Arkib untuk Julai 2008

MIMPI BOGOR

null

ENTAH mengapa sekali lagi saya bermimpi, kali ini bertemu pula dengan Bogor yang rupawan. Katanya, “Ayook, nanti kita jumpa di Program Penulisan MASTERA ke-12 : Bengkel Cerpen!”

Dalam mimpi itu, dari 27 Julai -2 Ogos 2008, Bogor berjanji untuk memelukku di Wisma Arga Mulya. Ah, sehingga ke hari ini, terasa masih bermimpi – al-Kurauwi

MIMPI LEDANG

Bukan hari ini, dah berminggu-minggu saya mimpi kan Ledang. Betul! Sebab tu saya tak kisah dipilih menyertai kursus di Kem Asahan, Melaka 22-23 Julai 2008 ini. Tunggu Ledang, Kan kupeluk tubuhmu, walau tangan tak sampai. Gambar Ledang rujuk edikasim.fotopages.com

NILAI PADA DEBAT

Saya ambil kisah dek debat yang akan berlangsung di Balai Budaya Tun Syed Nasir, DBP, malam ni. Ramai yang bertanya, pergi ke? Saya jawab, tidak. Staf DBP pun tak dijemput, saya pun tidak mengharap, dapat kad jemputan. Dari satu sudut, tak setuju pun ada.

Apakah nilai pada debat andai tiada kebaikan, sedang kata Nabi SAW diam itu lebih menguntungkan.

Apakah nilai pada debat andai bicara tidak jelas dan samar dengan kebenaran, sedang diri dibenci Nabi dek menukang kekarutan (al-thartharun), berlagak dalam berbicara (al-mutashaddiqun) dan takbur (al-mutafayhiqun)

Apakah nilai pada debat andai berpaling daripada keredhaan Tuhan, sedang kata Nabi satu perkataan yang dimurkai Tuhan akan dicatatkan sehingga hari pembalasan.

Apakah nilai pada debat sedang sabda Nabi, “Aku jamin istana di dasar syurga bagi yang menjauhi debat sekalipun dia benar, dan aku jamin istana di tengah syurga bagi mereka yang menjauhi dusta walaupun dalam bergurau, dan aku jamin istana di puncak syurga bagi mereka yang baik akhlaknya.” (Hadis Riwayat Abu Daud)

Teringat, rajin masuk debat masa sekolah dulu-dulu, sehingga cikgu dan sekolah turut ‘berdebat’ sama – al-Kurauwi

SEMINAR KEBANGSAAN TULISAN JAWI

SEMINAR yang bertemakan “MEMARTABAT TULISAN JAWI KE ARAH MEMPERKAYA ILMU” akan diadakan pada 25, 26 & 27 Ogos 2008. Seminar ini akan diadakan di Hotel Grand Blue Wave, Shah Alam, Selangor.Pujian harus diberikan kepada penganjurnya iaitu, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perpustakaan Negara Malaysia, Kementerian Perpaduan, Kebudayaan Kesenian dan Warisan, JAKIM, KPM, KPTM, Alumni SITC dan Utusan Malaysia

Seminar ini bertujuan memugarkan kembali penggunaan tulisan Jawi dan penataran dan perkembangan ilmu, khususnya dalam bahasa Melayu. Dengan itu, diharapkan Tulisan Jawi dapat dimartabatkan semula seperti pada zaman keagungan nasionalisme tiga suku abad yang lalu. Seminar ini juga meletakkan subtema terjemahan kerana ia berkait rapat dengan asal-usul tulisan Jawi yang datang dari bahasa Arab, dan melihat bagaimana para penterjemah silam memindah ilmu-ilmu dari bahasa Arab ke bahasa Melayu dalam bentuk tulisan yang sama tetapi berbeza bahasanya.

Pencinta tulisan Jawi sangat dialukan kehadiran anlian – al-Kurauwi

 

SEMINAR BUKU AGUNG

Menurut sesawang IKIM, seminar ini terbuka kepada para pencinta buku, pemimpin, cendekiawan, penggubal dan pelaksana dasar, pentadbir, penggiat masyarakat, ahli akademik, penyelidik, kakitangan perkhidmatan awam dan swasta, ahli pertubuhan bukan kerajaan dan badan sukarela, mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi, para guru, ibu-bapa, para pelajar serta sesiapa sahaja yang berminat.

