Arkib untuk Ogos 2007

BAHASA MELAYUKU DI PARLIMEN

SEELOKNYA rencana ini ditulis 50 tahun lalu ketika negara baru mencapai kemerdekaan dan kita tercari-cari hala tuju untuk meletakkan bahasa Melayu sebagai pemimpin di negaranya. Kalau 50 tahun lalu ada orang tidak begitu mahir berbahasa Melayu, itu suatu fenomena biasa. Tetapi selepas 50 tahun merdeka, bahasa kebangsaan yakni bahasa Melayu masih lagi menunggu simpati untuk dimuliakan di tempat yang mulia, inilah luar biasanya orang-orang kita.

Rencana ini perlu juga ditulis sebagai mengingatkan tahun ini kita telah 50 tahun mencapai kemerdekaan. Kita dalam konteks ini adalah semua rakyat negara bertuah ini; bukan Melayu, Cina, India atau pelbagai lagi.Tidak perlulah disebut lagi tentang Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan darjah tertinggi kepada bahasa Melayu. Bahasa Melayu diangkat menjadi bahasa kebangsaan dan dengan sendirinya ia bukan bahasa untuk orang Melayu saja. Bahasa Melayu juga menjadi milik orang Cina, India dan sebagainya.

Maka apabila Menteri Kebudayaan Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim menegur mutu penggunaan bahasa Melayu di Parlimen yang rendah, ini suatu yang sangat serius. Kalau di dewan semulia Parlimen bahasa Melayu tidak dimuliakan selayaknya, janganlah mengharapkan orang di Chow Kit, Petaling Street atau Bukit Bintang memuliakan bahasa yang malang ini.

Terus membaca ‘BAHASA MELAYUKU DI PARLIMEN’

DI MANA PENANDA ARAS BM ANDA?

 

KUALA LUMPUR 15 Ogos – Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bersedia menetapkan penanda aras bagi menentukan kemahiran bahasa Malaysia terhadap mereka yang berhasrat untuk bertanding sebagai wakil rakyat.

Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Dr. Firdaus Abdullah berkata, pihaknya juga bersedia mengadakan ujian lisan dan tulisan bagi memastikan hanya mereka yang fasih berbahasa Malaysia layak dicalonkan untuk bertanding pada pilihan raya.

Proses itu, jelasnya, perlu disokong dengan pelaksanaan peraturan yang mewajibkan calon-calon wakil rakyat perlu mahir dalam bahasa Malaysia sebelum mereka dibenarkan bertanding.

Adalah mengaibkan bagi pembuat undang-undang untuk tidak memiliki kemahiran dalam bahasa kebangsaan, apatah lagi selepas 50 tahun negara mencapai kemerdekaan, dan mereka sebenarnya tidak layak untuk bergelar wakil rakyat.

“Saya mencadangkan penilaian kemahiran bahasa Malaysia kepada calon-calon wakil rakyat dilakukan melalui ujian lisan dan tulisan oleh satu badan bebas berwibawa bagi melayakkan mereka bertanding dalam pilihan raya.

Pengecualian

“Penanda aras itu mesti ditetapkan, dipatuhi dan disahkan tanpa pengecualian sebelum seseorang itu dibenarkan menjadi calon,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini, hari ini.

‘Petikan akhbar Utusan Malaysia 16 Ogos 2007′ – ibnu Ahmad al-Kurauwi

SAYA DI SELAMAT PAGI MALAYSIA

 

 Nantikan saya pada 13 OGOS 2007 – jam 8.30 pagi

INSYA-ALLAH saya bakal ke udara dalam Rancangan Selamat Pagi Malaysia di RTM1 yang dihoskan oleh Ustaz Irwan Johari (DJ Radio IKIM.FM).

Dalam segmen Islam Hadhari itu nanti, saya diberi amanah untuk mengupas tajuk “BERTERIMA KASIH TUNTUTAN AD-DIN’.

 

ALUMNI MINGGU PENULIS REMAJA

 

Pihak Alumni Minggu Penulis Remaja (MPR) dengan sukacitanya menjemput para penggiat dan peminat sastera ke program

HARI TERBUKA MPR & DISKUSI KARYA ALUMNI MPR 2007
(NOVEL, CERPEN DAN PUISI)

TARIKH : 18 OGOS 2007

TEMPAT: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA, KL

MASA: 9.00 PAGI HINGGA 4.00 PETANG

9.00 PAGI – PENDAFTARAN

9.20 PAGI – UCAPAN PENGERUSI MAJLIS DAN BACAAN DOA

9.30 PAGI- DISKUSI NOVEL 


NOVEL 1- JUSTERU IMPIAN DI JARING KARYA ZAID AKHTAR
PEMBENTANG : DR KAMARIAH KAMARUDDIN (UPM)
 

NOVEL 2- LADANG HATI MUSTIKA KARYA UMMU HANI ABU HASSAN
PEMBENTANG : PROF MADYA AMIDA ABDUL HAMID (UM)

NOVEL 3 – MISI PIRAMID KARYA IDA MUNIRA ABU BAKAR
PEMBENTANG : DR MISRAN ROKIMIN (UKM)

11.30 PAGI – BERKONGSI PENGALAMAN DENGAN PENULIS NOVEL

PEMBENTANG :
ZAID AKHTAR
UMMU HANI ABU HASSAN
IDA MUNIRA ABU BAKAR

12.30 PETANG – REHAT DAN MAKAN TENGAH HARI

2.00 PETANG – DISKUSI CERPEN DAN PUISISESI SATU (CERPEN) PEMBENTANG : SAUDARA SM ZAKIR


CERPEN :
1. J e Zu Be (Ummu Hani Abu Hassan) Dewan Siswa 2007
2. Surat Buat Kristina (Ghafirah Idris) Dewan Kosmik 2007
3. Selembar Sejadah di Lantai Madrasah ( Salman Sulaiman)
4. Mencari Qudwah (Ainul Muaiyanah Muhd Sulaiman) Dewan Siswa 2006
5. Mati Pasti Menang ( Abdul Rauf Baharuddin) Tunas Cipta 2005
6. Sayang Si Mamat (Nur Afiqah Abu Samah) Tunas Cipta 2006
7. Ustazah Es (Amir Muhkriz) Antologi Kudeta
8. Warkah Perang Melaka (Khairul Nizam Raub)
SESI DUA (PUISI)

PEMBENTANG : SAUDARA RAHIMIDIN ZAHARI
PUISI:
1. Menyembelih Haiwan (Fahd Razy) Dewan Sastera 2006
2. Mantera Ababil ( Azizul Ikhwan) Tunas Cipta 2005
3. Kasih Siapa (Nurul Iman Dashuki) Dewan Siswa 2006
4. Segugus Kunci ( Nissa Yusuf) Utusan Melayu 2007
5. Nyanyian Seorang Teman (Azree Arifin) Dewan Siswa 2007
6. Tangisan Luka (Farahana Hussain) Tunas Cipta 2006
7. Kisah Kasih II (Mohd Hafiz Abdul Latiff) Remaja 2005
8. Azam Baru (Nimoiz TY) Dewan Sastera, 2007
9.Salam Buat Nablus II (Khairun Nasriah Abdul Salam)
10. Bukan Remang Sangka (Ida Munira Abu Bakar) Tunas Cipta 2006

4.00 PETANG- MINUM PETANG DAN BERSURAI

(Sepanjang hari juga akan ada jualan buku, foto, catan, kek, t-shirt MPR. Mantan MPR diundang datang untuk berinteraksi dengan penulis serta masyarakat pembaca. Semua diundang, termasuk khalayak sastera. Akan ada juga baca puisi santai dan bicara ringan. Faisal Tehrani akan turut hadir!)

“Meminjam semangat penulis-penulis hebat” – Ibnu Ahmad al-Kurauwi

TEATER PERDANA DBP 2007

 

TEATER Perdana Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) 2007 bakal berlangsung pada 18 hingga 23 Ogos ini di Auditorium DBP, Kuala Lumpur.

Kali ini naskhah Hikayat Qaziq karya Siti Jasmina Ibrahim bakal dipentaskan. Pementasan tersebut merupakan siri persembahan perdana yang bermula sejak 1967 bermula dengan naskhah Tamu di Bukit Kenny karya Sasterawan Negara Usman Awang.

Sejak tarikh tersebut, lebih 45 naskhah karya aktivis-aktivas teater tanah air dipentaskan. Antaranya karya Othman Zainuddin, Ismail Dahaman, Dinsman, Zakaria Ariffin, Anwar Ridhwan dan Bohari Ibrahim.

Mulai 2003, Teater Perdana DBP dipentaskan menggunakan pendekatan baru iaitu kerjasama dengan kumpulan teater yang aktif di negara ini.

Dua naskhah pementasan kerjasama setakat ini ialah Orang Kota Baru (2003) dan Demi Zaitun (2004).

Hikayat Qaziq merupakan naskhah yang berjaya meraih tempat pertama kategori naskhah pentas di Sayembara Mengarang Sempena Perayaan Jubli Emas DBP.

“Takziah buat Saudara Sabri Yunus – antara pendukung watak – Moga isteri ditempatkan bersama-sama orang yang soleh! – Ibnu Ahmad al-Kurauwi

SAYA DAN WACANA HSKU 2007

Tidak dapat ke bengkel Puitika Novel bersama-sama Faisal Tehrani saya menyertai UTUSAN Publications & Distributors yang akan menganjurkan wacana Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2007 (HSKU 2007) Sabtu ini.

Majlis akan berlangsung di Bilik Aseana 4, Quality Hotel City Centre, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

Wacana akan bermula 8.30 pagi dengan Sesi 1 bertajuk Ilmu Logik sebagai Alat untuk Menjernihkan Pemikiran yang akan disampaikan oleh Pensyarah Universiti Malaya, Dr. Amida @ Hamidah Abdulhamid (Anis). Sesi 2 wacana bertajuk Bahasa Visual dalam Seni Tampak: Suatu Inspirasi kepada Seni Sastera akan disampaikan oleh Pensyarah Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Madya Dr. Dzul Haimi Md. Zain.

Sementara itu, sesi 3 bertajuk Pencarian Karya Unggul pula akan disampaikan oleh Editor Kanan, Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd., Nor Azah Abd. Aziz.

Moga objektif utama wacana tersebut untuk memperkukuh sarana para penulis untuk berkarya secara strategis akan tercapai.

“Belajar dan memberi ajar hingga ke liang lahad” – Ibnu Ahmad al-Kurauwi

KEMERDEKAAN = UMMAH BERSAUDARA

 

KESATUAN ummah Islam dalam negara yang merdeka ialah penyatuan sesebuah komuniti masyarakat terhadap semua prinsip, kepercayaan dan nilai asas yang amat bererti kepada sesama manusia daripada semua perkara lain. Andai kefahaman ini dapat dibentuk, setiap individu dan negara juga sedia berkorban apa sahaja termasuk nyawa mereka untuk melindungi dan memeliharanya.

Kesatuan ummah, yang dinamai sebagai Ummah Muslimah semenjak penciptaan Adam sehinggalah kepada Nabi yang terakhir, Muhammad SAW tidak membawa ajaran baru, tetapi mengajar risalah yang sama sebagaimana utusan Allah sebelumnya.

Terus membaca ‘KEMERDEKAAN = UMMAH BERSAUDARA’


 

Ogos 2007
I S R K J S A
« Jul   Sep »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

BULAN BAHASA KEBANGSAAN 2009

BBK

KARYA TERKINI

CERPEN DI MINGGUAN MALAYSIA
OKTOBER 2009
Kemuncup 2

"KEMUNCUP Di Atas Padang" cerita tentang rintih alam kepada anak-anak gempa yang melanda bumi Padang, Sumatera Indonesia. Cerita tentang Epa Poho yang dipujuk oleh Zahara Talua saat menemui anak yang luka dan duka bersalut lumpur derita. Cerita tentang tanah leluhur kita yang imannya belum teruji sepenuhnya. Makmur diuji nikmat aman hingga hidup bagai tidak bertuhan.

CERPEN DI DEWAN SASTERA
OKTOBER 2009
DDKT

“Al-Qadar Buat Angkasawan Di Bumi” pernah tersiar di Akhbar Mingguan Malaysia, Syawal 2007. Kali ini, cerpen ini diberi penghargaan ke persada MASTERA yang disiarkan dalam Majalah Dewan Sastera (Malaysia), Majalah Horison (Indonesia) dan Majalah Bahana (Brunei). Cerpen ala fiksyen sains angkasa ini terilham daripada kisah dua angkasawan negara Dr. Syeikh Muzaphar dan Dr. Faiz Khaleed.

CERPEN DI BERITA HARIAN
FEBRUARI 2009
dia-lelaki

"Dia, Lelaki yang Baru Saya Salam Itu" terilham berasaskan semangat untuk memboikot produk Amerika lewat perang Gaza, Palestin - Israel. Ideanya timbul usai solat Jumaat di Masjid Hukama’, DBP. Hari tersebut turut disempurnakan dengan Khutbah tentang Gaza beriring Qunut Nazilah dan solat hajat. Dalam khutbah saya menyentuh tentang boikot barangan Amerika termasuk rokok seperti Marlboro atau Benson & Hedges. Semangat boikot saya nampak di mata jemaah yang tidak tidur!

