ZAABA TOKOH ULAMA?

SAYA sedang menangani sebuah buku yang ditulis oleh Allahyarham Zaaba bertajuk “Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri”. Kali terakhir buku ini diterbitkan ialah pada tahun 1987 oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Dengan kerjasama Universiti Malaya, buku ini sedang diberi nafas baharu dengan memuatkan dua versi bahasa dan dua versi tulisan, iaitu bahasa Inggeris dan Melayu, rumi dan Jawi.

Saya diamanahkan untuk menteransliterasikan buku ini dari tulisan Rumi kepada tulisan Jawi. Kerja-kerja ini memerlukan daya usaha yang lebih untuk kita membaca dari satu perkataan ke satu perkataan dan mentransliterasikan pula dalam tulisan Jawi yang disempurnakan. Secara tidak langsung saya telah menghadamkan buku ini bulat-bulat ke dalam hati dan jiwa. Zatnya bersemarak dalam setiap urat dan nadi.

Rupa-rupanya Pendeta Zaaba bukan sahaja seorang tokoh bahasa dan budayawan negara. Malah beliau (dalam hati kecil saya) tokoh cendekiawan dan mujaddid zaman yang mahu melihat bangsanya memegang agama dalam diri sebagai citra rujukan dan kemajuan.

Tulisannya mendahului zaman. Malah buku ini bukanlah yang pertama dalam laras wacana agamanya. Buku-buku lain dan artikel-artikelnya terakam dalam beberapa buah majalah seperti Lembaga Melayu, Pengaruh dan al-Ikhwan. Buku seperti Asuhan Budi dan Falsafah Takdir berbaur kritikan keras terhadap kemunduran orang Melayu yang tidak percaya kepada kebolehan diri kita, lemah cita-cita, terlalu bergantung atau berharap kepada orang lain.

Kita terlalu berharap kepada doa para ustaz dan tok lebai. Tawakal melampau kita, Tahlil dan Yasin kita, air jampi, air yasin kita hatta bomoh dan pawang menjadi tangkal dan tasbih kita agar rezeki di langit jatuh ke riba. Itulah ikhtiar kita berkiblatkan taklid buta kita dan itulah kononnya kehendak Islam selama-lamanya.

Kelantangan beliau mengingatkan saya kepada Dr. Mohd Asri Zainal Abidin, Mufti Perlis kini. Keterbukaan Islam yang diketengahkan itu ramai yang memuji dan ada juga yang mengeji. Allahyarham Zaaba juga tidak kurangnya. Buku ini pernah suatu ketika diharamkan oleh sebuah kerajaan negeri.

Sayang, buku edisi lama, berkulit coklat ini sudah habis dipasaran. Entah mengapa tergerak hati ini untuk membeli buku Zaaba ini lebih dahulu  sebelum diberi tugasan ini. Itupun tempatnya  dalam satu lelongan besar-besaran dengan harga serendah RM1 senaskhah. Walau bagaimanapun saya pasti nilainya dalam memberi kefahaman dan kesedaran orang Melayu untuk berubah pastilah besar pahalanya di sisi Tuhan. Al-Fatihah buat Pendeta Zaaba!

- Ibnu Ahmad al-Kurauwi  

11 Responses to “ZAABA TOKOH ULAMA?”


  1. 1 teja 24 Julai 2008 at 12:31 pm

    assalamualaikum, bagai mana mungkin untuk saya mendapatkan kandungan buku ini kerana sudah bertahun dan merata tempat saya berusaha untuk mendapatkan buku ini namun masih tidak berjaya….

  2. 2 bennasr2020 16 Februari 2009 at 11:47 pm

    Saya baru dapat buku ni di kedai buku universiti malaya. RM5 sahaja, edisi rumi cetakan terbaru. sangat disyorkan untuk buka minda.

  3. 3 ikmal 8 Oktober 2009 at 5:09 pm

    kedai buku um itu di belah mana ya? mohon beritahu dengan kadar segera. syukran.

  4. 4 ibnuahmadalkurauwi 9 Oktober 2009 at 9:12 am

    Salam ziarah Ikmal,
    Jemput datang ke DBP, barangkali masih lagi ada di sini.

