dihidupkan kembali. Institusi ini bukan sahaja berperanan mencegah dan menghapuskan kemungkaran yang tersebar di kalangan masyarakat dan mengambil tindakan ke atas mereka, tetapi yang menariknya semua masyarakat boleh mengambil bahagian berasaskan syarat-syarat yang tertentu.

Tangkapan bukanlah kerja utama. Hal ini disebut oleh Imam al-Ghazali dalam kitab Ihya Ulumiddin. Beliau telah membahagikan kepada lima cara untuk penguasa hisbah membenteras kemungkaran iaitu melalui penerangan, nasihat serta peringatan yang lembut, mengherdik kata-kata keras yang boleh menyedarkan, mencegah dengan tangan dengan serta merta dan memberi ancaman yang menakutkan.

Dalam Islam, institusi hisbah ini mempunyai bidang kuasa yang lebih luas dan bukan terhad kepada tugasan amar makruf nahi mungkar sahaja. Dalam konteks Malaysia, tugas-tugas yang dijalankan oleh bahagian Penguatkuasaan Majlis Daerah atau Dewan Bandaraya contohnya, merupakan sebahagian daripada bidang hisbah.

Mewujudkan institusi Hisbah tidaklah bermakna serbuan ke tempat-tempat yang disyaki tidak boleh dilaksanakan. Andai tindakan pihak berkuasa agama itu dilakukan berasaskan bukti yang kukuh, dikenal pasti bukan dari mulut-mulut fitnah, dan memenuhi syarat-syaratnya, maka segerakan tindakan dan laksanakan hukuman. Jika seseorang itu sudah jelas berzina dan ada bukti lagi dan didapati salah oleh mahkamah, kenapa tidak dijalankan hukuman seperti yang diperintahkan oleh al-Quran. Sesungguhnya ciri utama institusi Hisbah ini meliputi seluruh masyarakat tanpa mengira agama, keturunan atau pangkat.

Dalam permasalahan agama, institusi ini memastikan kehidupan masyarakat tidak tercemar dengan kepercayaan dan amalan yang khurafat dan bidah. Segala hukuman bukan bertujuan memalukan pesalah tetapi yang lebih utama menjadi pengajaran dan iktibar kepada orang lain. Jelas sekali bahawa seruan ke arah kebaikan dan usaha mencegah kemungkaran bukan bertujuan untuk memalukan seseorang, sebaliknya mendidik masyarakat ke arah jalan kebenaran. Sehubungan itu seruan kebajikan dan larangan maksiat hendaklah dilakukan secara bijaksana dan berhemah.

Artikel ini tersiar di Majalah Dewan Masyarakat Mac 2007

Tinggalkan jawapan




 

Mac 2007
I S R K J S A
    Apr »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

BULAN BAHASA KEBANGSAAN 2009

BBK

KARYA TERKINI

CERPEN DI MINGGUAN MALAYSIA
OKTOBER 2009
Kemuncup 2

"KEMUNCUP Di Atas Padang" cerita tentang rintih alam kepada anak-anak gempa yang melanda bumi Padang, Sumatera Indonesia. Cerita tentang Epa Poho yang dipujuk oleh Zahara Talua saat menemui anak yang luka dan duka bersalut lumpur derita. Cerita tentang tanah leluhur kita yang imannya belum teruji sepenuhnya. Makmur diuji nikmat aman hingga hidup bagai tidak bertuhan.

CERPEN DI DEWAN SASTERA
OKTOBER 2009
DDKT

“Al-Qadar Buat Angkasawan Di Bumi” pernah tersiar di Akhbar Mingguan Malaysia, Syawal 2007. Kali ini, cerpen ini diberi penghargaan ke persada MASTERA yang disiarkan dalam Majalah Dewan Sastera (Malaysia), Majalah Horison (Indonesia) dan Majalah Bahana (Brunei). Cerpen ala fiksyen sains angkasa ini terilham daripada kisah dua angkasawan negara Dr. Syeikh Muzaphar dan Dr. Faiz Khaleed.

CERPEN DI BERITA HARIAN
FEBRUARI 2009
dia-lelaki

"Dia, Lelaki yang Baru Saya Salam Itu" terilham berasaskan semangat untuk memboikot produk Amerika lewat perang Gaza, Palestin - Israel. Ideanya timbul usai solat Jumaat di Masjid Hukama’, DBP. Hari tersebut turut disempurnakan dengan Khutbah tentang Gaza beriring Qunut Nazilah dan solat hajat. Dalam khutbah saya menyentuh tentang boikot barangan Amerika termasuk rokok seperti Marlboro atau Benson & Hedges. Semangat boikot saya nampak di mata jemaah yang tidak tidur!

