Arkib untuk November 2007

ZUL KHAIR DAN BUKU HAJI

Zul mengubat rasa dengan buku haji. Testimoninya turut dimuatkan. Sila lihat di sini. Novel Segurih Rasa masih lagi dalam proses penerbitan. Kami doakan agar ‘kandungan’ dalam rahim ibu itu selamat dilahirkan walaupun sudah terlebih bulan dan tahun! – Ibnu Ahmad al-Kurauwi

ANTOLOGI SAYA DAH TERBIT

 

Di Tengah Arus
Penulis: DBP
Penerbit: DBP
No. KK: 899 206905101
No. ISBN: 9789836297600
Tahun Terbitan: 2007

Harga Buku: RM18.00

Sinopsis Buku

Di Tengah Arus merupakan himpunan 13 buah cerpen dan 13 buah puisi, 26 orang penulis yang memenangi hadiah Sayembara Mengarang Sempena Perayaan Jubli Emas DBP. Keseluruhan cerpen dan puisi memaparkan tema memartabatkan bahasa Melayu. Persoalan dan isu bahasa yang sebelum ini diperjuangkan oleh tokoh-tokoh bahasa, cuba diaplikasikan oleh penulis ke dalam karya-karya mereka. Dengan kepelbagaian teknik yang digunakan dan gaya penceritaan yang bersahaja, mampu menarik minat pembaca untuk menghayati cerpen-cerpen dan puisi-puisi tersebut. Puisi-puisi yang terdapat dalam antologi ini juga memberi kesegaran kepada jiwa pembaca melalui bahasa yang indah dan mekar. ”

Jemput beli Antologi kami – Ibnu Ahmad al-Kurauwi

NOVEL BARU BONDA ZN

 

Bulan dan Mentari
Penulis: Zaharah Nawawi
Penerbit: DBP

No. KK: 899 206085101
No. ISBN: 9789836296634
Tahun Terbitan: 2007

Harga Buku: RM30.00

Sinopsis

Bulan dan mentari bagaikan irama dan lagu; sentiasa bersama menyinari bumi. Bulan dan mentari saling memerlukan; ia saling memberi dan menerima sinarnya. Andai dipisahkan, gelap-gelita seluruh alam. Namun, bulan dan mentari tidak akan bersatu kerana ia beredar pada paksinya sendiri yang tidak akan menemui titik pertemuan. Demikian lumrah alam. Juliana dan Roma, umpama bulan dan mentari. Julianalah si mentari yang datang menyinari kehidupan Roma. Mereka saling mengasihi dan mencintai, tetapi hanya gelora rasa yang menjadi saksi. Juliana dan Roma menjadi lambang kejayaan bangsa Melayu. Mereka adalah segelintir manusia porfesional yang berjaya membina empayar pembuatan kereta. Akan tetapi mereka manusia egois yang tidak mahu menyerah pada hakikat cinta, lalu, kejayaan mereka dilukai oleh suatu percintaan yang tidak pernah terucap. Irama dan lagu, bulan dan mentari, Juliana dan Roma; semuanya seiring sejalan tetapi tidak pernah bersatu.”

Tahniah Bonda, isinya secantik kulit! – Ibnu Ahmad al-Kurauwi

NOVEL BARU KHOLID

 

Kabus di Perbukitan
Penulis: Mohamad Kholid Hamzah
Penerbit: DBP

No. KK: 899 205885101
No. ISBN: 9789836296436
Tahun Terbitan: 2007

Harga Buku: RM20.00 

Sinopsis

Pertemuan dan perpisahan memanglah takdir, namun hati yang terluka kadang-kadang sukar menerima. Kehilangan membawa resah berpanjangan, membawa diri mencari kedamaian hati dan cinta. Merentas dekad dan negara, cinta terpaut di bumi kiwi. Di situ kasih bercambah, di situ rindu melimpah. Hujan emas di negeri orang, namun tanah tumpah darah dan air mata mengamit jua. Faridah akur dengan runtunan jiwa, kembali menjejak bumi yang suku abad ditinggalkan, menautkan kasih antara dua negara. Dia berjanji pada tanah ini – susur galur – akar tunjang keturunan akan teguh. Dia pulang membina jati diri di tanah air sendiri. Dia bukan enggang, dia hanyalah bangau yang akhirnya pulang ke belakang kerbau.”

