Arkib untuk Julai 2009

JIKA PEMBACA MENILAI

Pena Kencana 2009

DALAM kesuraman dunia sastera tanah air hari ini, barangkali wajar difikirkan idea-idea yang lebih kreatif untuk  mengisi lompong-lompong sastera kita yang lesu sama lesunya usaha terkini untuk memperkasakan  bahasa Melayu setelah dipalit arang oleh bahasa Inggeris dalam subjek Sains dan Matematik . Soalan yang berlegar-legar di kepala saat ini, apakah karya kita terlalu sarat dengan ilmu, terlalu puitis bahasa atau terlalu mengawan kreativitinya sehingga tidak lagi terjangkau oleh pemikiran awam sehingga pembaca di luar menolak dan lebih memilih karya-karya yang lebih ringan dan santai.

Kalau benarlah,  yang demikian itu menjadi halangan, saya terfikir barangkali Hadiah Sastera Perdana, Hadiah Sastera Pak Sako, Hadiah Sastera Kumpulan Utusan, Hadiah Sastera Berunsur Islam, Hadiah Sastera Johor Darul takzim dan sayembara-sayembara lain di tanah air dipulangkan kepada pembaca untuk menilai.  Dalam dunia hiburan, menjadikan ‘orang luar’ sebagai penilai bukanlah suatu yang asing, kalau tidak masakan adanya ‘Raja SMS’.

Dalam dunia penulisan kita mungkin baharu, tetapi bukanlah langsung tidak dibuat orang. Contoh yang terbaik ialah apa yang diusahakan oleh Kompas. Pada awalnya (1992) Kompas menyerahkan kepada ‘Panel Kompas’  untuk mengadili cerpen-cerpen terbaik Indonesia. Hanya pada tahun 2005, Kompas telah mengubah cara pemilihan dengan membukanya kepada pembaca luar untuk menilai. Di mata saya, tidak ada cacatnya jika pembaca menilai. Saya tetap kagum membaca ’Cinta di Atas Perahu Cadik’ dan 19 cerpen lain yang dibeli sewaktu Bengkel Cerpen Mastera, di Bogor baru-baru ini, walaupun dinilai oleh orang awam.  Malah saya tidak sabar-sabar untuk memiliki 20 cerpen Indonesia terbaik 2009 yang baru-baru ini dimenangi oleh Nukila Amal, berjudul ‘Smokol’.  Malah menurut penerbit Gramedia, 20 Cerita Pendek Indonesia Terbaik Pena Kencana 2009 sudah dicetak buat kali keduanya! - al-Kurauwi

 

BUKU ‘DIPESTAKAN’ DI SELANGOR

posterpbs

Saya belum pernah lagi ke  Pesta Buku Negeri Selangor. Tahun ni, berhajat juga untuk pergi barangkali lebih selesa dengan LRT sahaja. Jaraknya hanya 15 minit dari Kuala Lumpur. Dalam laman sesawang, penganjur meletakkan sasaran kehadiran melebihi jumlah pengunjung tahun lepas yang dilaporkan seramai 262,370 orang.

Barangkali kehadiran saya tahun ni akan membantu penganjur menambah senarai kehadiran. Kata penganjur, kali ini, Pesta Buku Negeri Selangor 2009,  menjangkakan seramai 400,000 orang pengunjung yang akan datang. Soalnya, apakah 400,00 orang ini pembeli dan pembaca buku? Apa yang kita pestakan buku atau pengunjungnya? - al-Kurauwi

BULAN JAWI

Hikayat Abdullah

AWAL JULAI lalu saya dikejar oleh seorang lelaki berbangsa India. Ketika itu saya sedang membentangkan kertas kerja ‘Perkembangan Tulisan Jawi dan Hala Tujunya’ di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Cyber Jaya. Dia mahu menempah namanya dalam mana-mana program belajar Jawi yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.  Saya teruja untuk bertemu dengan lelaki itu.  Oleh sebab sudah ada perancangan dengan Perpustakaan Negara Malaysia untuk mengajar Jawi di sana,  saya tempahkan kerusi untuknya. Malangnya, sehingga ke hari ini kursus di PNM masih belum bertemu tarikh yang sesuai.

