SAYA jarang membaca e-mel yang dikirim. Sebulan dua ini, oleh sebab sebahagian daripada tugas saya membuka e-mel, maka bermacam-macam e-mel yang saya jumpa. Ada e-mel politik, ada e-mel kesihatan (termasuk ubat kuat), ada e-mel lucah, ada e-mel bertanya permasalahan agama, ada e-mel jualan langsung, ada e-mel berkongsi cerita nasihat dan kisah-kisah tauladan. Ada e-mel berantai termasuk yang hakiki e-mel tugasan. Semenjak dua menjak ni, e-mel facebook bertalu-talu masuk dalam peti (terima kasihlah si Nazmi yang rajin).
Dalam banyak-banyak e-mel, saya ghairah membaca kisah dakwah Rasulullah yang disebut sebagai ‘Dakwah Bilhal’. Dakwah inilah yang sangat sukar kita laksanakan, sedangkan dalam sirah Rasulullah dakwah inilah yang begitu banyak menundukkan musuh hingga mereka jatuh cinta kepada Islam. Cubalah kita hayati dan contohi. Saya petik daripada sekian banyak e-mel yang saya terima, selain e-mel kerja!






Sesungguhnya Novel "Insyirah" ialah novel kedua yang telah lahir daripada rahim Sayembara Mengarang Novel Kanak-kanak dan Remaja 2007 - Dewan Bahasa dan Pustaka. Novel ini telah memenangi hadiah pertama dalam sayembara tersebut. - al-Kurauwi
Sesungguhnya, tidak sampai lima tahun selepas menyertai bengkel penulisan cerpen anjuran KEPEZI (Kelab Penulis Zaharah Nawawi) awal September 2004 Ibnu Ahmad al-Kurauwi sudah mampu menghasilkan 20 cerpen yang melayakkannya memiliki kumpulan Di Dadanya Kalam Tuhan. Hal begini diperakui jarang terjadi. Namun bagi penulis muda pemegang ijazah Kesusasteraan Arab dari Jordan ini tiada perkara mustahil. Ke bulan pun manusia boleh jejak, inikan pula sekadar melahirkan sebuah kumpulan cerpen dalam waktu yang relatif singkat. – Zaharah Nawawi USJ Subang Jaya 9 Mac 2009
TINTA SAPA