
Sudah sampai ke hujung fakir bermadah,
Pada malam bersejarah menjunjung Anugerah,
Jutaan ampun atas silap dan salah,
Yang Maha Sempurna Terpuji itu miliknya Allah.
Wahai segala arif permata,
Janganlah apa fakir dikata,
Kalam buruk kertasnya lata,
Menyuratnya tidak ada pelita.
Sudahlah dengan takdir Allah,
Tiadalah dapat lagi disalah,
Di Luh Mahfuz suratan terjumlah,
Barang yang datang disyukurkanlah.
“Ketika mendapat pengiktirafan pertama kali melalui cerpen “Perjalanan Terakhir”, Anwar sangat gembira dan teruja. Baju berwarna biru baharu, dibeli untuk satu peristiwa penting yang sangat bererti dalam sejarah hidupnya. Ibarat kejayaan yang tertunda, Anwar tidak berpeluang memakai baju baharu tersebut, ketika itu untuk meraikan kejayaannya.
Akan tetapi berkat kesabarannya, berkat ketelitian dan ketekunannya, menggarap dari naratif ke naratif sebagai “tukang cerita moden”, Pada malam yang cukup bersejarah dan signifikan dalam hidupnya, Anwar Ridhwan berpeluang memakai baju Melayu baharu berwarna hitam, yang lazimnya dipakai apabila merafak sembah, menjunjung kasih kepada payung negara, iaitu Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang dikasihi bagi menerima anugerah tertinggi negara dalam bidang kesusasteraan.” – Dato’ Haji Termuzi, Ketua Pengarah DBP.



Sesungguhnya Novel "Insyirah" ialah novel kedua yang telah lahir daripada rahim Sayembara Mengarang Novel Kanak-kanak dan Remaja 2007 - Dewan Bahasa dan Pustaka. Novel ini telah memenangi hadiah pertama dalam sayembara tersebut. - al-Kurauwi
Sesungguhnya, tidak sampai lima tahun selepas menyertai bengkel penulisan cerpen anjuran KEPEZI (Kelab Penulis Zaharah Nawawi) awal September 2004 Ibnu Ahmad al-Kurauwi sudah mampu menghasilkan 20 cerpen yang melayakkannya memiliki kumpulan Di Dadanya Kalam Tuhan. Hal begini diperakui jarang terjadi. Namun bagi penulis muda pemegang ijazah Kesusasteraan Arab dari Jordan ini tiada perkara mustahil. Ke bulan pun manusia boleh jejak, inikan pula sekadar melahirkan sebuah kumpulan cerpen dalam waktu yang relatif singkat. – Zaharah Nawawi USJ Subang Jaya 9 Mac 2009
0 Respon to “CEMBURU ANWAR”