
ORANG-ORANG tua Melayu mengingatkan saya “Bercakap dengan orang, sopan santun jangan dibuang, bercakap dengan saudara, lidah bergoyang dijaga pelihara, bercakap dengan sahabat, perasaan orang hendaklah ingat, bercakap pada yang ramai, menjaga lidah hendaklah pandai.”
Oleh yang demikian saya menyusun jari sepuluh, andai sepanjang Program Sesi Bersama Penulis 19 & 20 hari bulan yang lalu tak sempat nak melayan secara mulus sahabat-sahabat yang datang. Terima kasih kepada semua yang menyokong teristimewa kepada moderator Seri Banon (editor Tinta Elipsis), Ruslan Raffar (editor DDKT), Kak Tim dan Zaleha (editor Insyirah) juga rakan-rakan di Dawama Sdn. Bhd.



Sesungguhnya Novel "Insyirah" ialah novel kedua yang telah lahir daripada rahim Sayembara Mengarang Novel Kanak-kanak dan Remaja 2007 - Dewan Bahasa dan Pustaka. Novel ini telah memenangi hadiah pertama dalam sayembara tersebut. - al-Kurauwi
Sesungguhnya, tidak sampai lima tahun selepas menyertai bengkel penulisan cerpen anjuran KEPEZI (Kelab Penulis Zaharah Nawawi) awal September 2004 Ibnu Ahmad al-Kurauwi sudah mampu menghasilkan 20 cerpen yang melayakkannya memiliki kumpulan Di Dadanya Kalam Tuhan. Hal begini diperakui jarang terjadi. Namun bagi penulis muda pemegang ijazah Kesusasteraan Arab dari Jordan ini tiada perkara mustahil. Ke bulan pun manusia boleh jejak, inikan pula sekadar melahirkan sebuah kumpulan cerpen dalam waktu yang relatif singkat. – Zaharah Nawawi USJ Subang Jaya 9 Mac 2009
TINTA SAPA