Seminar ini bertujuan memugarkan kembali penggunaan tulisan Jawi dan penataran dan perkembangan ilmu, khususnya dalam bahasa Melayu. Dengan itu, diharapkan Tulisan Jawi dapat dimartabatkan semula seperti pada zaman keagungan nasionalisme tiga suku abad yang lalu. Seminar ini juga meletakkan subtema terjemahan kerana ia berkait rapat dengan asal-usul tulisan Jawi yang datang dari bahasa Arab, dan melihat bagaimana para penterjemah silam memindah ilmu-ilmu dari bahasa Arab ke bahasa Melayu dalam bentuk tulisan yang sama tetapi berbeza bahasanya.
Pencinta tulisan Jawi sangat dialukan kehadiran anlian – al-Kurauwi




Sesungguhnya Novel "Insyirah" ialah novel kedua yang telah lahir daripada rahim Sayembara Mengarang Novel Kanak-kanak dan Remaja 2007 - Dewan Bahasa dan Pustaka. Novel ini telah memenangi hadiah pertama dalam sayembara tersebut. - al-Kurauwi
Sesungguhnya, tidak sampai lima tahun selepas menyertai bengkel penulisan cerpen anjuran KEPEZI (Kelab Penulis Zaharah Nawawi) awal September 2004 Ibnu Ahmad al-Kurauwi sudah mampu menghasilkan 20 cerpen yang melayakkannya memiliki kumpulan Di Dadanya Kalam Tuhan. Hal begini diperakui jarang terjadi. Namun bagi penulis muda pemegang ijazah Kesusasteraan Arab dari Jordan ini tiada perkara mustahil. Ke bulan pun manusia boleh jejak, inikan pula sekadar melahirkan sebuah kumpulan cerpen dalam waktu yang relatif singkat. – Zaharah Nawawi USJ Subang Jaya 9 Mac 2009
Salam ziarah ustaz..Harap jadi penulis yang setaraf dengan HAMKA suatu hari nanti..
Salam ziarah ustaz..
Ahlan wa sahlan Rizal,
Harumkan tanganmu dengan tinta dakwah. Ayuhh!
Salam Ustaz Azman,
Bagaimana untuk menyertai seminar tulisan jawi ni? Harap tolong beri respon terus ke e-mail saya – nisah.haron@gmail.com.
Terima kasih.
Kak Nisah boleh hubungi Cik Zarima
Tel:+60163473789/+605-4505388 Fax: +605-4583603
Tidak bolehkah tulisan jawi ini disyaratkan ditulis pada setiap papan tanda di seluruh negara seperti dilakukan negeri Kelantan.Atas nama warisan bangsa dan jati diri negara dan bukan sekadar untuk tarikam pelancong.
Ahlan wa sahalan Mat Sufi.
Papan tanda yang Mat Sufi maksudkan pada hemat saya ialah papan-papan iklan termasuk papan perniagaan. Sekadar papan jalan saya lihat di Bukit Bintang pun dah ada (itu yang ada orang marah tuh). Saya lihat di Kedah, Pahang, Perlis, Johor dan lain-lain juga ada. Yang kita nak tiru Kelantan, Majlis Perbandaran mereka (MPKB) mewajibkan tulisan Jawi di semua papan jalan dan papan iklan.
Jemput Mat Sufi bertandang ke Klinik Jawi di http://klinikjawi.wordpress.com berkongsi semangat Jawi di sana.