
KERTAS KERJA saya sempena Perhimpunan Penulis Muda Nasional 2009 di Melaka baru-baru ini yang bertajuk “Penulis Muda: Antara Mengisi Ruang dengan Menyediakan Peluang” semata-mata menghantar mesej kepada penulis bahawa ruang atau gelanggang penulisan bukanlah masalah. Kalau ruang yang menjadi masalah, di kanan blog ini saya pautkan senarai media yang menyediakan ruangan sastera.
Saya yakin, berasaskan penelitian saya, yang menjadi kekangan kepada penulis, apabila penulis sendiri tidak mencipta peluang dengan karya-karya yang terbaik untuk diterima dan disiarkan oleh para editor akhbar dan majalah. Ulasan saudara Zul Khair dalam Malaysia Harmoni tentang kertas kerja saya di bawah barangkali boleh menjelaskan.
AIR KEROH, 23 Mei – Penulis-penulis muda di negara ini dinasihatkan supaya tidak gusar kerana ruang untuk mereka berkarya masih cukup luas.
Perkara tersebut didedahkan oleh penulis dan pegawai DBP, Ibnu Ahmad Al-Kurauwi dalam kertas kerjanya berjudul ‘Penulis Muda: Antara Mengisi Ruang dengan Menyediakan Peluang’ dalam Perhimpunan Penulis Muda Nasional 2009 yang diadakan dari 22 hingga 24 Mei 2009 di Puteri Resort, Air Keroh, Melaka.
Sebanyak 18 kertas kerja dibentangkan dalam perhimpunan tersebut termasuk kertas kerja ucap utama oleh Dato’ Dr. Anwar Ridhwan. Perhimpunan ini merupakan anjuran bersama PENA, DBP, MBMB, ASWARA dan DBP Wilayah Selatan.
Kertas kerja Al-Kurauwi mengandungi analisis ruangan sastera dalam majalah dan penerbitan tanah air; DBP, Karangkraf, Kumpulan Utusan, NST, MMP Communications dan lain-lain.












Sesungguhnya Novel "Insyirah" ialah novel kedua yang telah lahir daripada rahim Sayembara Mengarang Novel Kanak-kanak dan Remaja 2007 - Dewan Bahasa dan Pustaka. Novel ini telah memenangi hadiah pertama dalam sayembara tersebut. - al-Kurauwi
Sesungguhnya, tidak sampai lima tahun selepas menyertai bengkel penulisan cerpen anjuran KEPEZI (Kelab Penulis Zaharah Nawawi) awal September 2004 Ibnu Ahmad al-Kurauwi sudah mampu menghasilkan 20 cerpen yang melayakkannya memiliki kumpulan Di Dadanya Kalam Tuhan. Hal begini diperakui jarang terjadi. Namun bagi penulis muda pemegang ijazah Kesusasteraan Arab dari Jordan ini tiada perkara mustahil. Ke bulan pun manusia boleh jejak, inikan pula sekadar melahirkan sebuah kumpulan cerpen dalam waktu yang relatif singkat. – Zaharah Nawawi USJ Subang Jaya 9 Mac 2009
TINTA SAPA