Arkib untuk Februari 2009

SAJAK YANG TERKHILAF

sajak-yang-khilaf

PAGI-PAGI lagi saya menerima satu e-mel dari seorang sahabat mohon diberikan penjelasan tentang e-mel yang beliau terima:

Assalamualaikum.

Saya Mohd Izwan bin Md Yusof , pemegang kad pengenalan 800507-03-5495, beralamat di N0. 7, Jalan Indah 7, Taman Cheras Indah, 56100, Kuala Lumpur, no. handset-017-3051719, ingin memohon penjelasan mengenai berita di atas yang disiarkan di dalam Beita Harian bertarikh 26 Februari 2009, Khamis (hari ini). Ia merujuk kepada sajak Air Mata Palestin yang dideklamasikan oleh Pegawai Perancang Bahasa DBP-En Azman al-Khurowi. Ia sebenarnya merupakan sajak nukilan saya yang telah dihantar ke email  ruangan surat pembaca Berita Harian pada hari Khamis 15 Januari 2009 dan disiarkan di ruangan surat pembaca Beita Harian pada hari Jumaat 16 Januari 2009.

 

Saya ingin memastikan samada beliau menyatakan ataupun tidak saya sebagai penulis sebenar sajak di atas. Saya bersangka baik beliau akan menyatakan, namun begitu jika sebaliknya, saya berasa sedih kerana sebagai Pegawai di DBP seharusnya memahami akta dan undang-undang berkaitan dengan hak cipta.

 

Semoga isu tersebut dapat dijelaskan. Di sini saya sertakan nukilan penuh sajak bertajuk “Air Mata Palestin” yang dikarang oleh saya. Sekian, terima kasih.

Terus membaca ‘SAJAK YANG TERKHILAF’

INSYIRAH SEDANG ‘SARAT’

insyirah

SAYA tidak tahu adakah Insyirah yang sedang sarat mengandung atau saya yang sedang sarat mengandungkan Insyirah. Kata kawan-kawan, bukan saya sahaja yang sarat mengandungkan Insyirah, yang terlebih bulan itu, editornya juga sarat dan Kekanda Sinaganaga juga sarat-barat turut mengendungkannya juga. Semuanya harus dipaksakan kelahiran daripada rahim ibunya Februari ini juga.

Dek kecanggihan teknologi ‘pengimbas perut’, gambar di atas ialah draf pertama rupa wajahnya. Terimalah buah tangan saya yang kedua selepas Tinta Elipsis.  Sepenuh jiwa yang mulus saya menulis. Moga dari jiwa saya, turunnya ke jiwa anda juga. - al-Kurauwi

PROSES KREATIF DLYBSSI

dia-lelaki

CERPEN: Dia, Lelaki yang Baru Saya Salam Itu, timbul setelah selesai solat Jumaat di Masjid Hukama’, DBP. Hari tersebut turut disempurnakan dengan Khutbah tentang Gaza beriring Qunut Nazilah dan solat hajat. Dalam khutbah saya menyentuh tentang boikot barangan Amerika termasuk rokok seperti Marlboro atau Benson & Hedges. Semangat boikot saya nampak di mata jemaah yang tidak tidur!

Selesai Jumaat, seorang kawan perokok menyapa. “Kami dah lama boikot Marlboro dan Benson & Hedges nih. Sebab tu kami hisap Dunhill atau Gudang Garam!” Mulutnya memuncungkan asap sedang kotak rokok Dunhil membengkak dalam kocek kemejanya.

Terus membaca ‘PROSES KREATIF DLYBSSI’

DIA, LELAKI YANG BARU SAYA SALAM ITU

dia-lelaki

TAPAK tangan lelaki yang baru saya salam tadi terasa membekas lembap. Dinginnya bagai melekat di telapak tangan saya. Usai solat Jumaat tadi, bukan saya sahaja yang berkerumun bersalam-salaman dengan lelaki itu, bahkan ramai juga jemaah yang menyelit-nyelit tubuh menghulurkan tangan. Lagaknya bagai seorang selebriti. Saat bersalam, saya pandang wajahnya yang masih bersisa air mata, sedang tubuhnya sedikit condong merendah diri. Saya turut terdorong merendah diri dan sebak.

