Arkib untuk April 2009

APABILA PENULIS MENGULAS

SUKAR mencari rakan-rakan yang sanggup membeli karya kita, membaca karya kita, kemudian memberi komen yang jujur dan menulis pandangannya terhadap karya tersebut. Andai ada empat etos tersebut dilakukan oleh rakan-rakan anda, maka berikanlah segunung penghargaan. Saya ada dua orang rakan penulis mapan: Tuan Haji Shapiai Mohd Ramly dan Saudara Kholid Hamzah yang memberi komen terhadap dua buah karya saya dalam blog masing-masing:

ddkt-blog Kata Tuan Haji Shapiai: “Dua buku yang saya beli di Pesta Buku Antarabangsa KL 09 ialah buku karya Azman Ahmad atau nama penanya Ibnu Ahmad al-Kurauwi. Dari kumpulan kumpulan cerpen beliau yang berjudul, ‘Di Dadanya Kalam Tuhan’, saya mula mengunyah cerpen beliau yang berjudul , “Bahasa Pelangi” kerana tertarik dengan judulnya. Membaca pelangi adalah membaca kisah-kisah indah hidup seseorang insan. Begitulah kesan pertama saya setelah membaca buah tangan Ibnu Ahmad al-Kurauwi itu.

‘Di Dadanya Kalam Tuhan’ (DBP: 2009) menghidangkan 20 buah cerpen yang pernah terisar dalam pelbagai media. Kemudian saya terus membaca beberapa buah cerpen beliau yang lain seperti, ‘Syahadah Mc. Allister’, ‘Dan Kuntum Syawal pun Mewangi’, ’Memintas Al-Qadar’, ‘Kerudung Kefiyyeh Baba’, ’Dari Kerisek ke Baiturrahman’, ’Tiga Drama dalam Tiga Gerabak Keretapi’,’Dua Lewat Taubat’, dan ‘Di dadanya Kalam Tuhan’.

Sebagai Seorang Ustaz, sudah tentu Ibnu Ahmad al-Kurauwi banyak menyelitkan kisah-kisah pengajaran. Dari seorang pemuda Inggeris yang melafazkan syahadah kerana hendak ‘jadi Melayu’, seterusnya bagaimana seorang Walid yang menghadapi fitnah dan seorang suami yang kehilangan isteri tercinta banyak mengajar kita tentang erti kasih sayang, kesabaran dan juga penyesalan.
Bagi saya cerpen-cerpen beliau menarik kerana penggunaan ayat-ayatnya yang indah dan segar. Terutama selepas membaca ‘Bahasa Pelangi’. Lihat saja ayat-ayat ini:

  • Bukan tidak mahu berduka tetapi saya sudah berlara-lara diyatimkan Tuhan…,
  • Sempat saya bancuhkan sebuah senyuman manis bergaul pahit ke wajah ma..,
  • Tahulah ma masih memeram dendam, kerana itu tiada tangan yang melambai kami pergi, tiada terjunan air mata…’
  • Walang menumpang di kedut wajahnya,
  • Saya cuba membuka mangga bicara yang mengunci mulut abah,
  • Cukuplah kematian Wardah memenjara lidah saya, mengemam bibir dari berkata-kata,
  • Saya kehilangan kata-kata kerana sebak bertali di uncang dada. “

Terus membaca ‘APABILA PENULIS MENGULAS’

TENGGELAMNYA ELIPSIS

sbp1

ORANG-ORANG tua Melayu mengingatkan saya “Bercakap dengan orang, sopan santun jangan dibuang, bercakap dengan saudara, lidah bergoyang dijaga pelihara, bercakap dengan sahabat, perasaan orang hendaklah ingat, bercakap pada yang ramai, menjaga lidah hendaklah pandai.”

Oleh yang demikian saya menyusun jari sepuluh, andai sepanjang Program Sesi Bersama Penulis 19 & 20 hari bulan yang lalu tak sempat nak melayan secara mulus sahabat-sahabat yang datang. Terima kasih kepada semua yang menyokong teristimewa kepada moderator Seri Banon (editor Tinta Elipsis), Ruslan Raffar (editor DDKT), Kak Tim dan Zaleha (editor Insyirah) juga rakan-rakan di Dawama Sdn. Bhd.

