
1- Bagaimanakah bermulanya sejarah dan perkembangan tulisan jawi di Malaysia?
Sebelum itu, Ustaz Irwan izinkan saya jelaskan di sini mengapa tajuk PELESTARIAN TULISAN JAWI ini penting dalam segmen ini. Bila kita membincangkan mengenai hadhari; ketamadunan ummah itu, bukan faktor kebendaan sahaja yang seharusnya menjadi ukuran standard. Tetapi agamanya, bahasanya, budayanya dan termasuk tulisan. Bila terhakisnya agama, bahasa, budaya dan kesenian dan termasuk tulisan maka terhakis jugalah tamadunnya.
Secara ringkasnya latar belakang kemunculan tulisan Jawi dikatakan ada hubung kaitnya dengan sejarah kedatangan Islam ke kepulauan Melayu ada yang mengatakan pada 55 hijrah dan ada yang mengatakan 505 hijrah Apabila Islam datang, Islam membawa ajarannya berasaskan al-Quran dan hadis yang bertulisan Arab. Tulisan Jawi yang bersumberkan tulisan Arab/Islam yang telah dipinjam oleh orang Melayu untuk menggantikan tulisan hindu yang digunakan sebelum itu.
Kemudian berlakunya evolusi abjad jawi daripada abjad Arab itu. Bagi kata-kata Melayu yang tidak ada lambang fonetik dalam huruf Arab, diciptakan lambang yang baharu sebahagiannya dipinjam daripada tulisan Parsi-Hindi yang sedia ada. seperti huruf CA – JIM, NGA – GHAIN, PA – FA, GA – KAF, VA – WAU, NYA – THA. Huruf-huruf yang digubal oleh genius orang Melayu inilah diguna pakai hingga ke hari ini. Tulisan jawi kemudiannya berkembang daripada tulisan Arab yang menggunakan sistem baris kepada penggunaan abjad vokal alif, wau dan ya.





Sesungguhnya Novel "Insyirah" ialah novel kedua yang telah lahir daripada rahim Sayembara Mengarang Novel Kanak-kanak dan Remaja 2007 - Dewan Bahasa dan Pustaka. Novel ini telah memenangi hadiah pertama dalam sayembara tersebut. - al-Kurauwi
Sesungguhnya, tidak sampai lima tahun selepas menyertai bengkel penulisan cerpen anjuran KEPEZI (Kelab Penulis Zaharah Nawawi) awal September 2004 Ibnu Ahmad al-Kurauwi sudah mampu menghasilkan 20 cerpen yang melayakkannya memiliki kumpulan Di Dadanya Kalam Tuhan. Hal begini diperakui jarang terjadi. Namun bagi penulis muda pemegang ijazah Kesusasteraan Arab dari Jordan ini tiada perkara mustahil. Ke bulan pun manusia boleh jejak, inikan pula sekadar melahirkan sebuah kumpulan cerpen dalam waktu yang relatif singkat. – Zaharah Nawawi USJ Subang Jaya 9 Mac 2009
TINTA SAPA