CERPEN KALBU: CERPEN BIASA

 

CERPEN Dari (K)albu Turun ke (k)albu telah disiarkan oleh Mingguan Malaysia pada 10 Februari 2008. Cerpennya biasa-biasa sahaja. Ideanya tercetus apabila membaca kisah Siti Salmah Jasni yang meninggal dunia selepas 25 hari bertarung nyawa setelah menjalani pembedahan jantung dan paru-paru serentak dan pertama kali di Malaysia di IJN. Proses kreatif cerpen ini boleh dibaca dalam kumpulan cerpen saya “Di Dadanya Kalam Tuhan”

Dari sudut kepengarangan, istimewanya cerpen ini berbanding cerpen-cerpen yang lain, kerana dalam cerpen ini saya cuba memuatkan dua buah puisi doa. Yang lain-lain terserah kepada anda menilainya:

Bismillahi Syafi, Bismillahi Kafi, Bismillahi Mu’afi,
Dengan Zikrullah tenanglah kalbu,
Setenang Nabi Ayub mengharungi liku,
Benarlah apa yang sudah ditentu,
Hanya kepada-Mu jua tempat kami mengadu.

Kalau kau menjadi kalbuku,
Berdeguplah dengan kalbu Mutmainnah,
Jangan kauempangkan darah dengan kalbu Amarah,
Biar denyut nadimu membilang zikrullah,
Agar degup jantungku mengepam sakinah.
Wahai kalbu berdenyutlah zikir Tuhanmu,
Lagukan rinduku dari sukma bisu,
Mengalir dari Kalbu turun ke kalbu.

35 Respon to “CERPEN KALBU: CERPEN BIASA”


  1. 1 Syafiq Zulakifli 7 Jun 2009 at 12:17 pm

    Assalamualaikum w.r.b.

    Tahniah buat Dari Kalbu ke Kalbu. Semoga karya tersebut memberi pencerahan baharu kepada dunia sastera.

  2. 2 Syaidul 7 Jun 2009 at 3:01 pm

    Tahniah ustaz atas hadiah utama tersebut. salam dari sahabat.

  3. 3 S.K 7 Jun 2009 at 3:08 pm

    Salam,

    Ohhh, hadiah utama!
    Alf Mabrouk, Ustaz!

    Puisi do’anya sangat menyentuh Qalbi, ustaz…

    Mengingatkan saya kepada kekata ini yang ditemui dalam sebuah cerpen, “Ja’a minal Qalb, Fadakhalal qalb” :)

    Wassalam.

  4. 4 ibnuahmadalkurauwi 7 Jun 2009 at 3:11 pm

    Terima kasih Syafiq,
    Tahniah juga buat anta. Kami sama-sama harap, ada karya terbaik dari anta yang bakal memberi pencerahan baharu kepada sastera Islam kita nanti.

  5. 5 al-Kurauwi 7 Jun 2009 at 3:18 pm

    Azam,
    Tahniah juga. Moga dapat jumpa di Istana Budaya nanti. Tiga Jalur kasih juga cerpen yang baik.

  6. 6 al-Kurauwi 7 Jun 2009 at 3:26 pm

    Terima kasih Kanda S.K.,
    Masih lagi belajar menyusun, menyunting dan menggubah jambangan agar indah bukan hanya di telinga malah juga turun ke hati.

  7. 7 mohamadkholid 7 Jun 2009 at 4:26 pm

    tahniah! nampaknya tuan mengungguli hadiah utama!

  8. 8 Drimba 7 Jun 2009 at 4:45 pm

    Tahniah kalbu yang berdegup demi anak bangsanya…………….Izinkan saya menyalin iklan sahabat tentang Majlis bicara karya, baca puisi dan anugerah sastera ke blog saya………….

  9. 9 Drimba 7 Jun 2009 at 4:46 pm

    Iklan tulisan jawi masih tiada lagipun di sini? Saya memang ingin hadir emel saya di drimba81@gmail.com. Terima kasih.

  10. 10 Drimba 7 Jun 2009 at 5:23 pm

    Izinkan saya menyalin gambar hadiah sastera ke blog saya untuk diiklankan.

  11. 11 Nimoiz T.Y 7 Jun 2009 at 7:49 pm

    Mmalah kecek banyok. Nak kecek sikit jah. Kena belanjo nih…hahaha (Ini bahasa dialek. Tidak salah. Jadi jangan marah.)

  12. 12 salina ibrahim 7 Jun 2009 at 8:20 pm

    Assalamualaikum…
    Cerpen ini yang menang tu ya, ustaz? Tahniah daripada saya.

