SEMPENA ulang tahun ke-52, Dewan Bahasa dan Pustaka menjemput saudara beramai-ramai ke Menara DBP, jalan Dewan Bahasa, 21-24 Jun ini memeriahkan program “Jom ke DBP”.
Saya dan Bahagian Agama, Falsafah dan Tamadun Islam akan menganjurkan Apresiasi Jawi pada pagi Sabtu 21Jun 2008. Jemputlah datang yang berkelapangan. – al-Kurauwi




Sesungguhnya Novel "Insyirah" ialah novel kedua yang telah lahir daripada rahim Sayembara Mengarang Novel Kanak-kanak dan Remaja 2007 - Dewan Bahasa dan Pustaka. Novel ini telah memenangi hadiah pertama dalam sayembara tersebut. - al-Kurauwi
Sesungguhnya, tidak sampai lima tahun selepas menyertai bengkel penulisan cerpen anjuran KEPEZI (Kelab Penulis Zaharah Nawawi) awal September 2004 Ibnu Ahmad al-Kurauwi sudah mampu menghasilkan 20 cerpen yang melayakkannya memiliki kumpulan Di Dadanya Kalam Tuhan. Hal begini diperakui jarang terjadi. Namun bagi penulis muda pemegang ijazah Kesusasteraan Arab dari Jordan ini tiada perkara mustahil. Ke bulan pun manusia boleh jejak, inikan pula sekadar melahirkan sebuah kumpulan cerpen dalam waktu yang relatif singkat. – Zaharah Nawawi USJ Subang Jaya 9 Mac 2009
TINTA SAPA