Arkib untuk April 2007

JOM MENULIS

PERTANDINGAN MENULIS PUISI, CERPEN DAN SENI KHAT MAJALAH AL-FIKRAH 2007

Pertandingan ini ialah Anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dan Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur (DBPWT) 

Tarikh tutup penyertaan:  15 Jun 2007
Keterangan lanjut sila hubungi urus setia Pertandingan

Talian:  09-6252525

Borang di laman web: www.dbp.gov.my atau www.maidam.gov.my

‘Ayuh kita semarakkan dunia penulisan ini! Walaupun ia sebuah pertandingan, moga-moga menjadi pemangkin kepada semangat menulis kita!’ – al-Kurauwi 

SAYA SELESA BERTUDUNG

BERKAT doa dan keinginan yang kuat serta dorongan daripada keluarga akhirnya Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar memilih untuk memakai tudung kepala.

Beliau berkata, hasrat untuk memakai tudung menjadi impiannya sejak zaman remaja, tetapi ia hanya menjadi kenyataan selepas pulang daripada menunaikan ibadat haji di Makkah awal tahun ini. 

“Sebagai wanita Islam saya mempunyai hasrat untuk memakai tudung kepala, tetapi hasrat saya itu belum menjadi kenyataan daripada zaman remaja hinggalah saya berkahwin dan mempunyai anak. Bagaimanapun saya tidak berhenti berdoa kepada Allah untuk memakai tudung kerana bertudung dan menutup aurat adalah suatu yang wajib bagi seseorang wanita beragama Islam.”

Selain berdoa selepas menunaikan solat, saya juga berdoa ketika menunaikan ibadat haji yang pertama ketika saya belum berkahwin dan doa itu diteruskan ketika saya menunaikan ibadat haji pada kali kedua ketika berusia 32 tahun,” katanya kepada Berita Harian ketika ditemui di Kuantan.

Tengku Puan Pahang berkata, setiap kali menunaikan ibadat haji di Makkah, beliau akan berdoa untuk memakai tudung seperti mana dilakukan wanita Islam lain.

Suaminya, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah pernah menasihatkannya supaya memakai tudung, tetapi hatinya masih belum terbuka untuk memakainya.  Selain itu, beliau berkata, hatinya turut merasa malu apabila mengadakan lawatan ke kampung di seluruh Pahang apabila mendapati wanita yang menyambut kedatangannya semuanya memakai tudung.

 ”Saya rasa malu kerana wanita berkenaan nampak kemas memakai tudung, sedangkan saya masih tidak bertudung. Bagaimanapun ketika itu, hati saya masih belum terbuka untuk bertudung, sehinggalah saya pergi menunaikan ibadat haji bersama suami pada awal tahun ini, Allah membuka pintu hati saya untuk memakai tudung. 

“Saya gembira kerana berjaya memakai tudung kepala sejak pulang dari tanah suci itu hingga ke hari ini dan akan terus memakainya hingga ke akhir hayat,” katanya.Tengku Puan mengakui semua ahli keluarganya, terutama suami dan putera puterinya melahirkan rasa senang hati melihat beliau memakai tudung.“Anak saya sendiri, Tengku Hasanal Ibrahim Alam Shah juga sentiasa memuji saya dengan mengatakan ‘mama nampak cun dan kemaslah sejak pakai tudung’,” katanya.Beliau berkata, pujian dan dorongan daripada keluarga menjadikannya sentiasa gembira apabila mengenakan tudung, terutama apabila menghadiri pelbagai program yang diadakan di seluruh negeri ini.

Petikan Akhbar Berita Harian Oleh Zaharah Manan

AL-KURAUWI DI TV1

 

17 APRIL 2007 saya ke udara dalam Rancangan Selamat Pagi Malaysia di RTM1 yang dihoskan oleh Ustaz Irwan Johari (DJ Radio IKIM.FM). Dalam segmen Islam Hadhari ini, saya diberi amanah untuk mengupas tajuk “Menangani Sifat Marah’. Rencananya 5 soalan hanya 4 sahaja yang berjaya dikupas. Punca marah, Marah yang positif, Ciri-ciri orang marah dan Menangani sifat marah.

Tempohnya sangat pendek, sekitar 15 minit sahaja iaitu antara 8.45-9.00 pagi. Walaupun masanya pendek namun debarnya begitu panjang. Seminggu menanti tarikh hari ini, resahnya sudah lain macam. 1001 kerisauan timbul, walaupun ini bukanlah kali pertama.

