Arkib untuk April 2008

RIHLAH IBN BATTUTAH

Ibnu Battutah menjadi terkenal kerana karya mengenai kembaranya yang dikenali dengan nama Rihlah Ibnu Battutah. Dalam tulisan tersebut dicatatkan sejarah atau kisah pengembaraan dan pelayaran beliau ke berbagai negara. Di samping menghargai karya tersebut, kita juga perlu akur bahawa terbukti dalam beberapa hal karya tersebut kurang teliti dan amanah. Apatah lagi Ibnu Battutah bukan terdiri di kalangan ahli periwayataan yang dipegang. Banyak perkara yang disebutkan dalam karya tersebut mendedahkan adanya unsur ketidaktelusan dalam menghidangkan sesuatu kisah. - Dr. Asri Zainal Abidin, Mufti Perlis.

Hakikatnya begini. Rihlah Ibn Battutah merupakan sebuah karya sastera adventure yang sarat dengan bahasa dan cerita yang indah. Ibnu Battutah mempunyai pengamatan yang amat kompleks terhadap lokasi, figura, mahupun perilaku masyarakat yang dikunjunginya. Justeru, setiap lokasi dan perhentian, setiap peristiwa dan kejadian, sehinggalah kepada rupa paras dan penampilan dicatat cermat. Menterjemah karya sebegini sebetulnya mendesak penterjemahnya memahami bukan sahaja latar sejarah, bahkan memiliki pengetahuan mendalam berhubung pelbagai bahasa, khususnya bahasa Arab dan Inggeris. – Saiful Nujaimi Abdul Rahman, Pensyarah Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

Sudah lama mengidam buku ini. Setelah empat kali cetak barulah berjaya dibeli. Walaupun sudah cetakan keempat, harganya masih lumayan. Tetapi tidaklah seperti harga yang saudara beli di kedai buku. Mahu? heheh … hubungi saya, segera! - al-Kurauwi

 

AL-KURAUWI DI SPM

 

SAYA menulis catatan ini agak lewat. Begini …,

SELASA baru ini saya di RTM 1, memenuhi hasrat sahabat lama untuk menjadi tetamu beliau untuk kesekian kalinya. Setelah empat kali menolak, hari itu tiada alasan lain melainkan menerima sepenuh tanggungjawab.  Tajuk yang dibicarakan mengenai ‘Pancaindera’

Transkripnya seperti yang berikut.

Terus membaca ‘AL-KURAUWI DI SPM’

ZUL KHAIR DAN MENITI BATAS

Meniti Batas
Penulis: Zulkifli Khair
Penerbit: DBP
No. KK: 899 207875101
No. ISBN: 9789836298720
Tahun Terbitan: 2008
Harga Buku: RM18.00

Sinopsis

“Meniti Batas, memaparkan ketabahan dan kesungguhan dua orang sahabat menguruskan perusahaan membuat makanan ringan yang berasaskan ubi kayu. Bermula dengan berniaga kecil-kecilan, akhirnya mereka mengorak langkah lebih jauh hingga ke peringkat antarabangsa. Sungguhpun begitu, kejayaan yang diraih bukan datang bergolek. Pelbagai cabaran, rintangan dan konflik terpaksa mereka hadapi tetapi berjaya diatasi dengan sikap gigih, cekal dan tawakal. Malah, segala cabaran itu menjadikan mereka lebih matang menempuh kehidupan.”

Tahniah, Zul. Akhirnya novel ‘Segurih Rasa’ yang bertukar judul ‘Meniti Batas’ keluar dari ‘rahim ibu’ nya. Kata Kak Zamidah, tak aci la, kulit novel Zul lawa, kulit novel aku huduh!” – al-Kurauwi

 

NOVEL KITA

NOVEL-NOVEL YANG AKAN DILANCARKAN:

1. Nor Hanisah Othman = Menuju Puncak- RM16.50
2. Mohd. Kholid Hamzah = Desir Angin Di Pergunungan – RM15
3. Haryati Abu Nasir = Ketika Embun Menitis – RM22.50
4. Zahura Zakry = Aroma Hati – RM15
5. Zamidah Hashim = Kasih Bertaut – RM12.06

6. Zulkifli Khair = Meniti Batas – RM13.50
7. Razali Endun = Mengapai Puncak – RM
8. Azman Ahmad = Tinta Elipsis – RM
9. Datin Aminah = Mencari Teduh di Kuala – RM18.75
10 Sarimah Bardon = Kirana – RM15
11. Wahyu Budiwa Rendra = Di sebalik Mentari Jingga – RM15

12. Soo Cham = Air Mata Ibu – RM18.75
13 Beb Sabariah = Tirani – RM16.50
14. Khairul Hafiz A. Rahman = Lagukanlah Senandung itu – RM13.50

Harga buku tersebut sudah diberi potongan 25% oleh DAWAMA. Masukkan ke akaun saya BIMB 14032020141782 atau Maybank 164100245000. Maklumkan melalui sms ke 0136765617 – al-Kurauwi

 

LAMBAIAN PULANG

Di ruang legar, petang itu, 11hb April 2008, saat melangkah pulang, saya sempat melambaikan salam perpisahan ke wajahnya.

Mujur juga dia menoleh, sedar dek melihat kelibat ketayap merah tergesa-gesa mencelah-celah, untuk menunda jam yang sudah lebih sepuluh minit terlebih daripada waktu pulang.

Sekali-sekali dia mengusap tubir matanya dek air jernih yang mengelar pipinya yang berisi itu. Malu langsung tersejat daripada wajah bersihnya. Kerlipan matanya bagai melambai merelakan kesegeraan saya untuk pulang.

“Mohon maaf, Kak Sofi, selama kita berurusan dalam Biro Agama, Badan Keluarga DBP.” Dia mengangguk-angguk faham menelan riuh suara kenalan yang turut mengiringi hari terakhir beliau melalukan kad perakam waktu itu. 

“Kak Sofi juga minta maaf, lain umur moga kita jumpa lagi!” Suaranya sedikit meninggi, sedang jernih matanya mengempangkan air hiba.

Saya melambai. Dia juga melambai. Tak sangka, ia menjadi lambaian yang terakhir kami. Dia melambai pulang untuk selama-lamanya.

Tuhan, petang ini, 17hb April 2008, walau langit hitam beropol-ropol di kaki langit, garau suara guruh melanggar maya bumi dan di sesetengah arah, hujan memutih menikam bumi, kami tetap akan pulang, sebelum kami pulang mengadap-Mu.

Al-Fatihah untuk Allahyarhamah Hajah Sofiah Abd Hamid – al-Kurauwi

  

NILAI SEBATANG ANAK KUNCI

LONDON 10 April – Sebatang anak kunci Kaabah pada kurun ke-12, dijual pada harga 9.2 juta pound sterling (RM60.72 juta) dalam satu lelongan di sini semalam, sekali gus mencatat rekod baru untuk jualan barangan antik Islam.

Kunci sepanjang 37 sentimeter yang diperbuat daripada besi itu dipercayai tinggalan zaman Khalifah Abbasiah.

Kunci itu berjaya dilelong oleh pusat lelongan Sotheby pada harga 18 kali ganda lebih tinggi daripada harga tawaran.

Ia dipercayai sebagai satu-satunya kunci Kaabah yang berada dalam simpanan orang perseorangan.

Kunci itu yang dikatakan simbol kuasa keagamaan, mempunyai ukiran berbunyi:

“Inilah yang dibuat untuk rumah suci (Kaabah) semasa zaman anak Imam al- Muqtadi Abu Ja’far al-Mustansir Abu’l- Abbas 573.”

Sumber dari Utusan Malaysia 11 April 2008 manakala sumber gambar dari http://www.tiscali.co.uk

Terfikir juga, adakah pada tahun 2581 (2008+573) buku-buku kita dinilaikan dengan sebatang besi buruk itu? Emm.., kata seorang kawan, jangan mimpilah, la ni, buku sasterawan negara pun dah ditimbang ‘kati’ – al-Kurauwi

 

RAYUAN SUMBANGAN

Dewan Bahasa dan Pustaka dengan kerjasama KAPEZI (Kelab Penulis Zaharah Nawawi) akan mengadakan Majlis Pelancaran 14 buah Novel KAPEZI pada JUN 2008. Usaha-usaha oleh jawatankuasa untuk melicinkan program ini sedang digiatkan melalui
rayuan sumbangan kepada beberapa buah syarikat swasta dan kerajaan.

Sehubungan itu, ahli jawatankuasa merayu kepada dermawan-dermawan di luar baik ahli KAPEZI ataupun tidak (saudagar-saudagar minyak dan taukeh-taukeh emas hatta peniaga pisang goreng) untuk menghulurkan bantuan ‘tak sedikit, banyak pun baik’ atau membuka ruang sumbangan dari kenalan atau suami/isteri dan ibu bapa hartawan, demi menjayakan majlis kita ini nanti.

Sumbangan tersebut boleh disalurkan terus kepada Puan Zahura melalui pemakluman menerusi e-mel beliau iaitu zahurazz@yahoo.com

Perlu diingat, kami hanya kuli, tiada niat untuk meraih untung
peribadi. Bukan juga mencari untung nafsu nafsi. Sekadar mencari redha
ilahi atas bakti buat KAPEZI. Yang ada cadangan atau yang mahu memberi
pandangan hulurkanlah dari hati. Kerana dari hati akan turun ke hati
kami!

Ibnu Ahmad al-Kurauwi,
Setiausaha Majlis Pelancaran Novel Kepezi 2008

 

JENAMA BARANGAN BELANDA

Mencari dan menyenaraikan barang-barang dagangan dan populariti produk Belanda ini, saya menguncap panjang. Rupa-rupanya memang hegomoni dagangan mereka sudah berdarah daging dalam ‘minda tertawan’ kita, terutama di bawah syarikat billion Unilever. Lihat dunia perdagangan mereka  di sini. Gambar-gambar di atas ini ialah antara produk mereka yang cukup terkenal di Malaysia.

Terima kasih kepada ina marjana ulfah yang memberikan maklumat barang-barang Dutch ini. Boikotlah selagi termampu. Maklumat barangan lain boleh saudara layari di en.wikipedia.org - al-Kurauwi

 

 


 

April 2008
I S R K J S A
« Mac   Mei »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

BULAN BAHASA KEBANGSAAN 2009

BBK

KARYA TERKINI

CERPEN DI MINGGUAN MALAYSIA
OKTOBER 2009
Kemuncup 2

"KEMUNCUP Di Atas Padang" cerita tentang rintih alam kepada anak-anak gempa yang melanda bumi Padang, Sumatera Indonesia. Cerita tentang Epa Poho yang dipujuk oleh Zahara Talua saat menemui anak yang luka dan duka bersalut lumpur derita. Cerita tentang tanah leluhur kita yang imannya belum teruji sepenuhnya. Makmur diuji nikmat aman hingga hidup bagai tidak bertuhan.

CERPEN DI DEWAN SASTERA
OKTOBER 2009
DDKT

“Al-Qadar Buat Angkasawan Di Bumi” pernah tersiar di Akhbar Mingguan Malaysia, Syawal 2007. Kali ini, cerpen ini diberi penghargaan ke persada MASTERA yang disiarkan dalam Majalah Dewan Sastera (Malaysia), Majalah Horison (Indonesia) dan Majalah Bahana (Brunei). Cerpen ala fiksyen sains angkasa ini terilham daripada kisah dua angkasawan negara Dr. Syeikh Muzaphar dan Dr. Faiz Khaleed.

CERPEN DI BERITA HARIAN
FEBRUARI 2009
dia-lelaki

"Dia, Lelaki yang Baru Saya Salam Itu" terilham berasaskan semangat untuk memboikot produk Amerika lewat perang Gaza, Palestin - Israel. Ideanya timbul usai solat Jumaat di Masjid Hukama’, DBP. Hari tersebut turut disempurnakan dengan Khutbah tentang Gaza beriring Qunut Nazilah dan solat hajat. Dalam khutbah saya menyentuh tentang boikot barangan Amerika termasuk rokok seperti Marlboro atau Benson & Hedges. Semangat boikot saya nampak di mata jemaah yang tidak tidur!

INSYIRAH

insyirah2 Sesungguhnya Novel "Insyirah" ialah novel kedua yang telah lahir daripada rahim Sayembara Mengarang Novel Kanak-kanak dan Remaja 2007 - Dewan Bahasa dan Pustaka. Novel ini telah memenangi hadiah pertama dalam sayembara tersebut. - al-Kurauwi

DI DADANYA KALAM TUHAN

ddkt-blog Sesungguhnya, tidak sampai lima tahun selepas menyertai bengkel penulisan cerpen anjuran KEPEZI (Kelab Penulis Zaharah Nawawi) awal September 2004 Ibnu Ahmad al-Kurauwi sudah mampu menghasilkan 20 cerpen yang melayakkannya memiliki kumpulan Di Dadanya Kalam Tuhan. Hal begini diperakui jarang terjadi. Namun bagi penulis muda pemegang ijazah Kesusasteraan Arab dari Jordan ini tiada perkara mustahil. Ke bulan pun manusia boleh jejak, inikan pula sekadar melahirkan sebuah kumpulan cerpen dalam waktu yang relatif singkat. – Zaharah Nawawi USJ Subang Jaya 9 Mac 2009

TINTA ELIPSIS

Novel TE bergerak sekitar gejolak rasa dan jalanan minda watak Amir Afif Amizul, anak peneroka FELDA, yang berpeluang menekuni bahasa Arab dan Pengajian Islam di Universiti Jordan. Amir Afif mempunyai sedikit sebanyak pengalaman dalam bidang penerbitan (TE: 25/7), iaitu selain pengalamannya sebagai konsultan yang ditimbanya selama lima tahun bertugas dengan Syarikat Amal Profesional Sdn. Bhd. (TE: 28) Amir Afif berhadapan dengan beberapa masalah yang wajar diatasinya sebijak mungkin. - Dr. Anis

TINTA SAPA

al-Kurauwi pada BAHASA MELAYU VS BAHASA M…
Katakanlah pada BAHASA MELAYU VS BAHASA M…
ibnuahmadalkurauwi pada ANTOLOGI CERPEN JAWI
Sue pada ANTOLOGI CERPEN JAWI
ibnuahmadalkurauwi pada ANTOLOGI CERPEN JAWI

TETAMU

  • 64,613 hits

RSS Saifulislam.Com

  • Kuasa Simplisiti: Al-Ghazzali Oleh Deden Himawan 18 November 2009
    Saya sangat percaya dengan kuasa simplisiti. Keberkesanan pada menyampaikan maksud, apabila sesuatu yang rumit dan membingungkan berjaya diringkaskan dengan rumusan yang komprehensif. Tidak dinafikan, di dalam sejarah memang ada sesetengah ilmuan yang mahu ilmu dijaga nilai eksklusifnya, justeru persembahan ilmu wajar ‘disusah-susahkan’. KAMUS AR […]

RSS Faisal Tehrani

  • Changeling: Korupsi 20 November 2009
    Oleh Faisal TehraniSEBUAH kisah benar. 10 Mac 1928 apabila Christine bangun pagi dengan janji untuk membawa anaknya menonton filem, dia menerima panggilan untuk menggantikan tempat seorang rakan sekerja yang sedang sakit. Meski hari tersebut adalah hari cutinya, Christine berlepas ke tempat kerja sebagai seorang ketua operator penuh dedikasi, dan pulang dala […]

RSS Nisah Haron Online

  • SAKM - X : Sastera Rentas Ilmu 17 November 2009
    Insya-Allah, saya akan membentangkan kertas kerja (kertas catatan, sebenarnya) di dalam Seminar Antarabangsa Kesusasteraan Melayu ke-10 di UKM pada 19 November.Seminar dijadualkan berlangsung selama dua hari : 18 - 19 November 2009 di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM.Jadual sudah saya lampirkan di dalam entri terdahulu. Sila rujuk entri sebelum ini […]

RSS Serunai Faqir

  • Warisan Melayu - Gendang Silat 6 November 2009
    Upacara Penganugerahan Sandang Silat Gayong yang disempurnakan oleh Y.A.M Tengku Datuk Seri Tengku Ahmad Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj telah berlansung di Kuala Lumpur International Hotel pada 25 Oktober yang lalu. Kumpulan kami dijemput mengiringi majlis.

RSS BECKyilHAM

  • Karya Berwacana Yang Disisip Elemen Cinta dan Karya Berbumbu Cinta Yang Disendal Ilmu Bantu 22 November 2009
    Saya pernah (baca: masih) tersinggung dengan pertanyaan seorang penulis sebaya usia dalam arena penulisan apabila dia bersungguh mendapatkan kepastian tentang sebuah cerpen saya. Tanyanya begini:"Akhirnya, cerpen itu cerpen cinta jua bukan? Kerana di hujung cerita T membawa J bertemu kedua ibu bapanya."Kepastian itu dipinta di hadapan beberapa tema […]

RSS Coretan Perjalanan ZulDeanz

  • Segala-galanya Sudah Berubah 11 November 2009
    Dua minggu lalu, penulis telah menghadiri satu majlis perkahwinan seorang rakan di Banting, Selangor. Entah kenapa secara tiba-tiba sahaja penulis terkenangkan kembali memori indah semasa di sekolah menengah dahulu. Secara kebetulan rumah pengantin berhampiran dengan sekolah, tempat penulis pernah belajar dahulu, penulispun mengambil kesempatan berkunjung da […]

Flickr Photos

Ioanna

More Photos