Arkib untuk Mei 2007

KULIT BEDAR SUKMA BISU

BLURB

NOVEL ini memperlihatkan dunia intelektual Melayu dalam industri pembuatan dengan segala falsafahnya. Di dalamnya turut termuat perihal korporat dan globalisme Melayu ratusan tahun dahulu, dengan penampilan gabungan watak antarabangsa dari negara berlainan tetapi dalam satu kesatuan keluarga. Sebuah saga empat generasi bermula daripada Ben Qurtubi sebagai generasi pertama hingga kepada Haiqal Chen generasi keempat.

Novel ini mengangkat kisah bauran teknik lama dan baharu seperti sejarah dan mitos, realisme dan realisme magis. Begitu juga pengangkatan martabat watak-watak saganya ke tahap “mitos dan legenda”, mewujudkan misteri dalam kalangan mereka. Penggunaan bahasa tinggi dan intelektual dalam novel ini, bersesuaian dengan martabat mulia watak-watak yang menghidupkan saga itu.

Novel ini meyakinkan kita tentang dunia maritim persis milik dan keagungan tradisi Melayu, dengan nama-nama perahu yang beraneka dan watak-wataknya juga dalam sebuah saga seperti Ben Qurtubi, Marwan Qurtubi, Wefada Marwan dan Haiqal Chen.  

“Novel BEDAR SUKMA BISU ini masih belum ada di pasaran. Kulit novel ini saya terima dari perekanya Abang Lan di sesawang http://cowgumrubber.blogspot.com  Saya secara peribadi tak sabar menunggu penerbitan novel ini dek prestijnya setelah memenangi Hadiah Pertama (RM50,000) kategori novel dewasa, Sayembara Mengarang Sempena Sambutan Jubli Emas DBP. Apa pun tahniah Faisal, kami tumpang berbangga!” - Ibnu Ahmad al-Kurauwi. 

KUMPULAN CERPEN MAWAR

 

BLURB

KAU sesekali harus menyertai  kami  di belantara luar biasa itu, Mas.” Saya masih dapat merakam senyuman panjang yang disua oleh Masitah ketika itu — mekar. “Biar kau akan turut sama menyenangi dunia Tuhan yang satu lagi itu,” tambah saya, membuatkan senyuman Masitah masih di bibir.  Senyum Masitah ternyata sama seperti apabila saya melihat kuntuman mawar di dasar segara. “Tahukah saudara,  mawar merah ciptaan Tuhan juga, ada di dasar sana?”  “Tapi, akhirnya baru saya tahu, ia bukanlah mawar seperti yang saudara bayangkan. Sebaliknya ia merupakan  untaian telur hexabranchus sanguineus – sejenis kelinci laut.” Pernah begitu  saya menceritakan kepada Masitah. “Tapi, ia masih satu kecantikan yang luar biasa, antara yang tersimpan di belantara luar biasa itu. Ratusan benih awal itu berumbai-rumbai, persis kelopak mawar laut yang kerap saya jumpa di dasar Taman Laut Tujuh Belas Pulau. Ah, Maha Suci Tuhan akan segala kecantikan itu, secantik senyuman Masitah, rafik saya sejak dahulu hingga bila-bila.”  Saudara yang membaca kisah ini, mungkin sahaja menganggap kisah ini cerita biasa. Cerita cinta yang berubah kepada persahabatan yang mulia. Tetapi, cerita persahabatan ini menjadikan saya manusia lelaki yang halus, untuk memahami manusia dan hubungan Tuhan yang kudus.                                                             Cinta Masitah

Masitah mengandungi 21 buah cerpen, memuatkan latar antarabangsa yang mengajak pembaca menjelajahi geografi, budaya, manusia dengan cinta, persahabatan, agama dan perempuannya. Kumpulan cerpen ini memperlihatkan kemahiran dan kematangan pengarang bercerita yang menggunakan sudut pandangan berbeza. 

“Kulit novel Masitah ini saya terima dari perekanya sendiri Abang Lan yang merupakan salah seorang pereka kulit Novel KAPEZI di sesawang http://cowgumrubber.blogspot.com  Saya difahamkan kulit ini bukanlah kulit pilihan Kanda Mawar. Kulit yang sebenar berlatarkan pohon bunga Sakura. Yang musykil, mengapa Masitah tidak Masyitah ya? Apa pun tahniah Kanda Mawar, sekurang-kurangnya kita tahu Kanda Mawar sudah menghasilkan karya terbarunya.!” - Ibnu Ahmad al-Kurauwi.

