DIALOG 1 MALAYSIA, HANGAT

logo_1malaysia

Ulasan Datuk Hasan Ahmad, mantan Ketua Pengarah DBP tentang gagasan 1 Malaysia sangat menarik sewaktu memberikan pandangan dalam Dialog DBP Bersama Ilmuwan dan Karyawan Sastera:

“Perpaduan bangsa tidak boleh dijelmakan melalui slogan. Malah PM sendiri mengakui bahawa gagasan 1 Malaysia tersebut bukanlah suatu yang baharu.  Pemimpin harus sedar, usaha-usaha memupuk perpaduan bangsa ini sudah bermula sejak tuntutan kemerdekaan tanah air lagi malah lebih berkesan diaplikasikan melalui dasar-dasar kebangsaan yang diperkenalkan sejak dahulu itu seperti Dasar Bahasa, Dasar Pelajaran Kebangsaan 1956, Dasar Budaya Kebangsaan 1971 dan juga Dasar Ekonomi Baharu.”

Prof. Madya Dr. Hashim Ismail turut menambah bahawa budaya mencipta slogan dalam kalangan pemimpin kita seakan-seakan menjadi trend setiap kali pemimpin baharu memegang tampuk pemerintahan. Lebih ironi lagi apabila mereka melontar lebih dahulu slogan kemudian barulah tercari-cari akan definasinya.

Majlis tersebut telah diadakan pada 30 Jun 2009 (Selasa) di Sanggar Za’ba, Tingkat 1, Menara DBP. Majlis yang dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Haji Termuzi bin Haji Abdul Aziz bertujuan untuk mendapatkan maklum balas, cadangan, pandangan para ilmuwan dan karyawan sastera tentang usaha pembinaan dan pengembangan sastera kebangsaan, baik di dalam atau di luar negara, serta sumbangan dan peranannya dalam pembinaan negara bangsa, terutama menanggapi gagasan YAB Perdana Menteri kita, iaitu 1 Malaysia”.

Kelihatan karyawan yang hadir antaranya ialah Utaya Sankar, SM Zakir (PENA), Dato’ Dr. Ahmad Kamal Abdullah (KEMALA), Puan Mahaya Mohd. Yassin (PEN), Encik Malim Ghozali, Prof. Dato’ Dr. Siti Hawa Salleh, Prof. Madya Dr. Azizah Hamzah (UM), Prof. Madya Dr. Nor Faridah Abdul Manaf, Prof. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas (e-Sastera), Encik Mohamad Saleeh Rahamad (UM), Zaharah Nawawi, Anuar Mansor dari ITNM dan lain-lain – al-Kurauwi

 

7 Respon to “DIALOG 1 MALAYSIA, HANGAT”


  1. 1 Farmillah Hamdi 30 Jun 2009 at 4:58 pm

    Apa ada pada slogan andaikata pengertian dan maknanya tidak terisi dengan sewajarnya. Pertemuan ilmuwan dan DBP itu hanya satu perbincangan yang membawanya bersama-sama angin selatan…harap2 arah tujunya benar2 mendinginkan…

  2. 2 arif 30 Jun 2009 at 5:37 pm

    Slogan 1 malaysia merupakan retorik politik semata2,tiada apa yang hendak dibanggakan…jelas gagasan ini tidak berjaya kerana islam tidak diutamakan dan dijadikan sbg dasat utama..

  3. 3 Nimoiz T.Y 7 Julai 2009 at 11:59 pm

    Saya pernah terbaca juga. Yang Israel pernah guna slogan One Israel suatu ketika dahulu. Adakah ini suatu kebetulan?

  4. 4 ibnuahmadalkurauwi 8 Julai 2009 at 8:07 am

    Saya fikir istilahnya sahaja sama tetapi ideanya berbeza. Saya baca di Wikipedia begini bunyinya:

    “One Israel was formed by Labour Party leader Ehud Barak in the run up to the 1999 elections with the aim of making the Labour Party appear more centrist and to reduce its secularist and elitist reputation amongst Mizrahi voters.

    After the party’s collapse, Barak was investigated following allegations that the One Israel had broken the party funding law by allowing money from abroad to be directed into campaign funds through non-profit groups in order to get around spending limits. State Comptroller Eliezer Goldberg had already fined the party 13 million shekels for breaking fundraising laws.[2] It later became known as the “Barak Organisation Affair”.

