Arkib untuk Disember 2008

PASCA HIJRAH DENO BALOSHA

TIADA kata-kata yang boleh menggambar betapa kedukaan mengoyakrabakkan jiwa saat memandang tubuh gadismu dihujan peluru yang bernafsu. Hati berkata, pulanglah Deno Balosha. Kami cemburu melihat tubuhmu seusia 4 tahun jagung, syahid mencium syurga yang agung.

Relative carries body of 4-year-old girl ...

Pulanglah Balosha ke pangkuan Tuhanmu. Kami relakan hijrahmu mendahulu. Kami julang kemuliaanmu atas darah suci yang tumpah di bumi ‘haulah’ al-Mubarak  ini. Kami julang syahidmu di atas tanah yang sudah lama Tuhanmu merdekakan. Pulanglah Baloshaku, akan kami jejak langkah-langkahmu pasca hijrah 1430 ini.

HUJAN DI LIMUN PAGI

hdlp2

 KUMPULAN puisi ini mengandungi 62 buah puisi yang dihasilkan oleh Malim Ghozali PK sejak Disember 2005 sehingga Ogos 2008. Ini adalah merupakan kumpulan puisi kedua beliau selepas ‘Gemeruang’ (Oen Industries, 1987). Puisi-puisi dalam kumpulan ini yang diterbitkan oleh Seladang Ventures juga tetap representif  kepada gaya penulis yang tersendiri, melantunkan nada-nada romantis, sendu dan marah beliau. Seperti kebiasaannya Malim juga menggunakan wadah ini untuk menyatakan protesnya terhadap kerakusan manusia memperkosa alam, dan pandangan sinisnya terhadap ekonomi, menerusi apa yang dikatakannya sebagai ‘cemerlang, gemilang dan terbilang, bukanlah manggis, pulasan dan kunang, yang boleh dikait pagi dan petang’ masing-masing menerusi ’Hingga nanti rimba tak bernama tak berair mata’ dan ‘Ratapan Melayu ke Sembilan (RMK-9) serta perjalanan nostalgia, menelusuri koridor sejarah bangsanya lewat puisi ‘Laksamana, kucari akar rasional amanat atau hanya kata-katakah di lirih angin sepanjang zaman sepanjang zaman, dan ‘Sajak Melayu’…

Dalam banyak-banyak puisi saya berkenan sebuah puisi yang bertajuk ‘Lelaki Itu Anak Kuala Kurau Rupanya’ dimuatkan dalam Kumpulan Puisi, Hujan di Limun Pagi oleh Malim Ghozali PK yang didedikasikan untuk Jaafar Rahim – al-Kurauwi

Terus membaca ‘HUJAN DI LIMUN PAGI’

DARI IOWA KE BOGOR

bogor4

ALHAMDULILLAH, program Apresiasi Sastera, 20 Disember 2008 telah sempurnalah sudah. Ramai yang menanti hingga ke petang, termasuk Pak Budi dan Ibu Helvy (sudi pula mendeklamasikan sebuah puisi Pak Malim untuk hadirin yang datang). Elok cadangan daripada peserta diambil kira, agar program-program yang akan datang dapat dikendalikan oleh tuan rumah dengan lebih baik lagi.

Kata Pak Agi: “Diskusi karya harus digabungkan antara intelek dengan program santai (Seperti baca naskhah atau berpuisi). Barulah golongan muda ringan kaki untuk datang.”

Kata Bonda Siti Zainon: “Sudah sampai masanya pihak penganjur mengetengahkan penulis-penulis yang ditaja program penulisannya untuk berkongsi pengalaman kepada khalayak, seperti program ini. Malah kegiatan seperti ini harus dimanfaatkan agar ruang-ruang di DBP ini dapat dimaksimumkan dengan kegiatan sastera.”

Kata Kanda Nisah Haron: “Program antarabangsa seperti ini harus diperbanyakkan dan diwara-warakan oleh penganjur sebagai alternatif andai tidak disambut oleh media perdana.”

Kata Saleeh Rahamad: “Nama-nama dewan di DBP harus ditukar kepada nama-nama tokoh tanah air. Tidaklah memakai Dewan Kuliah atau Dewan Seminar atau Dewan Bankuet.

Saya terpesona dengan puisi Pak Malim “Lelaki Itu, Anak Kuala Kurau, Rupanya” dalam Kumpulan Puisi “Hujan di Limun Pagi” – al-Kurauwi

DISKUSI KARYA MALIM GHOZALI PK

daun

SAYA dimaklumkan pada 20 Disember 2008, Sabtu – 8.30 pagi bertempat di  Dewan Kuliah, Aras 4 Menara DBP diskusi Karya Pak Malim akan dilangsungkan.

