MERAYU bukanlah ekspresi yang negatif, andai ia rayuan kepada kebaikan dan memberi manfaat kepada orang yang dirayu. Atau apakah benar menurut kawan kita saudara Nadzmi, bahawa sasterawan tak ramai kawan. Kata Nadzmi,
“… (Dr) A Samad Said atau SN Prof Dr Syed Othman Syed Omar alias S Othman
Kelantan. Meskipun dengan status SN, tentu tidak seramai yang memeriahkan majlis pelancaran kumpulan cerpen kedua Masnah atau kumpulan puisi pertama Syed Hamid. Meskipun, SN kita itu sudah berbelas-belas buku dihasilkan…
…Mungkin dalam dunia sastera kita, baik SN, baik Penerima Anugerah Penulisan Sea, baik Pemenang HSPM, baik pengarang ciput, tidak ramai kawan-kawan. Sekurang-kurangnya tidak seramai kawan-kawan menteri dan isteri menteri!…”
Walaupun tak ramai kawan-kawan menteri dan isteri menteri, tuan-tuan yang tak menteri jemputlah pada 7 Jun ini di DBP – al-Kurauwi




Sesungguhnya Novel "Insyirah" ialah novel kedua yang telah lahir daripada rahim Sayembara Mengarang Novel Kanak-kanak dan Remaja 2007 - Dewan Bahasa dan Pustaka. Novel ini telah memenangi hadiah pertama dalam sayembara tersebut. - al-Kurauwi
Sesungguhnya, tidak sampai lima tahun selepas menyertai bengkel penulisan cerpen anjuran KEPEZI (Kelab Penulis Zaharah Nawawi) awal September 2004 Ibnu Ahmad al-Kurauwi sudah mampu menghasilkan 20 cerpen yang melayakkannya memiliki kumpulan Di Dadanya Kalam Tuhan. Hal begini diperakui jarang terjadi. Namun bagi penulis muda pemegang ijazah Kesusasteraan Arab dari Jordan ini tiada perkara mustahil. Ke bulan pun manusia boleh jejak, inikan pula sekadar melahirkan sebuah kumpulan cerpen dalam waktu yang relatif singkat. – Zaharah Nawawi USJ Subang Jaya 9 Mac 2009
TINTA SAPA