11 PENULIS DI PBKL 2009

pbkl

SEPANJANG Pesta Buku Kuala Lumpur 17-26 April 2009 (3.00-5.00 petang), Dewan Bahasa dan Pustaka telah mengundang 11 orang penulis dalam program Sesi Bersama Penulis untuk membicarakan karya masing-masing di Gerai DBP 3087-3089, Dewan Tun Razak, Aras 3, PWTC.

1. 17 April 2009 (Jumaat) Penulis Ramlah Rashid – Jeriji Kasih dan Usang. Moderator Md. Shukuri Hamzah

2. 18 April 2009 (Sabtu) Penulis Siti Jasmina Ibrahim – Hikayat Qaziq. Moderator Norazian Ahmad

3. 19 April 2009 (Ahad) Penulis Nafisah Haji Hussain – Melayar Impian. Moderator Haji Azman Ahmad

4. 20 April 2009 (Isnin) Penulis Ibnu Ahmad Al-Kurauwi – Insyirah dan Di Dadanya Kalam Tuhan. Moderator Seri Banon Md. Kassim

5. 21 April 2009 (Selasa) Penulis Aminah Mokhtar – Merdekakan Cinta dan Dominasi Teberau Moderator Nurdiana Mohd. Nor

6. 22 April 2009 (Rabu) Penulis Ismail Kassan – Kembang Cempaka Sari Moderator Saifullizan Yahya

7. 23 April 2009 (Khamis) Penulis Amir Muslim – Peribahasa dan Ungkapan Inggeris Melayu Moderator Noraini Shukor

8. 24 April 2009 (Jumaat) Penulis Azizi Haji Abdullah – Harga Sebuah Maruah Moderator E-Pian Pro Paul

9. 25 April 2009 (Sabtu) Penulis Amiza Khusyri Yusof – Menjadi Bintang Moderator Marwati Wahab

10. 26 April 2009 (Ahad) Penulis Muhd. Nasruddin Dasuki – Langit Angsana Mohamad dan M.Saad Omar – Rahsia Malam Merdeka Moderator Mohd Shaidan

4 Respon to “11 PENULIS DI PBKL 2009”


  1. 1 ren 9 April 2009 at 2:59 pm

    tahniah sekali lagi, kanda ustaz! dan teman2 kol yang diberi peluang berbicara.

  2. 2 fadz 14 April 2009 at 8:40 am

    alah, sahabat saya ada tapi tak dapat ketemu sebab dah balik, haikh..

  3. 3 Kak Cik Nana 23 April 2009 at 10:11 am

    Sekalung terima kasih buat Ustaz selaku moderator petang Ahad lalu. Maaf tak sempat nak beli novel terbaru Ustaz ‘Insyirah’ dan Mazhab Cinta oleh Rendra. Dah balik baru teringat. Insyaallah kalau ada kelapangan saya akan singgah di PWTC hujung minggu ini.

  4. 4 ibnuahmadalkurauwi 23 April 2009 at 10:23 am

    Jangan bimbang Kak Cik Nana, esok masih ada, Pesta Buku pun belum usai. Harap-harap kita sama-sama dapat menyokong dan membeli karya kawan-kawan. Saya percaya pada kemurahan rezeki Tuhan.


Tinggalkan jawapan




 

April 2009
I S R K J S A
« Mac   Mei »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

KARYA TERKINI

CERPEN DI MINGGUAN MALAYSIA
OKTOBER 2009
Kemuncup 2

"KEMUNCUP Di Atas Padang" cerita tentang rintih alam kepada anak-anak gempa yang melanda bumi Padang, Sumatera Indonesia. Cerita tentang Epa Poho yang dipujuk oleh Zahara Talua saat menemui anak yang luka dan duka bersalut lumpur derita. Cerita tentang tanah leluhur kita yang imannya belum teruji sepenuhnya. Makmur diuji nikmat aman hingga hidup bagai tidak bertuhan.

CERPEN DI DEWAN SASTERA
OKTOBER 2009
DDKT

“Al-Qadar Buat Angkasawan Di Bumi” pernah tersiar di Akhbar Mingguan Malaysia, Syawal 2007. Kali ini, cerpen ini diberi penghargaan ke persada MASTERA yang disiarkan dalam Majalah Dewan Sastera (Malaysia), Majalah Horison (Indonesia) dan Majalah Bahana (Brunei). Cerpen ala fiksyen sains angkasa ini terilham daripada kisah dua angkasawan negara Dr. Syeikh Muzaphar dan Dr. Faiz Khaleed.

CERPEN DI BERITA HARIAN
FEBRUARI 2009
dia-lelaki

"Dia, Lelaki yang Baru Saya Salam Itu" terilham berasaskan semangat untuk memboikot produk Amerika lewat perang Gaza, Palestin - Israel. Ideanya timbul usai solat Jumaat di Masjid Hukama’, DBP. Hari tersebut turut disempurnakan dengan Khutbah tentang Gaza beriring Qunut Nazilah dan solat hajat. Dalam khutbah saya menyentuh tentang boikot barangan Amerika termasuk rokok seperti Marlboro atau Benson & Hedges. Semangat boikot saya nampak di mata jemaah yang tidak tidur!

