Arkib untuk Januari 2009

PERADUAN MENULIS NOVEL 2009

sayembara

SAYA difahamkan peraduan ini dianjurkan oleh DBP Cawangan Sarawak. Penyertaan terbuka kepada rakyat Malaysia yang bermastautin di Sarawak serta penduduk asal negeri Sarawak yang berada di luar negeri/negara. Untunglah orang Sarawak. Maklumat lengkap boleh diperoleh di laman rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka. – al-Kurauwi

NAFISAH DAN LAYAR IMPIANNYA

nafisah

BLURB

Ketika ayahnya hilang tanpa berita, Seri Cempaka masih begitu mentah dalam melayari kehidupan. Masih banyak kekurangan yang perlu diperbaiki dan masih begitu banyak yang perlu dipelajari. Namun dalam ketidakmatangan itu, dia melihat betapa gigih ibunya membanting tulang empat kerat demi memberi sesuap nasi untuk ia dan adiknya sehingga menimbulkan keinsafan dalam dirinya. Dalam diam-diam dia menyimpan impian yang setinggi gunung.

Tahniah Kanda Nafisah, perit jerih akhirnya membuahkan hasil. Tiada istilah gagal. Mata dan telinga ini turut sama berkongsi kenangan ‘Melayar Impian’ ini. Teruskan menulis! – al-Kurauwi

PROGRAM AMAL TABUNG DBP UNTUK GAZA

jubli

DENGAN kerjasama NSTP, Tabung DBP untuk Gaza akan dilancarkan oleh Encik Kamarul Zaman bin Shaharudin, Timbalan Ketua Pengarah, DBP hari ini, 29 Januari 2009. Selain itu, satu sesi ‘Luahan Rasa’ sambil menderma akan dirasmikan di ruang lobi, bangunan Menara DBP.

Pada 6 Februari 2009 (Jumaat), satu aktiviti kerja amal sambil menderma akan berlangsung dari pagi seperti tayangan amal filem Wayang di Auditorium DBP, cuci kereta, jualan barangan terpakai, lelongan buku dan majalah, gerai jualan, pameran di ruang Balai Budaya Tun Syed Nasir. Pada malamnya, satu program Apresiasi Seni yang akan menghimpunkan sasterawan dan budayawan negara turut dimeriahkan sambil menderma.

Jemputlah, kami sangat berbesar hati mengalu-alukan kehadiran tuan/puan ke majlis tersebut pada hari dan masa yang telah ditetapkan – al-Kurauwi.

hEPiBefDetuyu WaliD

befday

BARU-BARU ini si kecil, Amirah Aisyah (Anak saya yang kedua, baru darjah satu) sudah banyak kali minta dibelikan buku pad kecil, namun tidak saya endahkan.

22 haribulan yang lalu, sebaik saya pulang dari kerja, dengan senyuman sambil menutup dua batang gigi depannya yang hitam, dia sudah menunggu di hadapan pintu.  Dia menyerah sekeping ‘kad’ (sehelai kertas dari buku tulis garis satu yang dikoyak) yang bertampal kertas hijau di atas bertulis:

hepiBefDetuyu Walid. Selamat Ahkir tahun walid. Selamat untuk walid.

Kemudian di bawah kad tersebut si kecil Aisyah, menyenaraikan nama-nama berikut: Walid, mama, kakak, Aisyah, Insyirah, Atok, Tok Wan, Ma, Abah dan Ayah Su. Katanya, senarai nama orang yang dia sayang. – al-Kurauwi

DARWINISME: ANTARA DUA WAJAH

Titik awal dari Zionisme yang melakukan segala kebiadaban ini bukanlah agama Yahudi, tetapi Darwinisme Sosial, sebuah ideologi rasis dan kolonialis yang merupakan warisan dari abad ke-19. Darwinisme Sosial meyakini adanya perjuangan atau peperangan yang terus-menerus di antara masyarakat manusia. Dengan mengindoktrinasikan ke dalam otak mereka pemikiran “Yang kuat akan menang dan yang lemah pasti terkalahkan”, ideologi ini telah menyeret bangsa Jerman kepada Nazisme, sebagaimana orang-orang Yahudi kepada Zionisme. – Harun Yahya

pagar3

Mereka membina tembok tinggi atas nama kebebasan bersuara, atas nama hak asasi manusia di atas tanah rupa merdeka. Sedang kita tanpa sedar, kadang-kadang terbangga memeluk penjara yang terbesar di dunia.

