Arkib untuk September 2008

DOAKAN PAK ARENAWATI

SASTERAWAN NEGARA Arenawati difahamkan sudah seminggu uzur. Beliau kini di Tingkat 7, Pusat Pakar, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia. Moga Ramadan memberi kekuatan kepada beliau agar terus sihat. Panjang-panjangkanlah doa!

Gambar, bersama-sama Pak Arena, Zaid Akhtar dan Zul Khair di Bengkel Novel Sejarah di Melaka – al-Kurauwi

25 TIPS RAIKAN SYAWAL

Malam Aidil Fitri

1. Banyakkan bertakbir.
Mulakan selepas salam pada solat Maghrib dikuti dengan bertahmid, bertasbih Takbir boleh dilakukan sama ada secara berjemaah atau bersendirian, di masjid, surau atau di rumah bersama-sama keluarga. Pada zaman Rasulullah SAW takbir itu dikumandangkan sehingga ke jalan-jalan, rumah-rumah dan masjid.

2. Berdoa dan berbuat kebaikan pada malam raya.
Imam Syafie berkata doa itu mustajab pada lima malam berikut iaitu Malam Jumaat, malam Hari Raya Aidilfitri, Malam Hari Raya Haji, Malam Awal Bulan Rejab dan Malam Nisfu Syaaban.

3. Berqiamulail.
Kalau tak berqiam pun (ada pandangan yang menolak disebabkan hadis di bawah, hadis daif) sekurang-kurangnya jangan terlupa langsung solat sunat qabliah ba’diah, Lebih teruk lagi tak solat langsung dah disebabkan bakar lemang atau masak ketupat. Niat nak buat maksiat serta berhibur dengan pelbagai program yang melalaikan hingga ke pagi, batalkanlah. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Sesiapa yang menghidupkan malam Aidilfitri dan Aidiladha, hatinya tidak mati pada ketika hati mereka yang lain mati.”

Siang Aidil Fitri

4. Jangan berpuasa pada siang 1 Syawal kerana hari itu, Allah haramkan kita berpuasa.

5. Jangan kongsi raya dan jangan menganggap Aidilfitri sama dengan perayaan-perayaan lain.

6. Kemaskanlah diri.
Gunting-guntinglah rambut yang nampak dan yang ‘tak nampak’. Bersihkanlah daki-daki badan termasuk anggota badan lain seperti kuku kaki dan tangan.

Terus membaca ‘25 TIPS RAIKAN SYAWAL’

DATUK ANWAR KP DBP?

SAYA jelaskan sekali lagi bukan Datuk Anwar Ibrahim, tetapi Datuk Anwar Ridhwan. Saya mengambil maklumat ini, berasaskan bukaan undi yang diusahakan oleh saudara Nazmi, wartawan Berita Harian dalam blog beliau di Khabar Lewat Kawat. Tiada niat lain dan tiada apa jua kepentingan. Usahanya sinis dan menarik! Yang minat mengundi sila jemput berkunjung.  – al-Kurauwi

MIMPI NUR

SAYA menerima satu pertanyaan dari pengunjung minggu lalu yang membahasakan dirinya sebagai Nur, setelah membaca entri saya “Mimpi, Mainan Syaitan Atau Anugerah Tuhan”. Entri ini, saya akui, antara entri yang paling aktif dan juga antara carian popular dalam blog ini. Kata saudara Nur: 

 Assalammualaikum.., saya pernah bermimpi bertemu dengan dua orang lelaki berpakaian putih, yang mana seorang lelaki muda dan seorang lagi adalah tua. Lelaki yang muda memandang saya dengan senyuman dan beliau memiliki wajah yang kacak, seakan mengajak saya menunggang seekor kuda putih yang cantik untuk terbang ke langit, manakala lelaki yang tua hanya mendiamkan diri sahaja. Apa makna mimpi tersebut?kerana sehingga ke hari ini saya masih mengingati mimpi tersebut walaupun telah berlalu 3 bulan..

