Arkib untuk Ogos 2008

MUSLIMAH DALAM MAJALAH PLAYBOY?

JAWAPANNYA TIDAK. Gambar di atas ialah siri penghinaan kepada Islam oleh Barat. Kali ini Burqa dijadikan bahan lawak oleh spikedhumor.com dengan tajuk ‘The Girls Of Afghanistan’. Provokasi yang tak habis-habis ini mungkin ada kaitan dengan petikan akhbar berikut:

PESHAWAR, 23 Nov  – Sebahagian besar wanita Afghanistan dan Pakistan tetap memakai burqa (pakaian menutup muka) ketika berada di luar, berlawanan daripada dakwaan media Barat kononnya semakin ramai wanita mendedahkan aurat.

Menurut penduduk di sini, perkara itu (tidak memakai burqa) bukanlah suatu isu tetapi sengaja digembar-gemburkan untuk memburukkan imej Islam. Menurut mereka soal aurat sudah jelas dalam al-Quran dan hadis, manakala pihak yang sengaja mahu menarik perhatian dunia dalam permasalahan itu membabitkan segelintir saja rakyat Afghanistan.

Mereka turut menyelar Persatuan Revolusi Wanita Afghanistan (Rawa) yang memperjuangkan apa yang mereka dakwa ‘pembebasan wanita’.

Salam Ramadan 1429 hijriah. Moga Ramadan mengukuhkan jiwa kita dengan iman dan takwa. – al-Kurauwi

MASTERA 2008 DI KLIK DBP

AKAR kesusasteraan dalam bahasa Melayu-Indonesia merupakan kontinum kepada sosiobudaya dan geografi jagat Nusantara. Akar inilah yang merekayasa ummah serumpun sehingga mampu menembus garis-garis geografi-politik yang dilakukan oleh penjajah ratusan tahun dahulu. Maka pada akar yang satu inilah tunas-tunas muda sebagai duta kecil dari tiga buah Negara, Malaysia, Indonesia dan Brunei dan negara pemerhati, Singapura disuburkan dalam program pengembangan sastera serta persuratan Melayu melalui Majlis Sastera Asia Tengara (MASTERA).

Terus membaca ‘MASTERA 2008 DI KLIK DBP’

BLOG KEPEZI

TAHNIAH kepada KELAB PENULIS ZAHARAH NAWAWI (KEPEZI). Kalian sudah memanfaatkan teknologi untuk mendekatkan hubungan.

Kepada yang berminat untuk mengikuti Bengkel KEPEZI, saya difahamkan satu bengkel penulisan akan dikendalikan oleh Bonda Zaharah sendiri. Bayarannya RM300. Saudara boleh mendapatkan maklumat terus di sini. – al-Kurauwi

PESAN MAS JONI KEPADA PENULIS MUDA

JONI ARIADINATA salah seorang pembimbing MASTERA 2008: Cerpen dari Indonesia. Saya menggelarkan beliau bapak syurga kerana lewat perkenalan kami, beliau mencerahkan namanya sebagai Syurga (Joni = Syurga) Aria (di atas) Dinata (agama). Beliau lahir di Dusun Majapahit Majalengka, 23 Juni 1966. Mulai menulis cerita pendek pada pertengahan tahun 1993. Karya-karyanya disiarkan di beberapa media massa; di antaranya majalah Horison, Matra, Basis, Jurnal Kebudayaan Kalam, Bahana (Brunei Darussalam), serta harian Kompas, Republika, Media Indonesia, Suara Pembaruan, The Jakarta Post, Pikiran Rakyat, Jawa Pos, Bernas, dan lain sebagainya.

Pulang dari Bogor kami panjat Gramedia mencari karya Pak Joni. Sebuah buku pun tak jumpa, sedang karya dalam bentuk antologi beliau sangat banyak seperti: Lampor (Kompas, 1994), Guru Tarno (Bigraf, 1995), Negeri Bayang Bayang (DKS, 1996), Candramawa (Pustaka Nusatama, 1996), Pistol Perdamaian (Kompas, 1996), Gerbong (Pustaka Pelajar, 1998), Aceh Mendesah dalam Nafasku (KaSUHA, Banda Aceh, 1999), dan Embun Tajjali (AksaraIndonesia, 2000); sedangkan esainya dalam antologi Begini Begini Begitu (Pustaka Pelajar, 1997).

Kumpulan Cerita Pendek tunggalnya, Kali Mati (1999), Kastil Angin Menderu (2000), Air Kaldera (2000), dan Malaikat Tak Datang Malam Hari (2004). Kini menetap di Jogjakarta, menulis dan melukis.

Banyak yang saya belajar dari Pak Joni, antaranya yang saya tak boleh lupa kerana beliau agak keras menolak sastera Islam dalam cerpen saya “Tanah Sunyi Wangi Kemboja” terlalu berkhutbah! He he tapi taklah sampai lawan tok guru.

Terus membaca ‘PESAN MAS JONI KEPADA PENULIS MUDA’

MIMPI BOGOR I

Hari pertama - 27 Julai 2008 – Sabtu

5.30 pagi dah bangun kemudian bersiap untuk ke KLIA. Solat subuh dahulu di surau dan meninggalkan beberapa pesanan terutama kepada abang Mat, jiran, mohon agar dapat membantu menguruskan Amirah Nabilah selama seminggu ketiadaan. Semangat kejiranan begitu menebal rasanya di taman ini.

6.30 pagi, adik, Khairuddin, sampai. Membantu menghantar sehingga ke Datuk Keramat. Mujur Kak Khatijah sudi menumpangkan ke KLIA. Kami menunggu di stesen Esso, Damai. 6.45 pagi baru bertolak ke KLIA dengan Haiqal, anak sulung Kak Khatijah. Terima kasih Haiqal, boleh jadi pemandu F1, satu hari nanti.

7.30 pagi sampai di KLIA. Bertemu dengan Nazmi bersama-sama isteri dan dua orang anaknya. Aisyah dan si janin dalam kandungan. Saya jarang bertemu dengan Nazmi, wartawan sastera Berita Harian ini. Bogor mungkin mendekatkan lagi ukhuwah kami. Kami segera mendaftar masuk dengan beg dan barang-barang sarat urus setia. Wang segera ditukarkan. RM1000 segera bertukar kepada nilai Rupiah 2690000.00. Seronok kerana dalam hayat ini, merasa memegang duit sejumlah 2 juta! Sayangnya kata kak Khatijah, ustaz sudah rugi RM50 berbanding tukaran di luar KLIA. Pengajaran kepada peserta Mastera lain selepas ini.

Terus membaca ‘MIMPI BOGOR I’


 

Ogos 2008
I S R K J S A
« Jul   Sep »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

BULAN BAHASA KEBANGSAAN 2009

BBK

KARYA TERKINI

CERPEN DI MINGGUAN MALAYSIA
OKTOBER 2009
Kemuncup 2

"KEMUNCUP Di Atas Padang" cerita tentang rintih alam kepada anak-anak gempa yang melanda bumi Padang, Sumatera Indonesia. Cerita tentang Epa Poho yang dipujuk oleh Zahara Talua saat menemui anak yang luka dan duka bersalut lumpur derita. Cerita tentang tanah leluhur kita yang imannya belum teruji sepenuhnya. Makmur diuji nikmat aman hingga hidup bagai tidak bertuhan.

CERPEN DI DEWAN SASTERA
OKTOBER 2009
DDKT

“Al-Qadar Buat Angkasawan Di Bumi” pernah tersiar di Akhbar Mingguan Malaysia, Syawal 2007. Kali ini, cerpen ini diberi penghargaan ke persada MASTERA yang disiarkan dalam Majalah Dewan Sastera (Malaysia), Majalah Horison (Indonesia) dan Majalah Bahana (Brunei). Cerpen ala fiksyen sains angkasa ini terilham daripada kisah dua angkasawan negara Dr. Syeikh Muzaphar dan Dr. Faiz Khaleed.

CERPEN DI BERITA HARIAN
FEBRUARI 2009
dia-lelaki

"Dia, Lelaki yang Baru Saya Salam Itu" terilham berasaskan semangat untuk memboikot produk Amerika lewat perang Gaza, Palestin - Israel. Ideanya timbul usai solat Jumaat di Masjid Hukama’, DBP. Hari tersebut turut disempurnakan dengan Khutbah tentang Gaza beriring Qunut Nazilah dan solat hajat. Dalam khutbah saya menyentuh tentang boikot barangan Amerika termasuk rokok seperti Marlboro atau Benson & Hedges. Semangat boikot saya nampak di mata jemaah yang tidak tidur!