Terus membaca ‘DARWINISME: ANTARA DUA WAJAH’

SMS KEPUTERAAN KE-35

 hadiah

SEMALAM 21 Januari, dalam kesibukan ke hulu ke hilir bekejar saya menerima beberapa sms antaranya dari seorang sahabat, pesannya menyentuh jiwa:

Kita merupakan satu golongan yang dimuliakan Allah dengan Islam, apabila kita mencari kemuliaan dengan cara hidup yang lain daripada Islam, Allah akan menimpakan kehinaan ke atas kita. – Umar al-Khattab. Selamat menyambut ulang tahun yang ke-35 – Shamsul, Penang (239 patah perkataan, 2 mesej)

Saya cuba membayangkan wajah Shamsul namun tidak terimbas. Bukan apa, sekadar untuk mengenang, berdoa buatnya tanda terima kasih. Seorang lagi sahabat lama, Azah namanya. Kami ber’Penpall’ sejak tingkatan dua, akrab walaupun sekolah lain-lain sehingga berumahtangga.

Salam, Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran ke-35. Semoga dipermudahkan segala urusan, sihat, murah rezeki dan berbahagia selalu. (123 patah perkataan)

Selain itu, saya dapat 2 mesej dari CELCOM! Pandai, ingat juga Pak CELCOM birth day saya. Heh, heh..

Happy Birthday! ENjoy 7 days free calls/SMSes to yr 8pax. Just reply BDAY YES before your birth date. Make sure yr account is active & yr 8pax is activated. (151 patah perkataan)

Terima kasih jugalah kepada Takaful IKHLAS, dalam pada Wishes Happy Birthday, turut juga mengingatkan insuran kereta dah nak mati! – al-Kurauwi

PALESTIN: MENGAPA TIDAK BERZAKAT?

gaza_main

BUKANKAH mereka melata di bumi sendiri. Kemiskinan mereka adalah sebahagian daripada rejaman bom dan peluru yang bila-bila sahaja akan meragut setangkai nyawa yang tegang dikepung di atas di bawah, kiri, kanan, depan dan belakang. Bukankah kemiskinan itu asnaf yang melayakkan mereka menerima zakat? Bukankah mereka yang telah berjuang di jalan Allah itu juga asnaf yang selayaknya untuk dikeluarkan zakat kepada mereka. Jadi, mengapa kita tidak berzakat?

Terus membaca ‘PALESTIN: MENGAPA TIDAK BERZAKAT?’

PALESTIN: KITA CARI POPULARITI?

blog-tertinggi2

Ya Allah, apakah redha-Mu yang kami cari atau menangguk populariti saat saudara-saudara kami dicincang mati.
Kadang-kadang pucuk-pucuk bangga kembang menyulur cahaya, sedang nikmat kurnia-Mu hanya sementara.
Sangat sedikit yang kami tampung, sedang ayam sereban, riuh sekampung.

Kata kami, ah kerana kami bijaksana, kerana kami kaya, kerana kami negara merdeka. Mereka tidak bijak memerintah. Mereka hanya pandai menumpahkan darah. Mereka berperang hanya kerana tanah. Saat itu, kami lupa kepada Tuhan pemberi segala musibah. Uji dan bala menanti sahaja perintah. Qunut Nazilah pun tidak sempat kami tadah!

Ya Allah, apakah kami mencipta walang, sedang perjalanan ini jauh lurus dan panjang. Lurus, namun ada lopak dan longkang. Yang lurus itu, di hujungnya lebih banyak menyimpang.

al-Kurauwi

 

20 SEBAB MENGAPA PALESTIN KESEORANGAN

kkebal-arab-bisu

Jikalau kami gugur syahid, dan anda sekelian terus diam membisu dan hanya menyaksikan sahaja, nantikan hari pembalasan. Kami akan tuntut dari Allah di atas kelembapan anda semua. Kami tidak akan redha terhadap kelesuan dan kebisuan anda semua – Khalil Ismail al-Haya, 14 Mei 2006.