Terus membaca ‘TENGGELAMNYA ELIPSIS’

INSYIRAH SEADANYA

insyirah2

Blurb

Ya Allah, aku mahu jadi seperti hujan yang mulia di singgahsana langit tinggi dengan maruah dan kedudukan, namun demi sebuah amanah, hujan rela merendah diri menyimbah kulit bumi demi kelangsungan sebuah kehidupan yang di amanahkan Tuhan. Hujan tidak pernah terkhilaf menurunkan rahmat Tuhan, sedang manusia sentiasa terkhilaf dengan kesalahan dan kelupaan!

Ya Allah, aku ingin jadi segagah hujan kerana kesatuan dan kesepaduan. Bukankah hujan bermula dari senipis gelembung lalu menjadi wap yang naif kemudian naik ke langit menjadi setitis air lalu turun ke bumi menjadi gerimis. Ada kalanya renyai dan ada kalanya lebat. Pada satu tahap, hujan tak mampu disukat ada kalanya tidak mampu disekat kerana ia kuat. – Insyirah

NASIB PPSMI & JAWI BERUBAH?

ppsmi

MENDENGAR pengumuman Tan Sri Muhyiddin sebagai Menteri Pelajaran baharu dan Timbalannya oleh YB Dr. Fuad Zarkashi serta YB Dr. Wee Kaa Siong kekal dengan porfolio asal, mengundang rasa lega dan bimbang bercampur-campur. Apakah nasib PPSMI berubah.

Harapan cukup tinggi juga kepada Dato’ Rais Yatim bak sirih pulang ke gagang agar tulisan Jawi di daulat kembali setelah sekian lama sejuk. Bimbang juga dek tak terlayan kerana Penerangan dan komunikasi juga di tangannya- al-Kurauwi

11 PENULIS DI PBKL 2009

pbkl

SEPANJANG Pesta Buku Kuala Lumpur 17-26 April 2009 (3.00-5.00 petang), Dewan Bahasa dan Pustaka telah mengundang 11 orang penulis dalam program Sesi Bersama Penulis untuk membicarakan karya masing-masing di Gerai DBP 3087-3089, Dewan Tun Razak, Aras 3, PWTC.

1. 17 April 2009 (Jumaat) Penulis Ramlah Rashid – Jeriji Kasih dan Usang. Moderator Md. Shukuri Hamzah

2. 18 April 2009 (Sabtu) Penulis Siti Jasmina Ibrahim – Hikayat Qaziq. Moderator Norazian Ahmad

3. 19 April 2009 (Ahad) Penulis Nafisah Haji Hussain – Melayar Impian. Moderator Haji Azman Ahmad

Terus membaca ‘11 PENULIS DI PBKL 2009′

DI DADANYA KALAM TUHAN

ddkt-blog

PULANG ke desa baru-baru ini, seronok melihat wajah rindu Bonda dan ayahanda dibedak warna bahagia mendakap kasih anak-anak dan cucu-cucunya. Selalunya aktiviti pertama yang kami lakukan apabila pulang ialah menjenguk ke jendela melihat pohon-pohon durian Bonda berbuah ataupun tidak.

Kata Bonda, pohon duriannya yang meneduh di belakang rumah sudah banyak yang berbunga. Hujan setiap petang menyebabkan bunganya gugur memutih di perdu, Bonda sedikit mengeluh.  Kata Ayahanda, walaupun pohon durian meriah berbunga, belum tentu bunga yang lekat berputik dan putik yang lekat berbuah sempurna untuk dinikmati isinya. Banyak sangat tupai dan beruk yang mengganggunya sebelum sempat kami nikmati.

Sekonyong-konyong saya terbayangkan Insyirah. Dalam pada bahagia melihat kuntum-kuntum ‘Insyirah’ kembam berbunga, Kumpulan Cerpen ‘Di Dadanya Kalam Tuhan’ lekas berbunga, berputik, berbuah dan wanginya jatuh ke riba. – al-Kurauwi

PERHIMPUNAN DITANGGUHKAN

hilal

PERHIMPUNAN Penulis Muda Nasional 2009 (PPMN 2009) yang dianjurkan oleh Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Melaka pada tarikh 17-19 April 2009, khabarnya ditangguhkan ke bulan Mei. 

