
Ulasan Datuk Hasan Ahmad, mantan Ketua Pengarah DBP tentang gagasan 1 Malaysia sangat menarik sewaktu memberikan pandangan dalam Dialog DBP Bersama Ilmuwan dan Karyawan Sastera:
“Perpaduan bangsa tidak boleh dijelmakan melalui slogan. Malah PM sendiri mengakui bahawa gagasan 1 Malaysia tersebut bukanlah suatu yang baharu. Pemimpin harus sedar, usaha-usaha memupuk perpaduan bangsa ini sudah bermula sejak tuntutan kemerdekaan tanah air lagi malah lebih berkesan diaplikasikan melalui dasar-dasar kebangsaan yang diperkenalkan sejak dahulu itu seperti Dasar Bahasa, Dasar Pelajaran Kebangsaan 1956, Dasar Budaya Kebangsaan 1971 dan juga Dasar Ekonomi Baharu.”
Prof. Madya Dr. Hashim Ismail turut menambah bahawa budaya mencipta slogan dalam kalangan pemimpin kita seakan-seakan menjadi trend setiap kali pemimpin baharu memegang tampuk pemerintahan. Lebih ironi lagi apabila mereka melontar lebih dahulu slogan kemudian barulah tercari-cari akan definasinya.












Sesungguhnya Novel "Insyirah" ialah novel kedua yang telah lahir daripada rahim Sayembara Mengarang Novel Kanak-kanak dan Remaja 2007 - Dewan Bahasa dan Pustaka. Novel ini telah memenangi hadiah pertama dalam sayembara tersebut. - al-Kurauwi
Sesungguhnya, tidak sampai lima tahun selepas menyertai bengkel penulisan cerpen anjuran KEPEZI (Kelab Penulis Zaharah Nawawi) awal September 2004 Ibnu Ahmad al-Kurauwi sudah mampu menghasilkan 20 cerpen yang melayakkannya memiliki kumpulan Di Dadanya Kalam Tuhan. Hal begini diperakui jarang terjadi. Namun bagi penulis muda pemegang ijazah Kesusasteraan Arab dari Jordan ini tiada perkara mustahil. Ke bulan pun manusia boleh jejak, inikan pula sekadar melahirkan sebuah kumpulan cerpen dalam waktu yang relatif singkat. – Zaharah Nawawi USJ Subang Jaya 9 Mac 2009
TINTA SAPA