 

Tahniah Kholid! 2007 betul-betul gemilang dengan karya yang bersilih silang datang! Bila nak buat doa selamat? Ajak SF, kita makan di Titiwangsa – Ibnu Ahmad al-Kurauwi

 

 

ANDA MALU?

Kalau anda ada rasa malu, pasti anda bukan salah seorang daripada mereka. Gambar di atas ialah sekumpulan 700 ‘al-Bahimah’ yang di’pukul’ di sebuah dewan teater di Bruges Belgium.

Inilah kononnya hasil ’seni bogel’  Spencer Tunick, artis kelahiran Middletown, New York. Beliau pernah mencatat rekod dunia kerana berjaya mengumpul sejumlah 18,000 sukarelawan berbogel di Zacalo Square, Mexico City demi nama seni. Ceritanya di sini.

Maka, ada wajarnya anda mengikuti perbincangan malu pada perspektif Islam. Temui saya di RTM 1, Selamat Pagi Malaysia, 8.30 pagi, 13 November 2007 bersama-sama pengantaranya Ustaz Irwan johari.

Sumber gambar dan maklumat penulisnya boleh anda layari di Ensiklopedia Wikipedia. – Ibnu Ahmad al-Kurauwi

SAINS DAN MATEMATIK DALAM BM

Ajar semula Sains, Matematik dalam bahasa Melayu

Oleh YULPISMAN ASLI

KUALA LUMPUR 8 Nov. – Kerajaan digesa mengembalikan semula pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu bagi mengangkasakan tamadun bangsa selain memenuhi peruntukan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.

Wakil Badan Perhubungan UMNO Johor, Senator Dr. Mohd. Puad Zarkashi yang menimbulkan isu kedudukan bahasa Melayu itu tahun lalu dan membangkitkannya sekali lagi pada Perhimpunan Agung UMNO tahun ini berkata, UMNO Johor tidak menolak penguasaan pelbagai bahasa termasuk bahasa Inggeris.

‘‘Cuma, jangan abaikan jati diri kita. Bahasa Melayu adalah jati diri untuk mengangkasakan tamadun bangsa,’’ katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul ucapan dasar Presiden pada perhimpunan itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Pendirian UMNO Johor tersebut turut dikongsi oleh wakil Pergerakan Pemuda, Khairy Jamaluddin yang membuat gesaan yang sama ketika membahaskan usul ekonomi dan pendidikan pada perhimpunan tahunan UMNO itu.

Menurut Mohd. Puad, UMNO Johor akan meneruskan perjuangan untuk memartabatkan bahasa Melayu dan mahu melihat bahasa Melayu digunakan semula dalam pengajaran Sains dan Matematik di sekolah rendah.

Petikan Akhbar Utusan Malaysia muka hadapan 9 November 2007. Artikel penuh klik di sini

Ah, kita – orang Melayu dan segala yang milik Melayu - sering sahaja jadi bahan uji kaji. Kitalah jadi mangsa apabila eksperimen mereka gagal. Lihat sahaja apa yang jadi kepada tulisan Jawi. Sukarnya untuk pulih semula! dan apa kata ‘ghodong-ghodong’ Johor.- Ibnu Ahmad al-Kurauwi

MEREKA HINA LAGI AL-QURAN

 

A Dutch member of parliament has called for the Quran to be banned in the Netherlands, describing it as a “fascist book” which calls on people to kill non-believers and rape women.

Geert Wilders, leader of the far-right Freedom Party, called for the ban in a letter published in De Volkskrant newspaper.

In his letter, Wilders compares the Muslim holy book to Mein Kampf, Adolf Hitler’s autobiography, and said the Quran has “no place in our constitutional state”.

Walaupun artikel ini bertarikh 8 Ogos 2007, penghinaan seperti ini dijangka berterusan selagi kita tidak istiqamah memuliakan al-Quran. Artikel penuh boleh dibaca menerusi ALJAZEERA.COM - Ibnu Ahmad al-Kurauwi

SEMINAR PENULISAN CEREKA 2007

Sempena seminar ini, 16 kertas kerja akan dibentangkan dalam empat sesi, merangkumi aspek-aspek berikut: Teori, Praktik, Penerbitan dan Kritikan. Selain itu, dua sesi khas akan menampilkan dua tokoh undangan, yang akan membicarakan sekitar dunia penulisan cereka. Mereka ialah SN Dato’ A. Samad Said dan SN S. Othman Kelantan. Sebagai pelengkap Seminar, satu sesi forum akan turut diadakan. 