Dalam pada menunggu, saya di lamar oleh Institut Latihan Islam Malaysia di Bangi selama tiga hari 14-16 Julai lalu bertemu dengan guru-guru KAFA, JAWI dan pegawai-pegawai MAIS, JAIS seluruh Malaysia. Ramah dan cendekia, Allah sahajalah yang tahu. Malah pada 22 Julai ini, saya di Maktab Peguruan Perempuan, Melaka dengan 80 orang guru-guru j-Qaf kemudian di akhir bulan Julai ada 50 orang guru-guru sekolah agama Majlis Agama Islam Selangor di Sekolah Agama Integrasi, Taman Keramat. Satu lagi program sedang diatur dengan JAIS Selangor.

Sepanjang bulan Jawi ini, terasa benar penatnya namun puas. Moga ilmu yang sedikit ini mampu menyemarakkan kembali tulisan Jawi. Berikanlah sokongan anda daripada terlalu banyak caci dan tempelak kepada warisan bangsa dan genius Melayu ini – al-Kurauwi

TAHNIAH PEMENANG HSBI KE-12

Sastera Islam013

TAHNIAH kepada para pemenang Hadiah Sastera Berunsur Islam Ke-12. Kelihatan Kanda Nisah Haron dengan anak kecilnya, Amiza (bersama-sama isteri), Serunai Faqir (Selepas ini, mahu mengubah namanya kepada Serunai Kaya), Faisal Tehrani, Fahd dan isterinya juga hadir dan rakan-rakan penulis yang lain turut hadir. Majlis Penyampaiannya diadakan di Dewan Bankuet, DBP 17 Julai 2009 oleh YB Mejar Jeneral (B) Dato’ Jamil Khir dan serentak dengan pelancaran Sayembara Hadiah Sastera Berunsur Islam ke-13.  – al-Kurauwi

MATI DI ATAS MIMBAR

Petra

BUKANKAH manisnya kematian apabila kita mengetahui tarikh kehadirannya. Apatah lagi apabila kematian itu sudah dirancang dengan sebaik-baik pengakhiran ‘husnul Khatimah’ nya.  

Di tempat kerja, saya sering menjadi khatib dan apabila melihat jemaah di masjid tidur saat saya membaca khutbah, ada dua kemungkinan dalam jemala fikir saya; Pertama khutbah yang dibaca tidak jatuh ke hati pendengar. Kedua, jemaah di hadapan saya sedang melayan ‘kematian’.  :)

Pernah suatu ketika, saat saya membaca khutbah pertama, elektrik tiba-tiba terputus. Pendingin hawa langsung kehilangan fungsi. Bayangkan peluh sudah mereneh hingga ke kaki, tekak perit melaung agar khutbah didengari namun hairan, tiada seorang jemaah pun yang berdiri membuka tingkap dalam haba yang terkedap. Tahulah saya, jemaah rupa-rupanya memang sudah ‘mati’! Lain ceritanya dalam akhbar Harian Metro 11 Julai lalu yang melaporkan di Pulau Pinang, seorang khatib mati di atas mimbar ketika membaca khutbah.

Terus membaca ‘MATI DI ATAS MIMBAR’

MENGENANG SALAHUDDIN AL-AYUBI

Maqam Salahuddin al-Ayyubi

REJAB yang sewajarnya diberi perhatian bukanlah kepada ibadah puasanya, tetapi yang seharusnya diangkat ialah tentang peristiwa-peristiwa yang ma’thur seperti pembebasan semula Baitul Maqdis oleh tentera Islam di bawah panglima perang Salehuddin Al Ayubi yang berjaya ditawan pada hari Jumaat 27 Rejab 583 Hijriah.

Diriwayatkan dalam sebuah kisah yang menarik, setelah Sultan Salahuddin al-Ayyubi berjaya menawan kembali Baitul Maqddis, beliau berjalan-jalan di sekeliling kota. Tiba-tiba beliau disapa oleh seorang lelaki tua beragama Kristian, katanya: “Wahai pahlawan agung, mengapa tuan tidak membalas semula tindakan kejam tentera salib terhadap tentera tuan?”