 

Yuran penyertaan bagi wakil Jabatan ialah RM300.00 seorang; RM150.00 seorang bagi individu; manakala RM50.00 seorang untuk penuntut IPT sepenuh masa (Ijazah pertama).

 

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi: Pn. Sarina Othman, Pengurus Program. En. Mohd Sholihin Mohamad, Penolong Pengurus Program Tel : 03 – 6204 6320/321/ 322/323 Faks : 03 – 62046201/6201 4189

Jom, kita berkampung di IKIM, menambah ilmu baharu di sana – al-Kurauwi

UKUR DUNIA DENGAN AGAMA

 

SUDAH sampai masanya kita mengukur dunia dengan agama, mengukur dunia dengan akhirat. Ramai yang mengukur dunia dengan nilaian dunia tanpa unsur syurga dan neraka di dalamnya.

Sama seperti kalau mereka tak boleh bercakap bahasa Melayu, tak diterima bekerja dalam kerajaan dan kalau dalam bidang kedoktoran diwajibkan berbahasa Inggeris. Kita mesti buat perkara sama kepada orang yang tak sembahyang lima waktu dan meninggalkan solat Jumaat.

Hasrat kerajaan Kelantan yang akan mewajibkan solat lima waktu dan Jumaat sebagai syarat kenaikan pangkat dan pengambilan baru kakitangan awam serta pemilihan calon wakil rakyat dan jawatan politik lain termasuk penghulu, wajar diberi pujian.

Petikan beritanya di akhbar Berita Harian 8 Julai 2008. Usaha yang sangat baik untuk untuk kita sokong dalam ikhtiar mengatasi kemelut sosial yang begitu parah hari ini. Gambar dari Harian Metro, tak ada kaitan dengan entri – al-Kurauwi.

 

ANTOLOGI KEPEZI

Tarikh tutup bergantung kepada penyertaan. Mohon sahabat-sahabat karyawan dapat memanjangkan hebahan ini – al-Kurauwi

 


 

Julai 2008
I S R K J S A
« Jun   Ogo »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

BULAN BAHASA KEBANGSAAN 2009

BBK

KARYA TERKINI

CERPEN DI MINGGUAN MALAYSIA
OKTOBER 2009
Kemuncup 2

"KEMUNCUP Di Atas Padang" cerita tentang rintih alam kepada anak-anak gempa yang melanda bumi Padang, Sumatera Indonesia. Cerita tentang Epa Poho yang dipujuk oleh Zahara Talua saat menemui anak yang luka dan duka bersalut lumpur derita. Cerita tentang tanah leluhur kita yang imannya belum teruji sepenuhnya. Makmur diuji nikmat aman hingga hidup bagai tidak bertuhan.

CERPEN DI DEWAN SASTERA
OKTOBER 2009
DDKT

“Al-Qadar Buat Angkasawan Di Bumi” pernah tersiar di Akhbar Mingguan Malaysia, Syawal 2007. Kali ini, cerpen ini diberi penghargaan ke persada MASTERA yang disiarkan dalam Majalah Dewan Sastera (Malaysia), Majalah Horison (Indonesia) dan Majalah Bahana (Brunei). Cerpen ala fiksyen sains angkasa ini terilham daripada kisah dua angkasawan negara Dr. Syeikh Muzaphar dan Dr. Faiz Khaleed.

CERPEN DI BERITA HARIAN
FEBRUARI 2009
dia-lelaki

"Dia, Lelaki yang Baru Saya Salam Itu" terilham berasaskan semangat untuk memboikot produk Amerika lewat perang Gaza, Palestin - Israel. Ideanya timbul usai solat Jumaat di Masjid Hukama’, DBP. Hari tersebut turut disempurnakan dengan Khutbah tentang Gaza beriring Qunut Nazilah dan solat hajat. Dalam khutbah saya menyentuh tentang boikot barangan Amerika termasuk rokok seperti Marlboro atau Benson & Hedges. Semangat boikot saya nampak di mata jemaah yang tidak tidur!