SF DAN LAGUKAN SENANDUNG ITU

 

BLURB 

Perjalanannya mempelajari seni gendang tidak mudah. Dia terpaksa melalui jalan berliku, apatah lagi dengan fizikal dirinya seorang wanita. Persepsi masyarakat terhadap wanita dalam permainan tradisional itu tidak menyebelahinya. Begitu pun Fatimah tetap dengan hasratnya untuk mendalami ilmu gendang. Dia sanggup bertualang untuk mencari guru di tempat lain bagi menajamkan ilmunya.  

Bukan itu sahaja, ketika perusahaan gendangnya dikhianati sehingga syarikatnya hampir disingkirkan, dia masih melalui saat getir itu dan berjaya membuktikan kebenaran. Kegigihannya mendatangkan pulangan yang berbaloi apabila dia berjaya memenangi pertandingan gendang di peringkat kebangsaan dan turut menerima jemputan ke pertandingan gendang di Korea dan memenanginya. 

“Kulit novel ini saya terima dari perekanya sendiri Abang Lan di http://cowgumrubber.blogspot.com  Secara peribadi, novel ini antara kulit novel yang tercantik dan simbolik pernah saya tengok. Harap-harap pembaca kita berselera untuk memilikinya. Tahniah SF moga lebih laju menulis!” - Ibnu Ahmad al-Kurauwi.

SAYA DAN JAWI

 

Hari ini 21 Mei 2007 wajah saya terpampang besar di akhbar Utusan Melayu bilangan ke-217 dengan tajuk ‘Pembakar Semangat Jawi’ saya petik kenyataan akhbar seperti yang berikut:

” KUALA LUMPUR – Pelbagai cara dan kaedah telah digunakan untuk membakar semangat Jawi di kalangan pelajar dan orang dewasa dalam usaha memartabatkan semula tulisan Jawi di negara ini.

Pegawai Perancang Bahasa, Bahagian penyelidikan Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka, Azman Ahmad tidak terkecuali, malah beliau salah seorang pakar Jawi telah menggunakan komputer semasa mengajar, selain memberikan kefahaman turut membakar semangat Jawi di kalangan para peserta. Usaha bersungguh-sungguh beliau menempakkan hasil kerana proses pembelajaran mudah, tidak membosankan dan penerangan yang jelas berkaitan ejaan baru Jawi.

Itulah usaha terbaru Perpustakaan Negara Malaysia menerusi Klinik Jawi yang mendapt sambutan ramai sebagai susulan Semarak Jawi yang dilancarkan Menteri Kebudayaan Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr. rais Yatim Januari lalu.” 

“Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program ini, khususnya majikan saya Dewan Bahasa dan Pustaka. Moga-moga warisan Melayu kebanggaan kita ini terus dipertahankan kelangsungannya dan disemarakkan kempennya berterusan.” - al-Kurauwi

PEMURAHNYA NABI!

SIDANG JUMAAT YANG BERBAHAGIA,

Marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah dengan mentaati segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Hayatilah tuntutan dan syariat Islam dan amalkanlah sunah dalam urusan kehidupan kita seharian. Marilah kita jadikan Baginda Rasulullah SAW itu sebagai Uswah Hasanah, suatu contoh ikutan yang terbaik sepanjang masa tidak hanya terhenti semata-mata kedatangan bulan Rabiulawal sahaja agar segala garis panduan kehidupan di atas muka bumi ini dapat dijadikan petunjuk dan penyelamat kita di akhirat kelak.  

SIDANG JUMAAT YANG BERBAHAGIA Tidak ada sifat-sifat yang paling dimuliakan dan diagungkan oleh bangsa Arab baik pada zaman Jahiliah mahupun di zaman Islam lebih daripada sifat pemurah dan berani. Para penguasa raja dan sultan sangat senang bila disebarluaskan kepemurahan mereka. Andai golongan sasterawan Arab memuji-muji, mereka akan mengkhususkan kepada dua sifat yang utama pemurah dan berani dalam syair-syair mereka. Kadang kala mereka memuji dengan sesungguh-sungguhnya dan kadang kala secara berlebih-lebihan.    