Terus membaca ‘20 SEBAB MENGAPA PALESTIN KESEORANGAN’

PALESTIN: WAJIB QUNUT NAZILAH

langit-hitam

“Ya Allah ampunilah dosa kami, dosa saudara-saudara kami Muslimin dan Muslimat, Mukminin dan Mukminat. Ya Allah lembutkan serta satukanlah hati kami, perbaikilah keadaan kami, bantulah kami untuk kami menentang musuh-musuh-Mu, dan musuh-musuh kami.

Ya Allah, laknatilah golongan kuffar yang mendustakan para rasul-Mu dan membunuh wali-wali-Mu. Ya Allah cerai-beraikanlah kesatuan mereka, hancur-leburkanlah kekuatan mereka dan turunkanlah bala-Mu dan janganlah Engkau tangguhkan lagi untuk mereka yang penuh dengan dosa. Sesungguhnya dengan nama-Mu Ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Ya Allah, sesungguhnya kepada-Mu kami memohon perlindungan” – Umar al-Khattab

Terus membaca ‘PALESTIN: WAJIB QUNUT NAZILAH’

Laman Berikutnya »


 

Januari 2009
I S R K J S A
« Dis   Feb »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

BULAN BAHASA KEBANGSAAN 2009

BBK

KARYA TERKINI

CERPEN DI MINGGUAN MALAYSIA
OKTOBER 2009
Kemuncup 2

"KEMUNCUP Di Atas Padang" cerita tentang rintih alam kepada anak-anak gempa yang melanda bumi Padang, Sumatera Indonesia. Cerita tentang Epa Poho yang dipujuk oleh Zahara Talua saat menemui anak yang luka dan duka bersalut lumpur derita. Cerita tentang tanah leluhur kita yang imannya belum teruji sepenuhnya. Makmur diuji nikmat aman hingga hidup bagai tidak bertuhan.

CERPEN DI DEWAN SASTERA
OKTOBER 2009
DDKT

“Al-Qadar Buat Angkasawan Di Bumi” pernah tersiar di Akhbar Mingguan Malaysia, Syawal 2007. Kali ini, cerpen ini diberi penghargaan ke persada MASTERA yang disiarkan dalam Majalah Dewan Sastera (Malaysia), Majalah Horison (Indonesia) dan Majalah Bahana (Brunei). Cerpen ala fiksyen sains angkasa ini terilham daripada kisah dua angkasawan negara Dr. Syeikh Muzaphar dan Dr. Faiz Khaleed.

CERPEN DI BERITA HARIAN
FEBRUARI 2009
dia-lelaki

"Dia, Lelaki yang Baru Saya Salam Itu" terilham berasaskan semangat untuk memboikot produk Amerika lewat perang Gaza, Palestin - Israel. Ideanya timbul usai solat Jumaat di Masjid Hukama’, DBP. Hari tersebut turut disempurnakan dengan Khutbah tentang Gaza beriring Qunut Nazilah dan solat hajat. Dalam khutbah saya menyentuh tentang boikot barangan Amerika termasuk rokok seperti Marlboro atau Benson & Hedges. Semangat boikot saya nampak di mata jemaah yang tidak tidur!

INSYIRAH

insyirah2 Sesungguhnya Novel "Insyirah" ialah novel kedua yang telah lahir daripada rahim Sayembara Mengarang Novel Kanak-kanak dan Remaja 2007 - Dewan Bahasa dan Pustaka. Novel ini telah memenangi hadiah pertama dalam sayembara tersebut. - al-Kurauwi

DI DADANYA KALAM TUHAN

ddkt-blog Sesungguhnya, tidak sampai lima tahun selepas menyertai bengkel penulisan cerpen anjuran KEPEZI (Kelab Penulis Zaharah Nawawi) awal September 2004 Ibnu Ahmad al-Kurauwi sudah mampu menghasilkan 20 cerpen yang melayakkannya memiliki kumpulan Di Dadanya Kalam Tuhan. Hal begini diperakui jarang terjadi. Namun bagi penulis muda pemegang ijazah Kesusasteraan Arab dari Jordan ini tiada perkara mustahil. Ke bulan pun manusia boleh jejak, inikan pula sekadar melahirkan sebuah kumpulan cerpen dalam waktu yang relatif singkat. – Zaharah Nawawi USJ Subang Jaya 9 Mac 2009