INSYIRAH

insyirah2 Sesungguhnya Novel "Insyirah" ialah novel kedua yang telah lahir daripada rahim Sayembara Mengarang Novel Kanak-kanak dan Remaja 2007 - Dewan Bahasa dan Pustaka. Novel ini telah memenangi hadiah pertama dalam sayembara tersebut. - al-Kurauwi

DI DADANYA KALAM TUHAN

ddkt-blog Sesungguhnya, tidak sampai lima tahun selepas menyertai bengkel penulisan cerpen anjuran KEPEZI (Kelab Penulis Zaharah Nawawi) awal September 2004 Ibnu Ahmad al-Kurauwi sudah mampu menghasilkan 20 cerpen yang melayakkannya memiliki kumpulan Di Dadanya Kalam Tuhan. Hal begini diperakui jarang terjadi. Namun bagi penulis muda pemegang ijazah Kesusasteraan Arab dari Jordan ini tiada perkara mustahil. Ke bulan pun manusia boleh jejak, inikan pula sekadar melahirkan sebuah kumpulan cerpen dalam waktu yang relatif singkat. – Zaharah Nawawi USJ Subang Jaya 9 Mac 2009

TINTA ELIPSIS

Novel TE bergerak sekitar gejolak rasa dan jalanan minda watak Amir Afif Amizul, anak peneroka FELDA, yang berpeluang menekuni bahasa Arab dan Pengajian Islam di Universiti Jordan. Amir Afif mempunyai sedikit sebanyak pengalaman dalam bidang penerbitan (TE: 25/7), iaitu selain pengalamannya sebagai konsultan yang ditimbanya selama lima tahun bertugas dengan Syarikat Amal Profesional Sdn. Bhd. (TE: 28) Amir Afif berhadapan dengan beberapa masalah yang wajar diatasinya sebijak mungkin. - Dr. Anis

TETAMU

  • 65,476 hits

RSS Saifulislam.Com

  • Pengitlakan Istilah Yang Mengundang Fitnah 7 Disember 2009
    “Betul ke dia tidak baca al-Fatihah dalam wirid lepas Solat? Itu Wahabi tu!” tegas Abu. “Imam tu tidak akan sekali-kali meninggalkan Qunut semasa Solat Subuh. Kalau terlupa, digantinya dengan Sujud Sahwi. Astaghfirullah. Itu Bid’ah tu!” ujar Hamdan. “Ummah Centric? Idea yang menolak kewajipan berjemaah itukah? Itu mesti ag […]

RSS Faisal Tehrani

  • Sinema Spiritual: Rasa Ceri Sebelum Bunuh Diri 7 Disember 2009
    Oleh Faisal TehraniPADA tahun 1987 Republik Islam Iran di bawah Kementerian Kebudayaannya mengeluarkan satu pekeliling rasmi untuk pembikin filem. Karyawan diminta memberi penekanan kepada elemen intelektual dengan nilai-nilai falsafah, mistisisme (sufisme) dan tradisi dalam karya-karya mereka. Era baharu ini mendorong nama-nama besar sinema Iran seperti Dar […]

RSS Nisah Haron Online

  • Peserta Bengkel Paling Bertuah 7 Disember 2009
    Bengkel Penulis Muda Johor 2009 anjuran Yayasan Warisan Johor pada 4 - 6 Disember 2009 di UiTM Kampus Segamat mencatatkan satu rekod kepada saya (dan mungkin juga kepada pembimbing dan peserta). Inilah bengkel paling intensif yang pernah dianjurkan. Bayangkan ada 4 buah slot bimbingan dan jumlah peserta hanya ada 4 orang. Oleh itu, masa 2 jam bagi setiap slo […]

RSS Serunai Faqir

  • Anak-anak Kita 5 Disember 2009
    Orang kita masih berangankan bulan jatuh ke riba. Masih lagi menatap wajah pungguk yang sedih amat. Tidak dikira lagi anak-anak kita yang sudah jauh hanyut ke dalam rahang hedonisme. Segala macam hiburan dan nyanyian saban hari disodorkan pada anak-anak kita. Terpanggil lewat membaca betapa di pameran sains robot di Jepun (Utusan Malaysia), saya merasakan ba […]

RSS BECKyilHAM

  • Cerpen PROTOKOL CINTA dalam Dewan Sastera Disember 2009 1 Disember 2009
    “Suatu tindak balas alam.” Pernyataan, bukan persoalan. Dominique mengorak senyum, mempersilakan duduk. Dhaliza tercegat, berkerut. Pernyataan itu tidak lucu. Cuma terlalu klise. Dan Dhaliza – ah, dia sudah mengagak. Pelajar petah itu pasti akan memburunya selepas kuliah. Berdebat. Sehingga puas, meski kalah lebih acap. Dhaliza – gadis muda sedang ranum dari […]

RSS Coretan Perjalanan ZulDeanz

  • Selamat Hari Raya Korban 30 November 2009
    Selamat berhari Raya Aidiladha dan menjalankan ibadah korban. Jika kita tidak membuat korbanpun, sama-samalah kita membantu dan menyaksikan ibadah korban yang dibuat di kariah kita. Setiap yang menyaksikan ibadah korban itu pasti ada ganjaran pahalanya.Bukan mudah menumbangkan seekor lembu.Laungan takbir bergema selama beberapa hari ini di masjid, surau dan […]

Flickr Photos

Reality isn't always as clear as it seems...

More Photos