Terus membaca ‘MIMPI NUR’

CAHAYA LANGIT 23

PAGI ini saya naik lagi ke pejabat baru di tingkat 30. Setiap hari, sebelum mula bekerja, saya akan memata-matai melihat pesona langit dari jendela.

 

Saya lihat cahaya Ramadan pada hari ke-23 kali ini begitu indah, asli dan mengasyikkan. Saya tidak memberi apa-apa ta’liq pada cahaya itu. Sekadar menikmati dan memuji-muji Tuhan,

… Subhanallah, indahnya pagi Ramadan ini. Ya Allah, sempatkah kami atau apakah ada kesempatan lagi untuk kami menemui cahaya ini lagi, cahaya langit yang sama, pada 23 Ramadan yang akan datang…,

Buat pemburu, salam Ramadan, teruskan buruan al-Qadar. Pemburu, masuk ke medan pun sudah ditimbang sebagai pemenang, apakan pula beroleh buruan. – al-Kurauwi.

DI DADANYA KALAM TUHAN

SEKADAR PROMOSI awal. Kulitnya milik novel puan siti Aminah, ‘Mencari Teduh di Kuala’. Manuskrip kumpulan cerpen ini asalnya bertajuk ‘Sepasang Sayap Cinta’, walau bagaimanapun atas pandangan teman-teman editor, mohon ditukar.

Rupa-rupanya, tajuk memainkan peranan yang penting agar cepat diterbitkan. Melihat kepada tajuk, skop pembeli atau pembaca mungkin jadi kecil berbanding pertama. Tajuknya kelihatan berat dan memfokuskan kepada golongan tertentu sahaja. Apapun kita tunggu dan lihat apa kata jawatankuasa. Atau anda ada cadangan tajuk yang lain. Maka saya perturunkan 20 buah tajuk cerpen seperti yang berikut:

Terus membaca ‘DI DADANYA KALAM TUHAN’

SUKARNYA MENGURUS MAJLIS ILMU

JEMPUTLAH semua ke Wacana Ramadan ini pada 9 Ramadan 1429, jam 9.00 pagi. Menggendalakannya begitu menguji. Yang dicari tak dapat memenuhi. Dato’ Harun Din, Dato’ Ismail Kamus, Dr. Daniel, Dr. Jamnul, Dr. Harlina, antara tokoh-tokoh yang diusahakan. Mungkin kesempatan, hidayah Tuhan, tidak memungkinkan.

Yang baik jangan dikeji, yang buruk khabar kan kami. Moga Ramadan ini menambahkan lagi ilmu kita. Terima kasih kepada seluruh jawatankuasa Biro Agama Badan Keluarga DBP, usaha kita Tuhan sahaja yang menilainya! – al-Kurauwi

 

TAZKIRAH RAMADAN DI IKIM.FM

SUARA saya akan berkumandang di 91.5 IKIM.FM pada hari Ahad 7 September 2008, 4.30 pagi (khusus untuk ibu-ibu yang memasak sahur untuk keluarga) dan ulang siar pada jam 1.30 tengah hari, pada hari yang sama. Tazkirah pertama ini bertajuk “Puasa dari Sudut Kesihatan”.

Pengalaman yang sangat menarik ‘berceramah’ dengan Maslina Alias DJ IKIM.FM. Sukar kerana ‘aura’nya berbeza. Terima kasih Maslina, Terima kasih IKIM – al-Kurauwi 

SALAM RAMADAN 1429 HIJRIAH

SAYA MENDAPAT sms dari kawan-kawan dan anak murid begini:

Menyambut indahnya Ramadan al-Mubarak, mohon maaf di atas “lidah yang tak terjaga, janji yang terabaikan, hal yang berprasangka dan semua sikap yang pernah menyakitkan” - Selamat Menunaikan Ibadah Puasa. 