Pembentang Kertas Kerja, antaranya

Dato’ Dr. Anwar Ridhwan, Prof. Dato’ Dr. Hashim Awang, Prof. Madya Dr. Sohaimi Abdul Aziz, Dr. Mawar Shafie, Mohamad Saleeh Rahamad, Ainon Muhammad, Faisal Tehrani, Nisah Hj. Haron, S.M. Zakir, Azizi Haji Abdullah, Mohd Hanafi Ibrahim dan beberapa nama lagi. 

Sebarang pertanyaan berhubung dengan Seminar boleh diajukan kepada:

Setiausaha

SEMINAR PENULISAN CEREKA 2007, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan. 464, Jalan Tun Ismail 50480 KUALA LUMPUR.

(U.P.: Encik Mohd Ridzuan Harun)

Tel: 03 – 2697 5306     Faks: 03 – 2697 5513.

Emel: ridzuan@aswara.edu.my  atau  info@aswara.edu.my

Laman Web:  www.aswara.edu.my

NASKHAH AL-QURAN TERTUA

  

LONDON 24 Okt. – Sebuah naskhah al-Quran yang ditulis pada abad ke-13 dijual dengan harga tertinggi dalam sejarah, 1.14 juta pound sterling (RM7.89 juta) oleh gedung lelong Christie’s di sini semalam.

Kitab suci itu yang sebelum itu dijangka mencatatkan harga antara 250,000 hingga 300,000 pound (RM1.73 juta hingga RM2.08 juta) dijual sebagai sebahagian lelong hasil kesenian dari dunia Islam dan India.

Lelong semalam menghasilkan jualan berjumlah 5.9 juta pound (RM40.83 juta).

Naskhah berkenaan ditandatangani oleh Yahya bin Muhammad ibn Umar, bertarikh 17 Ramadan 599 (Jun 1203) dan ditulis sepenuhnya dengan dakwat emas berserta catatan tepi berdakwat perak.

Ia merupakan naskhah al-Quran lengkap, bertarikh dan bertulisan emas yang diketahui paling lama di dunia dan memecahkan rekod harga tertinggi bagi sebuah kitab suci al-Quran dan bagi mana-mana manuskrip Islam yang dijual semasa lelong.

Turut dijual semalam ialah sebuah naskhah al-Quran abad ke-10 yang hampir lengkap dalam tulisan Kufi.

Naskhah yang dipercayai berasal dari Afrika Utara atau Asia Barat itu dijual dengan harga 916,500 pound (RM3.12 juta) berbanding anggaran awal 600,000 pound (RMRM2.04 juta).

“Hasil jualan luar biasa hari ini adalah antara yang tertinggi bagi hasil Kesenian Islam di Christie’s, sekali gus mencerminkan betapa tingginya permintaan dan harga tawaran untuk seluruh hasil Kesenian Islam klasik,” kata Pengarah Kesenian Islam dan Permaidani merangkap Ketua Jualan Christie’s, William Robinson.

Sumber Berita Utusan Malaysia dan gambar www.christies.com

DOA BERBALAS PANTUN

 Pertandingan Akhir Berbalas Pantun

Huwallahu la ila hailla anta Awwalu wal akhir                                

Ya Allah sesungguhnya setiap yang bermula pasti akan berakhir. Hanya Engkaulah yang kekal abadi janji-Mu tidak pernah mungkir.          

Huwallahu la ila hailla Anta Arsala Rasulukal huda nabiyil Mustafa.

Sesungguhnya segala puji dan puja buat Rasul-Mu penyuluh gelita                  Yang menerangkan alam ini dengan cahaya petunjuk dan pedoman bermakna. 

Ya Allah kami pohonkan doa harapan redailah segala usaha dan kerjasama Sempurna atur cara sepanjang Majlis Pertandingan Berbalas Pantun yang penuh ceria. Moga pertemuan dijauhi daripada cacat cela bahkan dianyam oleh ukhuwah dan jalinan mesra dalam lindungan kasih-Mu jua.                

Ya Allah, Ya Fattah Ya Alim.