SIDANG JUMAAT YANG BERBAHAGIA

Begitu  juga tidak ada sifat-sifat yang paling dibenci oleh bangsa Arab pada waktu itu lebih dari membenci dua sifat yang buruk iaitu penakut dan bakhil. Bagi mereka tidak ada sifat yang lebih buruk untuk mencela lawan selain sifat penakut dan bakhil. Bila seorang penyair hendak memperolok-olokkan atau mencela lawannya maka ia memperolok-olokkan dan mencela dengan sifat penakut dan bakhil. Apabila lahirnya makhluk yang bernama Muhammad SAW, sifat dermawan pada diri Baginda SAW adalah sifat lain daripada yang lain yang mempunyai corak baru yang belum pernah dikenal oleh bangsa Arab, juga belum dikenal oleh bangsa yang lain.  Terus membaca ‘PEMURAHNYA NABI!’

DOA BUAT AMIZA!

 

“AKHIRNYA rakan KAPEZI kita, yang sama-sama menulis novel dengan kita, Amiza Khuysri bertemu juga jodohnya, iaitu Khairun Nisak Binti Munzir pada 13 Mei 2007 yang lalu. Kita doakan rakan-rakan kita yang lain juga dipertemukan jodoh juga hendaknya. Terutamanya Serunai Faqir, Rendra dan lain-lainlah! Jangan lama-lama membujang, nanti dikebas orang!

Buat Amiza, maaf kami tak dapat hadir sama. Marilah kita doakan kebahagiaan buat mereka berdua. Kita doakan moga perkahwinan itu tidak menghentikan terus keupayaannya untuk terus menulis! Kekal bahagia hingga ke akhir usia…” – Ibnu Ahmad al-Kurauwi

Ya Allah ya Rahman

Tuhan yang menciptakan makhluk berpasang-pasangan. Diciptakannya siang dan malam, langit dan bumi, bintang dan bulan. Diciptakannya buat lelaki, seorang perempuan sebagai teman untuk berkasih-kasihan. Ya Allah Sesungguhnya kami bersyukur kepada-Mu atas nikmat kejadian. Ya Allah Sesungguhnya kami pasrah kepada-Mu dengan jodoh pertemuan, kehidupan dan juga kematian. Ya Allah Ya Fattah Ya Alim Tuhan yang Maha BijaksanaTuhan yang Maha Kaya. Kurniakanlah buat pasangan pengantin kami kerukunan rumah tangga. Yang payungnya melindungi daripada fitnah, umpat dan caci cela. Yang kelambunya menyimpan rahsia, kehormatan diri dan keluarga. Yang kesannya membentuk insan beriman dan bertakwa. Tetap taat pada Tuhan yang esa. Tetap menghormati kedua-dua ibu bapa dan juga mertua. Menjaga maruah keluarga dan zuriat tercinta. Kukuh teguh terus terpelihara sehingga bila-bila. 

Ya Allah kami sedar langit cerah tidak selalunya ceria. Ya Allah kami sedar sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula manusia. Ya Allah kami sedar hakikat tanggungjawab sebagai suami dan isteri yang amat berat. Jika hati-hati kami tidak erat, tekad kami tidak kuat, muafakat kami tidak bulat sudah pastilah perkahwinan kami akan cacat.  Oleh itu Ya Allah, satukanlah hati pengantin kami dengan cahaya keimanan. Gandakanlah kasih sayang dengan jiwa pengorbanan, Agar mereka bertindak dalam satu haluan. Agar mereka menyusun perjalanan dengan satu fikiran. Bijak berhemah melaksanakan kewajipan. 

Ya Allah sedarkanlah kami akan hakikat kehambaan dan keinsanan. Agar rendah hati meskipun berharta. Agar bijaksana meskipun berkuasa. Agar tidak asyik dibuai leka dunia. Agar tidak tunduk pada syaitan dan nafsu menggila. Agar keinsanan tak punah dek dendam kesumat, tamak haloba dengki khianat, fitnah dan buruk sangka. Agar tidak dilaknat oleh Tuhan semesta. Allahumma Amin.. Ya Mujibas Sa’ilin, Ya Rabbal Mustada’fin, Ya Rahman Ya Rahim.Ibnu Ahmad al-Kurauwi DBPKL (sumber gambar dari http://annyss.blogspot.com Terima kasih Kak Nisah Haron)

ANDA TAK MALU?

