Arkib untuk Februari 2008

EDIT DENGAN AIR MATA

 Sastera Bandingan Arab dan Sastera Bandingan Sedunia
Penulis: Hussam al- Khatib
Penerbit: DBP

No. KK: 892 204975101
No. ISBN: 9789836295293
Tahun Terbitan: 2008

Harga Buku: RM37.00

Harga Dawama: RM29.60
Jimat: RM 7.40 ( 20% )

Sastera Bandingan Arab dan Sastera Bandingan Sedunia merupakan terjemahan buku Afaaq al-Adab al-Muqaarin ‘Arabiyan wa Alamiyan karya tokoh sastera bandingan Arab terkenal, Prof. Dr. Hussam al-Khatib. Buku ini membahaskan kemunculan disiplin ilmu sastera bandingan Arab dalam perkembangan sastera bandingan di peringkat antarabangsa dan Pertubuhan Sastera Bandingan Dunia (ICLA). Sastera bandingan merupakan wadah untuk memahami tokoh-tokoh dan karya sastera Arab yang menciptakan kebangkitan dalam perkembangan pengajaran sastera. Prof. Dr. Hussam al-Khatib merupakan salah seorang pakar rujuk bidang sastera bandingan Arab yang berwibawa dalam bidang pengajian Arab di Timur Tengah.”
Buku ini asalnya diterjemah dalam bahasa yang agak ‘keindonesiaan’ oleh al-Akh Nor Hasanuddin Mohd Fauzi  (tahniah kerana sabar menterjemah) penterjemah buku ‘La Tahzan’ Dr Abdullah Aid al-Qarni. Pengalaman mengedit buku terjemahan Arab ini rupa-rupanya sangat memeritkan. Sangat teruja dan berbangga akhirnya apabila ia mendakap dada. Sekurang-kurangnya dapat menyumbang kepada dunia sastera kita.
Nasihat saya kepada penterjemah dan bakal penterjemah di luar sana terutamanya graduan Timur Tengah agar dapat mendalami sepenuhnya aspek kemahiran bahasa Arab dan bahasa Melayu dengan baik. Percayalah rezeki penterjemah ini sangat luas! – al-Kurauwi

KIT[DEP]A MUDAH LUPA!

 

Baru-baru ni saya memuji tulisan sahabat baik saya Ustaz Zaid Akhtar  dalam blognya, catatan online zaid akhtar, yang menulis tentang sebuah satira politik ‘Bila Ustazah dilanggar Mat Rempit’. Beliau kemudiannya menyapa, katanya:

Sahabat lama anta di Mu’tah, Ustaz Afandi Yusof (calon Parlimen Tumpat) nampaknya dah mengorak langkah ke jalan yg itu juga. Begitu juga Kapten (B) Johari Hussin (DUN Tioman) sahabat kita dr Amman. :-Anta tak bercita2 ke bertanding di Batu Kurau? 

Saya jawab dengan dua rangkap pantun:

Apa diharap padi seberang,
Entah kan jadi entah kan tidak;
Apa diharap undinya orang,
Entah kan berbakti entah kan tidak.

Mengapa kalut kuasa ditimbang,
Menongkat gagah tangan terluka;
Jangan diikut pesona orang,
Menjilat ludah jatuh ke muka.

Kemudian saya tambah: Hang tak tengok kawan hang di Irbid dulu; Wan Iqbal Afza; YB Peramu dulu, dah tersungkur sebelum bertanding? Heheh.. kit[dep]a mudah lupa!

al-Kurauwi

ENTRI PATUT BACA!

 

BEKERJA UNTUK MELIHAT APA YANG KITA PERCAYA

Itu cara Rasulullah SAW membentuk sahabat.

Membentuk mereka dengan kepercayaan, dan seterusnya menggerakkan mereka untuk bekerja bagi melihat apa yang mereka percaya. Itu jati diri golongan percaya. Mereka bukan percaya kosong, mereka bukan menunggu jelmaan kepercayaan, tetapi mereka berusaha merealisasikan apa yang mereka percaya.

Percaya selepas melihat sesuatu… percaya yang biasa-biasa sahaja. Tak perlu berusaha pun… jadi penonton pun boleh dapat kualiti percaya yang rendah sebegini.