Ah, biasanya, belum sempat habis zikir lagi, saya sudah gocoh-gopoh melangkah bahu jemaah. Bongkok-bongkok saya keluar buru-buru menyondol pintu belakang bak memikul sekantung pahala yang berat terbeban. Dahlah acap lewat; kadang-kadang di hujung-hujung khutbah, barulah saya datang. Sentiasa pula awal-awal mahu mendahului orang bila pulang. Pun tidaklah kerana cepat-cepat mahu masuk semula ke tempat kerja, tetapi melangkah seberang jalan dek berebut tempat duduk di gerai mamak betul-betul bawah di pohon ketapang, semata-mata mengisi perut dengan ABC atau cendol, sambil mengecek sebatang dua rokok kawan-kawan seangkatan.

Lama sudah saya memata-matai lelaki itu dari jauh sebelum tergerak hati untuk menyentuh tangannya. Saat menyandar tubuh ke dinding mencari lena, saya suka memandang tubuhnya yang kecil dengan janggutnya yang pandak itu. Jauh daripada muda berbanding usia saya. Saya meneka, barangkali usianya dalam pertengahan 30-an. Di atas mimbar itu, kadang-kadang saya lihat dia berjubah dan kadang-kadang segak memakai sepasang baju Melayu; lengkap bersamping dan bersongkok hitam. Walaupun bacaannya lancar, sebutannya jelas, telinga saya sahaja yang kadang-kadang dengar dan kadang-kadang samar, dek terangguk-angguk condong ke depan, kiri dan kanan terbabas. Yang pasti, saya dapat teka lenggok bahasanya. Kalau saya kerap terbabas, pastilah teks khutbahnya itu teks JAWI. Kalau teks buat sendiri tidaklah saya sempat bermimpi.

Terus membaca ‘DIA, LELAKI YANG BARU SAYA SALAM ITU’

PUISI RATHA’ : NAKBAH APAKAH INI?

tabung-dbp-untuk-gaza1

Prolog Nakbah Palestin

Ya Allah Nakbah apakah ini?
Lebih 6 dekad Bumi Palestin-Mu berdarah dijarah
Saat Yahudi Zionis mengumumkan Negara merdeka pada petang tanggal 14hb Mei 1948.

Sudah jatuh ditimpa tangga saat British mengundurkan tentera, Zionis Yahudi pula menjarah bumi tanpa simpati. Lalu mengusir 800 000 jiwa merdeka daripada 1.83 juta kemudian menjadi hamba dan pelarian melukut di luar negara. Tinggallah saki-baki nyawa-nyawa yang bersisa tua.

Labbaika Ya Allah. Labbaika ya Palestin
Ya Allah Nakbah apakah ini?
Lebih 6 yang dekad lalu, saat 580 perkampungan kami tegak berdiri, yang kami bina dari batu dan pepasir yang diramu dengan titis air mata kini hancur tidak berpusara. Tinggallah yang bersisa diisraelisasi dengan nama-nama Yahudi. Kebun-kebun kami, tanah-tanah berpenghuni dirampas menjadi penempatan pendatang haram Yahudi

Labbaika Ya Allah. Labbaika ya Palestin
Ya Allah Nakbah apakah ini?
Lebih 6 dekad lalu, Kau uji kami dengan Tragedi Deir Yassin. 254 nyawa yang tidak berdosa mereka ragut tanpa kasihan. Orang tua, wanita dan 52 kanak-kanak kecil yang baru belajar melihat dunia syahid diseksa di depan mata ibu bapa.

