Arkib untuk Oktober 2009

JAWAPAN KEPADA PUISI RENDRA

Saat Kauhantar Pelangi Pulang,

Telah kauhantar pelangi pulang,
saat dadamu disepuh warna cinta.
Indahnya tidak hanya datang kala siang,
saat malam, mimpi memeluk tidur,
warna cinta pun datang.

Katanya:
“Kanda, jangan lagi melarik pelangi,
kan dinda hias di dadamu warna cinta,
warna yang tidak kan hilang,
baik disiat kulit siang,
mahupun malam berselimut,
dalam dengkur panjang.

al-Kurauwi
30 Oktober 2009

Pelangi

Puisi ini ialah jawapan kepada puisi WB Rendra yang tersiar di akhbar Berita Harian 17 Oktober 2009. Puisinya yang bertajuk “Menghantar Pelangi Pulang” boleh dibaca di sini.

SEMINAR TEKNO DAEI

seminar

Menyambung ilmu di IKIM dua hari. Wah, Tekno-Da’ei, boleh buat novel fiksyen nih! - al-Kurauwi

CEMBURU ANWAR

Pidato Penerimaan021

Sudah sampai ke hujung fakir bermadah,
Pada malam bersejarah menjunjung Anugerah,
Jutaan ampun atas silap dan salah,
Yang Maha Sempurna Terpuji itu miliknya Allah.

Wahai segala arif permata,
Janganlah apa fakir dikata,
Kalam buruk kertasnya lata,
Menyuratnya tidak ada pelita.

Sudahlah dengan takdir Allah,
Tiadalah dapat lagi disalah,
Di Luh Mahfuz suratan terjumlah,
Barang yang datang disyukurkanlah.

“Ketika mendapat pengiktirafan pertama kali melalui cerpen “Perjalanan Terakhir”, Anwar sangat gembira dan teruja. Baju berwarna biru baharu, dibeli untuk satu peristiwa penting yang sangat bererti dalam sejarah hidupnya. Ibarat kejayaan yang tertunda, Anwar tidak berpeluang memakai baju baharu tersebut, ketika itu untuk meraikan kejayaannya.

Akan tetapi berkat kesabarannya, berkat ketelitian dan ketekunannya, menggarap dari naratif ke naratif sebagai “tukang cerita moden”, Pada malam yang cukup bersejarah dan signifikan dalam hidupnya, Anwar Ridhwan berpeluang memakai baju Melayu baharu berwarna hitam, yang lazimnya dipakai apabila merafak sembah, menjunjung kasih kepada payung negara, iaitu Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang dikasihi bagi menerima anugerah tertinggi negara dalam bidang kesusasteraan.” – Dato’ Haji Termuzi, Ketua Pengarah DBP.

BELAJARLAH MENDENGAR

Everly Resort Hotel

Bila kupohon agar kaumendengar ceritaku,
Lantas kaumulai berikan aku nasihatmu.
Saat itu kau sebenarnya tidak memenuhi permintaanku.

Bila kupohon agar kaumendengar ceritaku,
lantas kaurasai bahawa kau perlu melakukan sesuatu.
Demi menyelesaikan permasalahanku,
kau telah merendah-rendahkanku,
Keanehan pun mulai terasa.

Bila kupohon agar kaumendengar ceritaku,
Lantas kaumulai berkata:
“Tidak sepatutnya kaumerasai sebegitu”
Saat itu, kau telah menginjak-injak perasaanku.

Terus membaca ‘BELAJARLAH MENDENGAR’

KEMUNCUP DI ATAS PADANG

Kemuncup Di Atas Padang

Di atas Padang,
akhlak mereka adalah lalang yang tinggi menjulang;
Lalang yang tumbuh akarnya berduri,
daunnya tegak memiang di tanah lapang.
Tumbuhnya tanpa dibaja dan liar untuk dijaga;
Tegak menongkat tubuh sendiri melata-lata,
mencacatkan mata indera.

Rumput-rumput di kiri dan kanan
turut sama menjulang
sama-sama terumbang-umbang
ke kiri dan ke kanan digerakkan udara.
Sesekali menjulang, kemuncup menggigit peha.
Rumput dan lalang terus leka dan alpa
meninggikan tanah membusutkan koloni.

Padang ini,
akan terus gempa lagi,
melayah datang dengan seribu ujian,
namun langkah tidak harus kehilangan juang.
Katih jangan lagi disesatkan oleh miang lalang.
Khalifah yang matang;
harus bisa mencabut kemuncup itu sambil terus berjalan.

Dedikasi buat saudara-saudaraku di Padang, Sumatera yang rumput mereka sudah perang oleh warna malang - Ibnu Ahmad al-Kurauwi

GEMPA DAN TANDA KEKUASAAN ALLAH

QUAKE-INDONESIA/

ARTIKEL dari laman ERAMUSLIM barangkali sudah disalin dalam banyak blog-blog yang lain. Namun dimuat naik semula sekali lagi ke laman kecil ini kerana ia sangat mengesankan lebih daripada kejadian sejadah berdiri atau penemuan jenazah yang masih lagi sempurna di Perlis semalam. Artikel itu bermula begini:

Segala sesuatu kejadian di muka bumi merupakan ketetapan Allah SWT. Demikian pula dengan musibah bernama gempa bumi. Hanya berselang sehari setelah kejadian, beredar khabar — antaranya lewat pesan singkat — yang mengaitkan waktu terjadinya musibah tiba gempa itu dengan surah dan ayat yang ada di dalam kitab suci al-Quran.

