PAK AZIZI YANG MUDA

4[1]. Ibnu Ahmad Al Khurauwi, penulis muda yang mempunyai potensi baik. Pegawai DBP.

BERTEMU dengan Pak Azizi Abdullah yang muda, jiwa saya terasa tua. Tahun depan Pak Azizi akan berusia 68 tahun, namun jiwanya masih muda malah mampu beristeri muda kalau mahu :)  Rambut masih hitam, uban bertompok manis di jemala, kumis dan janggut nipis berlaga, tubuh segak, menapak tegak siaga. Walau mata berkaca, namun dalam bicara ada kalam pendeta ada gurau cendekia.

Dari Garis Lintang Anak Haram (1968) hingga ke novel terbaharu Daerah Beta, Pak Azizi sudah menghasilkan 32 buah novel dan 200 buah cerpen. Betapa kerdilnya, saya di sisi Pak Azizi yang punya tenaga menulis luar biasa. Jika novel beliau yang pertama pada tahun 1968 – saat benih belum disenyawakan – dan yang terbaharu pada tahun 2009, beliau sudah menulis selama 41 tahun. Ini bermakna, sejak tahun 1968 purata sebuah novel lahir ialah setahun setengah. Simpul saya: “Andai mahu menjadi Pak Azizi yang sentiasa muda, letakkan jiwa anda di atas mata pena.”

Kata Pak Azizi di blognya: “Ibnu Ahmad Al Kurauwi, penulis muda yang mempunyai potensi baik. Seorang penulis muda yang berbakat. Pegawai di DBP. Menemuinya di Galeri Ilmu DBP, menghadiahkan kumpulan cerpennya yang terbaharu; “Di Dadanya Kalam Tuhan”. Terima kasih kerana hadiah buku dan CD Tulisan Jawi.”  Aduh, saya tiba-tiba terasa muda semula! – al-Kurauwi.

6 Respon to “PAK AZIZI YANG MUDA”


  1. 1 anuar manshor 12 November 2009 at 11:45 am

    Memang DBP memerlukan orang muda seperti ustaz, dan penulis “muda” seperti Pak Azizi.

  2. 2 ibnuahmadalkurauwi 12 November 2009 at 12:41 pm

    Ya Allah,
    Kurniai kami, jiwa muda seperti Pak Azizi. :)

  3. 3 ZulDean 12 November 2009 at 1:27 pm

    Ustaz memang kelihatan muda selalu

  4. 4 ibnuahmadalkurauwi 12 November 2009 at 2:54 pm

    Abang Zul,
    Muda saya tak terbanding dengan muda Abang Zul. Muda dan cute lagi. Aki, ki, ki..

  5. 5 shukri abdullah 16 November 2009 at 10:39 am

    rahsia menjadi muda adalah bertolak dari jiwa..biar kita dilihat muda pada diri, bukan karya…satu lagi, kalau nak rasa muda, kahwini yg muda…atau yg remaja..hihi ! betui dak ustaz ?

  6. 6 ibnuahmadalkurauwi 16 November 2009 at 2:30 pm

    Salam ziarah Abang Shukri,
    Setuju, rahsia muda datang daripada jiwa. Seorang kenalan, semata-mata kahwin empat kerana nak rasa jadi muda. Apabila empat isterinya sudah tua, dia masih rasa muda. Tapi tak boleh nak buat apa, hanya menunggu salah seorang isterinya meninggal. Isyh, isyh, …


Tinggalkan jawapan




 

November 2009
I S R K J S A
« Okt    
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

BULAN BAHASA KEBANGSAAN 2009

BBK

KARYA TERKINI

CERPEN DI MINGGUAN MALAYSIA
OKTOBER 2009
Kemuncup 2

"KEMUNCUP Di Atas Padang" cerita tentang rintih alam kepada anak-anak gempa yang melanda bumi Padang, Sumatera Indonesia. Cerita tentang Epa Poho yang dipujuk oleh Zahara Talua saat menemui anak yang luka dan duka bersalut lumpur derita. Cerita tentang tanah leluhur kita yang imannya belum teruji sepenuhnya. Makmur diuji nikmat aman hingga hidup bagai tidak bertuhan.

CERPEN DI DEWAN SASTERA
OKTOBER 2009
DDKT

“Al-Qadar Buat Angkasawan Di Bumi” pernah tersiar di Akhbar Mingguan Malaysia, Syawal 2007. Kali ini, cerpen ini diberi penghargaan ke persada MASTERA yang disiarkan dalam Majalah Dewan Sastera (Malaysia), Majalah Horison (Indonesia) dan Majalah Bahana (Brunei). Cerpen ala fiksyen sains angkasa ini terilham daripada kisah dua angkasawan negara Dr. Syeikh Muzaphar dan Dr. Faiz Khaleed.

CERPEN DI BERITA HARIAN
FEBRUARI 2009
dia-lelaki

"Dia, Lelaki yang Baru Saya Salam Itu" terilham berasaskan semangat untuk memboikot produk Amerika lewat perang Gaza, Palestin - Israel. Ideanya timbul usai solat Jumaat di Masjid Hukama’, DBP. Hari tersebut turut disempurnakan dengan Khutbah tentang Gaza beriring Qunut Nazilah dan solat hajat. Dalam khutbah saya menyentuh tentang boikot barangan Amerika termasuk rokok seperti Marlboro atau Benson & Hedges. Semangat boikot saya nampak di mata jemaah yang tidak tidur!