Wahai Tuhan mereka bakar rumah kami dan dengan nyawa kami jadi galang ganti kerana mempertahankan harga diri. Wahai Tuhan, mereka bunuh wanita-wanita yang hamil. Perut membusut dibelah dengan pisau Nazi, janin dan bayi dipaksa keluar hidup-hidup daripada rahim ibunya yang menangis mohon simpati. Anak-anak yang merah menangis tidak mengerti. Rahim ibu menjadi permainan teka-teki saat meneka anak perempuankah atau anak laki-laki.

Terus membaca ‘PUISI RATHA’ : NAKBAH APAKAH INI?’


 

Februari 2009
I S R K J S A
« Jan   Mac »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
232425262728  

BULAN BAHASA KEBANGSAAN 2009

BBK

KARYA TERKINI

CERPEN DI MINGGUAN MALAYSIA
OKTOBER 2009
Kemuncup 2

"KEMUNCUP Di Atas Padang" cerita tentang rintih alam kepada anak-anak gempa yang melanda bumi Padang, Sumatera Indonesia. Cerita tentang Epa Poho yang dipujuk oleh Zahara Talua saat menemui anak yang luka dan duka bersalut lumpur derita. Cerita tentang tanah leluhur kita yang imannya belum teruji sepenuhnya. Makmur diuji nikmat aman hingga hidup bagai tidak bertuhan.

CERPEN DI DEWAN SASTERA
OKTOBER 2009
DDKT

“Al-Qadar Buat Angkasawan Di Bumi” pernah tersiar di Akhbar Mingguan Malaysia, Syawal 2007. Kali ini, cerpen ini diberi penghargaan ke persada MASTERA yang disiarkan dalam Majalah Dewan Sastera (Malaysia), Majalah Horison (Indonesia) dan Majalah Bahana (Brunei). Cerpen ala fiksyen sains angkasa ini terilham daripada kisah dua angkasawan negara Dr. Syeikh Muzaphar dan Dr. Faiz Khaleed.

CERPEN DI BERITA HARIAN
FEBRUARI 2009
dia-lelaki

"Dia, Lelaki yang Baru Saya Salam Itu" terilham berasaskan semangat untuk memboikot produk Amerika lewat perang Gaza, Palestin - Israel. Ideanya timbul usai solat Jumaat di Masjid Hukama’, DBP. Hari tersebut turut disempurnakan dengan Khutbah tentang Gaza beriring Qunut Nazilah dan solat hajat. Dalam khutbah saya menyentuh tentang boikot barangan Amerika termasuk rokok seperti Marlboro atau Benson & Hedges. Semangat boikot saya nampak di mata jemaah yang tidak tidur!

INSYIRAH

insyirah2 Sesungguhnya Novel "Insyirah" ialah novel kedua yang telah lahir daripada rahim Sayembara Mengarang Novel Kanak-kanak dan Remaja 2007 - Dewan Bahasa dan Pustaka. Novel ini telah memenangi hadiah pertama dalam sayembara tersebut. - al-Kurauwi

DI DADANYA KALAM TUHAN

ddkt-blog Sesungguhnya, tidak sampai lima tahun selepas menyertai bengkel penulisan cerpen anjuran KEPEZI (Kelab Penulis Zaharah Nawawi) awal September 2004 Ibnu Ahmad al-Kurauwi sudah mampu menghasilkan 20 cerpen yang melayakkannya memiliki kumpulan Di Dadanya Kalam Tuhan. Hal begini diperakui jarang terjadi. Namun bagi penulis muda pemegang ijazah Kesusasteraan Arab dari Jordan ini tiada perkara mustahil. Ke bulan pun manusia boleh jejak, inikan pula sekadar melahirkan sebuah kumpulan cerpen dalam waktu yang relatif singkat. – Zaharah Nawawi USJ Subang Jaya 9 Mac 2009

TINTA ELIPSIS

Novel TE bergerak sekitar gejolak rasa dan jalanan minda watak Amir Afif Amizul, anak peneroka FELDA, yang berpeluang menekuni bahasa Arab dan Pengajian Islam di Universiti Jordan. Amir Afif mempunyai sedikit sebanyak pengalaman dalam bidang penerbitan (TE: 25/7), iaitu selain pengalamannya sebagai konsultan yang ditimbanya selama lima tahun bertugas dengan Syarikat Amal Profesional Sdn. Bhd. (TE: 28) Amir Afif berhadapan dengan beberapa masalah yang wajar diatasinya sebijak mungkin. - Dr. Anis