Wajah pertama kali keluar di TV Pendidikan untuk slot Laman Minda, juga dibuat secara langsung. Keduanya, di TV 9 di awal tahun baru-baru ini. Kedua-duanya mengupas mengenai kelangsungan tulisan Jawi yang semakin diancam dan terancam.

Kata Puan Zamidah, “Peringkat awal agak ketara gabra dan gugup, dua tiga minit selepas itu baru nampak ’steady’, tapi kejap sangat!”

Tak apa, nanti perbincangan tajuk ini saya akan masukkan di ruangan ‘Tinta Elipsis’  –  al- Kurauwi 

 

 

 

BELAJAR DARI ORANG

13 HARIBULAN yang lalu Pelancaran Antologi Mahua: Salam Malaysia berjaya dianjurkan dengan sederhana tetapi meriah. Ada tiga sebab mengapa meriah:

1. Pelancarannya disempurnakan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, yang kali pertama memijak kaki ke DBP. Pak Samad turut ‘mencemar duli’, memenuhi undangan Jabatan Sastera.

2. Sumbangan tokoh korporat dan orang perseorangan kepada beberapa buah sekolah di Lembah Klang.

3. Kelancaran persembahan terutama kepetahan bacaan sajak oleh si kecil dan deklamasi sajak beramai-ramai juga menarik.

Andai pelancaran novel KAPEZI menjadi kenyataan, saya kira faktor yang kedua dan yang ketiga menjadi tanggungjawab kita berusaha dan memeriahkannya. Siapa yang merasmikan bukanlah utama. Saya lihat di akhbar atau di televisyen pun tidak ada menyiarkan peristiwa pelancaran ini. Mungkin akhbar Cina ada. (Atau saya yang terlepas pandang)

Satu lagi andai penajaan kepada majlis kita menjadi halangan penderma-penderma kita. Apa yang boleh kita belajar, kita mohon mereka membeli novel-novel tersebut secara pukal dan sedekahkan kepada sekolah-sekolah angkat mereka!

Saya membayangkan hebatnya majlis kita andai SF boleh melompat sambil bergendang seperti mereka nanti! – al-Kurauwi

HADIAH SASTERA

Kerajaan Negeri Johor melalui Yayasan Warisan Johor (YWJ) dengan kerjasama DBP Wilayah Selatan (DBPWS), GAPENA, Persatuan Penulis Johor (PPJ) dan Majlis Kebudayaan Negeri Johor (MKNJ) akan melaksanakan Hadiah Sastera Darul Ta’zim ke-6 2007.


 

HADIAH YANG TAWARKAN:

Puisi Eceran, Cerpen Eceran, Kumpulan Puisi, Kumpulan Cerpen, Kumpulan Cerpen Kanak-kanak, Kumpulan Cerpen Remaja, Novel Kanak-kanak, Novel Remaja, Novel  Dewasa, Buku Sastera, Esei dan Kritikan Sastera, Drama Radio, Drama Pentas, Drama TV, Rencana Pembangunan Johor, Karya Penulis Remaja Bawah 19 tahun Hantarkan penyertaan anda kepada:

Sekretariat Hadiah Sastera Darul Ta’zim VI 2007,
Yayasan Warisan Johor,

JKR 303, Jalan Mariamah,

80100 Johor Bahru,

Johor Darul Ta’zim.

Tarikh tutup menghantar penyertaan pada atau sebelum 30 April 2007. Maklumat lanjut tentang syarat dan borang penyertaan, sila hubungi:

Zetty Raihan (Yayasan Warisan Johor) (07-2213148 / 07-2245488)
Rusdi Abd. Rahman (DBP Wilayah Selatan) (07-2358802)

“Walaupun bukan orang Johor, saya tetap bangga dengan usaha Kerajaan Negeri Johor yang proaktif menyemarakkan dunia sastera dengan pengiktirafan sedemikian terhadap rakyatnya. Kata Encik Razak, Orang kuat Yayasan Johor,

‘… kelayakan adalah hasil karya dalam Bahasa Melayu, warganegara Malaysia kelahiran Johor, penduduk tetap Johor tidak kurang lima tahun, ibu bapa dilahirkan dan menetap di Johor ketika karya dipilih. Penulis yang bukan rakyat Johor boleh juga masuk tetapi hanya rencana mengenai pembangunan negeri Johor…”

Maklumat lanjut karyawan bolehlah rujuk di   http://www.ywj.gov.my/utama 

- Ibnu Ahmad al-Kurauwi

NOVEL KE-3 ‘MENCARI TEDUH DI KUALA’

Blurb

SYAFIQAH terkontang-kanting ditinggalkan suami pada saat dia memerlukan kasih sayang dan perhatian. Pelbagai ranjau terpaksa dilaluinya membina kehidupan baharu bersama anak-anak tersayang.