INSYIRAH

insyirah2 Sesungguhnya Novel "Insyirah" ialah novel kedua yang telah lahir daripada rahim Sayembara Mengarang Novel Kanak-kanak dan Remaja 2007 - Dewan Bahasa dan Pustaka. Novel ini telah memenangi hadiah pertama dalam sayembara tersebut. - al-Kurauwi

DI DADANYA KALAM TUHAN

ddkt-blog Sesungguhnya, tidak sampai lima tahun selepas menyertai bengkel penulisan cerpen anjuran KEPEZI (Kelab Penulis Zaharah Nawawi) awal September 2004 Ibnu Ahmad al-Kurauwi sudah mampu menghasilkan 20 cerpen yang melayakkannya memiliki kumpulan Di Dadanya Kalam Tuhan. Hal begini diperakui jarang terjadi. Namun bagi penulis muda pemegang ijazah Kesusasteraan Arab dari Jordan ini tiada perkara mustahil. Ke bulan pun manusia boleh jejak, inikan pula sekadar melahirkan sebuah kumpulan cerpen dalam waktu yang relatif singkat. – Zaharah Nawawi USJ Subang Jaya 9 Mac 2009

TINTA ELIPSIS

Novel TE bergerak sekitar gejolak rasa dan jalanan minda watak Amir Afif Amizul, anak peneroka FELDA, yang berpeluang menekuni bahasa Arab dan Pengajian Islam di Universiti Jordan. Amir Afif mempunyai sedikit sebanyak pengalaman dalam bidang penerbitan (TE: 25/7), iaitu selain pengalamannya sebagai konsultan yang ditimbanya selama lima tahun bertugas dengan Syarikat Amal Profesional Sdn. Bhd. (TE: 28) Amir Afif berhadapan dengan beberapa masalah yang wajar diatasinya sebijak mungkin. - Dr. Anis

TINTA LARIS

TETAMU

  • 63,846 hits

RSS Saifulislam.Com

  • ‘Call Me Irresponsible’ 10 November 2009
    Menelusi perkembangan politik semasa sungguh membingungkan. Saya pula banyak memikirkan kesan kebingungan itu kepada generasi pelapis. Soal menterjemahkan segala yang  berlaku kepada suatu pengajaran yang boleh dijamah oleh anak-anak muda yang masih panjang perjalanan mereka. Kelemahan kompetensi, boleh dimaafkan oleh pengundi. Tidak pandai bekerja, salah at […]

RSS Faisal Tehrani

  • Satira Ketupat Cinta II: Kotak Berisi Kuih Lepat 11 November 2009
    Adapun pasar Melaka pada waktu itu sibuklah teramat. Segala barangan ada dijual. Termasuklah manusia yang akan dilelong sebagai hamba. Orang yang tua berumur delapan puluh tahun dijual dengan harga murah. Jika ia nyanyuk dijual dengan harga suku wang timah. Bak kata Abdul Mujid Bari, salah seorang pembesar di Melaka; adalah orang tua nyanyuk itu harganya mur […]

RSS Nisah Haron Online

  • Umbara Sastera III 11 November 2009
    Para penulis, peminat sastera dari jauh dan dekat, dengan segala hormatnya dipersilakan hadir ke majlis :Umbara Sastera III14 November 2009D'Ark, Taman Setia Kasih, Senawang, Negeri SembilanTema : Penulisan Sastera IslamPanel :Puan Nisah Haji HaronProses kreatif cerpen Aset IstiqamahTempat PertamaSayembara Cerpen Hadiah Sastera Berunsur Islam ke - 12Enc […]

RSS Serunai Faqir

  • Warisan Melayu - Gendang Silat 6 November 2009
    Upacara Penganugerahan Sandang Silat Gayong yang disempurnakan oleh Y.A.M Tengku Datuk Seri Tengku Ahmad Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj telah berlansung di Kuala Lumpur International Hotel pada 25 Oktober yang lalu. Kumpulan kami dijemput mengiringi majlis.

RSS BECKyilHAM

  • Ulasan Cerpen Jus Soli Jus Sanguinis dalam Tunas Cipta 11/09 5 November 2009
    "Pada dasarnya cerpen ini juga merupakan garapan warna-warni kehidupan yang bersifat global. Walaupun dalam situasi yang berlatarkan zon perang, masih ada nilai emosi dan nilai-nilai kemanusiaan sejagat. Saya terkesan cerpen ini kaya dengan maklumat, ada bahan-bahan sains politik, persekitaran budaya, aspek sejarah dan tamadun bangsa....oleh sebab isu y […]

Flickr Photos

Noviembre

More Photos