Wahai Tuhan Yang Ghafur,
Setelah dipilih memimpin majlis,
Doapun dipanjat sepenuh khalis,
Entahkan doa makbul, entahkan doa terjembul-jembul
antara langit dengan bumi.
Tangan menadah, hati gundah,
hajat yang dipinta adakah ikhlas atau terniat culas.
Wahai Tuhan Yang Maha Mustajab,
Setelah memimpin majlis beradab,
Kuserah hajat mereka yang mazkur,
Andai doa makbul,
andai diperkenan hajat bak langit menghujan lebat,
bak bumi subur nan makmur.
Ketahuilah, bukan kerana tanganku yang memimpin,
Mungkin kerana bibir mereka yang mengamin,
Mendongak sepenuh pasrah, memucuk sepenuh ikhlas menengadah.
al-Kurauwi
Persidangan Kebangsaan Tulisan Jawi Ke-3, PNM 5-6 Disember 2011







Sesungguhnya, tidak sampai lima tahun selepas menyertai bengkel penulisan cerpen anjuran KEPEZI (Kelab Penulis Zaharah Nawawi) awal September 2004 Ibnu Ahmad al-Kurauwi sudah mampu menghasilkan 20 cerpen yang melayakkannya memiliki kumpulan Di Dadanya Kalam Tuhan. Hal begini diperakui jarang terjadi. Namun bagi penulis muda pemegang ijazah Kesusasteraan Arab dari Jordan ini tiada perkara mustahil. Ke bulan pun manusia boleh jejak, inikan pula sekadar melahirkan sebuah kumpulan cerpen dalam waktu yang relatif singkat. – Zaharah Nawawi USJ Subang Jaya 9 Mac 2009
0 Respon to “DOA ANDAI KABUL”