Arkib untuk September 2007

RAMADAN DAN TINTA ELIPSIS

Tinta Elipsis

Penulis: Ibnu Ahmad Al-Kurauwi
Penerbit: DBP
No. KK: 899 205915101
No. ISBN: 9789836296467
Tahun Terbitan: 2007
Harga Buku: RM28.00

Harga Kami: RM22.40
Jimat: RM 5.60 ( 20% )

“Ahlan wa sahlan Ramadan, Ahlan wa sahlan Tinta Elipsis ke dalam dunia kesusasteraan. Anlian di luar jemput beli, sokong jangan minta free!” – Ibnu Ahmad al-Kurauwi
 

ZA’ABA DAN TRANSLITERASI JAWI

Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri
Penulis: Za’ba
Penerbit: DBP

No. KK: 297 26665103
No. ISBN: 9789836288028
Tahun Terbitan: 2005

Harga Buku: RM5.50

Harga Kami: RM4.40
Jimat: RM 1.10 ( 20% )

SINOPSIS BUKU

 

Kelemahan sahsiah adalah punca utama kelemahan sesuaut bangsa. Inilah kesimpulan yang telah dibuat oleh Allahyarham Pendita Za’ba dalam buku ini. Menurut Za’ba kemunduran orang Melayu disebabkan sebahagian besarnya kerana mereka tidak percaya pada kebolehan diri sendiri, lemah cita-cita, kurang hemah dan terlalu menggantungkan diri dan harapan kepada orang lain. Orang Melayu lebih cenderung meminta bantuan dan pertolongan orang lain. Pandangan ini memang agat berat diterima oleh orang Melayu, dan mungkin beliau menyedari keadaan itu, maka sebab itulah buku ini tidak diajukan kepada manan-mana penerbit semasa hayat beliau. Setelah lapan tahun beliau meninggal dunia, karangan ini baru dapat diketahui dan disedari tentang pentingnya kepada bangsa Melayu hari ini. Diharapkan para pembaca akan dapat menggarap banyak manfaat dari buku ini.”

 

“Buku ini ditulis semula dalam bahasa Melayu dan Inggeris di tulis penuh istimewa dalam tulisan rumi dan Jawi. Pak Ungku jadi pemantau kualitinya. Saya mentransliterasinya dalam tulisan Jawi dengan penuh jiwa bangga” – Ibnu Ahmad al-Kurauwi

SENTUHAN WB RENDRA

 

“CINTA UMPAMA AIR MATA YANG SUKAR DIMENGERTIKAN, MENGAPA IA HARUS MENGALIR? SEDIH ATAU GEMBIRA?”

- Di Sebalik Mentari Jingga 

Penulis: W.B. Rendra
Penerbit: DBP
No. KK: 899 205735101
No. ISBN: 9789836296283
Tahun Terbitan: 2007
Harga Buku: RM20.00

Harga Kami: RM16.00
Jimat: RM 4.00 ( 20% )

Tahniah Ren! Kulit buku yang menarik walaupun sudah kehilangan Strawberinya. Buku ini belum ada di pasaran tetapi boleh dipesan di dawama.com” – Ibnu Ahmad al-Kurauwi

LEGASI BLOG, SELUMBAR DI HUJUNG JARI?

 

DATUK SERI ABDULLAH AHMAD BADAWI dalam kenyataannya kepada akhbar memberi amaran kepada pengendali laman blog supaya tidak menulis sesuka hati terutama perkara sensitif menyentuh soal Yang dipertuan Agong dan agama Islam. Sungguhpun didaftarkan di luar negara, itu tidak bermakna mereka kebal daripada undang-undang dan perlu bersedia menghadapi tindakan tegas jika tulisan mereka mempunyai unsur yang tidak baik dan tidak bertanggungjawab.

Sebelum itu, Tan Sri Muhammad Muhd Taib, membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi terhadap laman blog Malaysia-Today kerana didakwa menghasut rakyat supaya menentang pemimpin negara termasuk Yang dipertuan Agong selain agama Islam. Ketua Penerangan Umno itu turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pengendali laman blog dan penulis yang memberi komen kerana ia boleh mencetuskan ketegangan di kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini.

Di Singapura, usaha mengekang diayah-diayah bloggers menerusi undang-undang lebih keras lagi dikenakan apabila dua rakyatnya berketurunan Cina pernah dipenjarakan di bawah akta anti hasutan kerana menyiarkan artikel berbau anti-Muslim dalam blog mereka.

Tidak kurang juga di Mesir kerana buat pertama kalinya dalam sejarah perundangan Mesir, mahkamah Iskandariah menjatuhkan hukuman penjara empat tahun kepada bloggers , Abdel Karim Suleiman; seorang siswa Universiti al-Azhar,  kerana didakwa menghina Islam dan Presiden Mesir, Husni Mubarak. Selain itu, Jan Pronk, wakil khas Sudan ke PBB, diberi notis tiga hari untuk keluar dari Sudan disebabkan pandangan peribadinya terhadap tentera Sudan dalam blognya.

Terus membaca ‘LEGASI BLOG, SELUMBAR DI HUJUNG JARI?’

BOIKOT CABANG JIHAD

 

ADA seorang kenalan marah-marah dengan kempen boikot barangan Yahudi dan Amerika sewaktu rejim itu membantai Lubnan dan memporak-perandakan negara Palestin. Apa, dengan memakai gelang getah di tangan tu (bertulis boikot barang Yahudi dan Amerika) ekonomi mereka akan jatuh ke? Malah sikit pun tidak akan menjejaskan negara mereka, katanya.

Inilah sebahagian daripada mentaliti kita yang gopoh dan mahu sahaja Tuhan menurunkan bala berupa hujan api dari langit. Kita sering kali mahu melihat natijahnya sahaja tanpa memikirkan apakah ikhtiar yang telah kita lakukan di saat segala macam penghinaan dan kezaliman yang telah mereka lakukan. Sekecil-kecil ikhtiar itu lebih baik daripada merungut-rungut sekampung, berkeluh-kesah tanpa tindakan atau hanya menyalahkan orang lain.

Tidak ada salahnya amalan memboikot dalam Islam malah ia merupakan salah satu cabang jihad. Boikot sebagai penyataan rasa tidak bersetuju harus diperjuangkan berasaskan prinsip-prinsip syariah tidak boleh melampaui akhlak dan kesucian agama Islam. Boikot terbukti boleh menjadi senjata yang ampuh apabila isu penyebaran karikatur menghina Rasulullah SAW oleh akhbar-akhbar Barat suatu ketika dahulu berjaya memberi impak negatif kepada ekonomi negara mereka.

Terus membaca ‘BOIKOT CABANG JIHAD’

DOA BUAT USMAN AWANG

 

Ya Allah Tuhan yang memiliki sifat kesejahteraan, Sesungguhnya daripada-Mu kesejahteraan, kepada-Mu jua kembalinya kesejahteraan,Hidupkanlah kami dalam kesejahteraan,Masukkanlah kami ke dalam syurga-Mu yang empunya kesejahteraan, 

Ya Allah Tuhan yang maha hidup dari setiap degup nadi dan hembus nafas. Tuhan yang maha memberi tidak pernah meminta balas. Syukur kami ya Allah atas nikmat kurnia-Mu yang Maha Luas. 

Oleh sebab itu, Ya Rahman. Kami rafakkan selaut puji-pujian kerana memungkinkan pertemuan pada majlis pelancaran buku Sasterawan Negara Usman Awang sambil mengeratkan jalinan ukhuwah & kasih sayang sesama yang hidup mahupun yang telah ditinggalkan. 

Maka itu Ya rahman, Jadikanlah majlis kami pada malam yang indah nian,Dipayungi rahmat dan keredaan,Kekal terpelihara daripada segala kekurangan dan kelemahan, 

Ya Allah Ya Fattah Ya Alim,

Pada malam ini tidak lupa kami doakan kesejahteraan buat arwah usman awang, seorang guru, pejuang bahasa, sastera & bangsa terbilang. Pinjamkanlah kami daripadanya semangat & kekuatan. Kurniai kami jiwa perkasa demi menghasilkan khazanah dan karya,Yang kesannya membentuk insan berilmu beriman dan bertakwa Tetap menjaga martabat manusia, Kukuh teguh terus terpelihara demi agama, bangsa dan negara. 

Allahumma Amin.. Ya Mujibas Sa’ilin, Ya Rabbal Mustada’fin Ya Rahman Ya Rahim.

Doa sempena majlis baca puisi dan pelancaran antologi cerpen “Turunnya Sebuah Bendera” pada 1 September 2007 di Pasar Seni Kuala Lumpur. Terima kasih kerana memercikkan semangat buat insan kecil kepada Sasterawan Negara terbilang – Ibnu Ahmad al-Kurauwi

 

 

SAYA DAN PROGRAM JAWI

Klinik Jawi 2 jam di Perpustakaan Negara Malaysia

Kursus 3 hari Membaca dan Menulis Jawi di TH Selborne

Kursus 2 hari, Pengkaedahan Tulisan Jawi Guru J-Qaf di Pulau Pinang

Pada 4-6 September 2007, bertempat di Hotel Putra Brasmana, Kuala Perlis, kursus Pengkaedahan Tulisan Jawi buat guru-guru Pendidikan Islam, daerah Seberang Perai Selatan, anjuran PPD Seberang Perai dn DBP Wilayah Utara. 

Hotelnya dikatakan menghadap laut – Ibnu Ahmad al-Kurauwi

BUTA, RABUN DAN SAMSENG JAWI

 

KERJAYA saya bermula di DBP, di Bahagian Buku Teks sebagai pegawai kontrak hampir dua tahun. Tanggungjawab mengurus dan mengejar ‘waktu garis mati’ penerbitan, menyebabkan waktu di luar rumah lebih banyak (Di pejabat dan bengkel-bengkel di hotel dengan pegawai kementerian dan penulis) daripada waktu emas di rumah bersama-sama isteri dan anak-anak. Wajah manis isteri sering kali bertukar sahaja warna masam.

Bekerja di luar radius rumah, berminggu-minggu meninggalkan isteri tercinta dan juga beban tanggungjawab kepada masyarakat bukanlah suatu yang luar biasa. Saya sudah terbiasa ketika bertugas dengan sebuah syarikat konsultant sebagai pegawai motivasi, suatu ketika dahulu. Sebut sahaja; ke barat dah tak larat, ke utara dah jenuh mengembara, ke selatan tetap berkayuh berpergian.

Ah, andai ‘kita’ milik masyarakat, tak kan terlari jejak dibawa untuk menyembunyikan diri. Benar, setelah lulus sebagai pegawai tetap, saya berpindah ke Jabatan Bahasa. Harapan, moga aman. Di Bahagian Penyelidikan Bahasa, saya diamanahkan untuk mengurus dan menjadi pegawai penyelidik kepada Tulisan Jawi

Rupa-rupanya, tugas di sini lebih mencabar. Saya sendiri-sendiri di sini. Tugas bukan sahaja di atas meja, juga terpaksa sekali sekala berpergian demi amanah yang dipertanggungjawabkan. Dan saya gembira dengan cabaran dan pengalaman mencelikkan masyarakat kita yang “Buta, rabun dan kadang-kadang samseng Jawi”  

Andai anda salah satu daripada kelompok bahagian tersebut, saya sedia membantu. – Ibnu Ahmad al-Kurauwi 

GURU AGAMA TAK PANDAI JAWI

 

KUALA TERENGGANU: Lebih 100 guru agama di negeri ini yang kebanyakannya ustazah yang mengajar di sekolah kebangsaan dikesan tidak mahir menulis dan membaca tulisan Jawi dengan baik walaupun mereka mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam.

Perkara itu didedahkan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam Hadhari dan Kebajikan negeri, Datuk Rosol Wahid kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Menulis Puisi, Cerpen dan Seni Khat anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam), di sini semalam.
Hadir sama pada majlis itu, Ketua Pegawai Eksekutif Maidam, Datuk Alwi Mohamad dan Pegawai Kewangan negeri, Datuk Mazlan Ngah.

Rosol berkata, perkara itu dikesan melalui satu ujian khusus tulisan Jawi di kalangan guru agama yang diadakan di Setiu, baru-baru ini.

Justeru, katanya, satu pendekatan segera akan dilaksanakan kerajaan negeri khusus untuk membantu meningkatkan kemahiran tulisan Jawi di kalangan guru agama bagi mengatasi masalah itu dalam jangka waktu terdekat.

“Kerajaan negeri cukup memandang serius perkara itu dan terkejut apabila mendapati ada guru agama yang gagal menguasai sepenuhnya tulisan Jawi meskipun mereka mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam,” katanya. 

Rosol berkata, untuk itu pihaknya meminta Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) mencari jalan penyelesaian dengan mengadakan kursus khas pengukuhan tulisan Jawi di kalangan guru agama terbabit bagi guru agama di bawah kerajaan negeri.

“Bagi guru agama di bawah Kementerian Pelajaran, diharap satu kursus khas dijalankan melalui Jabatan Pelajaran negeri supaya masalah ini dapat segera diatasi.

“Tulisan Jawi perlu dipelihara kerana ia adalah khazanah jati diri bangsa Melayu yang perlu dipelihara dan diletakkan pada martabat yang tinggi,” katanya.

Selain itu, katanya, mata pelajaran khusus untuk memberikan kemahiran di kalangan pelajar kepentingan tulisan Jawi perlu diperkenal dan dipertingkatkan bagai memastikan tulisan Jawi tidak terus dipinggirkan.

Sementara itu, dalam pertandingan yang diadakan, seorang pelajar Ahmad Fadhlil Mohamad Fakarul Razy memenangi hadiah utama kategori puisi serta membawa pulang wang tunai RM1,000.

Kategori cerpen pula dimenangi Abdul Fatah Abdullah@Abas yang turut membawa pulang wang tunai RM1,000 manakala hadiah utama kategori seni khat yang menawarkan hadiah sama dimenangi Syed Omar Syed Mohamad.

Artikel ini dipetik dari akhbar Berita Minggu 2 september 2007 oleh Hamid Salleh. Sumber gambar Senyum Kambing, Mingguan Malaysia – al-Kurauwi


 

September 2007
I S R K J S A
« Ogo   Okt »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930

BULAN BAHASA KEBANGSAAN 2009

BBK

KARYA TERKINI

CERPEN DI MINGGUAN MALAYSIA
OKTOBER 2009
Kemuncup 2

"KEMUNCUP Di Atas Padang" cerita tentang rintih alam kepada anak-anak gempa yang melanda bumi Padang, Sumatera Indonesia. Cerita tentang Epa Poho yang dipujuk oleh Zahara Talua saat menemui anak yang luka dan duka bersalut lumpur derita. Cerita tentang tanah leluhur kita yang imannya belum teruji sepenuhnya. Makmur diuji nikmat aman hingga hidup bagai tidak bertuhan.

CERPEN DI DEWAN SASTERA
OKTOBER 2009
DDKT

“Al-Qadar Buat Angkasawan Di Bumi” pernah tersiar di Akhbar Mingguan Malaysia, Syawal 2007. Kali ini, cerpen ini diberi penghargaan ke persada MASTERA yang disiarkan dalam Majalah Dewan Sastera (Malaysia), Majalah Horison (Indonesia) dan Majalah Bahana (Brunei). Cerpen ala fiksyen sains angkasa ini terilham daripada kisah dua angkasawan negara Dr. Syeikh Muzaphar dan Dr. Faiz Khaleed.

CERPEN DI BERITA HARIAN
FEBRUARI 2009
dia-lelaki

"Dia, Lelaki yang Baru Saya Salam Itu" terilham berasaskan semangat untuk memboikot produk Amerika lewat perang Gaza, Palestin - Israel. Ideanya timbul usai solat Jumaat di Masjid Hukama’, DBP. Hari tersebut turut disempurnakan dengan Khutbah tentang Gaza beriring Qunut Nazilah dan solat hajat. Dalam khutbah saya menyentuh tentang boikot barangan Amerika termasuk rokok seperti Marlboro atau Benson & Hedges. Semangat boikot saya nampak di mata jemaah yang tidak tidur!

INSYIRAH

insyirah2 Sesungguhnya Novel "Insyirah" ialah novel kedua yang telah lahir daripada rahim Sayembara Mengarang Novel Kanak-kanak dan Remaja 2007 - Dewan Bahasa dan Pustaka. Novel ini telah memenangi hadiah pertama dalam sayembara tersebut. - al-Kurauwi

DI DADANYA KALAM TUHAN

ddkt-blog Sesungguhnya, tidak sampai lima tahun selepas menyertai bengkel penulisan cerpen anjuran KEPEZI (Kelab Penulis Zaharah Nawawi) awal September 2004 Ibnu Ahmad al-Kurauwi sudah mampu menghasilkan 20 cerpen yang melayakkannya memiliki kumpulan Di Dadanya Kalam Tuhan. Hal begini diperakui jarang terjadi. Namun bagi penulis muda pemegang ijazah Kesusasteraan Arab dari Jordan ini tiada perkara mustahil. Ke bulan pun manusia boleh jejak, inikan pula sekadar melahirkan sebuah kumpulan cerpen dalam waktu yang relatif singkat. – Zaharah Nawawi USJ Subang Jaya 9 Mac 2009