“Gempa di Padang jam 17.16, gempa susulan 17.58, esoknya gempa di Jambi jam 8.52. Cuba lihat Al-Quran!”  Demikian bunyi pesan singkat yang beredar. Siapa pun yang membuka al-Quran dengan tuntunan pesan singkat tersebut akan merasa kecil di hadapan Allah SWT. Berikut ialah ayat-ayat Allah SWT tersebut:

17.16 (Surah Al Israa’ ayat 16): “Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.”

17.58 (Surah al-Israa’ ayat 58): “Tidak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).”

8.52 (Surah al-Anfaal: 52): (Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Firaun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyeksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras seksaan-Nya.”

Tiga ayat Allah SWT di atas, yang ditunjukkan tepat dalam waktu kejadian tiga gempa kemarin di Sumatera, berbicara mengenai azab Allah berupa kehancuran dan kematian, dan kaitannya dengan hidup bermewah-mewah dan kedurhakaan, dan juga dengan keadaan Firaun dan pengikut-pengikutnya. Ini tentu sangat menarik.

Saya menambah; Sesungguhnya ia sangat menarik untuk dikaji, diteliti, diinsafi dan diimani bahawa segala kejadian itu bukanlah kerana semata-mata fenomena  alam, tetapi hikmahnya lebih daripada itu.  Ia bercerita tentang pentingnya ‘rasa bertuhan’ kita bahawa makhluk bernama gempa ini adalah ‘jundullah’ suatu yang sudah ada dalam azali – suatu yang ditentukan oleh Tuhan - al-Kurauwi

MASTERA DI DEWAN SASTERA

DDKT

CERPEN “Al-Qadar Buat Angkasawan Di Bumi” pernah tersiar di Akhbar Mingguan Malaysia, Syawal 2007. Kali ini, cerpen ini diberi penghargaan ke persada MASTERA yang disiarkan dalam Majalah Dewan Sastera (Malaysia), Majalah Horison (Indonesia) dan Majalah Bahana (Brunei). Cerpen ala fiksyen sains angkasa ini terilham dari kisah dua angkasawan negara Dr. Syeikh Muzaphar dan Dr. Faiz Khaleed.

Sastera10Cerpen ini cuba mengangkat tema persaudaraan yang tulus antara dua sahabat. Saya cuba menyelami konflik jiwa seorang angkasawan yang terpilih dan tidak terpilih ke ISS  itu. Falsafah setinggi mana kita berada, bumi tetap dipijak jua,  dimanifestasikan melalui pepatah Melayu, ‘Andai mengapai bintang di langit jangan lupa rumput di bumi’ dalam cerpen ini. Selamat Membaca - Ibnu Ahmad al-Kurauwi.

 


 

Oktober 2009
I S R K J S A
« Sep   Nov »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

BULAN BAHASA KEBANGSAAN 2009

BBK

KARYA TERKINI

CERPEN DI MINGGUAN MALAYSIA
OKTOBER 2009
Kemuncup 2

"KEMUNCUP Di Atas Padang" cerita tentang rintih alam kepada anak-anak gempa yang melanda bumi Padang, Sumatera Indonesia. Cerita tentang Epa Poho yang dipujuk oleh Zahara Talua saat menemui anak yang luka dan duka bersalut lumpur derita. Cerita tentang tanah leluhur kita yang imannya belum teruji sepenuhnya. Makmur diuji nikmat aman hingga hidup bagai tidak bertuhan.

CERPEN DI DEWAN SASTERA
OKTOBER 2009
DDKT

“Al-Qadar Buat Angkasawan Di Bumi” pernah tersiar di Akhbar Mingguan Malaysia, Syawal 2007. Kali ini, cerpen ini diberi penghargaan ke persada MASTERA yang disiarkan dalam Majalah Dewan Sastera (Malaysia), Majalah Horison (Indonesia) dan Majalah Bahana (Brunei). Cerpen ala fiksyen sains angkasa ini terilham daripada kisah dua angkasawan negara Dr. Syeikh Muzaphar dan Dr. Faiz Khaleed.

CERPEN DI BERITA HARIAN
FEBRUARI 2009
dia-lelaki

"Dia, Lelaki yang Baru Saya Salam Itu" terilham berasaskan semangat untuk memboikot produk Amerika lewat perang Gaza, Palestin - Israel. Ideanya timbul usai solat Jumaat di Masjid Hukama’, DBP. Hari tersebut turut disempurnakan dengan Khutbah tentang Gaza beriring Qunut Nazilah dan solat hajat. Dalam khutbah saya menyentuh tentang boikot barangan Amerika termasuk rokok seperti Marlboro atau Benson & Hedges. Semangat boikot saya nampak di mata jemaah yang tidak tidur!

