MATI DI ATAS MIMBAR

Petra

BUKANKAH manisnya kematian apabila kita mengetahui tarikh kehadirannya. Apatah lagi apabila kematian itu sudah dirancang dengan sebaik-baik pengakhiran ‘husnul Khatimah’ nya.  

Di tempat kerja, saya sering menjadi khatib dan apabila melihat jemaah di masjid tidur saat saya membaca khutbah, ada dua kemungkinan dalam jemala fikir saya; Pertama khutbah yang dibaca tidak jatuh ke hati pendengar. Kedua, jemaah di hadapan saya sedang melayan ‘kematian’.  :)

Pernah suatu ketika, saat saya membaca khutbah pertama, elektrik tiba-tiba terputus. Pendingin hawa langsung kehilangan fungsi. Bayangkan peluh sudah mereneh hingga ke kaki, tekak perit melaung agar khutbah didengari namun hairan, tiada seorang jemaah pun yang berdiri membuka tingkap dalam haba yang terkedap. Tahulah saya, jemaah rupa-rupanya memang sudah ‘mati’! Lain ceritanya dalam akhbar Harian Metro 11 Julai lalu yang melaporkan di Pulau Pinang, seorang khatib mati di atas mimbar ketika membaca khutbah.

BUKIT MERTAJAM: Jemaah Masjid Lebai Hashim, Bukit Minyak, dekat sini yang mulanya khusyuk mendengar khutbah Jumaat dibacakan Basiri Jamaduin, 79, tiba-tiba tersentak apabila khatib itu jatuh terduduk sebelum menghembuskan nafas terakhir dipercayai akibat serangan jantung, semalam.

Sebelum itu, imam berkenaan baru memulakan khutbah kira-kira jam 1.30 tengah hari apabila beliau tiba-tiba jatuh terduduk sambil memegang tongkat tetapi sempat dipapah jemaah masjid yang menyedari kejadian itu.

Jemaah masjid, Nazri Ahmad, 39, berkata dia berada depan mimbar ketika itu dan melihat Basiri menarik nafas panjang sebelum jatuh, manakala wajahnya bertukar pucat. Jemaah masjid segera menghubungi ambulans untuk menghantar Basiri ke hospital, namun beliau disahkan sudah meninggal dunia.

“Hari ini adalah sejarah bagi jemaah masjid kerana menyaksikan sendiri proses pertukaran imam ketika khutbah dan ia sesuatu yang jarang berlaku. Hari ini kami belajar sesuatu,” katanya ketika ditemui, semalam. Innalillah - al-Kurauwi

8 Respon to “MATI DI ATAS MIMBAR”


  1. 1 rendra 13 Julai 2009 at 5:21 pm

    salam kanda ustaz. kadangkala ren bawa kertas dan pen untuk mencatat intipati khutbah; semahunya mengelak daripada melayan kematian.

  2. 2 Farmillah Hamdi 14 Julai 2009 at 8:41 am

    Maha Suci Allah, sesungguhnya kematian tidak mampu kita elakkan…

  3. 3 ibnuahmadalkurauwi 15 Julai 2009 at 7:32 am

    Ren,
    Faham dan mencatat sewaktu khutbah, suatu proses belajar. Kanda yakin bukan suatu sia-sia.

  4. 4 ibnuahmadalkurauwi 15 Julai 2009 at 7:33 am

    Farmillah,
    Subhanallah, kematian bukan sahaja tidak mampu dielak malah tidak mampu dijangka bila saatnya!

  5. 5 Shapiai 17 Julai 2009 at 11:50 am

    Ustaz,
    Di atas mimbar kebenaran
    Imam kehilangan makmum

  6. 6 al-Kurauwi 17 Julai 2009 at 12:10 pm

    Tuan Haji Shapiai,
    Ya, di atas mimbar kebenaran,
    baik kiri mahupun kanan,
    Makmum tiada tempat untuk pergi,
    tiada mampu untuk menutup telinga sendiri!

  7. 7 ustazlah 17 Julai 2009 at 2:37 pm

    Salam.. Ren, wah kita sama.. hehe.. dan lebih bermakna kalau tulis semula dlm blog.. cuma belum terbuat

    Cuma lebih baik ‘mati’ depan khatib dari mati depan hidangan lazat tengahari hari jumaat.. sedihnya melihat saudara-saudara kita yg kematian imannya.. semoga mereka peroleh hidayah sebelum Izrail memberi gelaran si mati kepada mereka…

  8. 8 ibnuahmadalkurauwi 17 Julai 2009 at 4:46 pm

    Ya, mati depan khatib lebih molek daripada mati eksiden!


Tinggalkan jawapan




 

Julai 2009
I S R K J S A
« Jun   Ogo »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

BULAN BAHASA KEBANGSAAN 2009

BBK

KARYA TERKINI

CERPEN DI MINGGUAN MALAYSIA
OKTOBER 2009
Kemuncup 2

"KEMUNCUP Di Atas Padang" cerita tentang rintih alam kepada anak-anak gempa yang melanda bumi Padang, Sumatera Indonesia. Cerita tentang Epa Poho yang dipujuk oleh Zahara Talua saat menemui anak yang luka dan duka bersalut lumpur derita. Cerita tentang tanah leluhur kita yang imannya belum teruji sepenuhnya. Makmur diuji nikmat aman hingga hidup bagai tidak bertuhan.