Barangkali memberi laluan kepada Pesta Buku Kuala Lumpur 2009. Bagus juga. Bolehlah berlama-lama di Pesta Buku - al-Kurauwi

SAYA DI PESTA BUKU 2009

bannerpestabuku

OLEH sebab Insyirah masih lagi belum lahir, saya diminta membawa Tinta Elipsis untuk dipromosikan sempena Pesta Buku nanti.  Pengalaman pertama bertemu peminat (kalau ada :( ). Yang berkelapangan, jumpa di sana pada 20 April 2009 di Galeri DBP. Tentu seronok dapat bertemu ulat-ulat buku di sana. Saya turut dijemput memeriahkan majlis pelancaran 200 buah buku di bawah dana pengerak industri buku pada  sebelah paginya. - al-Kurauwi


 

April 2009
I S R K J S A
« Mac   Mei »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

BULAN BAHASA KEBANGSAAN 2009

BBK

KARYA TERKINI

CERPEN DI MINGGUAN MALAYSIA
OKTOBER 2009
Kemuncup 2

"KEMUNCUP Di Atas Padang" cerita tentang rintih alam kepada anak-anak gempa yang melanda bumi Padang, Sumatera Indonesia. Cerita tentang Epa Poho yang dipujuk oleh Zahara Talua saat menemui anak yang luka dan duka bersalut lumpur derita. Cerita tentang tanah leluhur kita yang imannya belum teruji sepenuhnya. Makmur diuji nikmat aman hingga hidup bagai tidak bertuhan.

CERPEN DI DEWAN SASTERA
OKTOBER 2009
DDKT

“Al-Qadar Buat Angkasawan Di Bumi” pernah tersiar di Akhbar Mingguan Malaysia, Syawal 2007. Kali ini, cerpen ini diberi penghargaan ke persada MASTERA yang disiarkan dalam Majalah Dewan Sastera (Malaysia), Majalah Horison (Indonesia) dan Majalah Bahana (Brunei). Cerpen ala fiksyen sains angkasa ini terilham daripada kisah dua angkasawan negara Dr. Syeikh Muzaphar dan Dr. Faiz Khaleed.

CERPEN DI BERITA HARIAN
FEBRUARI 2009
dia-lelaki

"Dia, Lelaki yang Baru Saya Salam Itu" terilham berasaskan semangat untuk memboikot produk Amerika lewat perang Gaza, Palestin - Israel. Ideanya timbul usai solat Jumaat di Masjid Hukama’, DBP. Hari tersebut turut disempurnakan dengan Khutbah tentang Gaza beriring Qunut Nazilah dan solat hajat. Dalam khutbah saya menyentuh tentang boikot barangan Amerika termasuk rokok seperti Marlboro atau Benson & Hedges. Semangat boikot saya nampak di mata jemaah yang tidak tidur!

INSYIRAH

insyirah2 Sesungguhnya Novel "Insyirah" ialah novel kedua yang telah lahir daripada rahim Sayembara Mengarang Novel Kanak-kanak dan Remaja 2007 - Dewan Bahasa dan Pustaka. Novel ini telah memenangi hadiah pertama dalam sayembara tersebut. - al-Kurauwi

DI DADANYA KALAM TUHAN

ddkt-blog Sesungguhnya, tidak sampai lima tahun selepas menyertai bengkel penulisan cerpen anjuran KEPEZI (Kelab Penulis Zaharah Nawawi) awal September 2004 Ibnu Ahmad al-Kurauwi sudah mampu menghasilkan 20 cerpen yang melayakkannya memiliki kumpulan Di Dadanya Kalam Tuhan. Hal begini diperakui jarang terjadi. Namun bagi penulis muda pemegang ijazah Kesusasteraan Arab dari Jordan ini tiada perkara mustahil. Ke bulan pun manusia boleh jejak, inikan pula sekadar melahirkan sebuah kumpulan cerpen dalam waktu yang relatif singkat. – Zaharah Nawawi USJ Subang Jaya 9 Mac 2009