Dalam mengecap kebahagiaan dan kejayaan hidup, suaminya muncul kembali berharap dapat menjalin kembali kasih yang terlerai. Adakah Syafiqah teruja untuk kembali ke sisi suaminya? Bagaimanakah penerimaannya? Dapatkan naskhah anda sekarang.

 

MENCARI TEDUH DI KUALA
Penulis: Siti Aminah Haji Yusof
Penerbit: DBP
No. ISBN: 978-983-9463-0
Tahun Terbitan: 2007
Harga Buku: RM25.00

AKHIRNYA kulit yang dilorek cantik lagi berwarna novel ini dapat juga dipertontonkan kepada khalayak, setelah usaha mencarinya berminggu-minggu sejak dimahsyurkan kehadirannya di ‘Klik DBP’. Moga novel ketiga yang diusahakan dengan jerih perih Bonda Zaharah Nawawi menjadi pemangkin kepada kita untuk terus menulis dan menulis. Yang utama, kita  mohon agar Tuhan kurniakan kesabaran agar Novel kita juga dapat lahir ke dunia sastera tanah air!

- Ibnu Ahmad al-Kurauwi

JOM KE PELANCARAN BUKU

RAKAN-RAKAN penulis yang belum menerima undangan. Mungkin dah hantar tetapi tidak sampai. Mungkin yang memang tidak dihantar, bagi pihak Bahagian Penerbitan Sastera, saya menjemputlah tuan-tuan dan puan; penulis, karyawan, budayawan, bahasawan, sasterawan, agamawan yang muda juga yang mantan ke Majlis Pelancaran Buku Salam Malaysia: Antologi Terjemahan Puisi Mahua.

Majlis disempurnakan oleh YAB Tan Sri Dr. Koh Tsu koon, Ketua Menteri Pulau Pinang pada 13 April 2007, jam 9.30 pagi di Auditorium DBP Kuala Lumpur. Moga ada sesuatu yang baik, yang boleh kita belajar.

- Ibnu Ahmad al-Kurauwi

 

 

PAK UNGKU YANG MUDA

SAYA sangat teruja bila dikhabarkan akan bertemu dan berbincang dengan Pak Ungku Aziz di Universiti Malaya. Saya yang diamanah mentransliterasi buku Allayarham Zaaba “Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri” dari tulisan rumi ke tulisan Jawi sedikit berdebar. Dalam kepala menelah soalan-soalan renyah mengenai sistem ejaan tulisan Jawi yang kononnya caca merba. 

Semalam, kami bersama-sama dengan Kak Hanim, Ketua Bahagian Sains Sosial bergegas  ke UM lebih awal. Temu janjinya pukul 11.00 pagi. Dalam usia 85 tahun, Pak Ungku datang tepat waktunya, memanjat tangga ke bilik mesyuarat dengan bergaya. Tanpa bongkok dan tanpa alat sokongan!

Waktu kosong sambil menunggu ahli mesyuarat dari ITNB dan UM sendiri kami berbual isi (bukan kosong). Setelah berbasa-basi dengan khabar kesihatan, Pak Ungku mengakhiri dengan, “Oh, hari ini sahaja saya tidak berjoging!” Wah, saya yang berjarak usia 52 tahun ini tertemplak inti diksinya ke hati. Dalam usia 33 tahun inipun, liatnya untuk bersukan, liat untuk mengunyah ulam dan sayuran. Agaknya liat juga untuk terus kekal muda!

Selain teruja dengan kesihatannya, saya terkesima dengan caranya berfikir, caranya mengendalikan mesyuarat dan objektifnya yang jelas. Beliau menghargai dan menghormati cabang ilmu yang kurang beliau kuasai dengan bahasa yang lembut, beradab dan menghormati keilmuan orang lain! Pulang ke DBP menu tengah hari saya langsung berubah. Nasi separuh, ikan dan ulam-ulaman hijau! Puas saya mengunyah! Berikut saya perturunkan ketokohan Pak Ungku dari laman sesawang http://ms.wikipedia.org/wiki/Ungku_Aziz 

- Ibnu Ahmad al-Kurauwi

Terus membaca ‘PAK UNGKU YANG MUDA’

ZAABA TOKOH ULAMA?

