SALLEH ATAU SOLEH?

NAMA saya Salleh, tetapi saya bukan Soleh. Usia saya sahaja banyak tetapi  amal saya sedikit. Solat kadang-kadang Jumaat dan tidak pernah tinggal hari raya. Puasa hanya Ramadan, itupun ikut dan. Saya bekerja di pejabat kerajaan, tetapi kerja ikut perasaan. Biarpun saya tidak soleh, saya suka bantu orang. Siapa yang diusik jin atau dirasuk syaitan, saya boleh tolong rawatkan. Upahnya hanya RM99.99. Siapa kata saya malas? Kalau malas masakan saya sanggup berjaga hingga larut malam merawat orang. Cuma saya tak boleh merawat diri saya sendiri apabila esoknya saya dirasuk oleh lena yang gila.

Semalam bapa saya meninggal dunia. Alam tiba-tiba jadi gelita. Saya macam nak putus nyawa. Oleh sebab saya anak lelaki yang tua, saya uruskan semua. Mandi, kapan dan solat jenazah saya minta imam masjid uruskan. Imam tolong saya hingga talkin di kuburan. Selesai urusan jenazah, saya bertemu imam. Salam saya ‘berisi’, tanda terima kasih kepada imam atas segala bakti.

“Nama saya Salleh, bapa kata saya tak soleh. Tapi saya yang urus jenazah bapa dari A – Z. Adakah saya sudah soleh?” Tanya saya jujur. Imam celik mata. Dipandangnya saya atas ke bawah. “Soleh bukan pada nama!” Imam senyum. Imam pegang bahu saya lalu dudukkan saya di bawah wakaf. “Soleh bukan kerana urusan nikah atau mati sahaja.” Sambung imam pula. Saya kelu lidah. ”Menguruskan jenazah bapa itu wajib bagi anak.” Tambah imam lagi. 

Saya diam macam batu nisan tetapi hati saya mula rapuh macam biskut. “Soleh itu bukan kerana arwah bapa, tetapi kerana Allah.” Nasihat imam semula. ”Macam mana nak jadi soleh, imam?” Soal saya dengan wajah bodoh.  Ini kali pertama saya mengaku bodoh biarpun tidak jatuh ke telinga imam. “Salleh, jadilah anak yang soleh di dunia, kita akan soleh di akhirat. Jika kita soleh di dunia, bapa akan tumpang syafaat di akhirat!”

Alhamdulillah, kini nama saya Soleh bukan lagi Salleh. Amal saya masih sedikit, sebab sedang belajar agama dengan imam. Saya suka bantu orang tetapi tidak saya pawangkan yang kena usik jin atau syaitan. Saya tolong imam, mandi jenazah, guntingkan kain kapan, solat dan korek liang. Doakan saya soleh dunia akhirat dan dapat bagi syafaat kepada bapa. – al-Kurauwi 

 

4 Respon to “SALLEH ATAU SOLEH?”


  1. 1 zulkifli b. Abd Wahab 18 Januari 2012 at 9:32 am

    Salam ya akhi,
    Ana tersentuh dgn nukilan anta, ana pon dah kehilangan bapa yg asalnya dr k.Kurau bapanya imam dan dia walaupun tak jadi imam masjid tapi aktiviti masjid tak tinggal dan pernah jadi nazir masjid….,tapi ana masih tak sampai tahap tu,,,,,

  2. 2 ibnuahmadalkurauwi 18 Januari 2012 at 1:20 pm

    Salam Akhi Zulkifli,
    Terima kasih atas kunjungan. Takziah atas kehilangan insan tersayang. Moga Tuhan mengurniakan anak-anak yang soleh seperti Akhi Zul, juga cucu-cicit yang soleh juga untuk datuk dan ayahnya nanti.

  3. 3 Praktsia Jawi 25 Januari 2012 at 7:54 am

    Bagus ! padat dengan mesej dakwah, penulisan santai, mudah difahami bahasa novelis!…Tahniah atas mesej dakwah yang mengesankan!