TINTA ELIPSIS

Novel TE bergerak sekitar gejolak rasa dan jalanan minda watak Amir Afif Amizul, anak peneroka FELDA, yang berpeluang menekuni bahasa Arab dan Pengajian Islam di Universiti Jordan. Amir Afif mempunyai sedikit sebanyak pengalaman dalam bidang penerbitan (TE: 25/7), iaitu selain pengalamannya sebagai konsultan yang ditimbanya selama lima tahun bertugas dengan Syarikat Amal Profesional Sdn. Bhd. (TE: 28) Amir Afif berhadapan dengan beberapa masalah yang wajar diatasinya sebijak mungkin. - Dr. Anis

TINTA LARIS

TINTA SAPA

al-Kurauwi pada BAHASA MELAYU VS BAHASA M…
Katakanlah pada BAHASA MELAYU VS BAHASA M…
ibnuahmadalkurauwi pada ANTOLOGI CERPEN JAWI
Sue pada ANTOLOGI CERPEN JAWI
ibnuahmadalkurauwi pada ANTOLOGI CERPEN JAWI

TETAMU

  • 64,588 hits

RSS Saifulislam.Com

  • Kuasa Simplisiti: Al-Ghazzali Oleh Deden Himawan 18 November 2009
    Saya sangat percaya dengan kuasa simplisiti. Keberkesanan pada menyampaikan maksud, apabila sesuatu yang rumit dan membingungkan berjaya diringkaskan dengan rumusan yang komprehensif. Tidak dinafikan, di dalam sejarah memang ada sesetengah ilmuan yang mahu ilmu dijaga nilai eksklusifnya, justeru persembahan ilmu wajar ‘disusah-susahkan’. KAMUS AR […]

RSS Faisal Tehrani

  • Changeling: Korupsi 20 November 2009
    Oleh Faisal TehraniSEBUAH kisah benar. 10 Mac 1928 apabila Christine bangun pagi dengan janji untuk membawa anaknya menonton filem, dia menerima panggilan untuk menggantikan tempat seorang rakan sekerja yang sedang sakit. Meski hari tersebut adalah hari cutinya, Christine berlepas ke tempat kerja sebagai seorang ketua operator penuh dedikasi, dan pulang dala […]

RSS Nisah Haron Online

  • SAKM - X : Sastera Rentas Ilmu 17 November 2009
    Insya-Allah, saya akan membentangkan kertas kerja (kertas catatan, sebenarnya) di dalam Seminar Antarabangsa Kesusasteraan Melayu ke-10 di UKM pada 19 November.Seminar dijadualkan berlangsung selama dua hari : 18 - 19 November 2009 di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM.Jadual sudah saya lampirkan di dalam entri terdahulu. Sila rujuk entri sebelum ini […]

RSS Serunai Faqir

  • Warisan Melayu - Gendang Silat 6 November 2009
    Upacara Penganugerahan Sandang Silat Gayong yang disempurnakan oleh Y.A.M Tengku Datuk Seri Tengku Ahmad Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj telah berlansung di Kuala Lumpur International Hotel pada 25 Oktober yang lalu. Kumpulan kami dijemput mengiringi majlis.

RSS BECKyilHAM

  • Cerpen FAJAR SIDIK DI SIERRA MORENA dalam Sastera.net Edisi 7 21 November 2009
    “Tanpa Sierra Morena, barangkali Islam telah tertebar ke seantero Semenanjung Iberia.”Pernyataan tunggal membawa pengertian bercabang. Jikalau yang melafazkan itu orang lain, Mazlina tidak perlu meragui melankolia yang berlagu. Namun frasa sepatah terluncur antara dua bibir milik Rodrigo Diaz.Mazlina menoleh. Susuk lampai agam seorang lelaki Eropah tertera d […]

RSS Coretan Perjalanan ZulDeanz

  • Segala-galanya Sudah Berubah 11 November 2009
    Dua minggu lalu, penulis telah menghadiri satu majlis perkahwinan seorang rakan di Banting, Selangor. Entah kenapa secara tiba-tiba sahaja penulis terkenangkan kembali memori indah semasa di sekolah menengah dahulu. Secara kebetulan rumah pengantin berhampiran dengan sekolah, tempat penulis pernah belajar dahulu, penulispun mengambil kesempatan berkunjung da […]

Flickr Photos

More Photos