SEORANG KENALAN menghantar sepotong hadith begini:

“Adalah Nabi SAW orang yang paling pemurah. Baginda paling pemurah pada bulan Ramadan…” Hadith riwayat Bukhari – Selamat menyambut Ramadan 1429.

Anda? Apa kata anda tentang Ramadan ini? Raikanlah kegembiraan dek integrasi ibadah ini demi meraih redha ilahi - al-Kurauwi


 

September 2008
I S R K J S A
« Ogo   Okt »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

BULAN BAHASA KEBANGSAAN 2009

BBK

KARYA TERKINI

CERPEN DI MINGGUAN MALAYSIA
OKTOBER 2009
Kemuncup 2

"KEMUNCUP Di Atas Padang" cerita tentang rintih alam kepada anak-anak gempa yang melanda bumi Padang, Sumatera Indonesia. Cerita tentang Epa Poho yang dipujuk oleh Zahara Talua saat menemui anak yang luka dan duka bersalut lumpur derita. Cerita tentang tanah leluhur kita yang imannya belum teruji sepenuhnya. Makmur diuji nikmat aman hingga hidup bagai tidak bertuhan.

CERPEN DI DEWAN SASTERA
OKTOBER 2009
DDKT

“Al-Qadar Buat Angkasawan Di Bumi” pernah tersiar di Akhbar Mingguan Malaysia, Syawal 2007. Kali ini, cerpen ini diberi penghargaan ke persada MASTERA yang disiarkan dalam Majalah Dewan Sastera (Malaysia), Majalah Horison (Indonesia) dan Majalah Bahana (Brunei). Cerpen ala fiksyen sains angkasa ini terilham daripada kisah dua angkasawan negara Dr. Syeikh Muzaphar dan Dr. Faiz Khaleed.

CERPEN DI BERITA HARIAN
FEBRUARI 2009
dia-lelaki

"Dia, Lelaki yang Baru Saya Salam Itu" terilham berasaskan semangat untuk memboikot produk Amerika lewat perang Gaza, Palestin - Israel. Ideanya timbul usai solat Jumaat di Masjid Hukama’, DBP. Hari tersebut turut disempurnakan dengan Khutbah tentang Gaza beriring Qunut Nazilah dan solat hajat. Dalam khutbah saya menyentuh tentang boikot barangan Amerika termasuk rokok seperti Marlboro atau Benson & Hedges. Semangat boikot saya nampak di mata jemaah yang tidak tidur!

INSYIRAH

insyirah2 Sesungguhnya Novel "Insyirah" ialah novel kedua yang telah lahir daripada rahim Sayembara Mengarang Novel Kanak-kanak dan Remaja 2007 - Dewan Bahasa dan Pustaka. Novel ini telah memenangi hadiah pertama dalam sayembara tersebut. - al-Kurauwi

DI DADANYA KALAM TUHAN

ddkt-blog Sesungguhnya, tidak sampai lima tahun selepas menyertai bengkel penulisan cerpen anjuran KEPEZI (Kelab Penulis Zaharah Nawawi) awal September 2004 Ibnu Ahmad al-Kurauwi sudah mampu menghasilkan 20 cerpen yang melayakkannya memiliki kumpulan Di Dadanya Kalam Tuhan. Hal begini diperakui jarang terjadi. Namun bagi penulis muda pemegang ijazah Kesusasteraan Arab dari Jordan ini tiada perkara mustahil. Ke bulan pun manusia boleh jejak, inikan pula sekadar melahirkan sebuah kumpulan cerpen dalam waktu yang relatif singkat. – Zaharah Nawawi USJ Subang Jaya 9 Mac 2009

TINTA ELIPSIS

Novel TE bergerak sekitar gejolak rasa dan jalanan minda watak Amir Afif Amizul, anak peneroka FELDA, yang berpeluang menekuni bahasa Arab dan Pengajian Islam di Universiti Jordan. Amir Afif mempunyai sedikit sebanyak pengalaman dalam bidang penerbitan (TE: 25/7), iaitu selain pengalamannya sebagai konsultan yang ditimbanya selama lima tahun bertugas dengan Syarikat Amal Profesional Sdn. Bhd. (TE: 28) Amir Afif berhadapan dengan beberapa masalah yang wajar diatasinya sebijak mungkin. - Dr. Anis

