Arkib untuk Mac 2009

SEMINAR WAJAH KEPENGARANGAN MUSLIMAH NUSANTARA

buku-muslimah

Persatuan Kesusasteraan Bandingan Malaysia (PKBM) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama eSastera.com dan Masjid Abd. Rahman Bin Auf (MARBA) akan menganjurkan Seminar Wajah Kepengarangan Muslimah Nusantara pada 31 Mac hingga 2 April 2009.

Terus membaca ‘SEMINAR WAJAH KEPENGARANGAN MUSLIMAH NUSANTARA’

CERPEN BERITA HARIAN PILIHAN 2009

cerpen-indon
DALAM E-MEL saya kepada Berita Harian, yang disiarkan pada hari  Khamis 26 Mac yang lalu telah mencadangkan agar cerpen-cerpen yang terbaik yang disiarkan dalam Berita Harian diterbitkan dalam sebuah antologi cerpen seperti yang dilakukan akhbar Kompas di Indonesia.

Kompas memilih 20 cerpen terbaik yang dinilai oleh dua orang tokoh yang dilantik oleh akhbar tersebut dan menerbitkannya setiap tahun. (Cerpen-cerpen Pilihan Kompas boleh dibaca di sini)

Walaupun cerpen yang dimuatkan dalam antologi itu tidak diberi hadiah, setidak-tidaknya cerpen itu dibukukan untuk tujuan rujukan dan dokumentasi.  Sesungguhnya karya-karya yang baik wajar dirakam oleh masyarakat pada bulan, pada tahun atau pada zaman itu. – al-Kurauwi

SEMINAR SEHARI PURNAMA 2009

help_key_cp
Pusat Penyelidikan dan Pengembangan Sastera Kanak-kanak dan Remaja (PURNAMA) dengan kerjasama Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia akan mengadakan: Seminar Sehari Kesusasteraan Kanak-kanak dan Remaja 2009

Tarikh: 9 April 2009
Masa: 8.30 pagi – 4.30 petang
Tempat: Dewan Seminar, Aras 2, DBP.

Maklumat lanjut. Telefon: Puan Fazilah Mohamedeni, DBP – 03-21483113 + Dr. Nik Rafidah Nik Muhamad Affendi, UPM – 019-9378585

PERHIMPUNAN PENULIS MUDA NASIONAL 2009

 

pena

Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Melaka akan menganjurkan Perhimpunan Penulis Muda Nasional 2009 (PPMN 2009) bertemakan 

“Perjuangan Penulis Muda: Arah dan Cabaran” dijadualkan pada 17 hingga 19 April 2009

PPMN 2009 ini adalah untuk mengintrospeksi perjuangan penulis muda hari ini setelah negara melalui cabaran 50 tahun mengekalkan kemerdekaan negara. Selain daripada pembentangan kertas kerja, PPMN 2009 ini membuka ruang diskusi penulis muda mapan dan baru.

Borang pendaftaran hendaklah tiba ke meja urus setia sebelum 8 April 2009

.

Pertanyaan dan keterangan lanjut, sila hubungi Saifullizan Yahaya (03-2148 2480 – saif@dbp.gov.my), Wan Zaida Hj. Wan Yussof (013-691 5266 – nuhamelissa@yahoo.com), atau Muhammad Lufti Ishak (013-2650 876).

INSYIRAH DI’INDUCEED’

insyirah1

Entri ni tidak ada kaitan antara yang hidup dengan yang mati. Sekadar nasihat kepada adik saya yang akan menerima cahaya mata pertama tahun ni.

Abang: “Wahai adikku, ada orang mahu memilih tarikh tertentu untuk melahirkan bayi mereka dengan cara kelahiran yang dipaksa (induceed). Suami redha, isteri pula rela menentang fitrah; Tidak mahu menanti rasa sakit bersalin secara spontan. Alasan si isteri: Ah, waktunya tidak sesuai, atau mahu tarikh anak lahir nanti sempena tahun baharu atau tarikh merdeka negara. Oleh itu,  si isteri lebih selesa ke hospital terlebih dahulu dan bersalin secara paksaan. Tetapi adikku, syaratnya bayi itu mestilah cukup bulan, 37 minggu ke atas!”

Abang: “Wahai adikku, ada bayi yang telah melebihi tarikh jangkaan bersalin iaitu lebih 40 minggu (postm-maturity) masih tidak lahir juga. Jangan bimbang, jika masih belum ada tanda-tanda bayi itu boleh bersalin secara spontan dan saiz bayi telah mencapai ke tahap pertumbuhan yang memuaskan, doktor akan mencadangkan supaya di’induction’kan (mencetuskan kuncupan rahim bagi memulakan sakit bersalin). Bukan apa, mencegah kemungkinan bayi lemas atau mati dalam rahim ibu.”