INSYIRAH

insyirah2 Sesungguhnya Novel "Insyirah" ialah novel kedua yang telah lahir daripada rahim Sayembara Mengarang Novel Kanak-kanak dan Remaja 2007 - Dewan Bahasa dan Pustaka. Novel ini telah memenangi hadiah pertama dalam sayembara tersebut. - al-Kurauwi

DI DADANYA KALAM TUHAN

ddkt-blog Sesungguhnya, tidak sampai lima tahun selepas menyertai bengkel penulisan cerpen anjuran KEPEZI (Kelab Penulis Zaharah Nawawi) awal September 2004 Ibnu Ahmad al-Kurauwi sudah mampu menghasilkan 20 cerpen yang melayakkannya memiliki kumpulan Di Dadanya Kalam Tuhan. Hal begini diperakui jarang terjadi. Namun bagi penulis muda pemegang ijazah Kesusasteraan Arab dari Jordan ini tiada perkara mustahil. Ke bulan pun manusia boleh jejak, inikan pula sekadar melahirkan sebuah kumpulan cerpen dalam waktu yang relatif singkat. – Zaharah Nawawi USJ Subang Jaya 9 Mac 2009

TINTA ELIPSIS

Novel TE bergerak sekitar gejolak rasa dan jalanan minda watak Amir Afif Amizul, anak peneroka FELDA, yang berpeluang menekuni bahasa Arab dan Pengajian Islam di Universiti Jordan. Amir Afif mempunyai sedikit sebanyak pengalaman dalam bidang penerbitan (TE: 25/7), iaitu selain pengalamannya sebagai konsultan yang ditimbanya selama lima tahun bertugas dengan Syarikat Amal Profesional Sdn. Bhd. (TE: 28) Amir Afif berhadapan dengan beberapa masalah yang wajar diatasinya sebijak mungkin. - Dr. Anis

TINTA LARIS

TINTA SAPA

al-Kurauwi pada BAHASA MELAYU VS BAHASA M…
Katakanlah pada BAHASA MELAYU VS BAHASA M…
ibnuahmadalkurauwi pada ANTOLOGI CERPEN JAWI
Sue pada ANTOLOGI CERPEN JAWI
ibnuahmadalkurauwi pada ANTOLOGI CERPEN JAWI

TETAMU

  • 64,748 hits

RSS Saifulislam.Com

  • Imej Baru: Melakar Semangat Remaja Islam 22 November 2009
    Melihat remaja di usia ini adalah seperti melihat diri sendiri 10 tahun yang lalu, serta melihat anak-anak sendiri, 10 tahun yang akan datang. Besar kenangan, sebesar harapan. Kem Hijrah Remaja Islam (KEM HIJRI) lahir daripada keduanya. Segalanya dihimpun dalam catatan saya tentang realiti dan harapan seorang anak muda yang dilakar 15 tahun yang lalu. Imej B […]

RSS Faisal Tehrani

  • Hairan DBP Tidak Mengharamkan Za'ba 24 November 2009
    1. Ada seorang ustaz yang bertugas di Dewan Bahasa dan Pustaka kerjanya menabur pasir dalam periuk nasi saya.2. Ustaz ini dan dua tiga kerat pemimpin bermasalah di situ (meminjam ungkapan Tuan Guru Nik Abdul Aziz) mungkin tidak mengenal Pendita Za'ba. Za'ba bukan sahaja tokoh bahasa dan persuratan. Beliau juga merupakan seorang agamawan. Kedudukan […]

RSS Nisah Haron Online

  • SAKM - X : Sastera Rentas Ilmu 17 November 2009
    Insya-Allah, saya akan membentangkan kertas kerja (kertas catatan, sebenarnya) di dalam Seminar Antarabangsa Kesusasteraan Melayu ke-10 di UKM pada 19 November.Seminar dijadualkan berlangsung selama dua hari : 18 - 19 November 2009 di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM.Jadual sudah saya lampirkan di dalam entri terdahulu. Sila rujuk entri sebelum ini […]

RSS Serunai Faqir

  • Warisan Melayu - Gendang Silat 6 November 2009
    Upacara Penganugerahan Sandang Silat Gayong yang disempurnakan oleh Y.A.M Tengku Datuk Seri Tengku Ahmad Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj telah berlansung di Kuala Lumpur International Hotel pada 25 Oktober yang lalu. Kumpulan kami dijemput mengiringi majlis.

RSS BECKyilHAM

  • Karya Berwacana Yang Disisip Elemen Cinta dan Karya Berbumbu Cinta Yang Disendal Ilmu Bantu 22 November 2009
    Saya pernah (baca: masih) tersinggung dengan pertanyaan seorang penulis sebaya usia dalam arena penulisan apabila dia bersungguh mendapatkan kepastian tentang sebuah cerpen saya. Tanyanya begini:"Akhirnya, cerpen itu cerpen cinta jua bukan? Kerana di hujung cerita T membawa J bertemu kedua ibu bapanya."Kepastian itu dipinta di hadapan beberapa tema […]

RSS Coretan Perjalanan ZulDeanz

  • Segala-galanya Sudah Berubah 11 November 2009
    Dua minggu lalu, penulis telah menghadiri satu majlis perkahwinan seorang rakan di Banting, Selangor. Entah kenapa secara tiba-tiba sahaja penulis terkenangkan kembali memori indah semasa di sekolah menengah dahulu. Secara kebetulan rumah pengantin berhampiran dengan sekolah, tempat penulis pernah belajar dahulu, penulispun mengambil kesempatan berkunjung da […]

Flickr Photos

Fibonacci Spiral

More Photos