TINTA SAPA

ibnuahmadalkurauwi pada PAK AZIZI YANG MUDA
ibnuahmadalkurauwi pada PERCAKAPAN KALBU KEPADA INDERA…
ZulDean pada PAK AZIZI YANG MUDA
ibnuahmadalkurauwi pada PAK AZIZI YANG MUDA
anuar manshor pada PAK AZIZI YANG MUDA

TETAMU

  • 63,941 hits

RSS Saifulislam.Com

  • Sempitnya Dunia Luasnya Gua 12 November 2009
    image copyright www.chromasia.com “Sungguh menghairankan. Tidakkah Ashaab al-Kahf itu mengalami claustrophobia?” tanya seorang anak muda. “Haha, menarik juga soalan anta. Tak pernah terlintas di fikiran ustaz,” saya membalas. Claustrophobia itu didefinisikan sebagai ketakutan yang melampau oleh seseorang terhadap bilik atau ruang yang […]

RSS Faisal Tehrani

  • Satira Ketupat Cinta II: Kotak Berisi Kuih Lepat 11 November 2009
    Adapun pasar Melaka pada waktu itu sibuklah teramat. Segala barangan ada dijual. Termasuklah manusia yang akan dilelong sebagai hamba. Orang yang tua berumur delapan puluh tahun dijual dengan harga murah. Jika ia nyanyuk dijual dengan harga suku wang timah. Bak kata Abdul Mujid Bari, salah seorang pembesar di Melaka; adalah orang tua nyanyuk itu harganya mur […]

RSS Nisah Haron Online

  • Umbara Sastera III 11 November 2009
    Para penulis, peminat sastera dari jauh dan dekat, dengan segala hormatnya dipersilakan hadir ke majlis :Umbara Sastera III14 November 2009D'Ark, Taman Setia Kasih, Senawang, Negeri SembilanTema : Penulisan Sastera IslamPanel :Puan Nisah Haji HaronProses kreatif cerpen Aset IstiqamahTempat PertamaSayembara Cerpen Hadiah Sastera Berunsur Islam ke - 12Enc […]

RSS Serunai Faqir

  • Warisan Melayu - Gendang Silat 6 November 2009
    Upacara Penganugerahan Sandang Silat Gayong yang disempurnakan oleh Y.A.M Tengku Datuk Seri Tengku Ahmad Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj telah berlansung di Kuala Lumpur International Hotel pada 25 Oktober yang lalu. Kumpulan kami dijemput mengiringi majlis.

RSS BECKyilHAM

  • Ulasan Cerpen Jus Soli Jus Sanguinis dalam Tunas Cipta 11/09 5 November 2009
    "Pada dasarnya cerpen ini juga merupakan garapan warna-warni kehidupan yang bersifat global. Walaupun dalam situasi yang berlatarkan zon perang, masih ada nilai emosi dan nilai-nilai kemanusiaan sejagat. Saya terkesan cerpen ini kaya dengan maklumat, ada bahan-bahan sains politik, persekitaran budaya, aspek sejarah dan tamadun bangsa....oleh sebab isu y […]

RSS Coretan Perjalanan ZulDeanz

  • Segala-galanya Sudah Berubah 11 November 2009
    Dua minggu lalu, penulis telah menghadiri satu majlis perkahwinan seorang rakan di Banting, Selangor. Entah kenapa secara tiba-tiba sahaja penulis terkenangkan kembali memori indah semasa di sekolah menengah dahulu. Secara kebetulan rumah pengantin berhampiran dengan sekolah, tempat penulis pernah belajar dahulu, penulispun mengambil kesempatan berkunjung da […]

Flickr Photos

27/365 : Escape

More Photos