INSYIRAH

insyirah2 Sesungguhnya Novel "Insyirah" ialah novel kedua yang telah lahir daripada rahim Sayembara Mengarang Novel Kanak-kanak dan Remaja 2007 - Dewan Bahasa dan Pustaka. Novel ini telah memenangi hadiah pertama dalam sayembara tersebut. - al-Kurauwi

DI DADANYA KALAM TUHAN

ddkt-blog Sesungguhnya, tidak sampai lima tahun selepas menyertai bengkel penulisan cerpen anjuran KEPEZI (Kelab Penulis Zaharah Nawawi) awal September 2004 Ibnu Ahmad al-Kurauwi sudah mampu menghasilkan 20 cerpen yang melayakkannya memiliki kumpulan Di Dadanya Kalam Tuhan. Hal begini diperakui jarang terjadi. Namun bagi penulis muda pemegang ijazah Kesusasteraan Arab dari Jordan ini tiada perkara mustahil. Ke bulan pun manusia boleh jejak, inikan pula sekadar melahirkan sebuah kumpulan cerpen dalam waktu yang relatif singkat. – Zaharah Nawawi USJ Subang Jaya 9 Mac 2009

TINTA ELIPSIS

Novel TE bergerak sekitar gejolak rasa dan jalanan minda watak Amir Afif Amizul, anak peneroka FELDA, yang berpeluang menekuni bahasa Arab dan Pengajian Islam di Universiti Jordan. Amir Afif mempunyai sedikit sebanyak pengalaman dalam bidang penerbitan (TE: 25/7), iaitu selain pengalamannya sebagai konsultan yang ditimbanya selama lima tahun bertugas dengan Syarikat Amal Profesional Sdn. Bhd. (TE: 28) Amir Afif berhadapan dengan beberapa masalah yang wajar diatasinya sebijak mungkin. - Dr. Anis

TINTA SAPA

ibnuahmadalkurauwi pada SALAM HIJRAH 1431
puteri pada SALAM HIJRAH 1431
ibnuahmadalkurauwi pada SALAM HIJRAH 1431
Nolida Mohd pada SALAM HIJRAH 1431
al-Kurauwi pada SALAM HIJRAH 1431

TETAMU

  • 66,423 hits

RSS Saifulislam.Com

  • Aku Mampu Mengubahnya 22 Disember 2009
    Rupa asal saya pada usia 1 tahun, 1976 Saya tidak pernah dipanggil si kurus. Sentiasa dipanggil si gemuk, badak, giant dan macam-macam lagi, sehinggalah akhirnya saya jadi betul-betul gemuk. Hingga saya rasa berdosa bekerja di Institut Jantung Negara, dan menahan pedih apabila dicaci oleh pemberi komen di blog yang menulis sesedap rasa. Saya mencari-cari kek […]

RSS Faisal Tehrani

  • Pembunuh Saidina Husin 23 Disember 2009
    Ada orang mengatakan pembunuh Saidina Husin adalah orang syiah yakni penghuni kota Kufah. Kerana itu sampai hari ini syiah meratap menangisi kekesalan perbuatan mereka. Entah dari mana sumber pandangan bodoh ini. Penghuni kota Kufah pada waktu Saidina Husin dibunuh itu adalah pembelot dan pengkhianat. Orang yang asalnya berjanji tetapi tidak mempertahankan S […]

RSS Nisah Haron Online

  • Sekitar Perhimpunan Alumni MPR 1 22 Disember 2009
    Apa istimewanya program Minggu Penulis Remaja (MPR) sehingga dikatakan kumpulan elit 'perasan bagus' oleh pihak yang bersuara dengan nada iri. Sama kita memang bagus ataupun 'perasan bagus' seperti dakwaan sesetengah pihak, mulut yang rajin berkata-kata itu pasti ada di mana-mana.Memetik kata-kata Sdr Ahmad Patria Abdullah, mantan peserta […]

RSS Serunai Faqir

  • Termenung 15 Disember 2009
    Petang ini saya termenung panjang. Melihat diri sendiri. Jauh ke dalam-dalam. Menginsafi diri bahawa sesuatu yang terjadi atas kehendak dan perancangan-Nya.

RSS BECKyilHAM

  • Kisah di Sebalik Batu 14 Disember 2009
    Lawatan padang ke singkapan bentukan (formation outcrop) Semantan di sisi Plaza Tol Temerloh Khamis lalu mengingatkan kembali kepada beberapa perkara penting yang berdikit-dikit meluput daripada pegangan seharian.Tuhan, terima kasih kerana sering mengingatiku sedangkan aku sentiasa lalai daripada mengenang-Mu!

RSS Coretan Perjalanan ZulDeanz

  • Memberi sokongan kepada atlit Malaysia di sukan Sea Laos 14 Disember 2009
    Pesawat Air Asia dinaiki bersama ahli rombongan Famemas selamat mendarat di Lapangan Antarabangsa Laos kira-kira 11 pagi (waktu Laos) pada 12hb Desimber 2009, selepas penerbangan kira-kira 2 jam setengah dari Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur. Perbezaan waktu Vietnam dengan Malaysia adalah 1 jam. Cuaca di Vientiane adalah sama seperti di Malaysia. Rombongan […]

Flickr Photos

Winter In Manchester

More Photos