Majlis bermula jam 8.30 dengan sedikit perasmian. Pada pukul 9.30 – 10.30 pagi : bermula Diskusi I – Novel Daun yang dibicarakan oleh guru-guru saya: (1) Dato’ Dr. Anwar Ridhwan (2) Prof. Emeritus Dr. Budi Darma (Cerpenis tersohor Indonesia)

Selepas Jamuan Ringan sekitar 11.00 pagi – 1.00 tengah hari : bermula Diskusi II – Kumpulan Cerpen Ini Chow Kit Road, Sudilah Mampir! Pembicaranya seperti : (1) Sdr. Mohamad Saleeh Rahamad (2) Helvy Tiana Rossa (juga guru Mastera saya).

budi

(Tokoh Cerpenis Mastera. Dari kiri: Pak Zefri, Pak Budi Darma, Pak Malim,  Ibu Helvy, Ibu Oka Rusmini dan Pak Yazid)

Andai mahu menukar rasa angin kepengarangan dari tokoh cerpenis tersohor Indonesia, jemputlah hadir beramai-ramai. Makan ditaja hingga ke petang – al-Kurauwi.

CERPEN TERBAIK INDONESIA

cerpen-indon

Membaca cerpen-cerpen terbaik oleh karyawan Indonesia – selain karyawan Malaysia – mampu mengasah kepengarangan penulis muda sebagai satu proses pembelajaran. Kumpulan 20 Cerpen Terbaik Indonesia 2008 sangat baik dijadikan pilihan.

20 Cerpen Terbaik Indonesia 2008 ini menerima Anugerah Sastra Pena Kencana, iaitu penghargaan yang diberikan kepada cerpen-cerpen yang diselenggarakan setiap tahun bermula tahun 2008. Media masa yang menjadi sumber pemilihan ialah: Kompas, Koran Tempo, Jawa Pos, Republika, Suara Pembaruan, Suara Merdeka, Pikiran Rakyat, Media Indonesia, Pontianak Pos, Lampung Pos, Fajar dan Bali Pos.

Berikut saya sertakan sebuah cerpen menarik oleh Agus Noor yang bertajuk TENTANG SESEORANG YANG MATI TADI PAGI.

Terus membaca ‘CERPEN TERBAIK INDONESIA’

KORBAN MANUSKRIP

manuskrip

SYUKUR, janji untuk menyiapkan sebuah manuskrip selesai dilangsai. Ringan jari dan kepala. ‘Lulus’ atau tidak bukan soalnya. Usaha itu yang utama. Keputusan terbitnya, tunggu 2009.  Ada rezeki, Insya-Allah berbuahlah hasilnya.

Ada sebuah manuskrip lagi yang harus disempurnakan. Dek kerana sudah berjanji, kata harus dikotakan. Sukar benar menulis apabila berhutang manuskrip ni. Apabila berjanji, bermacam-macam dugaan yang datang. Akhirnya, apabila lumpuh upaya, terpaksa pula mencipta alasan yang pelbagai bagi menangguhkan janji. 

Berterus teranglah daripada terus berjanji dan bersilat itu ini. Seorang sahabat, pernah memberi tips – dalam konteks – jika mahu berkahwin dua.

Kalau ustaz nak kahwin satu lagi, berterus teranglah! Andai tidak, selama hayatlah ustaz akan jadi penipu! Sepanjang hayatlah kita akan mencipta 1001 alasan untuk memeluk isteri baharu. Saya dah lama taubat jadi penipu profesional!

Ya, jangan berhutang, jangan pandai berjanji. Penulis itu, harus ada jiwa berkorban walaupun kadang-kadang terkorban juga janji-janjinya yang lain. Salam Aidil Adha!

APA ADA PADA MPR 2008?

mpr

SAYA dijemput untuk memberi ceramah kepada peserta-peserta Minggu Penulis Remaja 2008, 12-18 Disember 2008 ini di Menara PGRM K. Lumpur. Ahlan wasahlan dan selamat berkenalan. Saya sangat berbangga dan menyumbang sesuatu kepada bakal penulis hebat tanah air.

