
Blurb
Ya Allah, aku mahu jadi seperti hujan yang mulia di singgahsana langit tinggi dengan maruah dan kedudukan, namun demi sebuah amanah, hujan rela merendah diri menyimbah kulit bumi demi kelangsungan sebuah kehidupan yang di amanahkan Tuhan. Hujan tidak pernah terkhilaf menurunkan rahmat Tuhan, sedang manusia sentiasa terkhilaf dengan kesalahan dan kelupaan!
Ya Allah, aku ingin jadi segagah hujan kerana kesatuan dan kesepaduan. Bukankah hujan bermula dari senipis gelembung lalu menjadi wap yang naif kemudian naik ke langit menjadi setitis air lalu turun ke bumi menjadi gerimis. Ada kalanya renyai dan ada kalanya lebat. Pada satu tahap, hujan tak mampu disukat ada kalanya tidak mampu disekat kerana ia kuat. – Insyirah



Sesungguhnya Novel "Insyirah" ialah novel kedua yang telah lahir daripada rahim Sayembara Mengarang Novel Kanak-kanak dan Remaja 2007 - Dewan Bahasa dan Pustaka. Novel ini telah memenangi hadiah pertama dalam sayembara tersebut. - al-Kurauwi
Sesungguhnya, tidak sampai lima tahun selepas menyertai bengkel penulisan cerpen anjuran KEPEZI (Kelab Penulis Zaharah Nawawi) awal September 2004 Ibnu Ahmad al-Kurauwi sudah mampu menghasilkan 20 cerpen yang melayakkannya memiliki kumpulan Di Dadanya Kalam Tuhan. Hal begini diperakui jarang terjadi. Namun bagi penulis muda pemegang ijazah Kesusasteraan Arab dari Jordan ini tiada perkara mustahil. Ke bulan pun manusia boleh jejak, inikan pula sekadar melahirkan sebuah kumpulan cerpen dalam waktu yang relatif singkat. – Zaharah Nawawi USJ Subang Jaya 9 Mac 2009
TINTA SAPA