TINTA LARIS

TINTA SAPA

al-Kurauwi pada BAHASA MELAYU VS BAHASA M…
Katakanlah pada BAHASA MELAYU VS BAHASA M…
ibnuahmadalkurauwi pada ANTOLOGI CERPEN JAWI
Sue pada ANTOLOGI CERPEN JAWI
ibnuahmadalkurauwi pada ANTOLOGI CERPEN JAWI

TETAMU

  • 64,599 hits

RSS Saifulislam.Com

  • Kuasa Simplisiti: Al-Ghazzali Oleh Deden Himawan 18 November 2009
    Saya sangat percaya dengan kuasa simplisiti. Keberkesanan pada menyampaikan maksud, apabila sesuatu yang rumit dan membingungkan berjaya diringkaskan dengan rumusan yang komprehensif. Tidak dinafikan, di dalam sejarah memang ada sesetengah ilmuan yang mahu ilmu dijaga nilai eksklusifnya, justeru persembahan ilmu wajar ‘disusah-susahkan’. KAMUS AR […]

RSS Faisal Tehrani

  • Changeling: Korupsi 20 November 2009
    Oleh Faisal TehraniSEBUAH kisah benar. 10 Mac 1928 apabila Christine bangun pagi dengan janji untuk membawa anaknya menonton filem, dia menerima panggilan untuk menggantikan tempat seorang rakan sekerja yang sedang sakit. Meski hari tersebut adalah hari cutinya, Christine berlepas ke tempat kerja sebagai seorang ketua operator penuh dedikasi, dan pulang dala […]

RSS Nisah Haron Online

  • SAKM - X : Sastera Rentas Ilmu 17 November 2009
    Insya-Allah, saya akan membentangkan kertas kerja (kertas catatan, sebenarnya) di dalam Seminar Antarabangsa Kesusasteraan Melayu ke-10 di UKM pada 19 November.Seminar dijadualkan berlangsung selama dua hari : 18 - 19 November 2009 di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM.Jadual sudah saya lampirkan di dalam entri terdahulu. Sila rujuk entri sebelum ini […]

RSS Serunai Faqir

  • Warisan Melayu - Gendang Silat 6 November 2009
    Upacara Penganugerahan Sandang Silat Gayong yang disempurnakan oleh Y.A.M Tengku Datuk Seri Tengku Ahmad Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj telah berlansung di Kuala Lumpur International Hotel pada 25 Oktober yang lalu. Kumpulan kami dijemput mengiringi majlis.

RSS BECKyilHAM

  • Cerpen FAJAR SIDIK DI SIERRA MORENA dalam Sastera.net Edisi 7 21 November 2009
    “Tanpa Sierra Morena, barangkali Islam telah tertebar ke seantero Semenanjung Iberia.”Pernyataan tunggal membawa pengertian bercabang. Jikalau yang melafazkan itu orang lain, Mazlina tidak perlu meragui melankolia yang berlagu. Namun frasa sepatah terluncur antara dua bibir milik Rodrigo Diaz.Mazlina menoleh. Susuk lampai agam seorang lelaki Eropah tertera d […]

RSS Coretan Perjalanan ZulDeanz

  • Segala-galanya Sudah Berubah 11 November 2009
    Dua minggu lalu, penulis telah menghadiri satu majlis perkahwinan seorang rakan di Banting, Selangor. Entah kenapa secara tiba-tiba sahaja penulis terkenangkan kembali memori indah semasa di sekolah menengah dahulu. Secara kebetulan rumah pengantin berhampiran dengan sekolah, tempat penulis pernah belajar dahulu, penulispun mengambil kesempatan berkunjung da […]

Flickr Photos

Momentos ácidos

More Photos