Jawab Sultan Salahuddin: “Wahai orang tua, agama kami bukan sahaja melarang sifat balas dendam, tetapi sangat menegah tindakan di luar batas perikemanusiaan seperti yang pernah musuh-musuh kami lakukan. Islam menyuruh kami menepati janji, memaafkan kesalahan orang lain dan melupakan kekejaman pihak musuh ketika mereka berkuasa.”

Orang tua itu berkata lagi: “Alangkah indahnya agama tuan! Saya ingin sangat menikmati kehidupan yang indah seperti itu pada sisa-sisa akhir hidup ini. Apakah yang patut saya lakukan untuk memeluk agama tuan yang mulia ini?”

Sultan Salahuddin menjawab: “Lafazkanlah syahadah, beriktikadlah bahawa Allah SWT itu Maha Esa dan Muhammad itu Rasul-Nya. Kemudian kerjakanlah apa yang Allah Taala perintahkan dan tinggalkanlah segala larangan-Nya.” Mendengar penjelasan itu, lelaki itupun terus mengucap dua kalimah syahadah dengan penuh keyakinan. - al-Kurauwi

 


 

Julai 2009
I S R K J S A
« Jun   Ogo »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

BULAN BAHASA KEBANGSAAN 2009

BBK

KARYA TERKINI

CERPEN DI MINGGUAN MALAYSIA
OKTOBER 2009
Kemuncup 2

"KEMUNCUP Di Atas Padang" cerita tentang rintih alam kepada anak-anak gempa yang melanda bumi Padang, Sumatera Indonesia. Cerita tentang Epa Poho yang dipujuk oleh Zahara Talua saat menemui anak yang luka dan duka bersalut lumpur derita. Cerita tentang tanah leluhur kita yang imannya belum teruji sepenuhnya. Makmur diuji nikmat aman hingga hidup bagai tidak bertuhan.

CERPEN DI DEWAN SASTERA
OKTOBER 2009
DDKT

“Al-Qadar Buat Angkasawan Di Bumi” pernah tersiar di Akhbar Mingguan Malaysia, Syawal 2007. Kali ini, cerpen ini diberi penghargaan ke persada MASTERA yang disiarkan dalam Majalah Dewan Sastera (Malaysia), Majalah Horison (Indonesia) dan Majalah Bahana (Brunei). Cerpen ala fiksyen sains angkasa ini terilham daripada kisah dua angkasawan negara Dr. Syeikh Muzaphar dan Dr. Faiz Khaleed.

CERPEN DI BERITA HARIAN
FEBRUARI 2009
dia-lelaki

"Dia, Lelaki yang Baru Saya Salam Itu" terilham berasaskan semangat untuk memboikot produk Amerika lewat perang Gaza, Palestin - Israel. Ideanya timbul usai solat Jumaat di Masjid Hukama’, DBP. Hari tersebut turut disempurnakan dengan Khutbah tentang Gaza beriring Qunut Nazilah dan solat hajat. Dalam khutbah saya menyentuh tentang boikot barangan Amerika termasuk rokok seperti Marlboro atau Benson & Hedges. Semangat boikot saya nampak di mata jemaah yang tidak tidur!

INSYIRAH

insyirah2 Sesungguhnya Novel "Insyirah" ialah novel kedua yang telah lahir daripada rahim Sayembara Mengarang Novel Kanak-kanak dan Remaja 2007 - Dewan Bahasa dan Pustaka. Novel ini telah memenangi hadiah pertama dalam sayembara tersebut. - al-Kurauwi

DI DADANYA KALAM TUHAN

ddkt-blog Sesungguhnya, tidak sampai lima tahun selepas menyertai bengkel penulisan cerpen anjuran KEPEZI (Kelab Penulis Zaharah Nawawi) awal September 2004 Ibnu Ahmad al-Kurauwi sudah mampu menghasilkan 20 cerpen yang melayakkannya memiliki kumpulan Di Dadanya Kalam Tuhan. Hal begini diperakui jarang terjadi. Namun bagi penulis muda pemegang ijazah Kesusasteraan Arab dari Jordan ini tiada perkara mustahil. Ke bulan pun manusia boleh jejak, inikan pula sekadar melahirkan sebuah kumpulan cerpen dalam waktu yang relatif singkat. – Zaharah Nawawi USJ Subang Jaya 9 Mac 2009

