KISAH PULAU SOLOMON

KEPULAUAN SOLOMON bukanlah negara yang tidak berpeta di muka bumi ini. Kepulauan Solomon terletak di timur Papua New Guinea. Kepulauan Solomon telah didiami oleh orang Melanesia sejak sekitar 30,000 tahun dahulu dan menjadi sebuah negeri naungan United Kingdom sejak 1890-an. Kepulauan Solomon diberi hak kedaulatannya sendiri pada tahun 1976. Negara ini masih menjadi anggota Kerajaan Komanwel.

Dikatakan orang Malenesia membuka Pulau Solomon bukan dengan parang dan kapak untuk meratakan hutan. Apa yang mereka buat, setiap hari mereka akan menghadap pokok-pokok kemudian memaki hamun pohon-pohon di situ. Kononnya tidak lama kemudian pohon itu pun kering dan akhirnya mati.

Wah, masinnya mulut orang Malenesia. Terlebih masin mulut ibu bapa jika banyak memberi belaian ‘tarhib’ (menakutkan) daripada ‘targhib’ (menggalakkan). Bagaimana guru-guru dan bos-bos kita? Kisah Ram seorang guru seni lukis yang percaya bahawa setiap kanak-kanak mempunyai keistimewaan sendiri dalam filem Tare zameen Par, sangat baik untuk dimuhasabahkan. Salam Maulidurrasul. Moga akhlak Nabi jatuh ke hati dan pekerti. – al-Kurauwi

About these ads

27 Respon to “KISAH PULAU SOLOMON”


  1. 1 lisa 14 Ogos 2011 at 8:07 am

    baru tonton Tare zameen Par smlm. Pagi ini terus search pulau solomon dan ke blog ini. tq

  2. 2 ibnuahmadalkurauwi 14 Ogos 2011 at 6:03 pm

    Salam Ramadan Lisa,
    Kisah Tare zameen Par, sebuah cerita yang menarik. Saya sentiasa bercita-cita menghasilkan karya seindah itu dan masih belajar. Jika terbaca karya-karya saya harap dapat beri suluhan.

  3. 3 joe an 16 November 2011 at 2:49 am

    ……pas di tanya sama mr awasthi tentang pulau solomon, ters search di google tentang pulau solomon….

    cerita taare zameen par, luar biasa, terimajinasi…

  4. 5 al-Kurauwi 3 Mac 2012 at 5:39 pm

    Afuan, Natrah.
    Tentunya memperoleh motivasi dari Pulau Solomon ini.

  5. 6 Samsiah Rosidah 3 Mac 2012 at 7:11 pm

    Baru tadi petang menonton filem hindustan yang menyebut tentang pulau solomon, boleh dijadikan motivasi untuk ibubapa semua dan renung renungkan dan diprektikkan.

  6. 7 Bintu Muhammad 4 Mac 2012 at 6:49 pm

    Puan Samsiah,
    Industri filem di negara kita memerlukan filem-filem yang indah dan bermotovasi seperi itu.

  7. 8 baharom 5 Mac 2012 at 9:46 am

    menonton filem tareer zameen par,benar2 membuka mata saya ,betapa mereka jauh lebih baik dlm menghasilkan filem2 bermutu dan bermotivasi tinggi.kita kehausan filem2 seperti itu.

  8. 9 ibnuahmadalkurauwi 9 Mac 2012 at 7:09 am

    Tuan Baharom, mereka bukan kaya dengan industri “bolly”nya, malah tidak kalah dengan karya yang baik dan mulus :-)

  9. 10 ana 22 Jun 2012 at 4:20 pm

    sedih tgk cite tu, mlm tadi ada ulangan di astro – berjurai air mata (saat ditinggalkan di asrama) – tapi mmg good movie, banyak pengajaran :)

  10. 11 ibnuahmadalkurauwi 22 Jun 2012 at 5:34 pm

    Salam Ana,
    Seperti yang saya komentarkan di atas. Saya sentiasa bercita-cita menghasilkan karya seindah itu dan masih belajar. Jika Ana terbaca karya-karya saya harap dapat beri suluhan.

  11. 12 ary interizti 21 Julai 2012 at 8:17 am

    menjadi inspirasi yang luar biasa buat kehidupanku ke depan….Salut buat Film Tare zameen Par…jempol 4 buat film ini.

  12. 13 hartati65 12 September 2012 at 10:38 pm

    ku kira ga ada petanya

  13. 14 al-Kurauwi 13 September 2012 at 7:39 am

    Salam Hartati, Ary,
    Kadang-kadang kita memerlukan cerita yang indah seperti ini, biarpun barangkali tiada dalam peta kehidupan kita.