  13. 13 Rozlan Mohamed Noor 8 Jun 2009 at 3:23 am

    Salam…TAHNIAH terlebih dahulu. Sekadar ingin berkongsi, entri saya sewaktu pertemuan saya dengan seorang sahabat bernama AZLI mencetuskan sesuatu. Lalu, sdra Azli sahabat saya amat teruja dengan cerpen tersebut. Beliau seorang perfusionist. Lihat entri ini : http://celikhuruf.blogspot.com/2009/05/sahabat-saya-seorang-perfusionist.html

    Juga andai berkesempatan lawat blognya…yang juga seorang novelis http://acinetobaxter.blogspot.com/

    TAHNIAH…ustaz

  14. 14 ibnuahmadalkurauwi 8 Jun 2009 at 7:37 am

    Kholid, Drimba, Nimoiz, Salina,
    Sesungguhnya, tiada penghargaan yang lebih manis berbanding ucapan tahniah daripada rakan-rakan seperjuangan. Kadang-kadang lebih manis daripada menerima hadiah itu sendiri.

  15. 15 ibnuahmadalkurauwi 8 Jun 2009 at 7:54 am

    Terima kasih saudara RMN,
    Saya tak tahu, rupa-rupanya ada ‘penuraja’ kepada cerpen tersebut. Nanti saya cuba menyapa di blognya.

  16. 16 Teratakerapung 8 Jun 2009 at 8:19 am

    salam ustaz,
    tahniah, cerpen dari kalbu ke kalbu memenangi hadiah utama HSKU.

  17. 17 ummu hani 8 Jun 2009 at 11:16 am

    Tahniah juga buat ustaz. apa yang nak dicemburu dari ummu ni. Ustaz tu yang ummu cemburu sangat, dua kali kita naik pentas sama, tapi ustaz dua2 hadiah utama. Semua tu dari Allah, habuan untuk kita semua terus tekal berdakwah. nikmat di dunia sedikit cuma, di akhirat kita mohon beroleh syurga yang kekal. amin

  18. 18 zulkifli mohamed 8 Jun 2009 at 12:57 pm

    Salam kunjungan ustaz,

    hadir dan membaca catatan ustaz…

  19. 19 ibnuahmadalkurauwi 8 Jun 2009 at 1:09 pm

    Terima kasih saudara Teratakerapung,
    Semuanya atas doa kawan-kawan.

  20. 20 Shapiai 8 Jun 2009 at 2:27 pm

    Tahniah,
    Memang cerpen itu biasa-biasa sahaja, tetapi bahasanya aduh luarbiasa indahnya. Teruskan dengan gaya bahasa yang indah ini…’Pohon sabar bagai lalang di pantai tengkujuh sedang akarnya sudah lama terjeruk dalam laut kasih’.

  21. 21 ibnuahmadalkurauwi 8 Jun 2009 at 4:29 pm

    Ummu Hani,
    Tahun 2005, saya bertemu ayahanda Abu Hassan di Hotel Prince of Golden Horses dalam majlis penyampaian HSKU 2004. Ketika itu saya menerima hadiah penghargaan cerpen “Memintas al-Qadar”.

    Dalam pada duduk bersebelahan, ayahanda sempat menitip pesan dalam autografnya: “Azman, andai menulis, tulislah dengan hati.” Dan kata-kata ayahanda Abu Hassan, bersimpul mati dalam hati ini dan turun meniti hingga ke hujung jari!

  22. 22 haniesalwah 8 Jun 2009 at 10:34 pm

    Salam Ustaz,

    Tahniah untuk HSKU!

  23. 23 hanisah othman 8 Jun 2009 at 10:37 pm

    salam
    murah rezeki mu… boleh blanja makan lagi heheheh. kalu tak sempatpun aku kirim kat sf la (dia tu kuat makan hehehe)
    TAHNIAH!

  24. 24 rahimin idris 9 Jun 2009 at 10:58 am

    tahniah bang haji. anda memang bagus.

  25. 25 ibnuahmadalkurauwi 9 Jun 2009 at 1:37 pm

    Tuan Haji Shapiai,
    Terima kasih atas ziarah. Pujian selayaknya kepada Allah, sebagai penulis biasa, kita hanya mampu menulis sebaik mungkin atas kemampuan yang dibekalkan. Terima kasih atas sokongan.

  26. 26 zulkhair 9 Jun 2009 at 4:26 pm

    Tahniah Ust Azman dengan hadiah utama. Menulis demi kebenaran, demi ceriakan kalbu manusia dengan sohihul aqidah dan akhlak.

  27. 27 hemart 9 Jun 2009 at 10:24 pm

    artikelnya cukup menarik,perkenalkan saya dari indonesia, saya suka blog anda.
    ikutilah blog kontes indonesia dengan hadiah-hadiah menarik, jadilah pemenangnya di indonesia blog kontes, daftarkan blog anda info di http://herbamart.blogspot.com

  28. 28 amizakhusyri 9 Jun 2009 at 10:31 pm

    Ustaz Azman,

    Alfu Mubarak. Rezeki dan amanah dari Tuhan.