Tetapi kepercayaan yang hebat ialah percaya sebelum melihat sesuatu dan bekerja untuk melihat apa yang kita percaya.

BAGAIMANA MAMPU PERCAYA SEBELUM MELIHAT

Apa peliknya? Kita belum pernah melihat Syurga. Tetapi kita percaya. Dan kita saban hari bekerja keras untuk melihat apa yang kita percaya.

Kita sudah lama tidak mendengar tentang kemenangan Islam. Belum pernah melihat bangkitnya kebenaran. Tetapi kita percaya. Dan kita bekerja untuk melihat apa yang kita percaya.

Para sahabat telah menguji dan mengenalpasti siapakah Muhammad bin Abdullah itu. Baginda SAW adalah seorang Rasul… yang tidak bercakap dari hawa nafsunya… bahkan ucapannya adalah terjemahan kehendak Allah. Maka janji Nabi SAW itu adalah janji yang benar. Biar pun belum dapat dipastikan bagaimanakah kebenaran itu boleh direalisasikan.

Bagaimanakah Constantinople itu boleh ditumbangkan? Jalannya belum jelas. Tetapi ia sebuah JANJI, yang dilafazkan oleh golongan yang bekerja untuk melihat apa yang mereka percaya.

Allahumma a’izzal Islam walmuslimin 

Artikel ini dipetik dari saifulislam.com dengan tajuk ‘Bekerja Untuk Melihat Apa Yang Kita Percaya’ oleh Ustaz Hasrizal Jamil – al-Kurauwi

APA NIAT KITA MENGUNDI?

 

Haddathana Abu Bakr bin Abi Syaibah dan Abu Karib, mereka berkata; haddathana Abu Muawiyah dari al-A’masy dari Abi Soleh dari Abu Hurairah RA, beliau meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

“Ada tiga golongan manusia yang Allah tidak akan bercakap dengan mereka pada hari kiamat kelak. Malah Allah tidak akan memandang kepada mereka dan Allah tidak akan menyucikan diri mereka (daripada dosa) . Sebaliknya disediakan untuk golongan tersebut seksa yang sangat pedih.

1) Orang yang mempunyai bekalan air yang banyak di suatu kawasan lapang atau sahara tapi dia enggan memberi minum  kepada ibnu al-Sabil (musafir yang kehabisan bekalan minuman).

2) Orang yang menawar diri untuk membeli sesuatu barang selepas asar dengan bersumpah atas nama Allah bahawa dia akan membeli atau mengambil barang itu dengan harga tertentu. Janjinya itu benar-benar dipercayai oleh penjual sedangkan dia sebenarnya langsung tidak berniat untuk membelinya.

3) Orang yang membai‘ah pemimpin (mengundi dan  melantik pemimpin) semata-mata kerana perhitungan keduniaan (kebendaan). Andai pemimpin yang dipilihnya itu memberikan balasan (habuan), maka barulah dia akan menunaikan kewajipannya. Kalau tidak (tidak ditunaikan) dia akan menolak.” (Hadith Muttafaqun ‘Alaih).

Matan hadis di sini Sumber gambar di Election 2008 picture by babaloo of the Independents for Barack Obama

Allahumma a’izzal Islam walmuslimin – Al-Kurauwi

MABRUK PERKAHWINAN SF

Mabruk buat sahabat kita Serunai Faqir yang bakal menamatkan zaman bujangnya pada 15 Mac 2007. Majlis tersebut akan diadakan bertempat di Flat Sri Melaka, Cheras (Belakang Stadium Badminton Cheras) Moga pasangan ini kekal hingga ke alam yang lebih kekal. – al-Kurauwi

“Ya Allah kami sedar langit cerah tidak selalunya ceria, Ya Allah kami sedar sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula manusia. Ya Allah kami sedar hakikat tanggungjawab sebagai suami dan isteri yang amat berat, jika hati-hati kami tidak erat, tekad kami tidak kuat, muafakat kami tidak bulat sudah pastilah perkahwinan kami akan cacat.

Oleh itu Ya Allah, satukanlah hati pengantin kami dengan cahaya keimanan, gandakanlah kasih sayang dengan jiwa pengorbanan, agar mereka bertindak dalam satu haluan, agar mereka menyusun perjalanan dengan satu fikiran, bijak berhemah melaksanakan kewajipan.”

KURSUS KEPIMPINAN DI ILDAS

“Andai Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir roboh, maka akanku berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa-jiwa muda. Aku tidak ingin mengutip dengan ramai bilangan mereka, tapi aku inginkan hati-hati yang ikhlas untuk membantuku dan bersama-sama membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah.” – Imam As-Syahid Hassan Al Banna

Perjalanan 300 kilometer pergi dan balik ke Institut Latihan dan Dakwah Selangor di Sungai Air Tawar, sabak Bernam sangat memenatkan, tetapi indah dan terkesan dengan pengalaman baru.

Pemandangan kampung dengan sawah padi yang dibajak, pohon kelapa yang melambai dan parit sungai yang menghijau merengsa motivasi dan jiwa serta mengimbau kenangan di desa Kuala Kurau, Bagan Serai , Perak yang sudah lama ditinggalkan.

Pengalaman terindah pastilah melihat wajah-wajah anak-anak remaja pemimpin sekolah – pengawas dan pembimbing rakan sebaya – yang dahagakan ilmu mencetak wajah agama dan negara pada masa hadapan.

“Ya Allah berikanlah kami kekuatan jiwa dan tenaga; jauh daripada keluh kesah;  dekat hati melihat untung ibadah. Ya Allah kurniai kami semangat perwira; jauh daripada riak dan sum’ah; dekat dengan pengorbanan yang tak kalah, agar anak bangsa memencak bendera agama di dada ummah!”

VALENTINE: DI MANA NAHI MUNGKAR KITA?

 

BANGKOK 13 Feb. – Pihak berkuasa Thailand akan bertindak tegas menyerbu motel, taman awam dan tempat yang menjadi tumpuan remaja sempena sambutan Hari Kekasih esok bagi mengelakkan mereka terbabit dalam hubungan seks terlarang.

Tindakan terbaru itu yang akan menjadi kempen tahunan dilakukan bagi mengawal tingkah laku remaja yang biasanya meraikan hari tersebut dengan mengadakan hubungan seks.

Langkah berkenaan diambil setelah satu tinjauan pendapat yang dijalankan oleh sebuah universiti mendapati 27 peratus daripada 2,400 pelajar yang ditemui mengatakan akan mengadakan hubungan seks dengan pasangan mereka malam esok.

Polis dan seorang inspektor pelajar yang dilantik oleh Kementerian Pelajaran akan menyiasat setiap motel bagi memastikan mereka yang di bawah umur 18 tahun tidak terlibat dalam perlakuan itu.

“Kami akan menghantar pegawai untuk memeriksa taman awam, restoran dan pusat membeli belah yang akan menjadi tempat bermulanya langkah pertama ke arah perlakuan seksual,” kata jurucakap polis Bangkok, Suporn Pansue.

Walaupun Thailand sememangnya diketahui sebagai syurga pelacuran dunia, namun kebanyakan penduduknya berpegang kuat kepada ajaran Buddha serta masih berfahaman konservatif.

Sementara itu, di India para pengikut Hindu membantah sambutan Hari Kekasih kerana menganggap perayaan itu sebagai budaya luar yang boleh mengikis nilai-nilai kebudayaan tradisi India.

Bagi mereka Hari Kekasih lebih dianggap sebagai budaya Barat yang bertentangan dengan tradisi tempatan.

Petikan akhbar Utusan Malaysia 14 Februari 2008 dengan tajuk ‘Hari Kekasih: Thailand Elak Seks Terlarang’

PUISI DARI KALBU TURUN KE KALBU

 

 

Dari Kalbu Turun ke kalbu

Kalau kau menjadi kalbuku,

Berdeguplah dengan kalbu Mutmainnah

Jangan kauempangkan darah dengan kalbu Amarah

Biar denyut nadimu membilang zikrullah

Agar degup jantungku mengepam sakinah

Wahai kalbu berdenyutlah zikir Tuhanmu

Lagukan rinduku dari sukma bisu

Mengalir dari Kalbu turun ke kalbu.

 

‘Sedang belajar berpuisi. Kalau salah tolong ‘jolokkan’ [dan bersedia untuk dijolok!]‘ – al-Kurauwi 1113

 

MUBARAK PERKAHWINAN ZAWAN BABA

 

Walaupun tak dapat memeriahkan majlis, dari tulus hati kami nan jauh mendoakan kebahagiaan. Moga kekal hingga ke alam yang lebih kekal. – al-Kurauwi

“Ya Allah kami sedar langit cerah tidak selalunya ceria, Ya Allah kami sedar sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula manusia Ya Allah kami sedar hakikat tanggungjawab sebagai suami dan isteri yang amat berat, jika hati-hati kami tidak erat, tekad kami tidak kuat, muafakat kami tidak bulat sudah pastilah perkahwinan kami akan cacat. 

Oleh itu Ya Allah, satukanlah hati pengantin kami dengan cahaya keimanan, gandakanlah kasih sayang dengan jiwa pengorbanan, agar mereka bertindak dalam satu haluan, agar mereka menyusun perjalanan dengan satu fikiran, bijak berhemah melaksanakan kewajipan.” 

 


 

Februari 2008
I S R K J S A
« Jan   Mac »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
2526272829  

BULAN BAHASA KEBANGSAAN 2009

BBK

KARYA TERKINI

CERPEN DI MINGGUAN MALAYSIA
OKTOBER 2009
Kemuncup 2

"KEMUNCUP Di Atas Padang" cerita tentang rintih alam kepada anak-anak gempa yang melanda bumi Padang, Sumatera Indonesia. Cerita tentang Epa Poho yang dipujuk oleh Zahara Talua saat menemui anak yang luka dan duka bersalut lumpur derita. Cerita tentang tanah leluhur kita yang imannya belum teruji sepenuhnya. Makmur diuji nikmat aman hingga hidup bagai tidak bertuhan.

CERPEN DI DEWAN SASTERA
OKTOBER 2009
DDKT

“Al-Qadar Buat Angkasawan Di Bumi” pernah tersiar di Akhbar Mingguan Malaysia, Syawal 2007. Kali ini, cerpen ini diberi penghargaan ke persada MASTERA yang disiarkan dalam Majalah Dewan Sastera (Malaysia), Majalah Horison (Indonesia) dan Majalah Bahana (Brunei). Cerpen ala fiksyen sains angkasa ini terilham daripada kisah dua angkasawan negara Dr. Syeikh Muzaphar dan Dr. Faiz Khaleed.

CERPEN DI BERITA HARIAN
FEBRUARI 2009
dia-lelaki

"Dia, Lelaki yang Baru Saya Salam Itu" terilham berasaskan semangat untuk memboikot produk Amerika lewat perang Gaza, Palestin - Israel. Ideanya timbul usai solat Jumaat di Masjid Hukama’, DBP. Hari tersebut turut disempurnakan dengan Khutbah tentang Gaza beriring Qunut Nazilah dan solat hajat. Dalam khutbah saya menyentuh tentang boikot barangan Amerika termasuk rokok seperti Marlboro atau Benson & Hedges. Semangat boikot saya nampak di mata jemaah yang tidak tidur!

INSYIRAH

insyirah2 Sesungguhnya Novel "Insyirah" ialah novel kedua yang telah lahir daripada rahim Sayembara Mengarang Novel Kanak-kanak dan Remaja 2007 - Dewan Bahasa dan Pustaka. Novel ini telah memenangi hadiah pertama dalam sayembara tersebut. - al-Kurauwi

DI DADANYA KALAM TUHAN

ddkt-blog Sesungguhnya, tidak sampai lima tahun selepas menyertai bengkel penulisan cerpen anjuran KEPEZI (Kelab Penulis Zaharah Nawawi) awal September 2004 Ibnu Ahmad al-Kurauwi sudah mampu menghasilkan 20 cerpen yang melayakkannya memiliki kumpulan Di Dadanya Kalam Tuhan. Hal begini diperakui jarang terjadi. Namun bagi penulis muda pemegang ijazah Kesusasteraan Arab dari Jordan ini tiada perkara mustahil. Ke bulan pun manusia boleh jejak, inikan pula sekadar melahirkan sebuah kumpulan cerpen dalam waktu yang relatif singkat. – Zaharah Nawawi USJ Subang Jaya 9 Mac 2009

TINTA ELIPSIS

Novel TE bergerak sekitar gejolak rasa dan jalanan minda watak Amir Afif Amizul, anak peneroka FELDA, yang berpeluang menekuni bahasa Arab dan Pengajian Islam di Universiti Jordan. Amir Afif mempunyai sedikit sebanyak pengalaman dalam bidang penerbitan (TE: 25/7), iaitu selain pengalamannya sebagai konsultan yang ditimbanya selama lima tahun bertugas dengan Syarikat Amal Profesional Sdn. Bhd. (TE: 28) Amir Afif berhadapan dengan beberapa masalah yang wajar diatasinya sebijak mungkin. - Dr. Anis

TINTA SAPA

ibnuahmadalkurauwi pada PAK AZIZI YANG MUDA
ibnuahmadalkurauwi pada PERCAKAPAN KALBU KEPADA INDERA…
ZulDean pada PAK AZIZI YANG MUDA
ibnuahmadalkurauwi pada PAK AZIZI YANG MUDA
anuar manshor pada PAK AZIZI YANG MUDA

TETAMU

  • 63,941 hits

RSS Saifulislam.Com

  • Sempitnya Dunia Luasnya Gua 12 November 2009
    image copyright www.chromasia.com “Sungguh menghairankan. Tidakkah Ashaab al-Kahf itu mengalami claustrophobia?” tanya seorang anak muda. “Haha, menarik juga soalan anta. Tak pernah terlintas di fikiran ustaz,” saya membalas. Claustrophobia itu didefinisikan sebagai ketakutan yang melampau oleh seseorang terhadap bilik atau ruang yang […]

RSS Faisal Tehrani

  • Satira Ketupat Cinta II: Kotak Berisi Kuih Lepat 11 November 2009
    Adapun pasar Melaka pada waktu itu sibuklah teramat. Segala barangan ada dijual. Termasuklah manusia yang akan dilelong sebagai hamba. Orang yang tua berumur delapan puluh tahun dijual dengan harga murah. Jika ia nyanyuk dijual dengan harga suku wang timah. Bak kata Abdul Mujid Bari, salah seorang pembesar di Melaka; adalah orang tua nyanyuk itu harganya mur […]

RSS Nisah Haron Online

  • Umbara Sastera III 11 November 2009
    Para penulis, peminat sastera dari jauh dan dekat, dengan segala hormatnya dipersilakan hadir ke majlis :Umbara Sastera III14 November 2009D'Ark, Taman Setia Kasih, Senawang, Negeri SembilanTema : Penulisan Sastera IslamPanel :Puan Nisah Haji HaronProses kreatif cerpen Aset IstiqamahTempat PertamaSayembara Cerpen Hadiah Sastera Berunsur Islam ke - 12Enc […]

RSS Serunai Faqir

  • Warisan Melayu - Gendang Silat 6 November 2009
    Upacara Penganugerahan Sandang Silat Gayong yang disempurnakan oleh Y.A.M Tengku Datuk Seri Tengku Ahmad Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj telah berlansung di Kuala Lumpur International Hotel pada 25 Oktober yang lalu. Kumpulan kami dijemput mengiringi majlis.

RSS BECKyilHAM

  • Ulasan Cerpen Jus Soli Jus Sanguinis dalam Tunas Cipta 11/09 5 November 2009
    "Pada dasarnya cerpen ini juga merupakan garapan warna-warni kehidupan yang bersifat global. Walaupun dalam situasi yang berlatarkan zon perang, masih ada nilai emosi dan nilai-nilai kemanusiaan sejagat. Saya terkesan cerpen ini kaya dengan maklumat, ada bahan-bahan sains politik, persekitaran budaya, aspek sejarah dan tamadun bangsa....oleh sebab isu y […]

RSS Coretan Perjalanan ZulDeanz

  • Segala-galanya Sudah Berubah 11 November 2009
    Dua minggu lalu, penulis telah menghadiri satu majlis perkahwinan seorang rakan di Banting, Selangor. Entah kenapa secara tiba-tiba sahaja penulis terkenangkan kembali memori indah semasa di sekolah menengah dahulu. Secara kebetulan rumah pengantin berhampiran dengan sekolah, tempat penulis pernah belajar dahulu, penulispun mengambil kesempatan berkunjung da […]

Flickr Photos

27/365 : Escape

More Photos