Menurut sesawang IKIM, seminar ini terbuka kepada para pencinta buku, pemimpin, cendekiawan, penggubal dan pelaksana dasar, pentadbir, penggiat masyarakat, ahli akademik, penyelidik, kakitangan perkhidmatan awam dan swasta, ahli pertubuhan bukan kerajaan dan badan sukarela, mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi, para guru, ibu-bapa, para pelajar serta sesiapa sahaja yang berminat.
Yuran penyertaan bagi wakil Jabatan ialah RM300.00 seorang; RM150.00 seorang bagi individu; manakala RM50.00 seorang untuk penuntut IPT sepenuh masa (Ijazah pertama).
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi: Pn. Sarina Othman, Pengurus Program. En. Mohd Sholihin Mohamad, Penolong Pengurus Program Tel : 03 – 6204 6320/321/ 322/323 Faks : 03 – 62046201/6201 4189
Jom, kita berkampung di IKIM, menambah ilmu baharu di sana – al-Kurauwi




Sesungguhnya Novel "Insyirah" ialah novel kedua yang telah lahir daripada rahim Sayembara Mengarang Novel Kanak-kanak dan Remaja 2007 - Dewan Bahasa dan Pustaka. Novel ini telah memenangi hadiah pertama dalam sayembara tersebut. - al-Kurauwi
Sesungguhnya, tidak sampai lima tahun selepas menyertai bengkel penulisan cerpen anjuran KEPEZI (Kelab Penulis Zaharah Nawawi) awal September 2004 Ibnu Ahmad al-Kurauwi sudah mampu menghasilkan 20 cerpen yang melayakkannya memiliki kumpulan Di Dadanya Kalam Tuhan. Hal begini diperakui jarang terjadi. Namun bagi penulis muda pemegang ijazah Kesusasteraan Arab dari Jordan ini tiada perkara mustahil. Ke bulan pun manusia boleh jejak, inikan pula sekadar melahirkan sebuah kumpulan cerpen dalam waktu yang relatif singkat. – Zaharah Nawawi USJ Subang Jaya 9 Mac 2009
TINTA SAPA