    Teruskan prolifik.

    Amiza.

  29. 29 ibnuahmadalkurauwi 10 Jun 2009 at 7:50 am

    Hani Salwah, Hanisah dan Rahimin,
    Salam ukhuwah atas ziarah. Moga sumbangan dan kebaikannya dapat kita manfaatkan bersama-sama.

  30. 31 ibnuahmadalkurauwi 10 Jun 2009 at 3:36 pm

    Apa lagi yang boleh saya katakan,
    Melainkan mengucapkan terima kasih semula kepada Zul, terima kasih, Amiza dan terima kasih juga Hafizah(terutama berjaya cemerlang dalam Hadiah Sastera Islam)

  31. 32 ekspresi 11 Jun 2009 at 12:48 pm

    salam,
    tahniah ustaz.

  32. 33 ibnuahmadalkurauwi 11 Jun 2009 at 2:44 pm

    Salam ziarah saudara Arif,
    Terima kasih, atas kunjungan saudara. Moga terus lestari berkarya.

  33. 34 nasriah abdul salam 11 Jun 2009 at 9:22 pm

    Salam ustaz azman, kalungan tahniah daripada saya. mudahan terus maju, sukses dan prolifik, juga yang penting; berkat.

  34. 35 ibnuahmadalkurauwi 12 Jun 2009 at 7:47 am

    Terima kasih dik Nas,
    Ya maju, sukses dan prolifik, juga yang penting; berkat. Kata ulamak, berkat itu ialah ziadah pahala dari Tuhan. Ya, pahala akan bertambah andai kita diberkati Tuhan.


Tinggalkan jawapan




 

Jun 2009
I S R K J S A
« Mei   Jul »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

BULAN BAHASA KEBANGSAAN 2009

BBK

KARYA TERKINI

CERPEN DI MINGGUAN MALAYSIA
OKTOBER 2009
Kemuncup 2

"KEMUNCUP Di Atas Padang" cerita tentang rintih alam kepada anak-anak gempa yang melanda bumi Padang, Sumatera Indonesia. Cerita tentang Epa Poho yang dipujuk oleh Zahara Talua saat menemui anak yang luka dan duka bersalut lumpur derita. Cerita tentang tanah leluhur kita yang imannya belum teruji sepenuhnya. Makmur diuji nikmat aman hingga hidup bagai tidak bertuhan.

CERPEN DI DEWAN SASTERA
OKTOBER 2009
DDKT

“Al-Qadar Buat Angkasawan Di Bumi” pernah tersiar di Akhbar Mingguan Malaysia, Syawal 2007. Kali ini, cerpen ini diberi penghargaan ke persada MASTERA yang disiarkan dalam Majalah Dewan Sastera (Malaysia), Majalah Horison (Indonesia) dan Majalah Bahana (Brunei). Cerpen ala fiksyen sains angkasa ini terilham daripada kisah dua angkasawan negara Dr. Syeikh Muzaphar dan Dr. Faiz Khaleed.

CERPEN DI BERITA HARIAN
FEBRUARI 2009
dia-lelaki

"Dia, Lelaki yang Baru Saya Salam Itu" terilham berasaskan semangat untuk memboikot produk Amerika lewat perang Gaza, Palestin - Israel. Ideanya timbul usai solat Jumaat di Masjid Hukama’, DBP. Hari tersebut turut disempurnakan dengan Khutbah tentang Gaza beriring Qunut Nazilah dan solat hajat. Dalam khutbah saya menyentuh tentang boikot barangan Amerika termasuk rokok seperti Marlboro atau Benson & Hedges. Semangat boikot saya nampak di mata jemaah yang tidak tidur!

INSYIRAH

insyirah2 Sesungguhnya Novel "Insyirah" ialah novel kedua yang telah lahir daripada rahim Sayembara Mengarang Novel Kanak-kanak dan Remaja 2007 - Dewan Bahasa dan Pustaka. Novel ini telah memenangi hadiah pertama dalam sayembara tersebut. - al-Kurauwi

DI DADANYA KALAM TUHAN

ddkt-blog Sesungguhnya, tidak sampai lima tahun selepas menyertai bengkel penulisan cerpen anjuran KEPEZI (Kelab Penulis Zaharah Nawawi) awal September 2004 Ibnu Ahmad al-Kurauwi sudah mampu menghasilkan 20 cerpen yang melayakkannya memiliki kumpulan Di Dadanya Kalam Tuhan. Hal begini diperakui jarang terjadi. Namun bagi penulis muda pemegang ijazah Kesusasteraan Arab dari Jordan ini tiada perkara mustahil. Ke bulan pun manusia boleh jejak, inikan pula sekadar melahirkan sebuah kumpulan cerpen dalam waktu yang relatif singkat. – Zaharah Nawawi USJ Subang Jaya 9 Mac 2009