Bagi yang belum kenal, MPR adalah program sistematik selama seminggu anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bagi melatih penulis remaja berbakat seluruh negara. Projek ‘anak angkat’ ini diilhamkan oleh beberapa pihak di DBP pada pertengahan 1980-an, termasuklah Datuk Johan Jaafar, En. Abdul Ahmad dan En. Ali Majod. Artikel ini dipetik daripada Blog Mantan MPR yang dikendalikan oleh para Mantan Minggu Penulis Remaja. – al-Kurauwi

MENCARI WA ODE WULAN

cari-aku-di-canti

KAMI kenal tidak lama. Ketika itu gadis bernama Wulan ini kebetulannya satu kumpulan dalam Bengkel MASTERA Cerpen 2008 di Bogor. Dia datang dengan sebuah buku ’Kumpulan Cerpen: Cari Aku Di Canti’. Semangat untuk mengumpul hasil cerpen meluap-luap sebaik mendengar proses kreatifnya dalam bengkel. Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga saya memiliki senaskhah kumpulan cerpennya, setelah begitu berani mengecek.

Kini, Wulan sudah lama hilang, langsung tiada perkhabaran lewat khabar ibunya kembali ke rahmatullah. Pada majlis penutupan MASTERA lagi tampang tubuhnya sudah tiada. Kata Ragdi, rakan Semastera “‘Cari Aku di Canti’ menang Khatulistiwa literary Award kategori Penulis Muda. Bukunya menarik, bahasanya cantik bak orangnya dan tidak terlalu keindonesiaan seperti kata-katanya di bawah ini:

Terus membaca ‘MENCARI WA ODE WULAN’


 

Disember 2008
I S R K J S A
« Nov   Jan »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

BULAN BAHASA KEBANGSAAN 2009

BBK

KARYA TERKINI

CERPEN DI MINGGUAN MALAYSIA
OKTOBER 2009
Kemuncup 2

"KEMUNCUP Di Atas Padang" cerita tentang rintih alam kepada anak-anak gempa yang melanda bumi Padang, Sumatera Indonesia. Cerita tentang Epa Poho yang dipujuk oleh Zahara Talua saat menemui anak yang luka dan duka bersalut lumpur derita. Cerita tentang tanah leluhur kita yang imannya belum teruji sepenuhnya. Makmur diuji nikmat aman hingga hidup bagai tidak bertuhan.

CERPEN DI DEWAN SASTERA
OKTOBER 2009
DDKT

“Al-Qadar Buat Angkasawan Di Bumi” pernah tersiar di Akhbar Mingguan Malaysia, Syawal 2007. Kali ini, cerpen ini diberi penghargaan ke persada MASTERA yang disiarkan dalam Majalah Dewan Sastera (Malaysia), Majalah Horison (Indonesia) dan Majalah Bahana (Brunei). Cerpen ala fiksyen sains angkasa ini terilham daripada kisah dua angkasawan negara Dr. Syeikh Muzaphar dan Dr. Faiz Khaleed.

CERPEN DI BERITA HARIAN
FEBRUARI 2009
dia-lelaki

"Dia, Lelaki yang Baru Saya Salam Itu" terilham berasaskan semangat untuk memboikot produk Amerika lewat perang Gaza, Palestin - Israel. Ideanya timbul usai solat Jumaat di Masjid Hukama’, DBP. Hari tersebut turut disempurnakan dengan Khutbah tentang Gaza beriring Qunut Nazilah dan solat hajat. Dalam khutbah saya menyentuh tentang boikot barangan Amerika termasuk rokok seperti Marlboro atau Benson & Hedges. Semangat boikot saya nampak di mata jemaah yang tidak tidur!

INSYIRAH

insyirah2 Sesungguhnya Novel "Insyirah" ialah novel kedua yang telah lahir daripada rahim Sayembara Mengarang Novel Kanak-kanak dan Remaja 2007 - Dewan Bahasa dan Pustaka. Novel ini telah memenangi hadiah pertama dalam sayembara tersebut. - al-Kurauwi

DI DADANYA KALAM TUHAN

ddkt-blog Sesungguhnya, tidak sampai lima tahun selepas menyertai bengkel penulisan cerpen anjuran KEPEZI (Kelab Penulis Zaharah Nawawi) awal September 2004 Ibnu Ahmad al-Kurauwi sudah mampu menghasilkan 20 cerpen yang melayakkannya memiliki kumpulan Di Dadanya Kalam Tuhan. Hal begini diperakui jarang terjadi. Namun bagi penulis muda pemegang ijazah Kesusasteraan Arab dari Jordan ini tiada perkara mustahil. Ke bulan pun manusia boleh jejak, inikan pula sekadar melahirkan sebuah kumpulan cerpen dalam waktu yang relatif singkat. – Zaharah Nawawi USJ Subang Jaya 9 Mac 2009