  14. 15 Rafita Oktri Nadia 17 Oktober 2012 at 4:19 pm

    film tare zameen par..
    film yang baru” ini saya tonton, dan sangat memberi palajaran..
    sudah berkali” saya menontonnya, tapi tak ada rasa jenuh maupun bosan..
    filmnya benar” mengharukan,salut buat tare zameen par :)

  15. 16 ibnuahmadalkurauwi 18 Oktober 2012 at 9:10 pm

    Sayangnya Rafita,
    Kita jarang memiliki filem seperti ini. Kalau tiada hantu, rempit dan samseng, katanya penonton kita tidak mahu ke pawagam. Benarkah?

  16. 17 A. Mustafa Lutfi 24 Oktober 2012 at 1:05 am

    film tare zameen par…. inspiratif, penuh pelajaran berharga… jarang2 menemukan film seperti ini,, ada juga yang pemainnya aamirr khan,, 3 idiot,, juga penuh inspiratif dan motivatif…. good luck for hisdustani movie ….

  17. 18 chandy 3 Disember 2012 at 11:59 am

    dari film taare zameen par,,, jadi penasaran kisah pulu solomon,,,
    animasi filmx juga luar biasa,,, banyak jmpol dech buat taare zameen par

  18. 19 aljabir 13 Disember 2012 at 12:53 pm

    Nice info, ijin copy gan!

  19. 20 fathir 14 Disember 2012 at 8:24 pm

    ampe nangis aku nontonnya saking terharunya..

  20. 21 Febby AS 3 Januari 2013 at 5:28 pm

    Katanya pulau Solomon adalah sebuah pulau peninggalan Nabi Sulaiman.

    Orang Kristen menamai Sulaiman dgn Nama “SALOMO”.

    Bandingkan kata SALOMO=SOLOMON.

    Indonesia adalah negri Saba’.
    Nabi Sulaiman senang ke pantai wilayah timur negri saba.

    Dan di sebelah timur Indonesia ada Pulau Solomon/Sulaiman

  21. 22 arifida 6 April 2013 at 11:02 am

    filmnya bagussekali.memeberi inspirasi bagi saya yg seorang guru agama di sebuah madrasah ibtidaiyyah…..

  22. 23 latif 10 April 2013 at 1:17 am

    dapat kisah pulau solomon ini dari film taare zameen par,langsung googling, cerita yang bermutu, dan menginspirasi.salut untuk kisah yang di buat.

  23. 24 maria nuriati 15 April 2013 at 3:26 pm

    filem Tare zameen Par, membuat saya menangis dan terharu Kisah Ram seorang guru seni lukis yang bener2 hebat dan memotivasi anak didiknya,,
    dengan kata dan perbuatan yang bisa membangun jiwa, roh, dan semangat yang layu dan mati.gbu

  24. 25 mustaqim 5 Oktober 2013 at 10:35 pm

    suatu ibarat yg amat berkelas,, ibarat yg bisa menumbuhkan semangat ichsan dlm film tare zammen par,, the best

  25. 26 Shahnosa 23 Februari 2014 at 11:13 pm

    saya setuju apabila dikatakan bahwa pulau solomon adalah peninggalan nabi Sulaiman. dengan terbukti adanya uang dari batu, sehingga erat kaitannya dengan bangunan candi borubudur, yang katanya sebagai peninggalan Nabi Sulaiman.

  26. 27 meran 13 Mei 2014 at 11:31 pm

    Saya sama sebab tgk filem hindi petang tadi so i agree wih u all thanks buddz


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




Februari 2011
I S R K J S A
« Jan   Mac »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28  

RSS KLINIK JAWI

  • ATURAN MENINGGIKAN HURUF HAMZAH 3/4
    SATU LAGI ATURAN yang penting sewaktu membicarakan huruf hamzah oleh pengamal-pengamal Jawi ialah memastikan huruf hamzah cukup ketinggiannya dan sempurna bentuk dan saiznya. Huruf hamzah yang di’superscript’kan akan membantutkan bentuknya. Huruf hamzah seperti ini akan tinggi juga tetapi saiznya tidak tepat. Bagi memastikan bentuk dan saiz huruf hamzah bert […]

KLINIK JAWI DI RADIO

Temui saya dan DJ Muhammad Suffian di Klinik Jawi, setiap Sabtu, jam 10 pagi di IKIM.fm

KARYA BAHARU

BUKU

Buku kaedah belajar jawi-4(1)

Buku "Kaedah Pembelajaran Jawi" ini menghimpunkan nota-nota pembelajaran Klinik Jawi Peringkat Asas yang dimuat naik ke laman sesawang PNM sebagai panduan kepada para pendengar radio IKIMFM yang mengikuti Rancangan Klinik Jawi setiap hari Sabtu, jam 10.00 pagi. Buku ini ditulis dalam dua versi tulisan iaitu Jawi dan rumi.