    Wallahu a’lam

  5. 5 Pemuda 9 Julai 2009 at 1:36 am

    Mungkin saya boleh setuju istilah sama tapi idea berbeda, tapi hakikatnya 1 malaysia ini tidak akan tercapai matlamatnya jika tidak dilaksanakan berteraskan al-quran dan hadis.Kerana Malaysia ini negara malaysia, majoriti rakyat beragama islam tetapi perlaksanaan sehingga sekarang belum mengikut islam secara menyeluruh, ini amat bercanggah dengan perjuagan islam. Jadi pemerintah perlulah mengubah segera dasar tersebut demi mendaulahkan islam didunia ini.

  6. 6 ibnuahmadalkurauwi 9 Julai 2009 at 9:09 am

    Saudara pemuda,
    Salam ziarah ke blog kecil ini.

    Barangkali kata ‘mereka’, pandangan saudara Pemuda, bukan tidak bagus dalam konteks mendaulatkan al-Quran dan Sunnah kepada orang Islam namun dari sudut praktikalnya terlalu idealis dalam konteks masyarakat majmuk kita hari ini.

    Jauh dari sudut hati, pandangan seperti itu masih lagi boleh dihujahkan kerana wajah Islam itu tidak dipamerkan kepada mereka. Nabi tidak pernah melancarkan gimik satu Arab tetapi meninggikan satu Islam. Wallhu a’lam.

  7. 7 Satu Malaysia 18 Ogos 2009 at 11:26 pm

    SATU MALAYSIA
    “DUIT” RAKYAT DIDAHULUKAN
    PENCAPAIAN “KRONI” DIUTAMAKAN


Tinggalkan jawapan




 

Jun 2009
I S R K J S A
« Mei   Jul »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

BULAN BAHASA KEBANGSAAN 2009

BBK

KARYA TERKINI

CERPEN DI MINGGUAN MALAYSIA
OKTOBER 2009
Kemuncup 2

"KEMUNCUP Di Atas Padang" cerita tentang rintih alam kepada anak-anak gempa yang melanda bumi Padang, Sumatera Indonesia. Cerita tentang Epa Poho yang dipujuk oleh Zahara Talua saat menemui anak yang luka dan duka bersalut lumpur derita. Cerita tentang tanah leluhur kita yang imannya belum teruji sepenuhnya. Makmur diuji nikmat aman hingga hidup bagai tidak bertuhan.

CERPEN DI DEWAN SASTERA
OKTOBER 2009
DDKT

“Al-Qadar Buat Angkasawan Di Bumi” pernah tersiar di Akhbar Mingguan Malaysia, Syawal 2007. Kali ini, cerpen ini diberi penghargaan ke persada MASTERA yang disiarkan dalam Majalah Dewan Sastera (Malaysia), Majalah Horison (Indonesia) dan Majalah Bahana (Brunei). Cerpen ala fiksyen sains angkasa ini terilham daripada kisah dua angkasawan negara Dr. Syeikh Muzaphar dan Dr. Faiz Khaleed.

CERPEN DI BERITA HARIAN
FEBRUARI 2009
dia-lelaki

"Dia, Lelaki yang Baru Saya Salam Itu" terilham berasaskan semangat untuk memboikot produk Amerika lewat perang Gaza, Palestin - Israel. Ideanya timbul usai solat Jumaat di Masjid Hukama’, DBP. Hari tersebut turut disempurnakan dengan Khutbah tentang Gaza beriring Qunut Nazilah dan solat hajat. Dalam khutbah saya menyentuh tentang boikot barangan Amerika termasuk rokok seperti Marlboro atau Benson & Hedges. Semangat boikot saya nampak di mata jemaah yang tidak tidur!

INSYIRAH

insyirah2 Sesungguhnya Novel "Insyirah" ialah novel kedua yang telah lahir daripada rahim Sayembara Mengarang Novel Kanak-kanak dan Remaja 2007 - Dewan Bahasa dan Pustaka. Novel ini telah memenangi hadiah pertama dalam sayembara tersebut. - al-Kurauwi

DI DADANYA KALAM TUHAN

ddkt-blog Sesungguhnya, tidak sampai lima tahun selepas menyertai bengkel penulisan cerpen anjuran KEPEZI (Kelab Penulis Zaharah Nawawi) awal September 2004 Ibnu Ahmad al-Kurauwi sudah mampu menghasilkan 20 cerpen yang melayakkannya memiliki kumpulan Di Dadanya Kalam Tuhan. Hal begini diperakui jarang terjadi. Namun bagi penulis muda pemegang ijazah Kesusasteraan Arab dari Jordan ini tiada perkara mustahil. Ke bulan pun manusia boleh jejak, inikan pula sekadar melahirkan sebuah kumpulan cerpen dalam waktu yang relatif singkat. – Zaharah Nawawi USJ Subang Jaya 9 Mac 2009