TINTA ELIPSIS

Novel TE bergerak sekitar gejolak rasa dan jalanan minda watak Amir Afif Amizul, anak peneroka FELDA, yang berpeluang menekuni bahasa Arab dan Pengajian Islam di Universiti Jordan. Amir Afif mempunyai sedikit sebanyak pengalaman dalam bidang penerbitan (TE: 25/7), iaitu selain pengalamannya sebagai konsultan yang ditimbanya selama lima tahun bertugas dengan Syarikat Amal Profesional Sdn. Bhd. (TE: 28) Amir Afif berhadapan dengan beberapa masalah yang wajar diatasinya sebijak mungkin. - Dr. Anis

TINTA SAPA

ibnuahmadalkurauwi pada PAK AZIZI YANG MUDA
ibnuahmadalkurauwi pada PERCAKAPAN KALBU KEPADA INDERA…
ZulDean pada PAK AZIZI YANG MUDA
ibnuahmadalkurauwi pada PAK AZIZI YANG MUDA
anuar manshor pada PAK AZIZI YANG MUDA

TETAMU

  • 63,941 hits

RSS Saifulislam.Com

  • Sempitnya Dunia Luasnya Gua 12 November 2009
    image copyright www.chromasia.com “Sungguh menghairankan. Tidakkah Ashaab al-Kahf itu mengalami claustrophobia?” tanya seorang anak muda. “Haha, menarik juga soalan anta. Tak pernah terlintas di fikiran ustaz,” saya membalas. Claustrophobia itu didefinisikan sebagai ketakutan yang melampau oleh seseorang terhadap bilik atau ruang yang […]

RSS Faisal Tehrani

  • Satira Ketupat Cinta II: Kotak Berisi Kuih Lepat 11 November 2009
    Adapun pasar Melaka pada waktu itu sibuklah teramat. Segala barangan ada dijual. Termasuklah manusia yang akan dilelong sebagai hamba. Orang yang tua berumur delapan puluh tahun dijual dengan harga murah. Jika ia nyanyuk dijual dengan harga suku wang timah. Bak kata Abdul Mujid Bari, salah seorang pembesar di Melaka; adalah orang tua nyanyuk itu harganya mur […]

RSS Nisah Haron Online

  • Umbara Sastera III 11 November 2009
    Para penulis, peminat sastera dari jauh dan dekat, dengan segala hormatnya dipersilakan hadir ke majlis :Umbara Sastera III14 November 2009D'Ark, Taman Setia Kasih, Senawang, Negeri SembilanTema : Penulisan Sastera IslamPanel :Puan Nisah Haji HaronProses kreatif cerpen Aset IstiqamahTempat PertamaSayembara Cerpen Hadiah Sastera Berunsur Islam ke - 12Enc […]

RSS Serunai Faqir

  • Warisan Melayu - Gendang Silat 6 November 2009
    Upacara Penganugerahan Sandang Silat Gayong yang disempurnakan oleh Y.A.M Tengku Datuk Seri Tengku Ahmad Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj telah berlansung di Kuala Lumpur International Hotel pada 25 Oktober yang lalu. Kumpulan kami dijemput mengiringi majlis.

RSS BECKyilHAM

  • Ulasan Cerpen Jus Soli Jus Sanguinis dalam Tunas Cipta 11/09 5 November 2009
    "Pada dasarnya cerpen ini juga merupakan garapan warna-warni kehidupan yang bersifat global. Walaupun dalam situasi yang berlatarkan zon perang, masih ada nilai emosi dan nilai-nilai kemanusiaan sejagat. Saya terkesan cerpen ini kaya dengan maklumat, ada bahan-bahan sains politik, persekitaran budaya, aspek sejarah dan tamadun bangsa....oleh sebab isu y […]

RSS Coretan Perjalanan ZulDeanz

  • Segala-galanya Sudah Berubah 11 November 2009
    Dua minggu lalu, penulis telah menghadiri satu majlis perkahwinan seorang rakan di Banting, Selangor. Entah kenapa secara tiba-tiba sahaja penulis terkenangkan kembali memori indah semasa di sekolah menengah dahulu. Secara kebetulan rumah pengantin berhampiran dengan sekolah, tempat penulis pernah belajar dahulu, penulispun mengambil kesempatan berkunjung da […]

Flickr Photos

27/365 : Escape

More Photos