
Anda ingin menulis Jawi tetapi tidak boleh menulis? Atau anda tahu menulis Jawi tetapi tidak tahu sistem penulisan yang terkini? Mungkin maklumat di bawah sedikit sebanyak boleh membantu anda.
KECANGGIHAN teknologi siber hari ini telah melahirkan Ejawi.net atau Jawi Conveter 2.1 yang dicipta oleh Nik Muhammad Nik Abdul Kadir API, Universiti Malaya, mungkin boleh membantu anda membentuk aksara-aksara Jawi. Anda hanya perlu memasukkan tulisan rumi dalam petak yang disediakan. Jawi Conveter ini sedia membantu anda.
Satu lagi aplikasi Jawi pelbagai fungsi telah dibangunkan oleh Kolej Universiti Teknologi Pengurusan Malaysia (KUTPM) untuk KEKKWA telah dilancarkan baru-baru ini. Ia mengandungi pemeroses perkataan Jawi, Daftar Kata Jawi, penukar tulisan Jawi dan pengimbas tulisan Jawi. Perisian ini boleh dimuatturunkan ke perisian anda melalui Portal K-Jawi yang disediakan.
Portal Jawi ini adalah portal interaktif yang dihasilkan dengan penggunaan tulisan Jawi sepenuhnya. Ia mengandungi pelbagai ciri bagi pengguna untuk melayarinya. Portal ini menyediakan pelbagi fungsi seperti forum, artikel, berita dan sebagainya.
Walau bagaimanapun, andai Jawi anda hanya diletakkan di hujung jari ia tak akan dapat membantu anda menyemarakkan tulisan Jawi kerana ia akan mudah hilang, seperti hilangnya tulisan Jawi yang dicabut Tuhan di dada pencintanya. Jangan biarkan tulisan Jawi meniti hari-hari untuk ditalkinkan hanya sekadar perhiasan yang digahkan seni khatnya sahaja dan hanya alat untuk mencapai matlamat yang tertentu sahaja.
Andai tulisan Jawi diletakkan di hati, pasti tak akan mati kerana ia dicintai, dihargai, dilestari dan dibawa hingga ke mati! - Ibnu Ahmad al-Kurauwi




SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,
Pada hari Ahad, 24 Jun 2007, Uthaya Sankar SB, telah menulis sebuah sajak yang bertajuk ‘PE(R)JUANG(AN) BAHASA II’ yang disiarkan dalam akhbar Mingguan Malaysia ruangan puisi. Sajak ini telah menimbulkan sedikit ribut dalam kalangan sasterawan, karyawan, pencinta bahasa dan tokoh-tokoh bahasa tanah air. Ada yang pro ada yang kontra mentafsirkan sajak ini. Apa pandangan anda?
Jemput ke Seminar Bahasa Rojak -
HARI ini, perkembangan dunia teknologi internet telah mendatangkan impak besar terhadap kehidupan manusia dari semua sudut, baik politik, ekonomi, pendidikan, agama dan lain-lain. Dengan kecanggihan dunia internet maka perakaman data, pemerolehan, perkongsian ilmu dan maklumat menjadi tersangat pantas. Bahkan dari satu sudut ia kadang-kadang boleh melampaui peranan buku sebagai sumber rujukan.



Sesungguhnya Novel "Insyirah" ialah novel kedua yang telah lahir daripada rahim Sayembara Mengarang Novel Kanak-kanak dan Remaja 2007 - Dewan Bahasa dan Pustaka. Novel ini telah memenangi hadiah pertama dalam sayembara tersebut. - al-Kurauwi
Sesungguhnya, tidak sampai lima tahun selepas menyertai bengkel penulisan cerpen anjuran KEPEZI (Kelab Penulis Zaharah Nawawi) awal September 2004 Ibnu Ahmad al-Kurauwi sudah mampu menghasilkan 20 cerpen yang melayakkannya memiliki kumpulan Di Dadanya Kalam Tuhan. Hal begini diperakui jarang terjadi. Namun bagi penulis muda pemegang ijazah Kesusasteraan Arab dari Jordan ini tiada perkara mustahil. Ke bulan pun manusia boleh jejak, inikan pula sekadar melahirkan sebuah kumpulan cerpen dalam waktu yang relatif singkat. – Zaharah Nawawi USJ Subang Jaya 9 Mac 2009
TINTA SAPA