Terus membaca ‘INSYIRAH DI’INDUCEED’’

ZUBIR ALI & SUARA PALESTIN

zubir

BALADA SEORANG GADIS KECIL.

Gadis kecil itu telah bertahun, dikecam derita,
Di khemah pelarian, yang menjanjikan dukacita.

Munir tak mengenal erti cinta, telah kering airmata,
menangisi kematian, ayah bonda dan saudara.

Pada suatu senja langit Shatila,
Menyaksikan pembunuhan, anak kecil dan wanita,

Munir ditembak penuh luka, tapi ajalnya belum tiba,
Kerana Tuhan mengasihi dia.

Peristiwa hitam 17 September, telah menjadi bukti,
Sempurnalah kekejaman suatu bangsa yang sombong dan hina.

Berapa banyak lagi, gadis kecil tak berdosa,
akan menjadi mangsa, kekejaman manusia.

Berapa abad lagi gadis kecil seperti Munir,
Akan menjadi korban, peperangan.

Zubir Ali (17 Disember 1982).

Terus membaca ‘ZUBIR ALI & SUARA PALESTIN’

PPSMI: ANAK MUDA DI DEPAN

sn-samad-said1

Anak muda perlu ke depan kerana perjuangan ini melibatkan masa depan mereka. Bahasa Melayu merupakan bahasa ibunda dan ia juga merupakan jati diri bangsa, hati nurani sesuatu bangsa. Kalau tidak dipertahankan apa lagi yang tinggal untuk anak muda ini. 

Anak muda perlu lebih ke depan. Kalau di jalanan, saya di depan kalau terjadi apa-apa, saya yang awal akan tumbang – SN A. Samad Said


 

Mac 2009
I S R K J S A
« Feb   Apr »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

BULAN BAHASA KEBANGSAAN 2009

BBK

KARYA TERKINI

CERPEN DI MINGGUAN MALAYSIA
OKTOBER 2009
Kemuncup 2

"KEMUNCUP Di Atas Padang" cerita tentang rintih alam kepada anak-anak gempa yang melanda bumi Padang, Sumatera Indonesia. Cerita tentang Epa Poho yang dipujuk oleh Zahara Talua saat menemui anak yang luka dan duka bersalut lumpur derita. Cerita tentang tanah leluhur kita yang imannya belum teruji sepenuhnya. Makmur diuji nikmat aman hingga hidup bagai tidak bertuhan.

CERPEN DI DEWAN SASTERA
OKTOBER 2009
DDKT

“Al-Qadar Buat Angkasawan Di Bumi” pernah tersiar di Akhbar Mingguan Malaysia, Syawal 2007. Kali ini, cerpen ini diberi penghargaan ke persada MASTERA yang disiarkan dalam Majalah Dewan Sastera (Malaysia), Majalah Horison (Indonesia) dan Majalah Bahana (Brunei). Cerpen ala fiksyen sains angkasa ini terilham daripada kisah dua angkasawan negara Dr. Syeikh Muzaphar dan Dr. Faiz Khaleed.

CERPEN DI BERITA HARIAN
FEBRUARI 2009
dia-lelaki

"Dia, Lelaki yang Baru Saya Salam Itu" terilham berasaskan semangat untuk memboikot produk Amerika lewat perang Gaza, Palestin - Israel. Ideanya timbul usai solat Jumaat di Masjid Hukama’, DBP. Hari tersebut turut disempurnakan dengan Khutbah tentang Gaza beriring Qunut Nazilah dan solat hajat. Dalam khutbah saya menyentuh tentang boikot barangan Amerika termasuk rokok seperti Marlboro atau Benson & Hedges. Semangat boikot saya nampak di mata jemaah yang tidak tidur!

INSYIRAH

insyirah2 Sesungguhnya Novel "Insyirah" ialah novel kedua yang telah lahir daripada rahim Sayembara Mengarang Novel Kanak-kanak dan Remaja 2007 - Dewan Bahasa dan Pustaka. Novel ini telah memenangi hadiah pertama dalam sayembara tersebut. - al-Kurauwi

DI DADANYA KALAM TUHAN

ddkt-blog Sesungguhnya, tidak sampai lima tahun selepas menyertai bengkel penulisan cerpen anjuran KEPEZI (Kelab Penulis Zaharah Nawawi) awal September 2004 Ibnu Ahmad al-Kurauwi sudah mampu menghasilkan 20 cerpen yang melayakkannya memiliki kumpulan Di Dadanya Kalam Tuhan. Hal begini diperakui jarang terjadi. Namun bagi penulis muda pemegang ijazah Kesusasteraan Arab dari Jordan ini tiada perkara mustahil. Ke bulan pun manusia boleh jejak, inikan pula sekadar melahirkan sebuah kumpulan cerpen dalam waktu yang relatif singkat. – Zaharah Nawawi USJ Subang Jaya 9 Mac 2009

