TIADA kata yang boleh mengungkap rasa hati melainkan puji dan syukur atas segala nikmat yang diberi memungkinkan Majlis Pelancaran 14 Novel Penulis KEPEZI berjaya disempurnakan Sabtu, 7 Jun yang lalu.
Terima kasih kepada AJK yang bertungkus-lumus dengan segala payah. Terima kasih DBP, khususnya puan Norimah dan semua warga bahagiannya yang memenuhi karenah dengan sedikit gundah. Terima kasih staf DAWAMA, yang memberi dana, yang memberi sentuhan gimik pelancaran dan jamuan sehingga ke sudah. Terima kasih Bonda Zaharah yang datang semanis wajah. Terima kasih kepada rakan kelab, rakan taulan yang datang jauh dan dekat, memberi dan menyokong majlis penuh meriah.
Terima kasih Tuhan, yang memberi ujian, yang kemudian menggantikan dengan kemudahan. Terima kasih Tuhan, kerana memberi tenaga dengan bakti, tanpa mengharap simpati melainkan ikhlas setulus hati. – al-Kurauwi




Sesungguhnya Novel "Insyirah" ialah novel kedua yang telah lahir daripada rahim Sayembara Mengarang Novel Kanak-kanak dan Remaja 2007 - Dewan Bahasa dan Pustaka. Novel ini telah memenangi hadiah pertama dalam sayembara tersebut. - al-Kurauwi
Sesungguhnya, tidak sampai lima tahun selepas menyertai bengkel penulisan cerpen anjuran KEPEZI (Kelab Penulis Zaharah Nawawi) awal September 2004 Ibnu Ahmad al-Kurauwi sudah mampu menghasilkan 20 cerpen yang melayakkannya memiliki kumpulan Di Dadanya Kalam Tuhan. Hal begini diperakui jarang terjadi. Namun bagi penulis muda pemegang ijazah Kesusasteraan Arab dari Jordan ini tiada perkara mustahil. Ke bulan pun manusia boleh jejak, inikan pula sekadar melahirkan sebuah kumpulan cerpen dalam waktu yang relatif singkat. – Zaharah Nawawi USJ Subang Jaya 9 Mac 2009
TINTA SAPA