TINTA ELIPSIS

Novel TE bergerak sekitar gejolak rasa dan jalanan minda watak Amir Afif Amizul, anak peneroka FELDA, yang berpeluang menekuni bahasa Arab dan Pengajian Islam di Universiti Jordan. Amir Afif mempunyai sedikit sebanyak pengalaman dalam bidang penerbitan (TE: 25/7), iaitu selain pengalamannya sebagai konsultan yang ditimbanya selama lima tahun bertugas dengan Syarikat Amal Profesional Sdn. Bhd. (TE: 28) Amir Afif berhadapan dengan beberapa masalah yang wajar diatasinya sebijak mungkin. - Dr. Anis

TINTA LARIS

TINTA SAPA

ibnuahmadalkurauwi pada MAHU JADI PENYAIR
edolah pada MAHU JADI PENYAIR
al-Kurauwi pada BAHASA MELAYU VS BAHASA M…
Katakanlah pada BAHASA MELAYU VS BAHASA M…
ibnuahmadalkurauwi pada ANTOLOGI CERPEN JAWI

TETAMU

  • 64,874 hits

RSS Saifulislam.Com

  • Aidiladha: Satu Kekurangan Seribu Kelebihan 26 November 2009
    Semuanya tiada. Tiada Jualan Murah. Tiada Lagu Raya. Tiada rancangan khas di televisyen. Tiada mercun dan panjut menghias malam. Segalanya tiada. Ibu kota sunyi sepi. Tiada hiruk pikuk seperti menyambut ketibaan Syawwal. Apa yang sayup-sayup terdengar hanyalah Takbir. Di menara masjid, di surau-surau, di sesetengah rumah. Itu sahaja. Tetapi, tidakkah itu sem […]

RSS Faisal Tehrani

  • Selamat Hari Raya Korban 26 November 2009
    Setahun sudah berlalu saat saya berada di padang Arafah, menunggu subuh di Mudzalifah, berjalan bersama teman-teman dari Iraq ke Mina dan pulang ke Mekah sambil menahan sengal otot dengan rasa bak 'patah pinggang' lantaran banyak berjalan. Rindu kepada Baitullah dan keasyikan haji amat menggelora dalam hati.Selamat hari raya korban. Paling tidak in […]

RSS Nisah Haron Online

  • SAKM - X : Sastera Rentas Ilmu 17 November 2009
    Insya-Allah, saya akan membentangkan kertas kerja (kertas catatan, sebenarnya) di dalam Seminar Antarabangsa Kesusasteraan Melayu ke-10 di UKM pada 19 November.Seminar dijadualkan berlangsung selama dua hari : 18 - 19 November 2009 di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM.Jadual sudah saya lampirkan di dalam entri terdahulu. Sila rujuk entri sebelum ini […]

RSS Serunai Faqir

  • Warisan Melayu - Gendang Silat 6 November 2009
    Upacara Penganugerahan Sandang Silat Gayong yang disempurnakan oleh Y.A.M Tengku Datuk Seri Tengku Ahmad Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj telah berlansung di Kuala Lumpur International Hotel pada 25 Oktober yang lalu. Kumpulan kami dijemput mengiringi majlis.

RSS BECKyilHAM

  • Karya Berwacana Yang Disisip Elemen Cinta dan Karya Berbumbu Cinta Yang Disendal Ilmu Bantu 22 November 2009
    Saya pernah (baca: masih) tersinggung dengan pertanyaan seorang penulis sebaya usia dalam arena penulisan apabila dia bersungguh mendapatkan kepastian tentang sebuah cerpen saya. Tanyanya begini:"Akhirnya, cerpen itu cerpen cinta jua bukan? Kerana di hujung cerita T membawa J bertemu kedua ibu bapanya."Kepastian itu dipinta di hadapan beberapa tema […]

RSS Coretan Perjalanan ZulDeanz

  • Segala-galanya Sudah Berubah 11 November 2009
    Dua minggu lalu, penulis telah menghadiri satu majlis perkahwinan seorang rakan di Banting, Selangor. Entah kenapa secara tiba-tiba sahaja penulis terkenangkan kembali memori indah semasa di sekolah menengah dahulu. Secara kebetulan rumah pengantin berhampiran dengan sekolah, tempat penulis pernah belajar dahulu, penulispun mengambil kesempatan berkunjung da […]

Flickr Photos

Eid mubarak :)

More Photos