TINTA ELIPSIS

Novel TE bergerak sekitar gejolak rasa dan jalanan minda watak Amir Afif Amizul, anak peneroka FELDA, yang berpeluang menekuni bahasa Arab dan Pengajian Islam di Universiti Jordan. Amir Afif mempunyai sedikit sebanyak pengalaman dalam bidang penerbitan (TE: 25/7), iaitu selain pengalamannya sebagai konsultan yang ditimbanya selama lima tahun bertugas dengan Syarikat Amal Profesional Sdn. Bhd. (TE: 28) Amir Afif berhadapan dengan beberapa masalah yang wajar diatasinya sebijak mungkin. - Dr. Anis

TINTA SAPA

ibnuahmadalkurauwi pada PAK AZIZI YANG MUDA
ibnuahmadalkurauwi pada PERCAKAPAN KALBU KEPADA INDERA…
ZulDean pada PAK AZIZI YANG MUDA
ibnuahmadalkurauwi pada PAK AZIZI YANG MUDA
anuar manshor pada PAK AZIZI YANG MUDA

TETAMU

  • 63,941 hits

RSS Saifulislam.Com

  • Sempitnya Dunia Luasnya Gua 12 November 2009
    image copyright www.chromasia.com “Sungguh menghairankan. Tidakkah Ashaab al-Kahf itu mengalami claustrophobia?” tanya seorang anak muda. “Haha, menarik juga soalan anta. Tak pernah terlintas di fikiran ustaz,” saya membalas. Claustrophobia itu didefinisikan sebagai ketakutan yang melampau oleh seseorang terhadap bilik atau ruang yang […]

RSS Faisal Tehrani

  • Satira Ketupat Cinta II: Kotak Berisi Kuih Lepat 11 November 2009
    Adapun pasar Melaka pada waktu itu sibuklah teramat. Segala barangan ada dijual. Termasuklah manusia yang akan dilelong sebagai hamba. Orang yang tua berumur delapan puluh tahun dijual dengan harga murah. Jika ia nyanyuk dijual dengan harga suku wang timah. Bak kata Abdul Mujid Bari, salah seorang pembesar di Melaka; adalah orang tua nyanyuk itu harganya mur […]

RSS Nisah Haron Online

  • Umbara Sastera III 11 November 2009
    Para penulis, peminat sastera dari jauh dan dekat, dengan segala hormatnya dipersilakan hadir ke majlis :Umbara Sastera III14 November 2009D'Ark, Taman Setia Kasih, Senawang, Negeri SembilanTema : Penulisan Sastera IslamPanel :Puan Nisah Haji HaronProses kreatif cerpen Aset IstiqamahTempat PertamaSayembara Cerpen Hadiah Sastera Berunsur Islam ke - 12Enc […]

RSS Serunai Faqir

  • Warisan Melayu - Gendang Silat 6 November 2009
    Upacara Penganugerahan Sandang Silat Gayong yang disempurnakan oleh Y.A.M Tengku Datuk Seri Tengku Ahmad Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj telah berlansung di Kuala Lumpur International Hotel pada 25 Oktober yang lalu. Kumpulan kami dijemput mengiringi majlis.

RSS BECKyilHAM

  • Ulasan Cerpen Jus Soli Jus Sanguinis dalam Tunas Cipta 11/09 5 November 2009
    "Pada dasarnya cerpen ini juga merupakan garapan warna-warni kehidupan yang bersifat global. Walaupun dalam situasi yang berlatarkan zon perang, masih ada nilai emosi dan nilai-nilai kemanusiaan sejagat. Saya terkesan cerpen ini kaya dengan maklumat, ada bahan-bahan sains politik, persekitaran budaya, aspek sejarah dan tamadun bangsa....oleh sebab isu y […]

RSS Coretan Perjalanan ZulDeanz

  • Segala-galanya Sudah Berubah 11 November 2009
    Dua minggu lalu, penulis telah menghadiri satu majlis perkahwinan seorang rakan di Banting, Selangor. Entah kenapa secara tiba-tiba sahaja penulis terkenangkan kembali memori indah semasa di sekolah menengah dahulu. Secara kebetulan rumah pengantin berhampiran dengan sekolah, tempat penulis pernah belajar dahulu, penulispun mengambil kesempatan berkunjung da […]

Flickr Photos

27/365 : Escape

More Photos