CERPEN DI DEWAN SASTERA
OKTOBER 2009
DDKT

“Al-Qadar Buat Angkasawan Di Bumi” pernah tersiar di Akhbar Mingguan Malaysia, Syawal 2007. Kali ini, cerpen ini diberi penghargaan ke persada MASTERA yang disiarkan dalam Majalah Dewan Sastera (Malaysia), Majalah Horison (Indonesia) dan Majalah Bahana (Brunei). Cerpen ala fiksyen sains angkasa ini terilham daripada kisah dua angkasawan negara Dr. Syeikh Muzaphar dan Dr. Faiz Khaleed.

CERPEN DI BERITA HARIAN
FEBRUARI 2009
dia-lelaki

"Dia, Lelaki yang Baru Saya Salam Itu" terilham berasaskan semangat untuk memboikot produk Amerika lewat perang Gaza, Palestin - Israel. Ideanya timbul usai solat Jumaat di Masjid Hukama’, DBP. Hari tersebut turut disempurnakan dengan Khutbah tentang Gaza beriring Qunut Nazilah dan solat hajat. Dalam khutbah saya menyentuh tentang boikot barangan Amerika termasuk rokok seperti Marlboro atau Benson & Hedges. Semangat boikot saya nampak di mata jemaah yang tidak tidur!

INSYIRAH

insyirah2 Sesungguhnya Novel "Insyirah" ialah novel kedua yang telah lahir daripada rahim Sayembara Mengarang Novel Kanak-kanak dan Remaja 2007 - Dewan Bahasa dan Pustaka. Novel ini telah memenangi hadiah pertama dalam sayembara tersebut. - al-Kurauwi

DI DADANYA KALAM TUHAN

ddkt-blog Sesungguhnya, tidak sampai lima tahun selepas menyertai bengkel penulisan cerpen anjuran KEPEZI (Kelab Penulis Zaharah Nawawi) awal September 2004 Ibnu Ahmad al-Kurauwi sudah mampu menghasilkan 20 cerpen yang melayakkannya memiliki kumpulan Di Dadanya Kalam Tuhan. Hal begini diperakui jarang terjadi. Namun bagi penulis muda pemegang ijazah Kesusasteraan Arab dari Jordan ini tiada perkara mustahil. Ke bulan pun manusia boleh jejak, inikan pula sekadar melahirkan sebuah kumpulan cerpen dalam waktu yang relatif singkat. – Zaharah Nawawi USJ Subang Jaya 9 Mac 2009

TINTA ELIPSIS

Novel TE bergerak sekitar gejolak rasa dan jalanan minda watak Amir Afif Amizul, anak peneroka FELDA, yang berpeluang menekuni bahasa Arab dan Pengajian Islam di Universiti Jordan. Amir Afif mempunyai sedikit sebanyak pengalaman dalam bidang penerbitan (TE: 25/7), iaitu selain pengalamannya sebagai konsultan yang ditimbanya selama lima tahun bertugas dengan Syarikat Amal Profesional Sdn. Bhd. (TE: 28) Amir Afif berhadapan dengan beberapa masalah yang wajar diatasinya sebijak mungkin. - Dr. Anis

TINTA LARIS

TETAMU

  • 63,846 hits

RSS Saifulislam.Com

  • ‘Call Me Irresponsible’ 10 November 2009
    Menelusi perkembangan politik semasa sungguh membingungkan. Saya pula banyak memikirkan kesan kebingungan itu kepada generasi pelapis. Soal menterjemahkan segala yang  berlaku kepada suatu pengajaran yang boleh dijamah oleh anak-anak muda yang masih panjang perjalanan mereka. Kelemahan kompetensi, boleh dimaafkan oleh pengundi. Tidak pandai bekerja, salah at […]

RSS Faisal Tehrani

  • Satira Ketupat Cinta II: Kotak Berisi Kuih Lepat 11 November 2009
    Adapun pasar Melaka pada waktu itu sibuklah teramat. Segala barangan ada dijual. Termasuklah manusia yang akan dilelong sebagai hamba. Orang yang tua berumur delapan puluh tahun dijual dengan harga murah. Jika ia nyanyuk dijual dengan harga suku wang timah. Bak kata Abdul Mujid Bari, salah seorang pembesar di Melaka; adalah orang tua nyanyuk itu harganya mur […]

RSS Nisah Haron Online

  • Umbara Sastera III 11 November 2009
    Para penulis, peminat sastera dari jauh dan dekat, dengan segala hormatnya dipersilakan hadir ke majlis :Umbara Sastera III14 November 2009D'Ark, Taman Setia Kasih, Senawang, Negeri SembilanTema : Penulisan Sastera IslamPanel :Puan Nisah Haji HaronProses kreatif cerpen Aset IstiqamahTempat PertamaSayembara Cerpen Hadiah Sastera Berunsur Islam ke - 12Enc […]

RSS Serunai Faqir

  • Warisan Melayu - Gendang Silat 6 November 2009
    Upacara Penganugerahan Sandang Silat Gayong yang disempurnakan oleh Y.A.M Tengku Datuk Seri Tengku Ahmad Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj telah berlansung di Kuala Lumpur International Hotel pada 25 Oktober yang lalu. Kumpulan kami dijemput mengiringi majlis.

RSS BECKyilHAM

  • Ulasan Cerpen Jus Soli Jus Sanguinis dalam Tunas Cipta 11/09 5 November 2009
    "Pada dasarnya cerpen ini juga merupakan garapan warna-warni kehidupan yang bersifat global. Walaupun dalam situasi yang berlatarkan zon perang, masih ada nilai emosi dan nilai-nilai kemanusiaan sejagat. Saya terkesan cerpen ini kaya dengan maklumat, ada bahan-bahan sains politik, persekitaran budaya, aspek sejarah dan tamadun bangsa....oleh sebab isu y […]

Flickr Photos

Noviembre

More Photos