TINTA ELIPSIS

Novel TE bergerak sekitar gejolak rasa dan jalanan minda watak Amir Afif Amizul, anak peneroka FELDA, yang berpeluang menekuni bahasa Arab dan Pengajian Islam di Universiti Jordan. Amir Afif mempunyai sedikit sebanyak pengalaman dalam bidang penerbitan (TE: 25/7), iaitu selain pengalamannya sebagai konsultan yang ditimbanya selama lima tahun bertugas dengan Syarikat Amal Profesional Sdn. Bhd. (TE: 28) Amir Afif berhadapan dengan beberapa masalah yang wajar diatasinya sebijak mungkin. - Dr. Anis

TINTA LARIS

TINTA SAPA

al-Kurauwi pada BAHASA MELAYU VS BAHASA M…
Katakanlah pada BAHASA MELAYU VS BAHASA M…
ibnuahmadalkurauwi pada ANTOLOGI CERPEN JAWI
Sue pada ANTOLOGI CERPEN JAWI
ibnuahmadalkurauwi pada ANTOLOGI CERPEN JAWI

TETAMU

  • 64,588 hits

RSS Saifulislam.Com

  • Kuasa Simplisiti: Al-Ghazzali Oleh Deden Himawan 18 November 2009
    Saya sangat percaya dengan kuasa simplisiti. Keberkesanan pada menyampaikan maksud, apabila sesuatu yang rumit dan membingungkan berjaya diringkaskan dengan rumusan yang komprehensif. Tidak dinafikan, di dalam sejarah memang ada sesetengah ilmuan yang mahu ilmu dijaga nilai eksklusifnya, justeru persembahan ilmu wajar ‘disusah-susahkan’. KAMUS AR […]

RSS Faisal Tehrani

  • Changeling: Korupsi 20 November 2009
    Oleh Faisal TehraniSEBUAH kisah benar. 10 Mac 1928 apabila Christine bangun pagi dengan janji untuk membawa anaknya menonton filem, dia menerima panggilan untuk menggantikan tempat seorang rakan sekerja yang sedang sakit. Meski hari tersebut adalah hari cutinya, Christine berlepas ke tempat kerja sebagai seorang ketua operator penuh dedikasi, dan pulang dala […]

RSS Nisah Haron Online

  • SAKM - X : Sastera Rentas Ilmu 17 November 2009
    Insya-Allah, saya akan membentangkan kertas kerja (kertas catatan, sebenarnya) di dalam Seminar Antarabangsa Kesusasteraan Melayu ke-10 di UKM pada 19 November.Seminar dijadualkan berlangsung selama dua hari : 18 - 19 November 2009 di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM.Jadual sudah saya lampirkan di dalam entri terdahulu. Sila rujuk entri sebelum ini […]

RSS Serunai Faqir

  • Warisan Melayu - Gendang Silat 6 November 2009
    Upacara Penganugerahan Sandang Silat Gayong yang disempurnakan oleh Y.A.M Tengku Datuk Seri Tengku Ahmad Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj telah berlansung di Kuala Lumpur International Hotel pada 25 Oktober yang lalu. Kumpulan kami dijemput mengiringi majlis.

RSS BECKyilHAM

  • Cerpen FAJAR SIDIK DI SIERRA MORENA dalam Sastera.net Edisi 7 21 November 2009
    “Tanpa Sierra Morena, barangkali Islam telah tertebar ke seantero Semenanjung Iberia.”Pernyataan tunggal membawa pengertian bercabang. Jikalau yang melafazkan itu orang lain, Mazlina tidak perlu meragui melankolia yang berlagu. Namun frasa sepatah terluncur antara dua bibir milik Rodrigo Diaz.Mazlina menoleh. Susuk lampai agam seorang lelaki Eropah tertera d […]

RSS Coretan Perjalanan ZulDeanz

  • Segala-galanya Sudah Berubah 11 November 2009
    Dua minggu lalu, penulis telah menghadiri satu majlis perkahwinan seorang rakan di Banting, Selangor. Entah kenapa secara tiba-tiba sahaja penulis terkenangkan kembali memori indah semasa di sekolah menengah dahulu. Secara kebetulan rumah pengantin berhampiran dengan sekolah, tempat penulis pernah belajar dahulu, penulispun mengambil kesempatan berkunjung da […]

Flickr Photos

More Photos