TINTA ELIPSIS

Novel TE bergerak sekitar gejolak rasa dan jalanan minda watak Amir Afif Amizul, anak peneroka FELDA, yang berpeluang menekuni bahasa Arab dan Pengajian Islam di Universiti Jordan. Amir Afif mempunyai sedikit sebanyak pengalaman dalam bidang penerbitan (TE: 25/7), iaitu selain pengalamannya sebagai konsultan yang ditimbanya selama lima tahun bertugas dengan Syarikat Amal Profesional Sdn. Bhd. (TE: 28) Amir Afif berhadapan dengan beberapa masalah yang wajar diatasinya sebijak mungkin. - Dr. Anis

TINTA SAPA

ibnuahmadalkurauwi pada PAK AZIZI YANG MUDA
ibnuahmadalkurauwi pada PERCAKAPAN KALBU KEPADA INDERA…
ZulDean pada PAK AZIZI YANG MUDA
ibnuahmadalkurauwi pada PAK AZIZI YANG MUDA
anuar manshor pada PAK AZIZI YANG MUDA

TETAMU

  • 63,941 hits

RSS Saifulislam.Com

  • Sempitnya Dunia Luasnya Gua 12 November 2009
    image copyright www.chromasia.com “Sungguh menghairankan. Tidakkah Ashaab al-Kahf itu mengalami claustrophobia?” tanya seorang anak muda. “Haha, menarik juga soalan anta. Tak pernah terlintas di fikiran ustaz,” saya membalas. Claustrophobia itu didefinisikan sebagai ketakutan yang melampau oleh seseorang terhadap bilik atau ruang yang […]

RSS Faisal Tehrani

  • Satira Ketupat Cinta II: Kotak Berisi Kuih Lepat 11 November 2009
    Adapun pasar Melaka pada waktu itu sibuklah teramat. Segala barangan ada dijual. Termasuklah manusia yang akan dilelong sebagai hamba. Orang yang tua berumur delapan puluh tahun dijual dengan harga murah. Jika ia nyanyuk dijual dengan harga suku wang timah. Bak kata Abdul Mujid Bari, salah seorang pembesar di Melaka; adalah orang tua nyanyuk itu harganya mur […]

RSS Nisah Haron Online

  • Umbara Sastera III 11 November 2009
    Para penulis, peminat sastera dari jauh dan dekat, dengan segala hormatnya dipersilakan hadir ke majlis :Umbara Sastera III14 November 2009D'Ark, Taman Setia Kasih, Senawang, Negeri SembilanTema : Penulisan Sastera IslamPanel :Puan Nisah Haji HaronProses kreatif cerpen Aset IstiqamahTempat PertamaSayembara Cerpen Hadiah Sastera Berunsur Islam ke - 12Enc […]

RSS Serunai Faqir

  • Warisan Melayu - Gendang Silat 6 November 2009
    Upacara Penganugerahan Sandang Silat Gayong yang disempurnakan oleh Y.A.M Tengku Datuk Seri Tengku Ahmad Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj telah berlansung di Kuala Lumpur International Hotel pada 25 Oktober yang lalu. Kumpulan kami dijemput mengiringi majlis.

RSS BECKyilHAM

  • Ulasan Cerpen Jus Soli Jus Sanguinis dalam Tunas Cipta 11/09 5 November 2009
    "Pada dasarnya cerpen ini juga merupakan garapan warna-warni kehidupan yang bersifat global. Walaupun dalam situasi yang berlatarkan zon perang, masih ada nilai emosi dan nilai-nilai kemanusiaan sejagat. Saya terkesan cerpen ini kaya dengan maklumat, ada bahan-bahan sains politik, persekitaran budaya, aspek sejarah dan tamadun bangsa....oleh sebab isu y […]

RSS Coretan Perjalanan ZulDeanz

  • Segala-galanya Sudah Berubah 11 November 2009
    Dua minggu lalu, penulis telah menghadiri satu majlis perkahwinan seorang rakan di Banting, Selangor. Entah kenapa secara tiba-tiba sahaja penulis terkenangkan kembali memori indah semasa di sekolah menengah dahulu. Secara kebetulan rumah pengantin berhampiran dengan sekolah, tempat penulis pernah belajar dahulu, penulispun mengambil kesempatan berkunjung da […]

Flickr Photos

27/365 : Escape

More Photos