Saat Kauhantar Pelangi Pulang,
Telah kauhantar pelangi pulang,
saat dadamu disepuh warna cinta.
Indahnya tidak hanya datang kala siang,
saat malam, mimpi memeluk tidur,
warna cinta pun datang.
Katanya:
“Kanda, jangan lagi melarik pelangi,
kan dinda hias di dadamu warna cinta,
warna yang tidak kan hilang,
baik disiat kulit siang,
mahupun malam berselimut,
dalam dengkur panjang.
al-Kurauwi
30 Oktober 2009

Puisi ini ialah jawapan kepada puisi WB Rendra yang tersiar di akhbar Berita Harian 17 Oktober 2009. Puisinya yang bertajuk “Menghantar Pelangi Pulang” boleh dibaca di sini.



Sesungguhnya Novel "Insyirah" ialah novel kedua yang telah lahir daripada rahim Sayembara Mengarang Novel Kanak-kanak dan Remaja 2007 - Dewan Bahasa dan Pustaka. Novel ini telah memenangi hadiah pertama dalam sayembara tersebut. - al-Kurauwi
Sesungguhnya, tidak sampai lima tahun selepas menyertai bengkel penulisan cerpen anjuran KEPEZI (Kelab Penulis Zaharah Nawawi) awal September 2004 Ibnu Ahmad al-Kurauwi sudah mampu menghasilkan 20 cerpen yang melayakkannya memiliki kumpulan Di Dadanya Kalam Tuhan. Hal begini diperakui jarang terjadi. Namun bagi penulis muda pemegang ijazah Kesusasteraan Arab dari Jordan ini tiada perkara mustahil. Ke bulan pun manusia boleh jejak, inikan pula sekadar melahirkan sebuah kumpulan cerpen dalam waktu yang relatif singkat. – Zaharah Nawawi USJ Subang Jaya 9 Mac 2009
salam kanda ustaz. aduhai, ada jawapan kepada Menghantar Pelangi Pulang rupanya. terima kasih kanda ustaz, atas diksi-diksi yang manis.
Ya, setelah sekian lama menunggu, Ren.
Tentulah manis apabila ada bibir mulus yang memberikan jawapannya. Barangkali boleh diceritakan ‘warna’ yang manis itu!
Ustaz,
Agaknya ke mana Rendra menghantar pelangi itu pulang.
puisi yang sungguh indah, salam mesra dari seberang
salam ya sheikh….teruskan selagi pelangi masih lagi ada.
Ustaz Azman,
Selain berpuisi, berteater pun boleh ‘menghantar pelangi pulang’… ya melalui dialog (dalam pilihan kata-kata indah dan bermesej) dan gerak lakonnya.