SAYA sedang menangani sebuah buku yang ditulis oleh Allahyarham Zaaba bertajuk “Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri”. Kali terakhir buku ini diterbitkan ialah pada tahun 1987 oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Dengan kerjasama Universiti Malaya, buku ini sedang diberi nafas baharu dengan memuatkan dua versi bahasa dan dua versi tulisan, iaitu bahasa Inggeris dan Melayu, rumi dan Jawi.

Saya diamanahkan untuk menteransliterasikan buku ini dari tulisan Rumi kepada tulisan Jawi. Kerja-kerja ini memerlukan daya usaha yang lebih untuk kita membaca dari satu perkataan ke satu perkataan dan mentransliterasikan pula dalam tulisan Jawi yang disempurnakan. Secara tidak langsung saya telah menghadamkan buku ini bulat-bulat ke dalam hati dan jiwa. Zatnya bersemarak dalam setiap urat dan nadi.

Rupa-rupanya Pendeta Zaaba bukan sahaja seorang tokoh bahasa dan budayawan negara. Malah beliau (dalam hati kecil saya) tokoh cendekiawan dan mujaddid zaman yang mahu melihat bangsanya memegang agama dalam diri sebagai citra rujukan dan kemajuan.

Tulisannya mendahului zaman. Malah buku ini bukanlah yang pertama dalam laras wacana agamanya. Buku-buku lain dan artikel-artikelnya terakam dalam beberapa buah majalah seperti Lembaga Melayu, Pengaruh dan al-Ikhwan. Buku seperti Asuhan Budi dan Falsafah Takdir berbaur kritikan keras terhadap kemunduran orang Melayu yang tidak percaya kepada kebolehan diri kita, lemah cita-cita, terlalu bergantung atau berharap kepada orang lain.

Kita terlalu berharap kepada doa para ustaz dan tok lebai. Tawakal melampau kita, Tahlil dan Yasin kita, air jampi, air yasin kita hatta bomoh dan pawang menjadi tangkal dan tasbih kita agar rezeki di langit jatuh ke riba. Itulah ikhtiar kita berkiblatkan taklid buta kita dan itulah kononnya kehendak Islam selama-lamanya.

Kelantangan beliau mengingatkan saya kepada Dr. Mohd Asri Zainal Abidin, Mufti Perlis kini. Keterbukaan Islam yang diketengahkan itu ramai yang memuji dan ada juga yang mengeji. Allahyarham Zaaba juga tidak kurangnya. Buku ini pernah suatu ketika diharamkan oleh sebuah kerajaan negeri.

Sayang, buku edisi lama, berkulit coklat ini sudah habis dipasaran. Entah mengapa tergerak hati ini untuk membeli buku Zaaba ini lebih dahulu  sebelum diberi tugasan ini. Itupun tempatnya  dalam satu lelongan besar-besaran dengan harga serendah RM1 senaskhah. Walau bagaimanapun saya pasti nilainya dalam memberi kefahaman dan kesedaran orang Melayu untuk berubah pastilah besar pahalanya di sisi Tuhan. Al-Fatihah buat Pendeta Zaaba!

- Ibnu Ahmad al-Kurauwi  

MEMINTAS AL-QADAR

MALAM 21

ENTAH berapa kali tingkap cermin itu diselak. Dia masih menjengah-jengahkan mukanya meningkap ke luar kegelapan malam. Pantulan cahaya bulan susut selikur kecil sahaja samar-samar menerobos masuk ke ruang halaman rumah. Walaupun darjah bukaan pandangannya agak terbatas tetapi masih kelihatan bayang kelam pepohon membias memagar ruang halaman rumahnya. Antara ruang bilah kaca yang sempit itu terkesip-kesip mata tuanya menilik tuah seribu malam. Dia meninjau-ninjau alam luar sambil mengharap ada sinar laba tersingkap dari langit.         