INSYIRAH

insyirah2 Sesungguhnya Novel "Insyirah" ialah novel kedua yang telah lahir daripada rahim Sayembara Mengarang Novel Kanak-kanak dan Remaja 2007 - Dewan Bahasa dan Pustaka. Novel ini telah memenangi hadiah pertama dalam sayembara tersebut. - al-Kurauwi

DI DADANYA KALAM TUHAN

ddkt-blog Sesungguhnya, tidak sampai lima tahun selepas menyertai bengkel penulisan cerpen anjuran KEPEZI (Kelab Penulis Zaharah Nawawi) awal September 2004 Ibnu Ahmad al-Kurauwi sudah mampu menghasilkan 20 cerpen yang melayakkannya memiliki kumpulan Di Dadanya Kalam Tuhan. Hal begini diperakui jarang terjadi. Namun bagi penulis muda pemegang ijazah Kesusasteraan Arab dari Jordan ini tiada perkara mustahil. Ke bulan pun manusia boleh jejak, inikan pula sekadar melahirkan sebuah kumpulan cerpen dalam waktu yang relatif singkat. – Zaharah Nawawi USJ Subang Jaya 9 Mac 2009

TINTA ELIPSIS

Novel TE bergerak sekitar gejolak rasa dan jalanan minda watak Amir Afif Amizul, anak peneroka FELDA, yang berpeluang menekuni bahasa Arab dan Pengajian Islam di Universiti Jordan. Amir Afif mempunyai sedikit sebanyak pengalaman dalam bidang penerbitan (TE: 25/7), iaitu selain pengalamannya sebagai konsultan yang ditimbanya selama lima tahun bertugas dengan Syarikat Amal Profesional Sdn. Bhd. (TE: 28) Amir Afif berhadapan dengan beberapa masalah yang wajar diatasinya sebijak mungkin. - Dr. Anis

TINTA LARIS

TETAMU

  • 65,349 hits

RSS Saifulislam.Com

  • The Sudanese Mahdiyyah Movement: A Quick Review 4 Disember 2009
    source: Brittanica Online Encyclopedia INTRODUCTION The jihadist movement known as the Sudanese Mahdist was a colonial war of the late 19th century. It is frequently asserted that the Mahdist was due to the oppression and misgovernment of the Egyptians in the Sudan. This hypothesis has been too easily and uncritically accepted, since its fail to explain why […]

RSS Faisal Tehrani

  • Array 4 Disember 2009
    “Sesungguhnya pemimpin kalian adalah Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman yang mendirikan Shalat dan mengeluarkan zakat sementara ia dalam keadaan rukuk”. (al-Ma'idah 55).Salam buat Tsiqlul-Ashghar pelengkap Tsiqlul-akbar!

RSS Nisah Haron Online

  • Titipan Terakhir 2009 3 Disember 2009
    Karya-karya yang menjadi penutup tahun 2009 :DisemberDewan Sastera - Minggu Penulis Remaja: Membina Penulis PelapisDewan Bahasa - Penyebaran Bahasa Melayu melalui Blog SasteraWANITA - Siri Akhir "Gapura Purnama" : Cinta Luhur"Melalui penggunaan bahasa Melayu yang baik, secara tidak langsung mereka (pemblog sastera) dapat memperkenalkan dan mem […]

RSS Serunai Faqir

  • Anak-anak Kita 5 Disember 2009
    Orang kita masih berangankan bulan jatuh ke riba. Masih lagi menatap wajah pungguk yang sedih amat. Tidak dikira lagi anak-anak kita yang sudah jauh hanyut ke dalam rahang hedonisme. Segala macam hiburan dan nyanyian saban hari disodorkan pada anak-anak kita. Terpanggil lewat membaca betapa di pameran sains robot di Jepun (Utusan Malaysia), saya merasakan ba […]

RSS BECKyilHAM

  • Cerpen PROTOKOL CINTA dalam Dewan Sastera Disember 2009 1 Disember 2009
    “Suatu tindak balas alam.” Pernyataan, bukan persoalan. Dominique mengorak senyum, mempersilakan duduk. Dhaliza tercegat, berkerut. Pernyataan itu tidak lucu. Cuma terlalu klise. Dan Dhaliza – ah, dia sudah mengagak. Pelajar petah itu pasti akan memburunya selepas kuliah. Berdebat. Sehingga puas, meski kalah lebih acap. Dhaliza – gadis muda sedang ranum dari […]

RSS Coretan Perjalanan ZulDeanz

  • Selamat Hari Raya Korban 30 November 2009
    Selamat berhari Raya Aidiladha dan menjalankan ibadah korban. Jika kita tidak membuat korbanpun, sama-samalah kita membantu dan menyaksikan ibadah korban yang dibuat di kariah kita. Setiap yang menyaksikan ibadah korban itu pasti ada ganjaran pahalanya.Bukan mudah menumbangkan seekor lembu.Laungan takbir bergema selama beberapa hari ini di masjid, surau dan […]

Flickr Photos

Untitled

More Photos