UCAPAN PENGHARGAAN wajar saya panjangkan kepada pemudah cara Program Mahir Jawi di TV9, Ustaz Mohd Safwan Syafiq kerana menyedari kekurangan “Mahir Jawi” setelah menemui khalayak anak-anak kita setiap petang 7.30 -8.00 malam, Isnin – Jumaat di Raudhah TV9.
Berasaskan jawapan beliau di ruangan respons “Mahir Jawi Mengelirukan” ternyata beliau dan produksi “Mahir Jawi” rupanya banyak merujuk mesin pengimbas atau sejenis perisian yang menukar ejaan rumi kepada Jawi. Saya tidak salahkan beliau, namun tidak wajar dijadikan alasan. Saya tidak pasti perisian apa yang pihak produksi gunakan. Saya cuba bandingkan dengan perisian Ejawi.net yang kerap menjadi rujukan pengguna Jawi.
Nah, cuba perhatikan perkataan persembahan, ais, umpama, cair dan pekerjaan sememangnya diimbas secara salah tetapi tidak bagi perkataan rancangan, jingga (tanpa alif, cuma bentuk kaf sahaja tidak tepat) dan bahasa.
Buat Ustaz Safwan, nasihat saya, mesin pengimbas bukanlah jawapan tuntas kepada “Mahir Jawi”. Perisian ini hanyalah membantu mempercepatkan penulisannya sahaja sedangkan ilmu ‘Jawi’nya hendaklah dipelajari sungguh-sungguh. Sekurang-kurangnya rujuklah kepada Daftar Kata Rumi-Jawi, tidak yang diterbitkan oleh DBP pun, pihak produksi boleh merujuk kepada buku-buku daftar atau kamus yang banyak di pasaran. Pertanyaan lain yang dibangkitkan oleh beliau akan saya kupas di Klinik Jawi dari semasa ke semasa. - al-Kurauwi








Sesungguhnya, tidak sampai lima tahun selepas menyertai bengkel penulisan cerpen anjuran KEPEZI (Kelab Penulis Zaharah Nawawi) awal September 2004 Ibnu Ahmad al-Kurauwi sudah mampu menghasilkan 20 cerpen yang melayakkannya memiliki kumpulan Di Dadanya Kalam Tuhan. Hal begini diperakui jarang terjadi. Namun bagi penulis muda pemegang ijazah Kesusasteraan Arab dari Jordan ini tiada perkara mustahil. Ke bulan pun manusia boleh jejak, inikan pula sekadar melahirkan sebuah kumpulan cerpen dalam waktu yang relatif singkat. – Zaharah Nawawi USJ Subang Jaya 9 Mac 2009
kire ok la tu ada nak ajar jawi, buat rancangan ilmu untuk budak2..daripada tak tahu langsung jadi tahu. benda kecik nak pertikai,benda besar senyap lak..
Salam Encik Md. Nazim,
Saya lihat program untuk kanak-kanak di Astro ramai penasihat programnya sebab tu elok-elok je programnya. Nak tanyalah (kalau tahu) siapa penasihat Program Mahir Jawi? Kalau ada, bukankah membantu Ustaz safwan kita.
Assalamualaikum..
Alhamdulillah terima kasih di atas penerangan di atas,Insyaallah pihak kami akan cuba meneliti perkara tersebut.
Cuma sedikit pandangan dari pihak tuan,menurut perbandingan jawi baru dan jawi lama yang saya pelajari,jawi baru ini mentranslit perkataan berdasarkan suku kata,maka penggunaan alif dalam pertengahan ayat,tidak perlu diletakkan alif andainya ia terdiri daripada suku kata tertutup,jadi mengenai ejaan rancangan,saya translitkan kepada ‘ran,ca,ngan’.
Seperti mana kata tuan dalam ejaan ‘persembahan’,memang dieja dari perkataan asalnya ‘sembah’ disebut ‘sem,bah’ mengikut suku kata dan dieja ‘sin,mim,ba,ha’ tetapi jika ditambah imbuhan menjadi ‘persembahan’,sebutannya menjadi ‘per,sem,ba,han’ maka saya translitkan mengikut suku kata ‘pa,ro,sim,mim,ba,alif,ha,nun’..ini adalah berdasarkan kefahaman saya mengenai jawi baru yang sy pelajari.
Maaf jika berlaku kesilapan dan terima kasih banyak2 di atas penerangan tuan.-Mohd safwan Syafiq-
ps:tentang ejaan ‘askar’ dan ‘kuat’ itu telah saya rujuk dan memang ia datang nya dari perkataan pinjaman bahasa arab,maaf kerana terlepas pandang isu tersebut..maaf atas kesilapan yang dilakukan..baik datangnya dari Allah swt dan salah silap dari saya…Jazakallah..
bagus penjelasan Ustaz.