  5. 5 ikmal 9 Oktober 2009 at 5:43 pm

    semalam saya pergi ke dawama..katanya sudah kehabisan stok.

  6. 6 Maimunah Ibrahim 6 Februari 2010 at 6:14 am

    Alhamdulillah, begitulah jika kita banyak membaca dan mengkaji sejarah. Ilmu dan bakti yang dtinggalkan menjadi panduan dan teladan untuk kita yang hidup seterusnya. Insya Allah, panduan Al Quran dan Sunnah Rasul menjamin kebahgiaan hidup dunia dan akhirat.
    Terima kasih kerana perkongsian maklumat ini.

  7. 7 al-Kurauwi 6 Februari 2010 at 9:55 pm

    Puan Maimunah,
    Salam Ziarah. Untuk makluman buku ‘Perangai Bergantung Pada Diri Sendiri’ Tulisan Za’ba sudah diterbitkan dengan tiga versi. Rumi, Jawi (bahasa Melayu) dan bahasa Inggeris.

  8. 8 ibnu raml 10 Mac 2010 at 3:42 pm

    xperlu rasanya dibandingkan dengan dr asri

  9. 9 al-Kurauwi 10 Mac 2010 at 8:23 pm

    Ibnu Raml,
    Bukan membanding, sekadar menyebut. Lagipun ketika artikel ini ditulis beliau ialah Mufti Perlis. Dengan lain perkataan, tajdid yang dibawa oleh beliau bukanlah pertama kali ini sampai ke telinga kita. :)

  10. 10 mat 5 Julai 2010 at 5:39 pm

    Dr Asri dalam beberapa artikel dan bukunya ada memetik kata-kata Za’ba dalam “buku perangai bergantung kepada diri sendiri”…

  11. 11 al-Kurauwi 5 Julai 2010 at 11:12 pm

    Tuan Mat,
    Buku tersebut sudah diberi nafas baharu oleh DBP. Malah dialih bahasa dalam bahasa Inggeris dan tulisan Jawi.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




April 2007
I S R K J S A
« Mac   Mei »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

RSS KLINIK JAWI

  • SIFIR JAWI
    ANTARA RUNGUTAN yang sering kedengaran daripada guru-guru pembimbing mata pelajaran Jawi ialah kerapnya berlakunya kesalahan memadankan tulisan rumi kepada Jawi dalam kalangan murid-murid. Sama ada kesalahan pada padanan huruf vokal mahupun padanan huruf konsonan. Puncanya ialah apabila kita mengharapkan pelajar kita menghafal huruf-huruf Jawi sebanyak 37 hu […]

KLINIK JAWI DI RADIO

Temui saya dan DJ Muhammad Suffian di Klinik Jawi, setiap Sabtu, jam 10 pagi di IKIM.fm

KARYA BAHARU

BUKU

Buku kaedah belajar jawi-4(1)

Buku "Kaedah Pembelajaran Jawi" ini menghimpunkan nota-nota pembelajaran Klinik Jawi Peringkat Asas yang dimuat naik ke laman sesawang PNM sebagai panduan kepada para pendengar radio IKIMFM yang mengikuti Rancangan Klinik Jawi setiap hari Sabtu, jam 10.00 pagi. Buku ini ditulis dalam dua versi tulisan iaitu Jawi dan rumi.

CERPEN

Lelaki Si Pemasang Karpet

Cerpen 'Lelaki Si Pemasang Karpet' ditulis dan diolah semula dalam bentuk kreatif berasaskan kisah benar seorang sahabat. Mari kita belajar daripada pengalaman dan pengorbanannya untuk dikutip iktibarnya oleh pembaca bukan watak-wataknya yang mahu diuji pada benar dan salahnya. Kisah ini tidak berniat untuk memburukkan sesiapa dan bukan juga bertujuan untuk mengaibkan pencerita. - Berita Harian, 12 Oktober 2014 - al-Kurauwi

Cerpen 'Zam Zam ke Tanah Haram' diolah semula berasaskan cerita daripada mulut bonda sewaktu kecil. Kisah ini berlaku di kampung kelahiran di Parit Abas, Kuala Kurau. Perak. Wallahu a'lam, benar atau tidak kesahihannya. - Mingguan Malaysia, 21 Oktober 2012 - al-Kurauwi

Sebuah kisah benar. Kisah yang terilham daripada salah sebuah testimonial melalui e-mel seorang pembaca setelah mengulit novel “Punya Cinta Ramadan”.
- Mingguan Malaysia, 7 Ogos 2011 - al-Kurauwi

Terima kasih kepada Puan Siti Zabidah yang menumpahkan cerita ini ke telinga saya. Saya tidak pernah melihat wajah mereka namun berkongsi rasa dan air mata.

Berita Minggu 10 Julai 2011 - al-Kurauwi

Memberikan interpertasi baharu bukanlah memusuhi sejarah, jauh sekali memusuhi Islam.

- Ku Seman, Mingguan Malaysia, 14 November 2010

CERPEN

Ini kisah Dena Balosha. Gadis kecil dari Gaza yang syahid membebaskan buminya daripada Yahudi Israel. Bagaimana jika Dena Balosha berbicara dari syurga?

-Tunas Cipta, Jun 2010

KOLEKSI NOVEL

NAMAKU BUKAN MARIA

"Bagaimana kalau alur sejarah dibiaskan pada pertengahannya oleh suatu idealisme yang berpaksi pada tauhid? Novel ini memilih simpang lain untuk
Natrah, menghasilkan naratif yang menggugah"

– Sasterawan Negara Dato’ Dr. Anwar Ridhwan

PUNYA CINTA RAMADAN

“Punya Cinta Ramadan meneruskan kelangsungan keindahan nada dakwah melalui kekuatan gaya bahasa karya yang puitis dan keampuhan bercerita Ibnu Ahmad Al-Kurauwi selepas kelahiran novel Tinta Elipsis dan Insyirah, serta Kumpulan Cerpen Di Dadanya Kalam Tuhan.”

- w.b.rendra,
wbrendra.blogspot.com

DI DADANYA KALAM TUHAN

ddkt-blog Sesungguhnya, tidak sampai lima tahun selepas menyertai bengkel penulisan cerpen anjuran KEPEZI (Kelab Penulis Zaharah Nawawi) awal September 2004 Ibnu Ahmad al-Kurauwi sudah mampu menghasilkan 20 cerpen yang melayakkannya memiliki kumpulan Di Dadanya Kalam Tuhan. Hal begini diperakui jarang terjadi. Namun bagi penulis muda pemegang ijazah Kesusasteraan Arab dari Jordan ini tiada perkara mustahil. Ke bulan pun manusia boleh jejak, inikan pula sekadar melahirkan sebuah kumpulan cerpen dalam waktu yang relatif singkat. – Zaharah Nawawi USJ Subang Jaya 9 Mac 2009

INSYIRAH

insyirah2

Sesungguhnya Novel "Insyirah" ialah novel kedua yang telah lahir daripada rahim Sayembara Mengarang Novel Kanak-kanak dan Remaja 2007 - Dewan Bahasa dan Pustaka. Novel ini telah memenangi hadiah pertama dalam sayembara tersebut. - al-Kurauwi

TINTA ELIPSIS

Novel TE bergerak sekitar gejolak rasa dan jalanan minda watak Amir Afif Amizul, anak peneroka FELDA, yang berpeluang menekuni bahasa Arab dan Pengajian Islam di Universiti Jordan. Amir Afif mempunyai sedikit sebanyak pengalaman dalam bidang penerbitan (TE: 25/7), iaitu selain pengalamannya sebagai konsultan yang ditimbanya selama lima tahun bertugas dengan Syarikat Amal Profesional Sdn. Bhd. (TE: 28) Amir Afif berhadapan dengan beberapa masalah yang wajar diatasinya sebijak mungkin. - Dr. Anis

TETAMU

  • 240,889 hits

Top Rated


Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 34 other followers

%d bloggers like this: