Arkib untuk 5 November 2009

PERCAKAPAN KALBU KEPADA INDERA

 

i
Atas seperdua sejadah kusam
Kukoyakkan helaian kuras malam
Menjadi lembar sunyi yang menebak nurani
Setelah sekilat hidayah memetir amarah
Kalbu merah membelah sebuah muhasabah
dek pahala amal yang tersejat di kantung maksiat
dek bakti pertiwi bergelumang daki dan karat
Saat diselak fajar dinihari
Segalanya cicir berselerakan di gerbang rezeki
Antara tanah yang subur, hujan pahala yang lebat
dan belut haloba yang melumpur di sebalik nikmat.

Atas seperdua sejadah kusam
Kupeluk sesal di atas bahu malam
Gunung kalbu retak sumbunya dalam gegar gempita
Kubiarkan lahar dosa padam di kolam nasuha
cair di atas puing-puing lensa kerja yang sesia.
Dahulu sehelai baju berkolar biru
menjadi seragam diri meladang nafsu.
Sekuntum bibir tumbuh liar bersari pedu
sebilah lidah ramah menikam fitnah
sepasang tangan sogok meramas ghairah daging merah
sepasang kaki tempang melangkah tanpa arah.

Sebahagian daripada puisi sepanjang 500 patah perkataan.

Puisi2

Usai deklamasi puisi, saat merakamkan terima kasih kepada pendengar, tidak lupa saya ucapkan syukur kepada Tuhan atas kemenangan puisi ini – tempat pertama, Sayembara Mencipta Puisi Kualiti DBP 2009 – dan penghargaan kepada Saudara Sharifullizan Yahya dan Nazira Mohd Noor, kerana memberikan inspirasi dan galakan agar tidak patah semangat untuk menulis setelah tiga kali mencuba. Sesungguhnya kita masih belajar menulis puisi. - al-Kurauwi


 

November 2009
I S R K J S A
« Okt    
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

BULAN BAHASA KEBANGSAAN 2009

BBK

KARYA TERKINI

CERPEN DI MINGGUAN MALAYSIA
OKTOBER 2009
Kemuncup 2

"KEMUNCUP Di Atas Padang" cerita tentang rintih alam kepada anak-anak gempa yang melanda bumi Padang, Sumatera Indonesia. Cerita tentang Epa Poho yang dipujuk oleh Zahara Talua saat menemui anak yang luka dan duka bersalut lumpur derita. Cerita tentang tanah leluhur kita yang imannya belum teruji sepenuhnya. Makmur diuji nikmat aman hingga hidup bagai tidak bertuhan.

CERPEN DI DEWAN SASTERA
OKTOBER 2009
DDKT

“Al-Qadar Buat Angkasawan Di Bumi” pernah tersiar di Akhbar Mingguan Malaysia, Syawal 2007. Kali ini, cerpen ini diberi penghargaan ke persada MASTERA yang disiarkan dalam Majalah Dewan Sastera (Malaysia), Majalah Horison (Indonesia) dan Majalah Bahana (Brunei). Cerpen ala fiksyen sains angkasa ini terilham daripada kisah dua angkasawan negara Dr. Syeikh Muzaphar dan Dr. Faiz Khaleed.

CERPEN DI BERITA HARIAN
FEBRUARI 2009
dia-lelaki

"Dia, Lelaki yang Baru Saya Salam Itu" terilham berasaskan semangat untuk memboikot produk Amerika lewat perang Gaza, Palestin - Israel. Ideanya timbul usai solat Jumaat di Masjid Hukama’, DBP. Hari tersebut turut disempurnakan dengan Khutbah tentang Gaza beriring Qunut Nazilah dan solat hajat. Dalam khutbah saya menyentuh tentang boikot barangan Amerika termasuk rokok seperti Marlboro atau Benson & Hedges. Semangat boikot saya nampak di mata jemaah yang tidak tidur!

INSYIRAH

insyirah2 Sesungguhnya Novel "Insyirah" ialah novel kedua yang telah lahir daripada rahim Sayembara Mengarang Novel Kanak-kanak dan Remaja 2007 - Dewan Bahasa dan Pustaka. Novel ini telah memenangi hadiah pertama dalam sayembara tersebut. - al-Kurauwi

DI DADANYA KALAM TUHAN

ddkt-blog Sesungguhnya, tidak sampai lima tahun selepas menyertai bengkel penulisan cerpen anjuran KEPEZI (Kelab Penulis Zaharah Nawawi) awal September 2004 Ibnu Ahmad al-Kurauwi sudah mampu menghasilkan 20 cerpen yang melayakkannya memiliki kumpulan Di Dadanya Kalam Tuhan. Hal begini diperakui jarang terjadi. Namun bagi penulis muda pemegang ijazah Kesusasteraan Arab dari Jordan ini tiada perkara mustahil. Ke bulan pun manusia boleh jejak, inikan pula sekadar melahirkan sebuah kumpulan cerpen dalam waktu yang relatif singkat. – Zaharah Nawawi USJ Subang Jaya 9 Mac 2009