assalamualaikum ustaz. Pertama sekali tahniahlah kerana ajak masyarakat kini belajar jawi , cuma apabila program ini adalah tontonan ramai, maka ustaz kenalah betul-betul pastikan dulu perkataan yang dieja adalah mengikut kaedah yang sebenar. Jika ia tidak diberi perhatian ia akan mengelirukan pelajar-pelajar sekolah yang baru belajar jawi contohnya pada siri mahir jawi 12/10/2011 binasa dieja ba ya nun alif sin alif sedangkan ejaan sebenar ba ya nun alif sin, suka pula di eja sin wau kaf alif sedangkan ejaan sebenar sin wau kaf sahaja, eletrik dieja alif ya lam ta kaf ya ra’ ya kaf kemudian ditukar kepada alif ya lam ya kaf ya ra ya kaf di sini berlaku kesilapan titik , sepatutnya selepas kaf pertama adalah ta’ bukan ya, seterusnya perkataan kekwa di eja kaf ya kaf wau alif sedangkan ejaan sebenarnya kak ya qaf wau alif, begitu juga dengan perkataan gambar dieja ga mim ba ra’ sedangkan ejaan sebenar ga alif mim ba ra ini kerana ga mim ba ra adalah ejaan bagi perkataan gembar (gembar- gembur) alif diwujudkan untuk membezakannya…. ala kulli hal maaf atas segalanya
Atas alasan apapun, pengendali “Mahir Jawi” mesti melalui P&P Jawi yang betul2 mantap…Saya pun dihubungi oleh ramai rakan yang amat sensitif dengan Kaedah Jawi DBP, memerlukan penasihat, tahniah “ibnu Kurawi atas celik ilmu jawi yang sgt tinggi itu, satu lagi sisipan JQAF di Berita Harian mengenai tulisan jawi pun bermasalah juga…walaupun kita adakan ruangan untuk pelajar, namun seluruh rakyat Malaysia apabila melihat tataurus jawi di akhbar tersohor semuanya menggeleng-geleng kepala….
Jawapan yang disediakan pun salah juga….Rasanya, pihak DBP mesti menguatkuasakan sebarang aktiviti menyemarakkan jawi memerlukan tapisan atau sebarang kelulusan yang disahkan oleh DBP sendiri, bila lagi kalau tidak sekarang…
Salam.
Mahir Jawi merupakan inisiatif yang bagus untuk didik kanak-kanak belajar tulisan jawi.
Walau bagaimanapun, sejak wujud slot karaoke, saya mula rasa sedikit ralat. Bukan kerana wujudnya slot tersebut, tetapi seleksi lagu-lagu yang dipilih. Saya sempat menonton beberapa episod sahaja dek kekangan masa.
Dalam satu episod, saya dapat lihat salah seorang kanak2 yang menyanyikan lagu Hafiz begitu menghayati lagu tersebut. Saya kira, kanak-kanak dan para penonton juga turut menyanyi bukan kerana ini mampu mempraktikkan tulisan jawi dalam hiburan, tetapi kerana sudah sedia hafal akan lirik lagu tersebut.
Pada hemat saya, tIdak salah untuk wujudkan slot menyanyi, tetapi biarlah lagu atau rentak yang dipilih itu sesuai dengan peserta dan sasaran penonton.
Mudahan, usaha memartabatkan tulisan Jawi ini bersih dari segala unsur yang tidak syara’.
Assalamualakum,
Tahniah kepada produksi mahir jawi.
Konsep pengajaran serta ejaan mengikut ejaan terkini boleh dirujuk kepada DBP, oleh itu beberapa kesilapan ejaan mungkin berlaku jika tidak mengikuti ejaan yang terkini.
Saya tertarik dengan persembahan penulisan jawi tersebut. Bolehkah sekiranya penulisan jawi diajar secara berkomputer selari dengan perkembangan semasa, seperti BM, English atau math.
Ini kerana, hurup jawi yang di cetak komputer sepert تيکس ،ڤاکس، ڬولڤ ejaan faks, teks dan golf yang tidak bersambung huruf hujung dengas sin. ڤ ﺀچ ۏ ڠ ڬ ک لآ لإ ﺀ ء ترسنتک، kaf bertangkai dihujung بربيسيک ، ejaan kebangsaan dengan hamzah pertengahan کبڬساءن dengan Asarfonts ianya dipermudahkan (boleh digunakan untuk semua microsoft applikasi- google, yahoo, publisher, Idesign, dll.
Cuba lihat kandungan isi software yang mungkin boleh membantu mengatasi penulisan jawi menggunakan komputer. حوروڤ جاوي ڤد ڤاڤن ککونچي .
Baru-baru ini pertama kali saya dapat menonton rancangan “Mahir Jawi”, saya sentiasa prihatin dengan perkembangan jawi mengikut ejaan yang diselaraskan oleh DBP di seluruh Malaysia kini amat berharap agar pihak tertentu dapat membetulkan ejaan untuk bacaan anak-anak pelajar. Bukan sahaja anak-anak dalam rancangan tersebut malah anak-anak di luar sana. Matahari, ejaannya silap ( ماتهاري ) dan ” mendahului ( مندهولوي ). Sekadar dua contoh. TV9, melalui segmen Mahir Jawi, yang menggunakan anak-anak kecil sebagai tarikan kanak-kanak sebaya perlu bertanggungjawab sepenuhnya dengan kesilapan demi kesilapan yang dipertontonkan dikhalayak umum. Seperti yang disarankan, sekali lagi saya menggesa agar Penasihat Panel Mahir Jawi dijemput atau dilantik dengan kadar segera demi memartabatkan khazanah orang Melayu. Jika berterusan kesilapan terus dilakukan, maka bukan orang lain yang mencacatkan khazanah berharga ini tetapi kita sendiri yang menonton di hadapan mata kita sendiri.
Assalamualaikum..Tahniah ana ucpkan buat ustaz safwan kerana berjaya mengacarakn MAHIR JAWI…dengan adanya prgram ni anak2 semakin ramai yg minat untuk mempelajari jawi.Bahkan ini jln yg mdah buat ank2 yg bersekolah di sekolah yg ada matapelajaran jawi..ana hrp prgrame ini dpt ditruskan.wassalam
Alhamdulillah ada program yang baik sebegini..teruskan usaha ustaz syazwan dan perbaiki dari masa ke semasa…moga program macam ni berterusan…
assalamualaikum…..
saya nak tahu kenapa perkataan arab di tukarkan jadi perkataan jawi?
Wa’alaikum salam Nor Hasnita,
Kadang-kadang kata Arab yang ditukarkan itu tiada dalam senarai perbendaharaan kata translator. Maka sebab itu dia berubah mengikut huruf.