
BUKANKAH manisnya kematian apabila kita mengetahui tarikh kehadirannya. Apatah lagi apabila kematian itu sudah dirancang dengan sebaik-baik pengakhiran ‘husnul Khatimah’ nya.
Di tempat kerja, saya sering menjadi khatib dan apabila melihat jemaah di masjid tidur saat saya membaca khutbah, ada dua kemungkinan dalam jemala fikir saya; Pertama khutbah yang dibaca tidak jatuh ke hati pendengar. Kedua, jemaah di hadapan saya sedang melayan ‘kematian’.
Pernah suatu ketika, saat saya membaca khutbah pertama, elektrik tiba-tiba terputus. Pendingin hawa langsung kehilangan fungsi. Bayangkan peluh sudah mereneh hingga ke kaki, tekak perit melaung agar khutbah didengari namun hairan, tiada seorang jemaah pun yang berdiri membuka tingkap dalam haba yang terkedap. Tahulah saya, jemaah rupa-rupanya memang sudah ‘mati’! Lain ceritanya dalam akhbar Harian Metro 11 Julai lalu yang melaporkan di Pulau Pinang, seorang khatib mati di atas mimbar ketika membaca khutbah.



Sesungguhnya Novel "Insyirah" ialah novel kedua yang telah lahir daripada rahim Sayembara Mengarang Novel Kanak-kanak dan Remaja 2007 - Dewan Bahasa dan Pustaka. Novel ini telah memenangi hadiah pertama dalam sayembara tersebut. - al-Kurauwi
Sesungguhnya, tidak sampai lima tahun selepas menyertai bengkel penulisan cerpen anjuran KEPEZI (Kelab Penulis Zaharah Nawawi) awal September 2004 Ibnu Ahmad al-Kurauwi sudah mampu menghasilkan 20 cerpen yang melayakkannya memiliki kumpulan Di Dadanya Kalam Tuhan. Hal begini diperakui jarang terjadi. Namun bagi penulis muda pemegang ijazah Kesusasteraan Arab dari Jordan ini tiada perkara mustahil. Ke bulan pun manusia boleh jejak, inikan pula sekadar melahirkan sebuah kumpulan cerpen dalam waktu yang relatif singkat. – Zaharah Nawawi USJ Subang Jaya 9 Mac 2009
TINTA SAPA