TINTA ELIPSIS

Novel TE bergerak sekitar gejolak rasa dan jalanan minda watak Amir Afif Amizul, anak peneroka FELDA, yang berpeluang menekuni bahasa Arab dan Pengajian Islam di Universiti Jordan. Amir Afif mempunyai sedikit sebanyak pengalaman dalam bidang penerbitan (TE: 25/7), iaitu selain pengalamannya sebagai konsultan yang ditimbanya selama lima tahun bertugas dengan Syarikat Amal Profesional Sdn. Bhd. (TE: 28) Amir Afif berhadapan dengan beberapa masalah yang wajar diatasinya sebijak mungkin. - Dr. Anis

TINTA SAPA

ibnuahmadalkurauwi pada MAHU JADI PENYAIR
edolah pada MAHU JADI PENYAIR
al-Kurauwi pada BAHASA MELAYU VS BAHASA M…
Katakanlah pada BAHASA MELAYU VS BAHASA M…
ibnuahmadalkurauwi pada ANTOLOGI CERPEN JAWI

TETAMU

  • 65,002 hits

RSS Saifulislam.Com

  • Sanah Helwah ya Imad! 30 November 2009
    Setiap anak ada wataknya. Ada yang sensitif, ada yang berani ke depan, ada yang pendiam dan ada yang bising. Ada juga yang memegang watak badut untuk memecahkana tawa semua. Mungkin yang terakhir itu adalah watak paling sesuai untuk menggambarkan peranan Muhammad Imaduddin dalam keluarga saya. Dia yang selalu menyesakkan dada Abi dan Ummi, dia jugalah yang s […]

RSS Faisal Tehrani

  • Bahaya Taklid Dalam Akidah 30 November 2009
    Tulisan 'Bahaya Taklid Dalam Akidah' ini ditulis oleh Dr Asmadi Mohamed Naim (UUM) sila rujuk Utusan Malaysia 25 November 2009 (klik sini). Saya harap ia dapat dimengertikan oleh ramai pembaca Insya-Allah.APABILA ditanya dari mana nas al-Quran dan sunnah yang menyebut pembahagian yang jelas bagi tauhid tiga serangkai iaitu tauhid uluhiah, tauhid ru […]

RSS Nisah Haron Online

  • SAKM - X : Sastera Rentas Ilmu 17 November 2009
    Insya-Allah, saya akan membentangkan kertas kerja (kertas catatan, sebenarnya) di dalam Seminar Antarabangsa Kesusasteraan Melayu ke-10 di UKM pada 19 November.Seminar dijadualkan berlangsung selama dua hari : 18 - 19 November 2009 di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM.Jadual sudah saya lampirkan di dalam entri terdahulu. Sila rujuk entri sebelum ini […]

RSS Serunai Faqir

  • Masa - Alasan Terklise! 28 November 2009
    Lama saya perhatikan bahawa ramai penulis yang ingin menulis menjadikan 'masa' sebagai alasan terklise dalam dunia untuk menidakkan bakatnya yang ada. Dan barangkali ini adalah suatu perkara yang acap disentuh oleh rakan-rakan penulis yang sudah berada di hadapan. Ya, benar sekali, masa yang diberikan adalah 24 jam sehari.Jadi, kalau benar-benar in […]

RSS BECKyilHAM

  • Karya Berwacana Yang Disisip Elemen Cinta dan Karya Berbumbu Cinta Yang Disendal Ilmu Bantu 22 November 2009
    Saya pernah (baca: masih) tersinggung dengan pertanyaan seorang penulis sebaya usia dalam arena penulisan apabila dia bersungguh mendapatkan kepastian tentang sebuah cerpen saya. Tanyanya begini:"Akhirnya, cerpen itu cerpen cinta jua bukan? Kerana di hujung cerita T membawa J bertemu kedua ibu bapanya."Kepastian itu dipinta di hadapan beberapa tema […]

RSS Coretan Perjalanan ZulDeanz

  • Selamat Hari Raya Korban 30 November 2009
    Selamat berhari Raya Aidiladha dan menjalankan ibadah korban. Jika kita tidak membuat korbanpun, sama-samalah kita membantu dan menyaksikan ibadah korban yang dibuat di kariah kita. Setiap yang menyaksikan ibadah korban itu pasti ada ganjaran pahalanya.Bukan mudah menumbangkan seekor lembu.Laungan takbir bergema selama beberapa hari ini di masjid, surau dan […]

Flickr Photos

Tunnel of light

More Photos