TINTA ELIPSIS

Novel TE bergerak sekitar gejolak rasa dan jalanan minda watak Amir Afif Amizul, anak peneroka FELDA, yang berpeluang menekuni bahasa Arab dan Pengajian Islam di Universiti Jordan. Amir Afif mempunyai sedikit sebanyak pengalaman dalam bidang penerbitan (TE: 25/7), iaitu selain pengalamannya sebagai konsultan yang ditimbanya selama lima tahun bertugas dengan Syarikat Amal Profesional Sdn. Bhd. (TE: 28) Amir Afif berhadapan dengan beberapa masalah yang wajar diatasinya sebijak mungkin. - Dr. Anis

TINTA LARIS

TINTA SAPA

al-Kurauwi pada BAHASA MELAYU VS BAHASA M…
Katakanlah pada BAHASA MELAYU VS BAHASA M…
ibnuahmadalkurauwi pada ANTOLOGI CERPEN JAWI
Sue pada ANTOLOGI CERPEN JAWI
ibnuahmadalkurauwi pada ANTOLOGI CERPEN JAWI

TETAMU

  • 64,648 hits

RSS Saifulislam.Com

  • Forum Cabaran Mendidik Generasi-Y 21 November 2009
    “Sebaik-baik kamu ialah kamu yang apa?” mungkin terlontar soalan seperti ini. “Kamu yang solat Subuh berjemaah setiap pagi?” satu jawapan cadangan. “Kamu yang berumrah di Mekah setiap Ramadhan?” boleh jadi juga. “Kamu yang hafiz al-Quran?” mungkin dan barangkali. Semua amalan di atas amat tinggi nilainya. Namun […]

RSS Faisal Tehrani

  • Kussss Semangat 23 November 2009
    1. Beginilah kalau sepanjang kehamilan asyik makan nasi lemak, buah kedondong atau amra, bunga ros, roti serta susu.''Saya boleh habiskan satu kilogram buah amra dalam sehari dan makan bunga ros merah dua hingga tiga kuntum dalam sehari,'' kata Aisha Bee, ibu kepada bayi lelaki montel seberat 6.15 kilogram.2. Timbalan Menteri Pelajaran, D […]

RSS Nisah Haron Online

  • SAKM - X : Sastera Rentas Ilmu 17 November 2009
    Insya-Allah, saya akan membentangkan kertas kerja (kertas catatan, sebenarnya) di dalam Seminar Antarabangsa Kesusasteraan Melayu ke-10 di UKM pada 19 November.Seminar dijadualkan berlangsung selama dua hari : 18 - 19 November 2009 di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM.Jadual sudah saya lampirkan di dalam entri terdahulu. Sila rujuk entri sebelum ini […]

RSS Serunai Faqir

  • Warisan Melayu - Gendang Silat 6 November 2009
    Upacara Penganugerahan Sandang Silat Gayong yang disempurnakan oleh Y.A.M Tengku Datuk Seri Tengku Ahmad Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj telah berlansung di Kuala Lumpur International Hotel pada 25 Oktober yang lalu. Kumpulan kami dijemput mengiringi majlis.

RSS BECKyilHAM

  • Karya Berwacana Yang Disisip Elemen Cinta dan Karya Berbumbu Cinta Yang Disendal Ilmu Bantu 22 November 2009
    Saya pernah (baca: masih) tersinggung dengan pertanyaan seorang penulis sebaya usia dalam arena penulisan apabila dia bersungguh mendapatkan kepastian tentang sebuah cerpen saya. Tanyanya begini:"Akhirnya, cerpen itu cerpen cinta jua bukan? Kerana di hujung cerita T membawa J bertemu kedua ibu bapanya."Kepastian itu dipinta di hadapan beberapa tema […]

RSS Coretan Perjalanan ZulDeanz

  • Segala-galanya Sudah Berubah 11 November 2009
    Dua minggu lalu, penulis telah menghadiri satu majlis perkahwinan seorang rakan di Banting, Selangor. Entah kenapa secara tiba-tiba sahaja penulis terkenangkan kembali memori indah semasa di sekolah menengah dahulu. Secara kebetulan rumah pengantin berhampiran dengan sekolah, tempat penulis pernah belajar dahulu, penulispun mengambil kesempatan berkunjung da […]

Flickr Photos

untitled

More Photos