  4. 4 al-Kurauwi 28 Januari 2012 at 6:49 pm

    Salam ziarah tuan,
    TERIMA KASIH atas pandangan.


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




 

Januari 2012
I S R K J S A
« Dis   Feb »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

KARYA BAHARU

CERPEN

Sebuah kisah benar. Kisah yang terilham daripada salah sebuah testimonial melalui e-mel seorang pembaca setelah mengulit novel “Punya Cinta Ramadan”.
- Mingguan Malaysia, 7 Ogos 2011 - al-Kurauwi

Terima kasih kepada Puan Siti Zabidah yang menumpahkan cerita ini ke telinga saya. Saya tidak pernah melihat wajah mereka namun berkongsi rasa dan air mata.

Berita Minggu 10 Julai 2011 - al-Kurauwi

Memberikan interpertasi baharu bukanlah memusuhi sejarah, jauh sekali memusuhi Islam.

- Ku Seman, Mingguan Malaysia, 14 November 2010

CERPEN

Ini kisah Dena Balosha. Gadis kecil dari Gaza yang syahid membebaskan buminya daripada Yahudi Israel. Bagaimana jika Dena Balosha berbicara dari syurga?

-Tunas Cipta, Jun 2010

KOLEKSI NOVEL

NAMAKU BUKAN MARIA

"Bagaimana kalau alur sejarah dibiaskan pada pertengahannya oleh suatu idealisme yang berpaksi pada tauhid? Novel ini memilih simpang lain untuk
Natrah, menghasilkan naratif yang menggugah"

– Sasterawan Negara Dato’ Dr. Anwar Ridhwan

PUNYA CINTA RAMADAN

“Punya Cinta Ramadan meneruskan kelangsungan keindahan nada dakwah melalui kekuatan gaya bahasa karya yang puitis dan keampuhan bercerita Ibnu Ahmad Al-Kurauwi selepas kelahiran novel Tinta Elipsis dan Insyirah, serta Kumpulan Cerpen Di Dadanya Kalam Tuhan.”

- w.b.rendra,
wbrendra.blogspot.com

DI DADANYA KALAM TUHAN

ddkt-blog Sesungguhnya, tidak sampai lima tahun selepas menyertai bengkel penulisan cerpen anjuran KEPEZI (Kelab Penulis Zaharah Nawawi) awal September 2004 Ibnu Ahmad al-Kurauwi sudah mampu menghasilkan 20 cerpen yang melayakkannya memiliki kumpulan Di Dadanya Kalam Tuhan. Hal begini diperakui jarang terjadi. Namun bagi penulis muda pemegang ijazah Kesusasteraan Arab dari Jordan ini tiada perkara mustahil. Ke bulan pun manusia boleh jejak, inikan pula sekadar melahirkan sebuah kumpulan cerpen dalam waktu yang relatif singkat. – Zaharah Nawawi USJ Subang Jaya 9 Mac 2009

INSYIRAH

insyirah2

Sesungguhnya Novel "Insyirah" ialah novel kedua yang telah lahir daripada rahim Sayembara Mengarang Novel Kanak-kanak dan Remaja 2007 - Dewan Bahasa dan Pustaka. Novel ini telah memenangi hadiah pertama dalam sayembara tersebut. - al-Kurauwi

TINTA ELIPSIS

Novel TE bergerak sekitar gejolak rasa dan jalanan minda watak Amir Afif Amizul, anak peneroka FELDA, yang berpeluang menekuni bahasa Arab dan Pengajian Islam di Universiti Jordan. Amir Afif mempunyai sedikit sebanyak pengalaman dalam bidang penerbitan (TE: 25/7), iaitu selain pengalamannya sebagai konsultan yang ditimbanya selama lima tahun bertugas dengan Syarikat Amal Profesional Sdn. Bhd. (TE: 28) Amir Afif berhadapan dengan beberapa masalah yang wajar diatasinya sebijak mungkin. - Dr. Anis

TETAMU

  • 127,555 hits

Top Rated


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.