
Menyambung ilmu di IKIM dua hari. Wah, Tekno-Da’ei, boleh buat novel fiksyen nih! - al-Kurauwi
“Kasihilah makhluk di bumi, nescaya kamu akan dikasihi oleh Tuhan di langit tinggi”

Menyambung ilmu di IKIM dua hari. Wah, Tekno-Da’ei, boleh buat novel fiksyen nih! - al-Kurauwi
CERPEN DI MINGGUAN MALAYSIA
OKTOBER 2009

"KEMUNCUP Di Atas Padang" cerita tentang rintih alam kepada anak-anak gempa yang melanda bumi Padang, Sumatera Indonesia. Cerita tentang Epa Poho yang dipujuk oleh Zahara Talua saat menemui anak yang luka dan duka bersalut lumpur derita. Cerita tentang tanah leluhur kita yang imannya belum teruji sepenuhnya. Makmur diuji nikmat aman hingga hidup bagai tidak bertuhan.
CERPEN DI DEWAN SASTERA
OKTOBER 2009

“Al-Qadar Buat Angkasawan Di Bumi” pernah tersiar di Akhbar Mingguan Malaysia, Syawal 2007. Kali ini, cerpen ini diberi penghargaan ke persada MASTERA yang disiarkan dalam Majalah Dewan Sastera (Malaysia), Majalah Horison (Indonesia) dan Majalah Bahana (Brunei). Cerpen ala fiksyen sains angkasa ini terilham daripada kisah dua angkasawan negara Dr. Syeikh Muzaphar dan Dr. Faiz Khaleed.
CERPEN DI BERITA HARIAN
FEBRUARI 2009

"Dia, Lelaki yang Baru Saya Salam Itu" terilham berasaskan semangat untuk memboikot produk Amerika lewat perang Gaza, Palestin - Israel. Ideanya timbul usai solat Jumaat di Masjid Hukama’, DBP. Hari tersebut turut disempurnakan dengan Khutbah tentang Gaza beriring Qunut Nazilah dan solat hajat. Dalam khutbah saya menyentuh tentang boikot barangan Amerika termasuk rokok seperti Marlboro atau Benson & Hedges. Semangat boikot saya nampak di mata jemaah yang tidak tidur!
Sesungguhnya Novel "Insyirah" ialah novel kedua yang telah lahir daripada rahim Sayembara Mengarang Novel Kanak-kanak dan Remaja 2007 - Dewan Bahasa dan Pustaka. Novel ini telah memenangi hadiah pertama dalam sayembara tersebut. - al-Kurauwi
Sesungguhnya, tidak sampai lima tahun selepas menyertai bengkel penulisan cerpen anjuran KEPEZI (Kelab Penulis Zaharah Nawawi) awal September 2004 Ibnu Ahmad al-Kurauwi sudah mampu menghasilkan 20 cerpen yang melayakkannya memiliki kumpulan Di Dadanya Kalam Tuhan. Hal begini diperakui jarang terjadi. Namun bagi penulis muda pemegang ijazah Kesusasteraan Arab dari Jordan ini tiada perkara mustahil. Ke bulan pun manusia boleh jejak, inikan pula sekadar melahirkan sebuah kumpulan cerpen dalam waktu yang relatif singkat. – Zaharah Nawawi USJ Subang Jaya 9 Mac 2009| ibnuahmadalkurauwi pada MAHU JADI PENYAIR | |
| edolah pada MAHU JADI PENYAIR | |
| al-Kurauwi pada BAHASA MELAYU VS BAHASA M… | |
| Katakanlah pada BAHASA MELAYU VS BAHASA M… | |
| ibnuahmadalkurauwi pada ANTOLOGI CERPEN JAWI |
|
Tema: k2 oleh k2 team. Blog di WordPress.com.
Sindikasi and Komen Sindikasi
0 Respon to “SEMINAR TEKNO DAEI”