CERPEN

Cerpen 'Zam Zam ke Tanah Haram' diolah semula berasaskan cerita daripada mulut bonda sewaktu kecil. Kisah ini berlaku di kampung kelahiran di Parit Abas, Kuala Kurau. Perak. Wallahu a'lam, benar atau tidak kesahihannya. - Mingguan Malaysia, 21 Oktober 2012 - al-Kurauwi

Sebuah kisah benar. Kisah yang terilham daripada salah sebuah testimonial melalui e-mel seorang pembaca setelah mengulit novel “Punya Cinta Ramadan”.
- Mingguan Malaysia, 7 Ogos 2011 - al-Kurauwi

Terima kasih kepada Puan Siti Zabidah yang menumpahkan cerita ini ke telinga saya. Saya tidak pernah melihat wajah mereka namun berkongsi rasa dan air mata.

Berita Minggu 10 Julai 2011 - al-Kurauwi

Memberikan interpertasi baharu bukanlah memusuhi sejarah, jauh sekali memusuhi Islam.

- Ku Seman, Mingguan Malaysia, 14 November 2010

CERPEN

Ini kisah Dena Balosha. Gadis kecil dari Gaza yang syahid membebaskan buminya daripada Yahudi Israel. Bagaimana jika Dena Balosha berbicara dari syurga?

-Tunas Cipta, Jun 2010

KOLEKSI NOVEL

NAMAKU BUKAN MARIA

"Bagaimana kalau alur sejarah dibiaskan pada pertengahannya oleh suatu idealisme yang berpaksi pada tauhid? Novel ini memilih simpang lain untuk
Natrah, menghasilkan naratif yang menggugah"

– Sasterawan Negara Dato’ Dr. Anwar Ridhwan

PUNYA CINTA RAMADAN

“Punya Cinta Ramadan meneruskan kelangsungan keindahan nada dakwah melalui kekuatan gaya bahasa karya yang puitis dan keampuhan bercerita Ibnu Ahmad Al-Kurauwi selepas kelahiran novel Tinta Elipsis dan Insyirah, serta Kumpulan Cerpen Di Dadanya Kalam Tuhan.”

- w.b.rendra,
wbrendra.blogspot.com

DI DADANYA KALAM TUHAN

ddkt-blog Sesungguhnya, tidak sampai lima tahun selepas menyertai bengkel penulisan cerpen anjuran KEPEZI (Kelab Penulis Zaharah Nawawi) awal September 2004 Ibnu Ahmad al-Kurauwi sudah mampu menghasilkan 20 cerpen yang melayakkannya memiliki kumpulan Di Dadanya Kalam Tuhan. Hal begini diperakui jarang terjadi. Namun bagi penulis muda pemegang ijazah Kesusasteraan Arab dari Jordan ini tiada perkara mustahil. Ke bulan pun manusia boleh jejak, inikan pula sekadar melahirkan sebuah kumpulan cerpen dalam waktu yang relatif singkat. – Zaharah Nawawi USJ Subang Jaya 9 Mac 2009

INSYIRAH

insyirah2

Sesungguhnya Novel "Insyirah" ialah novel kedua yang telah lahir daripada rahim Sayembara Mengarang Novel Kanak-kanak dan Remaja 2007 - Dewan Bahasa dan Pustaka. Novel ini telah memenangi hadiah pertama dalam sayembara tersebut. - al-Kurauwi

TINTA ELIPSIS

Novel TE bergerak sekitar gejolak rasa dan jalanan minda watak Amir Afif Amizul, anak peneroka FELDA, yang berpeluang menekuni bahasa Arab dan Pengajian Islam di Universiti Jordan. Amir Afif mempunyai sedikit sebanyak pengalaman dalam bidang penerbitan (TE: 25/7), iaitu selain pengalamannya sebagai konsultan yang ditimbanya selama lima tahun bertugas dengan Syarikat Amal Profesional Sdn. Bhd. (TE: 28) Amir Afif berhadapan dengan beberapa masalah yang wajar diatasinya sebijak mungkin. - Dr. Anis

TETAMU

  • 222,968 hits

Top Rated


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 32 other followers

%d bloggers like this: