ZA’ABA DAN TRANSLITERASI JAWI

Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri
Penulis: Za’ba
Penerbit: DBP

No. KK: 297 26665103
No. ISBN: 9789836288028
Tahun Terbitan: 2005

Harga Buku: RM5.50

Harga Kami: RM4.40
Jimat: RM 1.10 ( 20% )

SINOPSIS BUKU

 

Kelemahan sahsiah adalah punca utama kelemahan sesuaut bangsa. Inilah kesimpulan yang telah dibuat oleh Allahyarham Pendita Za’ba dalam buku ini. Menurut Za’ba kemunduran orang Melayu disebabkan sebahagian besarnya kerana mereka tidak percaya pada kebolehan diri sendiri, lemah cita-cita, kurang hemah dan terlalu menggantungkan diri dan harapan kepada orang lain. Orang Melayu lebih cenderung meminta bantuan dan pertolongan orang lain. Pandangan ini memang agat berat diterima oleh orang Melayu, dan mungkin beliau menyedari keadaan itu, maka sebab itulah buku ini tidak diajukan kepada manan-mana penerbit semasa hayat beliau. Setelah lapan tahun beliau meninggal dunia, karangan ini baru dapat diketahui dan disedari tentang pentingnya kepada bangsa Melayu hari ini. Diharapkan para pembaca akan dapat menggarap banyak manfaat dari buku ini.”

 

“Buku ini ditulis semula dalam bahasa Melayu dan Inggeris di tulis penuh istimewa dalam tulisan rumi dan Jawi. Pak Ungku jadi pemantau kualitinya. Saya mentransliterasinya dalam tulisan Jawi dengan penuh jiwa bangga” – Ibnu Ahmad al-Kurauwi

About these ads

9 Responses to “ZA’ABA DAN TRANSLITERASI JAWI”


  1. 1 abu hasif 11 September 2007 at 4:35 pm

    salam. terus bagaimana mahu mendapatkan buku ini?

  2. 2 abu hasif 11 September 2007 at 4:36 pm

    salam. bagaimana mahu mendapatkan buku ini? Ya dengan harga sebegitu murah?

  3. 3 ibnuahmadalkurauwi 12 September 2007 at 7:23 am

    Sanya, Abu Hasif boleh dapatkan secara talian terus di dawama.com. Di kedai-kedai buku belum kedapatan. Jangan lupa ‘Tinta Elipsis’ ya!

  4. 4 ummu hani 18 September 2007 at 3:32 pm

    salam. tahniah ustaz! sejuta…hehe
    nak satu sekali tanda tangan dengan katon:)

  5. 5 eika 26 April 2008 at 8:22 am

    kt ner leh sy dapatkan buku ni kat kelantan??

  6. 6 ibnuahmadalkurauwi 29 April 2008 at 9:57 am

    Versi baharu masih pada peringkat suntingan. Saya tak pasti versi asal masih lagi dijual atau tidak. Cuba bertanya di Kedai Buku DBP Timur di Jalan Hospital.

  7. 7 lyana 5 Ogos 2010 at 1:56 pm

    assalamualaikum…dh lama sy dan suami mencari buku ni.
    betul ke trus dr talian dawama.com sahaja?
    terima kasih byk2

  8. 8 ibnuahmadalkurauwi 5 Ogos 2010 at 2:38 pm

    Puan Lyana,
    Wa’alaikum salam.
    Alhamdulillah akhirnya berjumpa juga.
    Puan boleh membeli melalui talian terus ke Dawama.com atau hubungi mereka di Tel: 03 – 4107 4233/4286 Faks: 03 – 4108 4235
    E-mel: support@dawama.com

  9. 9 amir (apek ampang) 28 September 2011 at 5:19 pm

    salam….

    alhamdllah……akhrnye saya dapat juga nk cari di mane buku ni……terima kasih bnyak……

    wasalm….


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




September 2007
I S R K J S A
« Ogo   Okt »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930

RSS KLINIK JAWI

  • SIFIR JAWI
    ANTARA RUNGUTAN yang sering kedengaran daripada guru-guru pembimbing mata pelajaran Jawi ialah kerapnya berlakunya kesalahan memadankan tulisan rumi kepada Jawi dalam kalangan murid-murid. Sama ada kesalahan pada padanan huruf vokal mahupun padanan huruf konsonan. Puncanya ialah apabila kita mengharapkan pelajar kita menghafal huruf-huruf Jawi sebanyak 37 hu […]

KLINIK JAWI DI RADIO

Temui saya dan DJ Muhammad Suffian di Klinik Jawi, setiap Sabtu, jam 10 pagi di IKIM.fm

KARYA BAHARU

BUKU

Buku kaedah belajar jawi-4(1)

Buku "Kaedah Pembelajaran Jawi" ini menghimpunkan nota-nota pembelajaran Klinik Jawi Peringkat Asas yang dimuat naik ke laman sesawang PNM sebagai panduan kepada para pendengar radio IKIMFM yang mengikuti Rancangan Klinik Jawi setiap hari Sabtu, jam 10.00 pagi. Buku ini ditulis dalam dua versi tulisan iaitu Jawi dan rumi.