Jam di dinding sudah tiga kali berdetik lemah lewat pagi itu, tetapi matanya masih segar dek kerana ketiduran di siang hari. Malam pertama itu agak hangat memijar jasadnya sehingga mendesak kakinya turun ke beranda muka untuk memata-matai liuk lentuk pelita minyak tanah dari buluh minyak yang di pasang di sekeliling rumah. Cahaya pelita dari buluh minyak itu ada yang mati dan ada yang masih nyawa-nyawa ikan. Bergegas dia menambah minyak gas agar api lebih besar menyilau. Dia pasti cahaya antena itu cukup terang untuk memancarkan gelombang isyarat kepada malaikat yang dinantinya supaya tidak tersalah rumah.

Sengal pinggangnya mula mencucuk-cucuk. Lelaki tua itu melabuhkan punggungnya di atas pangkin. Sesekali telapak tangannya sibuk menepuk tampar betis yang telanjang apabila di gigit nyamuk yang menyerang hendap mengekah kulitnya yang menggelambir. Dia masih sabar menunggu di atas pangkin itu sambil teringat-ingat khutbah Imam Robani Jumaat lepas. “Lailatul Qadar berlaku pada malam-malam ganjil. Biasanya Nabi berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakkan amal ibadah pada 10 malam yang terakhir daripada bulan Ramadan berbanding dengan masa-masa yang lain.”

Ada magnet halus menyentap medan semangatnya. Hatinya nekad. Peluang sekali dalam setahun itu tidak akan dilepaskan begitu sahaja.“Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar…” Terlontar zikirnya spontan menggumam antara dengar dengan tidak sambil ingatannya menyelongkar kehidupan yang berkarat dengan daki mazmumah.

Dia tahu amal pahalanya sedikit sedangkan dosanya tinggi membukit. Kepalanya keras seperti kelapa tua. Sudah berbuih mulut isteri dan anak-anaknya mengingatkan akan usia senjanya itu. Tetapi putik taubatnya begitu rapuh gugur sebelum berbunga lagi. Lantaran kedaifan itu dia mahu menebus dengan kantung pahala al-Qadar. Dia akan tunggu makhluk itu. Dia yakin kafarah dosa jahiliahnya itu akan tertebus apabila al-Qadar datang menjengukkan salamnya.    Terus membaca ‘MEMINTAS AL-QADAR’

Laman Berikutnya »


 

April 2007
I S R K J S A
« Mac   Mei »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

BULAN BAHASA KEBANGSAAN 2009

BBK

KARYA TERKINI

CERPEN DI MINGGUAN MALAYSIA
OKTOBER 2009
Kemuncup 2

"KEMUNCUP Di Atas Padang" cerita tentang rintih alam kepada anak-anak gempa yang melanda bumi Padang, Sumatera Indonesia. Cerita tentang Epa Poho yang dipujuk oleh Zahara Talua saat menemui anak yang luka dan duka bersalut lumpur derita. Cerita tentang tanah leluhur kita yang imannya belum teruji sepenuhnya. Makmur diuji nikmat aman hingga hidup bagai tidak bertuhan.

CERPEN DI DEWAN SASTERA
OKTOBER 2009
DDKT

“Al-Qadar Buat Angkasawan Di Bumi” pernah tersiar di Akhbar Mingguan Malaysia, Syawal 2007. Kali ini, cerpen ini diberi penghargaan ke persada MASTERA yang disiarkan dalam Majalah Dewan Sastera (Malaysia), Majalah Horison (Indonesia) dan Majalah Bahana (Brunei). Cerpen ala fiksyen sains angkasa ini terilham daripada kisah dua angkasawan negara Dr. Syeikh Muzaphar dan Dr. Faiz Khaleed.

CERPEN DI BERITA HARIAN
FEBRUARI 2009
dia-lelaki

"Dia, Lelaki yang Baru Saya Salam Itu" terilham berasaskan semangat untuk memboikot produk Amerika lewat perang Gaza, Palestin - Israel. Ideanya timbul usai solat Jumaat di Masjid Hukama’, DBP. Hari tersebut turut disempurnakan dengan Khutbah tentang Gaza beriring Qunut Nazilah dan solat hajat. Dalam khutbah saya menyentuh tentang boikot barangan Amerika termasuk rokok seperti Marlboro atau Benson & Hedges. Semangat boikot saya nampak di mata jemaah yang tidak tidur!

