
DALAM usaha memperbanyakkan bacaan dalam tulisan jawi dan untuk menarik minat masyarakat membaca bahan dalam tulisan Jawi Perpustakan Negara Malaysia telah mengambil inisiatif untuk menerbitkan hasil karya pemenang Sayembara Cerpen Dalam Tulisan Jawi yang dimuatkan ke dalam buku “Koleksi Cerpen Kemerdekaan” yang memuatkan sebanyak 8 karya pemenang. Mereka ialah Ibnu Ahmad al-Kurauwi, Muhammad Mukhtar bin Abd Rahman, Siti Suhana Muhammad Amir, Muhammad Sharif bin Muhammad Saleh, Siti Suhfizan bin Syed Ibrahim, Wahyu Budiwa Rendra, Suryani binti Nayan dan Syafiq bin Zulkifli.
Kata Ketua Pengarah PNM, Encik Raslin Abu Bakar, melalui penerbitan ini PNM juga ingin melahirkan penulis-penulis muda yang kreatif yang bukan sahaja boleh berkarya malah berupaya menguasai tulisan Jawi dengan baik. – al-Kurauwi.



Sesungguhnya Novel "Insyirah" ialah novel kedua yang telah lahir daripada rahim Sayembara Mengarang Novel Kanak-kanak dan Remaja 2007 - Dewan Bahasa dan Pustaka. Novel ini telah memenangi hadiah pertama dalam sayembara tersebut. - al-Kurauwi
Sesungguhnya, tidak sampai lima tahun selepas menyertai bengkel penulisan cerpen anjuran KEPEZI (Kelab Penulis Zaharah Nawawi) awal September 2004 Ibnu Ahmad al-Kurauwi sudah mampu menghasilkan 20 cerpen yang melayakkannya memiliki kumpulan Di Dadanya Kalam Tuhan. Hal begini diperakui jarang terjadi. Namun bagi penulis muda pemegang ijazah Kesusasteraan Arab dari Jordan ini tiada perkara mustahil. Ke bulan pun manusia boleh jejak, inikan pula sekadar melahirkan sebuah kumpulan cerpen dalam waktu yang relatif singkat. – Zaharah Nawawi USJ Subang Jaya 9 Mac 2009
Salam…buku ni dah diterbitkan ke? Actually, nama saya sudah disalah eja di situ. Hehe. Ejaan nama saya ialah Siti Suhafzan Sheikh Ibrahim. Terima kasih kerana memaklumkan.
Wah! Tahniah ustaz, ni dah kira sgt hebat. Sy sangat fasih membaca jawi tapi satu kelemahan saya, sangat tak pandai untuk menulis jawi. Tulisan jawi saya sangat menyerupai tulisan zaman purba dahulu kala…
Salam ziarah Siti Suhafzan,
Pertama, maaflah tersalah eja nama. Keduanya, antologi cerpen dalam tulisan Jawi itu masih pada peringkat pruf cetak. Saya hanya terlibat membetulkan ejaan Jawinya. Insya-Allah, katanya akan diedarkan kepada penulis dalam masa terdekat secara percuma. Tahniahlah kerana menang.
salam kanda ustaz. tahniah kepada teman2 penulis yang karyanya dimuatkan dalam antologi ini. untuk kanda ustaz, tahniah + syabas akan dirai bbrp hari akan datang.
Santi,
Mujurlah masih fasih membaca jawi walaupun menulisnya sudah kehilangan seni. Saya kira orang belah pantai Timur dan selatan tanah air masih kuat kejawiannya.Masih tidak terlalu lewat saya kira.
Sejuk mata memandang tengok bahasa Melayu dalam tulisan jawi ini………..
Terima kasih al-Kurauwi.Marilah kita sama-sama semarakkan tulisan jawi!
Ren,
Sayang sekali, pemenang tidak diraikan seperti HSKU. Harap-harap tidaklah bermaksud di’doublestandard’kan.
Drimba, Ihamfatihah,
Terima kasih atas sokongan. Marilah kita semarakkan. Jemput sertai kursus Jawi bulan ini di PNM. Saya yang mengajar, Insya-Allah.
Assalamualaikum w.r.b.
Ustaz Azman yang dihormati,
Terima kasih kerana memaklumkan perkara ini. Hampir setahun juga menanti karya pemenang dibukukan termasuklah empunya diri
Yang paling utama, tahniah untuk karya ustaz yang memenangi HSKU 2008. Semoga terus tekal menulis demi memartabatkan Islam. Wassalam