INSYIRAH

insyirah2 Sesungguhnya Novel "Insyirah" ialah novel kedua yang telah lahir daripada rahim Sayembara Mengarang Novel Kanak-kanak dan Remaja 2007 - Dewan Bahasa dan Pustaka. Novel ini telah memenangi hadiah pertama dalam sayembara tersebut. - al-Kurauwi

DI DADANYA KALAM TUHAN

ddkt-blog Sesungguhnya, tidak sampai lima tahun selepas menyertai bengkel penulisan cerpen anjuran KEPEZI (Kelab Penulis Zaharah Nawawi) awal September 2004 Ibnu Ahmad al-Kurauwi sudah mampu menghasilkan 20 cerpen yang melayakkannya memiliki kumpulan Di Dadanya Kalam Tuhan. Hal begini diperakui jarang terjadi. Namun bagi penulis muda pemegang ijazah Kesusasteraan Arab dari Jordan ini tiada perkara mustahil. Ke bulan pun manusia boleh jejak, inikan pula sekadar melahirkan sebuah kumpulan cerpen dalam waktu yang relatif singkat. – Zaharah Nawawi USJ Subang Jaya 9 Mac 2009

TINTA ELIPSIS

Novel TE bergerak sekitar gejolak rasa dan jalanan minda watak Amir Afif Amizul, anak peneroka FELDA, yang berpeluang menekuni bahasa Arab dan Pengajian Islam di Universiti Jordan. Amir Afif mempunyai sedikit sebanyak pengalaman dalam bidang penerbitan (TE: 25/7), iaitu selain pengalamannya sebagai konsultan yang ditimbanya selama lima tahun bertugas dengan Syarikat Amal Profesional Sdn. Bhd. (TE: 28) Amir Afif berhadapan dengan beberapa masalah yang wajar diatasinya sebijak mungkin. - Dr. Anis

TINTA LARIS

TETAMU

  • 63,846 hits

RSS Saifulislam.Com

  • ‘Call Me Irresponsible’ 10 November 2009
    Menelusi perkembangan politik semasa sungguh membingungkan. Saya pula banyak memikirkan kesan kebingungan itu kepada generasi pelapis. Soal menterjemahkan segala yang  berlaku kepada suatu pengajaran yang boleh dijamah oleh anak-anak muda yang masih panjang perjalanan mereka. Kelemahan kompetensi, boleh dimaafkan oleh pengundi. Tidak pandai bekerja, salah at […]

RSS Faisal Tehrani

  • Satira Ketupat Cinta II: Kotak Berisi Kuih Lepat 11 November 2009
    Adapun pasar Melaka pada waktu itu sibuklah teramat. Segala barangan ada dijual. Termasuklah manusia yang akan dilelong sebagai hamba. Orang yang tua berumur delapan puluh tahun dijual dengan harga murah. Jika ia nyanyuk dijual dengan harga suku wang timah. Bak kata Abdul Mujid Bari, salah seorang pembesar di Melaka; adalah orang tua nyanyuk itu harganya mur […]

RSS Nisah Haron Online

  • Umbara Sastera III 11 November 2009
    Para penulis, peminat sastera dari jauh dan dekat, dengan segala hormatnya dipersilakan hadir ke majlis :Umbara Sastera III14 November 2009D'Ark, Taman Setia Kasih, Senawang, Negeri SembilanTema : Penulisan Sastera IslamPanel :Puan Nisah Haji HaronProses kreatif cerpen Aset IstiqamahTempat PertamaSayembara Cerpen Hadiah Sastera Berunsur Islam ke - 12Enc […]

RSS Serunai Faqir

  • Warisan Melayu - Gendang Silat 6 November 2009
    Upacara Penganugerahan Sandang Silat Gayong yang disempurnakan oleh Y.A.M Tengku Datuk Seri Tengku Ahmad Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj telah berlansung di Kuala Lumpur International Hotel pada 25 Oktober yang lalu. Kumpulan kami dijemput mengiringi majlis.

RSS BECKyilHAM

  • Ulasan Cerpen Jus Soli Jus Sanguinis dalam Tunas Cipta 11/09 5 November 2009
    "Pada dasarnya cerpen ini juga merupakan garapan warna-warni kehidupan yang bersifat global. Walaupun dalam situasi yang berlatarkan zon perang, masih ada nilai emosi dan nilai-nilai kemanusiaan sejagat. Saya terkesan cerpen ini kaya dengan maklumat, ada bahan-bahan sains politik, persekitaran budaya, aspek sejarah dan tamadun bangsa....oleh sebab isu y […]

Flickr Photos

Noviembre

More Photos