INSYIRAH

insyirah2 Sesungguhnya Novel "Insyirah" ialah novel kedua yang telah lahir daripada rahim Sayembara Mengarang Novel Kanak-kanak dan Remaja 2007 - Dewan Bahasa dan Pustaka. Novel ini telah memenangi hadiah pertama dalam sayembara tersebut. - al-Kurauwi

DI DADANYA KALAM TUHAN

ddkt-blog Sesungguhnya, tidak sampai lima tahun selepas menyertai bengkel penulisan cerpen anjuran KEPEZI (Kelab Penulis Zaharah Nawawi) awal September 2004 Ibnu Ahmad al-Kurauwi sudah mampu menghasilkan 20 cerpen yang melayakkannya memiliki kumpulan Di Dadanya Kalam Tuhan. Hal begini diperakui jarang terjadi. Namun bagi penulis muda pemegang ijazah Kesusasteraan Arab dari Jordan ini tiada perkara mustahil. Ke bulan pun manusia boleh jejak, inikan pula sekadar melahirkan sebuah kumpulan cerpen dalam waktu yang relatif singkat. – Zaharah Nawawi USJ Subang Jaya 9 Mac 2009

TINTA ELIPSIS

Novel TE bergerak sekitar gejolak rasa dan jalanan minda watak Amir Afif Amizul, anak peneroka FELDA, yang berpeluang menekuni bahasa Arab dan Pengajian Islam di Universiti Jordan. Amir Afif mempunyai sedikit sebanyak pengalaman dalam bidang penerbitan (TE: 25/7), iaitu selain pengalamannya sebagai konsultan yang ditimbanya selama lima tahun bertugas dengan Syarikat Amal Profesional Sdn. Bhd. (TE: 28) Amir Afif berhadapan dengan beberapa masalah yang wajar diatasinya sebijak mungkin. - Dr. Anis

TINTA LARIS

TETAMU

  • 63,846 hits

RSS Saifulislam.Com

  • ‘Call Me Irresponsible’ 10 November 2009
    Menelusi perkembangan politik semasa sungguh membingungkan. Saya pula banyak memikirkan kesan kebingungan itu kepada generasi pelapis. Soal menterjemahkan segala yang  berlaku kepada suatu pengajaran yang boleh dijamah oleh anak-anak muda yang masih panjang perjalanan mereka. Kelemahan kompetensi, boleh dimaafkan oleh pengundi. Tidak pandai bekerja, salah at […]

RSS Faisal Tehrani

  • Satira Ketupat Cinta II: Kotak Berisi Kuih Lepat 11 November 2009
    Adapun pasar Melaka pada waktu itu sibuklah teramat. Segala barangan ada dijual. Termasuklah manusia yang akan dilelong sebagai hamba. Orang yang tua berumur delapan puluh tahun dijual dengan harga murah. Jika ia nyanyuk dijual dengan harga suku wang timah. Bak kata Abdul Mujid Bari, salah seorang pembesar di Melaka; adalah orang tua nyanyuk itu harganya mur […]

RSS Nisah Haron Online

  • Umbara Sastera III 11 November 2009
    Para penulis, peminat sastera dari jauh dan dekat, dengan segala hormatnya dipersilakan hadir ke majlis :Umbara Sastera III14 November 2009D'Ark, Taman Setia Kasih, Senawang, Negeri SembilanTema : Penulisan Sastera IslamPanel :Puan Nisah Haji HaronProses kreatif cerpen Aset IstiqamahTempat PertamaSayembara Cerpen Hadiah Sastera Berunsur Islam ke - 12Enc […]

RSS Serunai Faqir

  • Warisan Melayu - Gendang Silat 6 November 2009
    Upacara Penganugerahan Sandang Silat Gayong yang disempurnakan oleh Y.A.M Tengku Datuk Seri Tengku Ahmad Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj telah berlansung di Kuala Lumpur International Hotel pada 25 Oktober yang lalu. Kumpulan kami dijemput mengiringi majlis.

RSS BECKyilHAM

  • Ulasan Cerpen Jus Soli Jus Sanguinis dalam Tunas Cipta 11/09 5 November 2009
    "Pada dasarnya cerpen ini juga merupakan garapan warna-warni kehidupan yang bersifat global. Walaupun dalam situasi yang berlatarkan zon perang, masih ada nilai emosi dan nilai-nilai kemanusiaan sejagat. Saya terkesan cerpen ini kaya dengan maklumat, ada bahan-bahan sains politik, persekitaran budaya, aspek sejarah dan tamadun bangsa....oleh sebab isu y […]

Flickr Photos

Noviembre

More Photos