Sempena pertandingan ini, Kami memohon kepada-Mu berkat dan syafaat Melalui kesungguhan dan usaha yang tidak kenal penat demi kemuliaan agama kami, bahasa dan sastera kami, negara dan ummah sejagat. Moga yang kami pertahankan, seni warisan milik nenek moyang kami bakal duduk di singgahsana yang terhormat di bawah rahmat, sepanjang hayat. 

Ya Allah moga usaha kami ini membenihkan budi pekerti, masyarakat pertiwi. Moga sumbangan kami ini dapat menyatukan hati, mengeratkan silaturahmi, mengukuhkan jati diri menerusi citra tradisi dan akhirnya dapat merealisasi bangsa Malaysia yang harmoni, damai dengan bahasa budi, molek hati dan jiwa nurani. Saling faham-memahami, saling hormat-menghormati.   

Ya Allah Andai usaha kami tersalah pandang, tersalah lorong dan simpang.      Di langit ketujuh kami pohon ke keampunan.

Ya Allah, kami menolak segala yang syak dan yang zan dengan segala tekad kami rungkaikan kekeliruan. Dan segala kekurangan dan kelemahan tidak pula kami berpeluk badan.

Ya Allah kami khalifah menjunjung amanah Tuhan                                        Mohon disedarkan akan hakikat kehambaan dan keinsanan, Agar rendah hati meskipun berharta. Agar bijaksana meskipun berkuasa, Agar tidak asyik dibuai leka dunia. Agar tidak tunduk pada syaitan dan nafsu menggila, Agar keinsanan tak punah dek dendam kesumat, tamak haloba dengki khianat,  fitnah dan buruk sangka, agar tidak menjadi laknat oleh Tuhan semesta.

Amin Ya Qadial hajat  Amin Ya Muqbilut taubat. 

Dideklamasikan buat Tuhan Yang Maha Perkenan di Auditorium DBP, 1 November 2007 sempena Pertandingan Akhir  Berbalas Pantun Antara Kementerian 2007 – al-Kurauwi


 

November 2007
I S R K J S A
« Okt   Dis »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

BULAN BAHASA KEBANGSAAN 2009

BBK

KARYA TERKINI

CERPEN DI MINGGUAN MALAYSIA
OKTOBER 2009
Kemuncup 2

"KEMUNCUP Di Atas Padang" cerita tentang rintih alam kepada anak-anak gempa yang melanda bumi Padang, Sumatera Indonesia. Cerita tentang Epa Poho yang dipujuk oleh Zahara Talua saat menemui anak yang luka dan duka bersalut lumpur derita. Cerita tentang tanah leluhur kita yang imannya belum teruji sepenuhnya. Makmur diuji nikmat aman hingga hidup bagai tidak bertuhan.

CERPEN DI DEWAN SASTERA
OKTOBER 2009
DDKT

“Al-Qadar Buat Angkasawan Di Bumi” pernah tersiar di Akhbar Mingguan Malaysia, Syawal 2007. Kali ini, cerpen ini diberi penghargaan ke persada MASTERA yang disiarkan dalam Majalah Dewan Sastera (Malaysia), Majalah Horison (Indonesia) dan Majalah Bahana (Brunei). Cerpen ala fiksyen sains angkasa ini terilham daripada kisah dua angkasawan negara Dr. Syeikh Muzaphar dan Dr. Faiz Khaleed.

CERPEN DI BERITA HARIAN
FEBRUARI 2009
dia-lelaki

"Dia, Lelaki yang Baru Saya Salam Itu" terilham berasaskan semangat untuk memboikot produk Amerika lewat perang Gaza, Palestin - Israel. Ideanya timbul usai solat Jumaat di Masjid Hukama’, DBP. Hari tersebut turut disempurnakan dengan Khutbah tentang Gaza beriring Qunut Nazilah dan solat hajat. Dalam khutbah saya menyentuh tentang boikot barangan Amerika termasuk rokok seperti Marlboro atau Benson & Hedges. Semangat boikot saya nampak di mata jemaah yang tidak tidur!

INSYIRAH

insyirah2 Sesungguhnya Novel "Insyirah" ialah novel kedua yang telah lahir daripada rahim Sayembara Mengarang Novel Kanak-kanak dan Remaja 2007 - Dewan Bahasa dan Pustaka. Novel ini telah memenangi hadiah pertama dalam sayembara tersebut. - al-Kurauwi

DI DADANYA KALAM TUHAN

ddkt-blog Sesungguhnya, tidak sampai lima tahun selepas menyertai bengkel penulisan cerpen anjuran KEPEZI (Kelab Penulis Zaharah Nawawi) awal September 2004 Ibnu Ahmad al-Kurauwi sudah mampu menghasilkan 20 cerpen yang melayakkannya memiliki kumpulan Di Dadanya Kalam Tuhan. Hal begini diperakui jarang terjadi. Namun bagi penulis muda pemegang ijazah Kesusasteraan Arab dari Jordan ini tiada perkara mustahil. Ke bulan pun manusia boleh jejak, inikan pula sekadar melahirkan sebuah kumpulan cerpen dalam waktu yang relatif singkat. – Zaharah Nawawi USJ Subang Jaya 9 Mac 2009

TINTA ELIPSIS

Novel TE bergerak sekitar gejolak rasa dan jalanan minda watak Amir Afif Amizul, anak peneroka FELDA, yang berpeluang menekuni bahasa Arab dan Pengajian Islam di Universiti Jordan. Amir Afif mempunyai sedikit sebanyak pengalaman dalam bidang penerbitan (TE: 25/7), iaitu selain pengalamannya sebagai konsultan yang ditimbanya selama lima tahun bertugas dengan Syarikat Amal Profesional Sdn. Bhd. (TE: 28) Amir Afif berhadapan dengan beberapa masalah yang wajar diatasinya sebijak mungkin. - Dr. Anis

TINTA LARIS

TETAMU

  • 63,846 hits

RSS Saifulislam.Com

  • ‘Call Me Irresponsible’ 10 November 2009
    Menelusi perkembangan politik semasa sungguh membingungkan. Saya pula banyak memikirkan kesan kebingungan itu kepada generasi pelapis. Soal menterjemahkan segala yang  berlaku kepada suatu pengajaran yang boleh dijamah oleh anak-anak muda yang masih panjang perjalanan mereka. Kelemahan kompetensi, boleh dimaafkan oleh pengundi. Tidak pandai bekerja, salah at […]

RSS Faisal Tehrani

  • Satira Ketupat Cinta II: Kotak Berisi Kuih Lepat 11 November 2009
    Adapun pasar Melaka pada waktu itu sibuklah teramat. Segala barangan ada dijual. Termasuklah manusia yang akan dilelong sebagai hamba. Orang yang tua berumur delapan puluh tahun dijual dengan harga murah. Jika ia nyanyuk dijual dengan harga suku wang timah. Bak kata Abdul Mujid Bari, salah seorang pembesar di Melaka; adalah orang tua nyanyuk itu harganya mur […]

RSS Nisah Haron Online

  • Umbara Sastera III 11 November 2009
    Para penulis, peminat sastera dari jauh dan dekat, dengan segala hormatnya dipersilakan hadir ke majlis :Umbara Sastera III14 November 2009D'Ark, Taman Setia Kasih, Senawang, Negeri SembilanTema : Penulisan Sastera IslamPanel :Puan Nisah Haji HaronProses kreatif cerpen Aset IstiqamahTempat PertamaSayembara Cerpen Hadiah Sastera Berunsur Islam ke - 12Enc […]

RSS Serunai Faqir

  • Warisan Melayu - Gendang Silat 6 November 2009
    Upacara Penganugerahan Sandang Silat Gayong yang disempurnakan oleh Y.A.M Tengku Datuk Seri Tengku Ahmad Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj telah berlansung di Kuala Lumpur International Hotel pada 25 Oktober yang lalu. Kumpulan kami dijemput mengiringi majlis.

RSS BECKyilHAM

  • Ulasan Cerpen Jus Soli Jus Sanguinis dalam Tunas Cipta 11/09 5 November 2009
    "Pada dasarnya cerpen ini juga merupakan garapan warna-warni kehidupan yang bersifat global. Walaupun dalam situasi yang berlatarkan zon perang, masih ada nilai emosi dan nilai-nilai kemanusiaan sejagat. Saya terkesan cerpen ini kaya dengan maklumat, ada bahan-bahan sains politik, persekitaran budaya, aspek sejarah dan tamadun bangsa....oleh sebab isu y […]

Flickr Photos

Noviembre

More Photos