INILAH perlakuan manusia yang disebut oleh Allah SWT sebagai al-An’am atau al-Bahimah bahkan tabiat mereka ini lebih teruk daripada yang digambarkan oleh Allah SWT itu.

Sejumlah 18,000 orang dengan sukarelanya berbogel di  Zocalo Square, Mexico City kononnya atas nama seni. Tanpa rasa malu mereka berkumpul awal bulan lalu, semata-mata memenuhi hasrat seorang jurugambar profesional, Spencer Tunick untuk mencatat rekod dunia.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Laith, daripada Abdullah bin Mas’ud; katanya, Rasulullah SAW bersabda:

“Malulah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar malu.” Dijawab para sahabat, “Kami sudah malu kepada Allah, alhamdulillah.” Jawab Nabi: “Bukan itu, tetapi sesiapa yang malu kepada Allah dengan sesungguhnya, maka hendaklah ia menjaga kepala dan semua pancainderanya dari dosa-dosa, juga perut dan apa yang masuk ke dalamnya, dan hendaklah selalu ingat akan mati dan bencana di dalam kubur. Dan sesiapa yang benar-benar inginkan akhirat, ia akan sanggup meninggalkan kesenangan dunia, maka siapa yang berbuat demikian maka ia telah malu kepada Allah dengan sesungguh-sungguh malu.”

Dalam satu hadis yang lain nabi bersabda, maksudnya: …”Kalau kamu tak malu, buatlah apa yang kamu suka.”

- Ibnu Ahmad al-Kurauwi

 

KIRANA, AIR TANGAN SARIMAH

 

Kirana

Penulis: Sarimah Bardon
Penerbit: DBP
No. KK: 899 204645101
No. ISBN: 9789836294920
Tahun Terbitan: 2007
Harga Buku: RM20.00

Harga Kami: RM16.00
Jimat: RM 4.00 ( 20% )

Blurb

“Apa yang amat dibimbangi oleh Karmila akhirnya berlaku juga kepada cucu kesayangannya, Kirana. Sejarah hitam dan pengalaman pahit ditinggalkan suami kini berulang terhadap cucunya pula. Kirana, anak yatim piatu sejak kecil terpaksa menerima takdir membesarkan empat orang anak bersendirian di samping neneknya yang telah tua setelah suaminya menghilang tidak kembali sebaik sahaja melawat bapanya yang sakit di India. Mampukah ibu muda yang cantik menawan lagi digilai oleh ramai lelaki kampungnya itu menongkah arus, menjaga dan membesarkan anak-anak, mengusahakan perusahaan kecilnya di samping mempertahankan maruahnya sebagai isteri? Kirana mempelihatkan ketabahan, kesungguhan, kesetiaan dan kemuliaan seorang isteri yang ditinggal suami.”

“Tahniah kepada Puan Sarimah, tahniah juga kepada KAPEZI. Sebuah lagi hasil upaya KAPEZI menyemarakkan dunia sastera tahniah air. Moga kita dapat sama-sama bntu-membantu mempromosikan novel-novel yang sudah diterbitkan. Mulakan promosi anlian dengan membeli senaskhah!” - Ibnu Ahmad al-Kurauwi

 

OH, TINTA ELIPSISKU!

 

Blurb

“… TIGA titik berurutan itu seakan melambangkan dilema yang dihadapinya ketika itu. Antara dua hati itu ada perasaan yang harus berkorban dan dikorbankan. Ada janji yang harus digugurkan. Walaupun tekadnya sudah terpateri ketika mengikat janji seia sekata dahulu.

Apakah kerana Amjad, dia harus menggugurkan janjinya dengan Wardah. Memikirkan itu, daun hatinya terasa pecah dilibas ranting gelisah. Sukar memahami apa yang harus ditentukan seperti titik elipsis ini yang tidak merungkaikan jawapan apa-apa. Realiti sebenarnya dia sudah kalah dalam jerit tangis dan hilai tawa seorang anak yang jauh ditinggalkan itu ….”

“Saya benar-benar teruja melihat hasil tangan yang pertama ini. Oh Tuhan, inikah kesudahan?” – Ibnu Ahmad al-Kurauwi

 

 

WANGINYA AROMA ZAHURA

 

Blurb

ALISYA tidak menduga akan ujian yang menimpa dirinya. Dia akur dengan ketentuan Tuhan … reda dengan setiap ujian yang mendatang, bahawa itu adalah kehendak-Nya.

Hanya kerana seorang wanita lain, Alisya telah melakukan kesilapan yang besar dalam dirinya. Alisya tidak menyangka wanita itu talam dua muka. Dengan mudahnya dia mempercayai wanita itu sehingga hubungan kekeluargaan dan kariernya terjejas, angkara wanita itu.

Adakah Alisya berjaya mendapatkan kembali perniagaannya yang terjejas itu? Bagaimana akhirnya hubungannya dengan suaminya Haris, yang bagaikan retak menanti belas itu? Aroma Hati pasti akan memberi jawapannya.

“Saya sempat ke DAWAMA hari ini, untuk melihat kulit novel saya yang dimaklumkan oleh Puan Seri sudah siap. Kemudian terlihat kulit hijau novel ini. Saya mendengar khabar novel ini sedang dicetak, tahniah berganda buat Zahura. Melihat kulit rasa sejuk ulu hati!” – Ibnu Ahmad al-Kurauwi

 

Laman Berikutnya »


 

Mei 2007
I S R K J S A
« Apr   Jun »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

BULAN BAHASA KEBANGSAAN 2009

BBK

KARYA TERKINI

CERPEN DI MINGGUAN MALAYSIA
OKTOBER 2009
Kemuncup 2

"KEMUNCUP Di Atas Padang" cerita tentang rintih alam kepada anak-anak gempa yang melanda bumi Padang, Sumatera Indonesia. Cerita tentang Epa Poho yang dipujuk oleh Zahara Talua saat menemui anak yang luka dan duka bersalut lumpur derita. Cerita tentang tanah leluhur kita yang imannya belum teruji sepenuhnya. Makmur diuji nikmat aman hingga hidup bagai tidak bertuhan.

CERPEN DI DEWAN SASTERA
OKTOBER 2009
DDKT

“Al-Qadar Buat Angkasawan Di Bumi” pernah tersiar di Akhbar Mingguan Malaysia, Syawal 2007. Kali ini, cerpen ini diberi penghargaan ke persada MASTERA yang disiarkan dalam Majalah Dewan Sastera (Malaysia), Majalah Horison (Indonesia) dan Majalah Bahana (Brunei). Cerpen ala fiksyen sains angkasa ini terilham daripada kisah dua angkasawan negara Dr. Syeikh Muzaphar dan Dr. Faiz Khaleed.

CERPEN DI BERITA HARIAN
FEBRUARI 2009
dia-lelaki

"Dia, Lelaki yang Baru Saya Salam Itu" terilham berasaskan semangat untuk memboikot produk Amerika lewat perang Gaza, Palestin - Israel. Ideanya timbul usai solat Jumaat di Masjid Hukama’, DBP. Hari tersebut turut disempurnakan dengan Khutbah tentang Gaza beriring Qunut Nazilah dan solat hajat. Dalam khutbah saya menyentuh tentang boikot barangan Amerika termasuk rokok seperti Marlboro atau Benson & Hedges. Semangat boikot saya nampak di mata jemaah yang tidak tidur!

INSYIRAH

insyirah2 Sesungguhnya Novel "Insyirah" ialah novel kedua yang telah lahir daripada rahim Sayembara Mengarang Novel Kanak-kanak dan Remaja 2007 - Dewan Bahasa dan Pustaka. Novel ini telah memenangi hadiah pertama dalam sayembara tersebut. - al-Kurauwi

DI DADANYA KALAM TUHAN

ddkt-blog Sesungguhnya, tidak sampai lima tahun selepas menyertai bengkel penulisan cerpen anjuran KEPEZI (Kelab Penulis Zaharah Nawawi) awal September 2004 Ibnu Ahmad al-Kurauwi sudah mampu menghasilkan 20 cerpen yang melayakkannya memiliki kumpulan Di Dadanya Kalam Tuhan. Hal begini diperakui jarang terjadi. Namun bagi penulis muda pemegang ijazah Kesusasteraan Arab dari Jordan ini tiada perkara mustahil. Ke bulan pun manusia boleh jejak, inikan pula sekadar melahirkan sebuah kumpulan cerpen dalam waktu yang relatif singkat. – Zaharah Nawawi USJ Subang Jaya 9 Mac 2009

TINTA ELIPSIS

Novel TE bergerak sekitar gejolak rasa dan jalanan minda watak Amir Afif Amizul, anak peneroka FELDA, yang berpeluang menekuni bahasa Arab dan Pengajian Islam di Universiti Jordan. Amir Afif mempunyai sedikit sebanyak pengalaman dalam bidang penerbitan (TE: 25/7), iaitu selain pengalamannya sebagai konsultan yang ditimbanya selama lima tahun bertugas dengan Syarikat Amal Profesional Sdn. Bhd. (TE: 28) Amir Afif berhadapan dengan beberapa masalah yang wajar diatasinya sebijak mungkin. - Dr. Anis

TINTA SAPA

ibnuahmadalkurauwi pada PAK AZIZI YANG MUDA
ibnuahmadalkurauwi pada PERCAKAPAN KALBU KEPADA INDERA…
ZulDean pada PAK AZIZI YANG MUDA
ibnuahmadalkurauwi pada PAK AZIZI YANG MUDA
anuar manshor pada PAK AZIZI YANG MUDA

TETAMU

  • 64,097 hits

RSS Saifulislam.Com

  • Jangan Gopoh Dalam Bicara 14 November 2009
    Al-Marhum al-Sheikh Said Hawwa Mengapa sepi? Bukan tidak ada isu yang mahu diperkatakan. Bukan tidak ada topik ilmu yang mahu dikongsikan. Banyak input yang dicari dan diterima kebelakangan ini. Justeru dengan input yang banyak, banyak jugalah output yang sepatutnya keluar. Tetapi ia tidak berlaku. Segalanya berakhir dengan diam. Saya sedang menyelak lembara […]

RSS Nisah Haron Online

  • Umbara Sastera III 11 November 2009
    Para penulis, peminat sastera dari jauh dan dekat, dengan segala hormatnya dipersilakan hadir ke majlis :Umbara Sastera III14 November 2009D'Ark, Taman Setia Kasih, Senawang, Negeri SembilanTema : Penulisan Sastera IslamPanel :Puan Nisah Haji HaronProses kreatif cerpen Aset IstiqamahTempat PertamaSayembara Cerpen Hadiah Sastera Berunsur Islam ke - 12Enc […]

RSS Serunai Faqir

  • Warisan Melayu - Gendang Silat 6 November 2009
    Upacara Penganugerahan Sandang Silat Gayong yang disempurnakan oleh Y.A.M Tengku Datuk Seri Tengku Ahmad Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj telah berlansung di Kuala Lumpur International Hotel pada 25 Oktober yang lalu. Kumpulan kami dijemput mengiringi majlis.

RSS BECKyilHAM

  • Pinjamkan Aku Bahumu 8 November 2009
    Afni, Hanee dan (Haz)WaniJangan sesekali mencurigai kuasa persahabatan!Dua minggu lalu jiwa saya bercelaru setelah mencapai antara pemutusan terbesar dalam hidup sebagai seorang dewasa. Saya berasa sangat keseorangan - keputusan dibuat tanpa kehadiran orang lain, dan impak psikologinya juga saya pendam sendiri. Pertama kerana saya enggan menambah kekhuatiran […]

RSS Coretan Perjalanan ZulDeanz

  • Segala-galanya Sudah Berubah 11 November 2009
    Dua minggu lalu, penulis telah menghadiri satu majlis perkahwinan seorang rakan di Banting, Selangor. Entah kenapa secara tiba-tiba sahaja penulis terkenangkan kembali memori indah semasa di sekolah menengah dahulu. Secara kebetulan rumah pengantin berhampiran dengan sekolah, tempat penulis pernah belajar dahulu, penulispun mengambil kesempatan berkunjung da […]

Flickr Photos

Falls of Spring - Swinging Bridge, Yosemite National Park, California

More Photos