KABUS petang menyambut ketibaan mereka di daerah yang terpencil di selatan Jordan itu. Kabus yang boleh dicapai oleh tangan itu bukan sahaja memutihkan tanah tumpah darah syuhada itu, malah turut memutihkan telapak tangan yang dijerut kesejukan. Kod tebal itu gagal melindungi tubuh seperti yang diharapkan, sedang angin kering rakus menggomol tubuh. Peritnya dirasakan seperti dibekam darah dari kulit yang terdedah. Pohon-pohon zaitun yang melatari tanah tinggi itu membasahkan mata kering mereka yang dimomokkan dengan saujana padang pasir di kiri kanan perjalanan.
Sebaik beg-beg pakaian diturunkan dari bas Coaster itu, azan menggamit ke langit yang bertunda-tunda dengan awan yang mula menghitam. Dia meninggalkan rakan-rakan untuk berehat melepaskan lelah sekawah, lalu segera menonong mencari suara bilal. Sementelah menara masjid yang mencorong ke telinga itu jelas kelihatan dari rumah sewa mereka. Hanya di penghujung deretan rumah-rumah kedai itu sebuah masjid agam berkubah hijau tersergam indah memukau matanya.
Masjid itu dikelilingi oleh tembok setinggi dada yang menjulang serpihan kaca di atasnya. Sela-sela pepohon zaitun dan pine yang menghijau kelihatan nisan-nisan lama yang berceracakan menjentik insaf ke jiwanya. Dia bergegas masuk ke ruang solat setelah digigilkan oleh wuduk yang menyentuh angin petang itu. Nyaman angin menyilir ke perut mihrab membawa aroma pepohon zaitun di luar.
sambungannya di sini.
Cerpen SSC ini tersiar di akhbar Berita Minggu, 29 Jun 2008. Dorongan untuk menghasilkan catatan-catatan perjalanan sewaktu belajar di Jordan 1993-2008 membuahkan cerpen SSC. – al-Kurauwi




Sesungguhnya Novel "Insyirah" ialah novel kedua yang telah lahir daripada rahim Sayembara Mengarang Novel Kanak-kanak dan Remaja 2007 - Dewan Bahasa dan Pustaka. Novel ini telah memenangi hadiah pertama dalam sayembara tersebut. - al-Kurauwi
Sesungguhnya, tidak sampai lima tahun selepas menyertai bengkel penulisan cerpen anjuran KEPEZI (Kelab Penulis Zaharah Nawawi) awal September 2004 Ibnu Ahmad al-Kurauwi sudah mampu menghasilkan 20 cerpen yang melayakkannya memiliki kumpulan Di Dadanya Kalam Tuhan. Hal begini diperakui jarang terjadi. Namun bagi penulis muda pemegang ijazah Kesusasteraan Arab dari Jordan ini tiada perkara mustahil. Ke bulan pun manusia boleh jejak, inikan pula sekadar melahirkan sebuah kumpulan cerpen dalam waktu yang relatif singkat. – Zaharah Nawawi USJ Subang Jaya 9 Mac 2009
Petikan dari KEPEZI ON LINE
-Tahniah Ibnu Ahmad. Bakat yang besar disokong dengan usaha gigih untuk menghasilkan karya atau menambah ilmu secara berterusan sahajalah yang mampu menempatkan seseorang penulis di mercu kejayaan. Selepas menghadiri bengkel
pada 2006 dengan kejutan ’salah masuk bilik’ nampaknya saudara tidak lagi menoleh ke kanan kiri atau berpaling ke belakang. Saudara melangkah terus, terus dan terus menuju jihat impian; menjadi jerung di lautan sastera..
-Teruskan langkah bergaya saudara. Saudara berusaha, saya pasti mendoakan. – Zaharah Nawawi
Saudara Ibnu Ahmad Al-Kurauwi,
Tahniah. Deru angin passat selalunya menghantar angin penyuburan. Tahniah sekali lagi.
-Zawan Baba
Tahniah Ustaz.
Telah kutemui jiwamu dalam Sepasang Sayap Cinta.
Ikhlas,
Ustaz Amiza, ITQAN.
Assalamualaikum, ust,
Saya baca cerpen dlm bh tu. Tahniah. Itu kisah benar tuan, agaknya?
Salam,
Membalas kembali kunjungan hormat.Insyirah sudah pasti terbit.Saya menanti juga dgn resah,bila Dari QM Ke DM akan tegak terzahir.
Selamat berkarya!
Waalaikum salam,
Terima kasihlah al-Akh Amiza.
Jiwa kita, punya Tuhan dan amanah yang sama. Kami dah tak sabar nak tunggu buah tangan jiwa rasa tuan dalam ‘Demi al-Amin’ tu.
Tuan Adnan Jamil,
Ya, kadang-kadang kisah benar kalau diolah dalam bentuk kreatif akan menyentuh jiwa semua pembaca.
Puan Rai,
Cik Insyirah belum lahir lagi. Samalah DQMKDM. Katanya sedang dibedak dan diwangikan. Doakanlah, anak lahir tak cacat. AMin
Tahniah ustaz. Ternyata bumi Jordan cukup nostalgik buat tuan. Bukankah saat belajar itu cukup nostalgik? Tanpa disedari atau tidak, cerpen dan novel terselit sub-autobiografi si penulis; merobek sejarah diri, meneguhkan impian dan cita-cita yang belum kesampaian.
Ya al-Akh Zul Khair,
Jordan, di hati saya cukup nostalgik. Pahit manis, banyak cerita yang boleh diadaptasikan.
Tak tahu ada bakat menulis, kalau tidak, sudah lama jadi perakam, setiap saat, langkah, lorong dan sempadan akan jadi catatan perjalanan.
Pesan juga buat adik-adik, mahasiswa Jordan di sana, agar jadi perakam tegar di sana.
al-Kurauwi.
Zul, sedang mengumpul-ngumpul bahan ke arah itu. DOakanlah.