TINTA ELIPSIS

Novel TE bergerak sekitar gejolak rasa dan jalanan minda watak Amir Afif Amizul, anak peneroka FELDA, yang berpeluang menekuni bahasa Arab dan Pengajian Islam di Universiti Jordan. Amir Afif mempunyai sedikit sebanyak pengalaman dalam bidang penerbitan (TE: 25/7), iaitu selain pengalamannya sebagai konsultan yang ditimbanya selama lima tahun bertugas dengan Syarikat Amal Profesional Sdn. Bhd. (TE: 28) Amir Afif berhadapan dengan beberapa masalah yang wajar diatasinya sebijak mungkin. - Dr. Anis

TINTA SAPA

ibnuahmadalkurauwi pada PAK AZIZI YANG MUDA
ibnuahmadalkurauwi pada PERCAKAPAN KALBU KEPADA INDERA…
ZulDean pada PAK AZIZI YANG MUDA
ibnuahmadalkurauwi pada PAK AZIZI YANG MUDA
anuar manshor pada PAK AZIZI YANG MUDA

TETAMU

  • 63,941 hits

RSS Saifulislam.Com

  • Sempitnya Dunia Luasnya Gua 12 November 2009
    image copyright www.chromasia.com “Sungguh menghairankan. Tidakkah Ashaab al-Kahf itu mengalami claustrophobia?” tanya seorang anak muda. “Haha, menarik juga soalan anta. Tak pernah terlintas di fikiran ustaz,” saya membalas. Claustrophobia itu didefinisikan sebagai ketakutan yang melampau oleh seseorang terhadap bilik atau ruang yang […]

RSS Faisal Tehrani

  • Satira Ketupat Cinta II: Kotak Berisi Kuih Lepat 11 November 2009
    Adapun pasar Melaka pada waktu itu sibuklah teramat. Segala barangan ada dijual. Termasuklah manusia yang akan dilelong sebagai hamba. Orang yang tua berumur delapan puluh tahun dijual dengan harga murah. Jika ia nyanyuk dijual dengan harga suku wang timah. Bak kata Abdul Mujid Bari, salah seorang pembesar di Melaka; adalah orang tua nyanyuk itu harganya mur […]

RSS Nisah Haron Online

  • Umbara Sastera III 11 November 2009
    Para penulis, peminat sastera dari jauh dan dekat, dengan segala hormatnya dipersilakan hadir ke majlis :Umbara Sastera III14 November 2009D'Ark, Taman Setia Kasih, Senawang, Negeri SembilanTema : Penulisan Sastera IslamPanel :Puan Nisah Haji HaronProses kreatif cerpen Aset IstiqamahTempat PertamaSayembara Cerpen Hadiah Sastera Berunsur Islam ke - 12Enc […]

RSS Serunai Faqir

  • Warisan Melayu - Gendang Silat 6 November 2009
    Upacara Penganugerahan Sandang Silat Gayong yang disempurnakan oleh Y.A.M Tengku Datuk Seri Tengku Ahmad Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj telah berlansung di Kuala Lumpur International Hotel pada 25 Oktober yang lalu. Kumpulan kami dijemput mengiringi majlis.

RSS BECKyilHAM

  • Ulasan Cerpen Jus Soli Jus Sanguinis dalam Tunas Cipta 11/09 5 November 2009
    "Pada dasarnya cerpen ini juga merupakan garapan warna-warni kehidupan yang bersifat global. Walaupun dalam situasi yang berlatarkan zon perang, masih ada nilai emosi dan nilai-nilai kemanusiaan sejagat. Saya terkesan cerpen ini kaya dengan maklumat, ada bahan-bahan sains politik, persekitaran budaya, aspek sejarah dan tamadun bangsa....oleh sebab isu y […]

RSS Coretan Perjalanan ZulDeanz

  • Segala-galanya Sudah Berubah 11 November 2009
    Dua minggu lalu, penulis telah menghadiri satu majlis perkahwinan seorang rakan di Banting, Selangor. Entah kenapa secara tiba-tiba sahaja penulis terkenangkan kembali memori indah semasa di sekolah menengah dahulu. Secara kebetulan rumah pengantin berhampiran dengan sekolah, tempat penulis pernah belajar dahulu, penulispun mengambil kesempatan berkunjung da […]

Flickr Photos

27/365 : Escape

More Photos