MENGURUSKAN majlis pelancaran 14 novel, bukan kerja yang mudah. Hari ini, kepala dah mula pening-pening. Tubuh dah mula panas-panas. Pendingin hawa di pejabat, bukan mendamaikan malah mudah sahaja mengundang pelbagai penyakit segera .
Saya membayangkan beban ibu ayah yang menguruskan kerja kahwin untuk anak-anak. Abah pernah demam seminggu sebaik kerja kahwin adik selesai. Saya tentu lebih cepat demam membayangkan dewan itu nanti miskin dengan kehadiran orang ramai.
Saya sangat berbesar hati menjemput semua pengunjung blog ini ke majlis Pelancaran Novel Ahli KEPEZI pada 7 Jun 2008 (sabtu-8.30 pagi) ini. Kehadiran saudara, tidak memerlukan kad undangan, seperti kehadiran saudara ke blog ini. Saya sebenarnya lelah menanti saat 7 Jun ini. – al-Kurauwi





Sesungguhnya Novel "Insyirah" ialah novel kedua yang telah lahir daripada rahim Sayembara Mengarang Novel Kanak-kanak dan Remaja 2007 - Dewan Bahasa dan Pustaka. Novel ini telah memenangi hadiah pertama dalam sayembara tersebut. - al-Kurauwi
Sesungguhnya, tidak sampai lima tahun selepas menyertai bengkel penulisan cerpen anjuran KEPEZI (Kelab Penulis Zaharah Nawawi) awal September 2004 Ibnu Ahmad al-Kurauwi sudah mampu menghasilkan 20 cerpen yang melayakkannya memiliki kumpulan Di Dadanya Kalam Tuhan. Hal begini diperakui jarang terjadi. Namun bagi penulis muda pemegang ijazah Kesusasteraan Arab dari Jordan ini tiada perkara mustahil. Ke bulan pun manusia boleh jejak, inikan pula sekadar melahirkan sebuah kumpulan cerpen dalam waktu yang relatif singkat. – Zaharah Nawawi USJ Subang Jaya 9 Mac 2009
TINTA SAPA