INSYIRAH

insyirah2 Sesungguhnya Novel "Insyirah" ialah novel kedua yang telah lahir daripada rahim Sayembara Mengarang Novel Kanak-kanak dan Remaja 2007 - Dewan Bahasa dan Pustaka. Novel ini telah memenangi hadiah pertama dalam sayembara tersebut. - al-Kurauwi

DI DADANYA KALAM TUHAN

ddkt-blog Sesungguhnya, tidak sampai lima tahun selepas menyertai bengkel penulisan cerpen anjuran KEPEZI (Kelab Penulis Zaharah Nawawi) awal September 2004 Ibnu Ahmad al-Kurauwi sudah mampu menghasilkan 20 cerpen yang melayakkannya memiliki kumpulan Di Dadanya Kalam Tuhan. Hal begini diperakui jarang terjadi. Namun bagi penulis muda pemegang ijazah Kesusasteraan Arab dari Jordan ini tiada perkara mustahil. Ke bulan pun manusia boleh jejak, inikan pula sekadar melahirkan sebuah kumpulan cerpen dalam waktu yang relatif singkat. – Zaharah Nawawi USJ Subang Jaya 9 Mac 2009

TINTA ELIPSIS

Novel TE bergerak sekitar gejolak rasa dan jalanan minda watak Amir Afif Amizul, anak peneroka FELDA, yang berpeluang menekuni bahasa Arab dan Pengajian Islam di Universiti Jordan. Amir Afif mempunyai sedikit sebanyak pengalaman dalam bidang penerbitan (TE: 25/7), iaitu selain pengalamannya sebagai konsultan yang ditimbanya selama lima tahun bertugas dengan Syarikat Amal Profesional Sdn. Bhd. (TE: 28) Amir Afif berhadapan dengan beberapa masalah yang wajar diatasinya sebijak mungkin. - Dr. Anis

TINTA SAPA

ibnuahmadalkurauwi pada PAK AZIZI YANG MUDA
ibnuahmadalkurauwi pada PERCAKAPAN KALBU KEPADA INDERA…
ZulDean pada PAK AZIZI YANG MUDA
ibnuahmadalkurauwi pada PAK AZIZI YANG MUDA
anuar manshor pada PAK AZIZI YANG MUDA

TETAMU

  • 64,097 hits

RSS Saifulislam.Com

  • Jangan Gopoh Dalam Bicara 14 November 2009
    Al-Marhum al-Sheikh Said Hawwa Mengapa sepi? Bukan tidak ada isu yang mahu diperkatakan. Bukan tidak ada topik ilmu yang mahu dikongsikan. Banyak input yang dicari dan diterima kebelakangan ini. Justeru dengan input yang banyak, banyak jugalah output yang sepatutnya keluar. Tetapi ia tidak berlaku. Segalanya berakhir dengan diam. Saya sedang menyelak lembara […]

RSS Nisah Haron Online

  • Umbara Sastera III 11 November 2009
    Para penulis, peminat sastera dari jauh dan dekat, dengan segala hormatnya dipersilakan hadir ke majlis :Umbara Sastera III14 November 2009D'Ark, Taman Setia Kasih, Senawang, Negeri SembilanTema : Penulisan Sastera IslamPanel :Puan Nisah Haji HaronProses kreatif cerpen Aset IstiqamahTempat PertamaSayembara Cerpen Hadiah Sastera Berunsur Islam ke - 12Enc […]

RSS Serunai Faqir

  • Warisan Melayu - Gendang Silat 6 November 2009
    Upacara Penganugerahan Sandang Silat Gayong yang disempurnakan oleh Y.A.M Tengku Datuk Seri Tengku Ahmad Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj telah berlansung di Kuala Lumpur International Hotel pada 25 Oktober yang lalu. Kumpulan kami dijemput mengiringi majlis.

RSS BECKyilHAM

  • Pinjamkan Aku Bahumu 8 November 2009
    Afni, Hanee dan (Haz)WaniJangan sesekali mencurigai kuasa persahabatan!Dua minggu lalu jiwa saya bercelaru setelah mencapai antara pemutusan terbesar dalam hidup sebagai seorang dewasa. Saya berasa sangat keseorangan - keputusan dibuat tanpa kehadiran orang lain, dan impak psikologinya juga saya pendam sendiri. Pertama kerana saya enggan menambah kekhuatiran […]

RSS Coretan Perjalanan ZulDeanz

  • Segala-galanya Sudah Berubah 11 November 2009
    Dua minggu lalu, penulis telah menghadiri satu majlis perkahwinan seorang rakan di Banting, Selangor. Entah kenapa secara tiba-tiba sahaja penulis terkenangkan kembali memori indah semasa di sekolah menengah dahulu. Secara kebetulan rumah pengantin berhampiran dengan sekolah, tempat penulis pernah belajar dahulu, penulispun mengambil kesempatan berkunjung da […]

Flickr Photos

Falls of Spring - Swinging Bridge, Yosemite National Park, California

More Photos