CERPEN DI MINGGUAN MALAYSIA
OKTOBER 2009

"KEMUNCUP Di Atas Padang" cerita tentang rintih alam kepada anak-anak gempa yang melanda bumi Padang, Sumatera Indonesia. Cerita tentang Epa Poho yang dipujuk oleh Zahara Talua saat menemui anak yang luka dan duka bersalut lumpur derita. Cerita tentang tanah leluhur kita yang imannya belum teruji sepenuhnya. Makmur diuji nikmat aman hingga hidup bagai tidak bertuhan.
CERPEN DI DEWAN SASTERA
OKTOBER 2009

“Al-Qadar Buat Angkasawan Di Bumi” pernah tersiar di Akhbar Mingguan Malaysia, Syawal 2007. Kali ini, cerpen ini diberi penghargaan ke persada MASTERA yang disiarkan dalam Majalah Dewan Sastera (Malaysia), Majalah Horison (Indonesia) dan Majalah Bahana (Brunei). Cerpen ala fiksyen sains angkasa ini terilham daripada kisah dua angkasawan negara Dr. Syeikh Muzaphar dan Dr. Faiz Khaleed.
CERPEN DI BERITA HARIAN
FEBRUARI 2009

"Dia, Lelaki yang Baru Saya Salam Itu" terilham berasaskan semangat untuk memboikot produk Amerika lewat perang Gaza, Palestin - Israel. Ideanya timbul usai solat Jumaat di Masjid Hukama’, DBP. Hari tersebut turut disempurnakan dengan Khutbah tentang Gaza beriring Qunut Nazilah dan solat hajat. Dalam khutbah saya menyentuh tentang boikot barangan Amerika termasuk rokok seperti Marlboro atau Benson & Hedges. Semangat boikot saya nampak di mata jemaah yang tidak tidur!

Sesungguhnya Novel "Insyirah" ialah novel kedua yang telah lahir daripada rahim Sayembara Mengarang Novel Kanak-kanak dan Remaja 2007 - Dewan Bahasa dan Pustaka. Novel ini telah memenangi hadiah pertama dalam sayembara tersebut. - al-Kurauwi

Sesungguhnya, tidak sampai lima tahun selepas menyertai bengkel penulisan cerpen anjuran KEPEZI (Kelab Penulis Zaharah Nawawi) awal September 2004 Ibnu Ahmad al-Kurauwi sudah mampu menghasilkan 20 cerpen yang melayakkannya memiliki kumpulan Di Dadanya Kalam Tuhan. Hal begini diperakui jarang terjadi. Namun bagi penulis muda pemegang ijazah Kesusasteraan Arab dari Jordan ini tiada perkara mustahil. Ke bulan pun manusia boleh jejak, inikan pula sekadar melahirkan sebuah kumpulan cerpen dalam waktu yang relatif singkat. – Zaharah Nawawi USJ Subang Jaya 9 Mac 2009

Novel TE bergerak sekitar gejolak rasa dan jalanan minda watak Amir Afif Amizul, anak peneroka FELDA, yang berpeluang menekuni bahasa Arab dan Pengajian Islam di Universiti Jordan. Amir Afif mempunyai sedikit sebanyak pengalaman dalam bidang penerbitan (TE: 25/7), iaitu selain pengalamannya sebagai konsultan yang ditimbanya selama lima tahun bertugas dengan Syarikat Amal Profesional Sdn. Bhd. (TE: 28) Amir Afif berhadapan dengan beberapa masalah yang wajar diatasinya sebijak mungkin. - Dr. Anis
1 Malaysia itu kurang sedap dihayati Satu Malaysia bolehlah tahan lagi. Macam ketam mengajar anaknya belajar lurus pula rasanya. Huhuhu……….
Drimba,
Saya membaca nombor (1) di atas sebagai satu, bukan one. Betul, satu Malaysia lebih patriotik (baca dari sudut bahasa ya) daripada one Malaysia.
Ustaz,
Kenapa hingga ke program jualan buku perlu guna 1 Malaysia? Apakah tiada frasa yang lebih baik? Semuanya kini perlu 1 Malaysia… kenapa? Ya… baru faham semacam dulu-dulu disebut “Cemerlang, Gemilang dan Terbilang”, tapi ke mana dan apakah jadi dengan slogan ini? Di mana duduknya pemimpin itu kini?
(Sekadar soalan-soalan biasa untuk ketenangan minda)
Entahlah saudara Rusdi,
Kita terlalu banyak slogan. Barangkali sebagai gula-gula yang sekadar memaniskan tekak yang pahit dek penyakit dan sementara cuma. Mengapa tidak diubat sahaja dengan panadol?
Bukan ubat panadol lagi rasanya tapi racun penawar cekal lebih sesuai gamaknya………………Huhuhu……..
Wah, Drimba, sadisnya.
saya kira mereka yang mencipta slogan-slogan itu hanya menanam tebu dibibir sahaja.
Teratakampung,
Ya, manis di bibir dan pandai bermain kata. Macam terngiang-ngiang nostalgia lirik lagu nih.