CERPEN

Cerpen 'Zam Zam ke Tanah Haram' diolah semula berasaskan cerita daripada mulut bonda sewaktu kecil. Kisah ini berlaku di kampung kelahiran di Parit Abas, Kuala Kurau. Perak. Wallahu a'lam, benar atau tidak kesahihannya. - Mingguan Malaysia, 21 Oktober 2012 - al-Kurauwi

Sebuah kisah benar. Kisah yang terilham daripada salah sebuah testimonial melalui e-mel seorang pembaca setelah mengulit novel “Punya Cinta Ramadan”.
- Mingguan Malaysia, 7 Ogos 2011 - al-Kurauwi

Terima kasih kepada Puan Siti Zabidah yang menumpahkan cerita ini ke telinga saya. Saya tidak pernah melihat wajah mereka namun berkongsi rasa dan air mata.

Berita Minggu 10 Julai 2011 - al-Kurauwi

Memberikan interpertasi baharu bukanlah memusuhi sejarah, jauh sekali memusuhi Islam.

- Ku Seman, Mingguan Malaysia, 14 November 2010

CERPEN

Ini kisah Dena Balosha. Gadis kecil dari Gaza yang syahid membebaskan buminya daripada Yahudi Israel. Bagaimana jika Dena Balosha berbicara dari syurga?

-Tunas Cipta, Jun 2010

KOLEKSI NOVEL

NAMAKU BUKAN MARIA

"Bagaimana kalau alur sejarah dibiaskan pada pertengahannya oleh suatu idealisme yang berpaksi pada tauhid? Novel ini memilih simpang lain untuk
Natrah, menghasilkan naratif yang menggugah"

– Sasterawan Negara Dato’ Dr. Anwar Ridhwan

PUNYA CINTA RAMADAN

“Punya Cinta Ramadan meneruskan kelangsungan keindahan nada dakwah melalui kekuatan gaya bahasa karya yang puitis dan keampuhan bercerita Ibnu Ahmad Al-Kurauwi selepas kelahiran novel Tinta Elipsis dan Insyirah, serta Kumpulan Cerpen Di Dadanya Kalam Tuhan.”

- w.b.rendra,
wbrendra.blogspot.com

DI DADANYA KALAM TUHAN

ddkt-blog Sesungguhnya, tidak sampai lima tahun selepas menyertai bengkel penulisan cerpen anjuran KEPEZI (Kelab Penulis Zaharah Nawawi) awal September 2004 Ibnu Ahmad al-Kurauwi sudah mampu menghasilkan 20 cerpen yang melayakkannya memiliki kumpulan Di Dadanya Kalam Tuhan. Hal begini diperakui jarang terjadi. Namun bagi penulis muda pemegang ijazah Kesusasteraan Arab dari Jordan ini tiada perkara mustahil. Ke bulan pun manusia boleh jejak, inikan pula sekadar melahirkan sebuah kumpulan cerpen dalam waktu yang relatif singkat. – Zaharah Nawawi USJ Subang Jaya 9 Mac 2009

INSYIRAH

insyirah2

Sesungguhnya Novel "Insyirah" ialah novel kedua yang telah lahir daripada rahim Sayembara Mengarang Novel Kanak-kanak dan Remaja 2007 - Dewan Bahasa dan Pustaka. Novel ini telah memenangi hadiah pertama dalam sayembara tersebut. - al-Kurauwi

TINTA ELIPSIS

Novel TE bergerak sekitar gejolak rasa dan jalanan minda watak Amir Afif Amizul, anak peneroka FELDA, yang berpeluang menekuni bahasa Arab dan Pengajian Islam di Universiti Jordan. Amir Afif mempunyai sedikit sebanyak pengalaman dalam bidang penerbitan (TE: 25/7), iaitu selain pengalamannya sebagai konsultan yang ditimbanya selama lima tahun bertugas dengan Syarikat Amal Profesional Sdn. Bhd. (TE: 28) Amir Afif berhadapan dengan beberapa masalah yang wajar diatasinya sebijak mungkin. - Dr. Anis

TETAMU

  • 228,960 hits

Top Rated


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 32 other followers

%d bloggers like this: